Thursday 24 December 2015

Kegilaan-Kegilaan dalam Pendidikan (Bahagian 2)

Benar kita masih dalam fasa 'membangun'. Belum lagi negara maju. Tapi dengar-dengar ada yang kita namakan Wawasan 2020. Ada kurang 4 tahun lagi nak sampai. Kalau begini masih tidak berubah, tak dapat capai nampaknya wawasan, hanya awas, atau was-was sahaja lah yang ada.

Dahulu di Maahad, guru yang mengajarBahasa Inggeris ialah sebenarnya opsyen Bahasa Arab. Yang mengajar Matematik Tambahan juga bukan dari opsyen tersebut. Malah kami menunggu 3 bulan baru guru Matematik Tambahan wujud.

Saya mengutuk keras sistem begitu. Apa nak buat, sistem YIK memang begitu. Apalah nak harap sangat.

Apabila masuk dalam sistem yang bukan YIK dan suka dikenali sebagai arus perdana, atau kini sistem pendidikan abad 21, ada banyak yang lebih gila saya jumpa.

Saya ini, major Biologi dan minor Kimia. Diberi tugasan mengajar Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Seni. Bukan saya seorang tuan-tuan dan puan-puan, malah kebanyakannya memang begitu.

Ketidakseimbangan opsyen berleluasa.

Sama malah lebih teruk dari yang berlaku dalam sistem YIK. Apatah lagi, jika guru cuti bersalin, tidak ada guru ganti yang masuk. 3 bulan, 3 bulan lah murid tidak belajar.

Begini sistem pendidikan abad 21?

Sudahlah, kembalilah ke alam realiti. Berjuta habis untuk menyediakan komputer, LCD atau apa sahaja teknologi tapi sebenarnya kelas pun tak cukup. Budak bersesak dalam satu kelas. Komputer, netbook, itu ini semua itu untuk nampak canggih sahaja. Berapa banyak sangat manfaat kalau internet pun pakai modem yang 20 orang sahaja boleh akses?

Mujur tak pakai dial up yang kena tarik wayar tu. Jadi, kalau jalan raya pun kau tak sedia, tak payah lah berlagak sediakan kereta macam2, buat menyemak ruang.

Budak-budak ni, kelas pun tak cukup. Kau faham tak kelas tak cukup? Bersumbat macam sardin dalam satu kelas, ada hati nak laung pendidikan abad 21?

Mereka yang menggubal dan perasan cerdik ni memang sesuai sebagai contoh tepat kepada istilah 'bebalisme' yang diperkenalkan oleh Syed Hussein al Attas 27 tahun lalu. Bebalisme ini bukan terkena kepada orang buta huruf, tapi kepada orang berpendidikan tetapi buta kepada pokok pemikiran mereka.

Wednesday 23 December 2015

Kegilaan-Kegilaan dalam Pendidikan (Bahagian 1)

Teduh mata lelaki gelap di sisi dua anaknya menanti guru mengira jumlah bayaran buku-buku sekolah 2016.

Tangannya menarik helaian kertas wang dalam dompet. Menghulur wang, mengambil resit dan menanti baki.

Tuhan, pada dasar bagaimana harus aku berfikir cinta seorang bapa kepada anak-anak?

Dan, pada dasar bagaimana pula anak-anak gagah mencarik senipis lelah yang tinggal sisa pada harapan si ayah?

Entah pada pak menteri, atau pada Cina pengedar buku yang datang merayu beli di koperasi sekolah, atau pada guru yang menetap harga, atau pada siapa harus aku tuang segala rasa sesak ini?

Pendidikan menjadi medan kapitalis mengaut dalam-dalam.

Aku guru yang berdiri menerima wang dari ibu bapa ada pelbagai rasa. Bahawa aku berbuat sesuatu yang sesungguhnya jahat.

Ditambah melihat ibu bapa yang kesempitan. Apa sahaja yang mampu di pihak aku?

Siapa yang kata pendidikan di bumi bertuah ini ialah pendidikan percuma, nyata dia gila.

Bersambung...

Sunday 6 December 2015

Silam yang pergi

Hari-hari berlalu, membawa kita pergi dari masa silam. Terasa baru semalam Ibu mengejutkan saya di dalam kelambu untuk bangun bersiap ke sekolah.

Bahkan, baru semalam saya sama-sama membuang air kecil dengan kakak di dalam bilik air sebelum tidur.

Baru sahaja kami berbual ketika sama-sama tidak boleh tidur kerana terlalu gembira esok menyambut hari raya.

Semua itu masih terasa baru namun hakikatnya sudah hampir 20 tahun lalu. Ketika masih menikmati dunia tanpa dosa, belum pun berkira soal pahala, sedar hari ini sudah terbeban dosa sepenuh buana.

Sudah perlu mencari Rauf Tuhan, dalam keliaran keinginan membiarkan dosa dibelakang.

Mencari Alasan

.
Orang yang bermasalah dengan diri sendiri akan gemar jika mampu menemukan faktor lain sebagai punca selain dari diri sendiri.

Sewaktu bantuan sekolah agama rakyat ditarik oleh kerajaan pusat pada tahun 2003, dan
diwar-warkan bahawa sekolah akan ditutup, ramai pelajar yang menggunakan alasan tersebut untuk menjustifikasikan kurangnya tumpuan mereka dalam pembelajaran.

Tak boleh fokus, hanya kerana berita tersebut. Keputusan periksa pun jatuh sebab terganggu emosi.

Padahal, saya juga murid sekolah yang sama. Tidak pun rasa terganggu, boleh juga fokus dan cemerlang.

Kerana apa? Kerana kita suka cari masalah. Yang kecil jadi besar. Bukan masalah kita pun serabut nak fikir. Iya lah, budak-budak sekolah menengah konon matang lah masa tu.

Tak sabar-sabar nak fikir masalah negara.

Kalau betul pun sekolah tutup, banyak lagi sekolah lain. Kalau kerajaan pusat tak bagi bantuan, pandai-pandai lah kerajaan negeri tanggung.

Saya baru lepas baca masalah 'besar' pelajar Mesir kena kacau dengan polis-polis Mesir.

Kenapa polis Mesir kacau? Sebab Dr Maza pergi sebarkan Wahabi kat Mesir empat lima hari.

Lepas ni adalah tu yang guna alasan ni justify kegagalan mereka. Macam budak tingkatan 3 sekolah agama rakyat.

Orang-orang ni lah nanti akan balik jadi ustaz ustazah, masuk tv, tulis buku agama.

Yang lelaki, bicara poligami dengan nada gatal. Yang perempuan anti poligami dengan emosi.

 Dalil hukum mana boleh cerita, orang awam tak faham.

Huh.

Dan kelakar yang terbaru ialah, ada yang mengaku sengaja menggagalkan peperiksaan di Mesir kerana mahu cari ilmu lama di sana.

Pemikiran mereka ni, kadang-kadang sampai saya tak boleh nak beza, ini sarkastik atau betul-betul?

Sebab, macam bodoh sangat je kalau cakap macam tu. Nada sarkastik la kot, sangka baik.

Sunday 22 November 2015

Menikmati Cuti

Menikmati Cuti

Hari ini cuti. Tapi rajin. Selalunya kalau cuti, agenda bermalas-malasan sahaja.

Jadi, 7.20 pagi saya ke pasar. Feeling wanita sejati gitu.. Saya beli lauk basah dan sayur. Rasanya nak memasak. Dah seminggu tak masak. Sebelum pulang, saya singgah beli sarapan. Dua bungkus nasi goreng dan kuih muih untuk saya dan rakan serumah.

Sampai di rumah, rakan saya sudah bersiap mahu ke sekolah. Mahu siapkan kerja di bilik guru katanya. Oh, sungguh komited. Saya memujurkan saja dalam hati. Sendirian di rumah antara nikmat terbesar di muka bumi.

Saya sarapan seorang diri. Sedap juga nasi goreng tadi, rasanya mengingatkan saya pada nasi goreng di kafe Desasiswa Tekun. Nostalgik sungguh.

Selepas sarapan, saya bersihkan lauk pauk, mandi, basuh baju, kemudian sidai baju. Emm, mana lagi nak cari calon menantu macam ni? Haaa..

Sejak dua hari lepas, sebenarnya fikiran saya ada di Perlis. Perkampungan Sunnah di Perlis sedang berjalan. Alangkah tingginya tingkat kebahagiaan jika saya berada di dalam majlis itu.

Namun apakan daya, nun jauh di Perlis tak mampu saya teroka sendiri. Penginapan, pengangkutan, jalan dan selok belok di sana saya buta. Im not that adventurous la orang putih kata.

Atau, maksud tersiratnya, kan best kalau ada orang nak teman saya ke sana. Kalau yang teman tu tak boleh jadi penonton setiap program di sana pun, sekurang-kurangnya jadi pembentang salah satu slot pun tak apa dah. Hahaha..paham tak?

Untuk meraikan fikiran saya yang jauh di Perlis, saya pun buka la livestream media tajdid. Maka mengadap lah saya depan handphone sampai azan Zohor. Berhelai-helai juga dapat saya catat.

Lepas Zohor, saya teringat lauk mentah yang saya beli tadi. Kan nak memasak? Saya memanggil semangat memasak saya tadi, dia diam. Seru tak dijawab. Maknanya, tak boleh masak la ni, semangat lari.

Perut yang lapar saya isi saja dengan nasi goreng pagi tadi. Kan saya beli dua bungkus. Housemate saya yang komited tu makan kat sekolah aje. Jadi saya habiskan.

Saya sambung lagi pergi Perlis. Jom.

Tuesday 17 November 2015

Buletin Tarbiyah

Buletin Tarbiyah

Setiap minggu, ada keluaran baru. Harganya 50 sen.

Itu lah sumber ilmu dan peringatan buat diri sewaktu di Maahad. Setiap minggu saya pembeli setia.

Di samping Majalah i, Buletin Tarbiyah terbitan Badan Dakwah sekolah ialah bacaan tetap helaian demi helaian.

Manakala di rumah, rancangan agama menjadi tontonan wajib. Forum Perdana, al Kuliyyah dan Halaqah menjadi santapan jiwa sambil berbaring santai bersama ibu ketika tingkatan 1 sampai 5.

Pada ketika masih belum tahu ada pelbagai warna dalam agama. Ketika masih sentiasa memberi angguk pada apa sahaja yang diseru.

Murni jiwa ketika itu dirindu.

Perbalahan dan kecamuk minda hari ini kadang-kadang serabut difikirkan.

Tetapi perlu disyukuri nikmat bermanhajkan jalan ini. Semoga Allah redha.

Thursday 29 October 2015

Kerjaya



Tapi dalam kerjaya, untuk berjaya kita perlu membuktikan kepada semua kebaikan yang telah kita buat. Setelah dewasa baru tahu ada satu mazmumah yang perlu diamalkan. Namanya riyak. Riyak ditagih dalam meniti kegemilangan kerjaya. Kerana majikan hanya menilai dari luaran. Dia tidak tahu gelap busuk di dalam. Dia tidak juga bau ikhlas dalam pekerjaan. Justeru penyelesaiannya ialah riyak.


Maksudnya, tiada lagi istilah sembunyikan amalanmu. Tetapi, zahirkanlah tiap kerja lakumu.
Ketika ini, barulah kita benar-benar mengerti adakah pengiktirafan manusia yang dikebulur, atau pengiktirafan siapa?

Jika tidak kerana keperluan, saya tidak suka menayang kerja. Bertugas seharian adalah tanggungjawab serupa. Tidak perlu dilapor dalam media whatsapp rasmi organisasi. Kerana semua orang buat kerja. Banyaknya masa mencatat amalan dan melaporkan. Saya sudah ada malaikat kiri dan kanan.


Tetapi hari ini barulah saya tahu bahawa kita perlu zahirkan.

'Bangun pukul 3 pagi print data murid ni.'

Ok? Dah disayangi majikan?

Tuesday 27 October 2015

Tidak Indah

Sulit untuk memadam emosi yang menyala. Soalan ilmiah yang ditanya, jawapan emosi yang diberi. Siapa tidak marah apabila diperlekeh?

Di Multaqa itu, saya bertanya tentang Salafi.

Mahu saja saya bangun membidas jawapan yang diberi, tapi air muka beliau sebagai sang ustaz perlu dipelihara. Saya mendengar resah.

Di Rumah Fikir, perkara pelbagai warna ini biasa. Paginya talaqi Sahih Muslim dengan Maulana pembela Al Albani dan pengkritik Ibn Ishaq. Manakala 2 petang, berguru pula Sahih Bukhari dengan penulis maqalah mengkritik Al Albani.

Tiada apa-apa yang memanas perasaan. Malah sejuk dan damai.

Kerana apa? Kerana mereka menyampai ilmu, bukan membahagi benci.

Johor seakan sesempit ruang-ruang ridak di bahu mereka, sedikit pun tidak memberi ruang yang lebih terbuka.

Sungguh Johor bukan bumi ilmu.

Namun selalu terjadi dalam kitaran zaman, dari 'pressured situation' beginilah akan lahir figur ulung menentang sekatan. Jangan lupa Hamka misalnya, terbit dari kesempitan sekatan budaya serta tekanan pemikiran sempit beragama. Terhasilnya Tafsir Al Azhar bahkan dalam penjara.

Semoga dalam kerumunan puak serban dan ridak ini akan lahir pemikir yang cerdik, bergadai menghapus segala tolol dan tengik.

Friday 23 October 2015

Diperhitung Tuhanmu




Peringatan dari Tuhan datang dalam pelbagai bentuk. Yang berat, yang ringan dan yang paling halus.

Terima kasih mengingatkan, anak.

Saat ibumu yang ini telah lama hilang jiwa sesuci jiwamu itu. Terima kasih mengingatkan.

Saturday 17 October 2015

Novel

Aisyah, rakan sekelas saya sejak Tingkatan 2 merupakan peminat tegar Faisal Tehrani. Setelah menghadiri bengkel penulisan Faisal Tehrani, esoknya beliau bercerita gembira di dalam kelas. Saya mendengar penuh 'dengki'.

Saya memberi pinjam kepadanya novel 'Perempuan Politikus Melayu' ketika Tingkatan 5. Aisyah hanya memulangkan setahun kemudian.

Tingkatan 6, kami masih berkongsi minat yang sama. Dia memberi saya pinjam Tuhan Manusia.

Novel mengenai Ali Taqi, Talhah, Zahra dan Prof Aris. Ilmunya sarat, fakta yang berat, dipersembahkan dalam sebuah novel yang sungguh sempurna.

Di dalam kelas, di dalam bas dan di rumah saya menekuni novel itu.

Sewaktu di USM, saya membeli sendiri novel itu. Mengulang dan mengulang baca.

Saya menjerit kecil ketika mula membaca Perempuan Nan Bercinta. Ali Taqi ada! Watak Ali Taqi hidup, menjadi Prof Ali Taqi.

Saya sudah lama tidak berhubung dengan Aisyah. Dia kini sudah menjadi ibu kepada Ziyad, juga seorang doktor di salah sebuah hospital di Selangor.

Masih terus sanjungkah ia kepada Faisal Tehrani?

Monday 5 October 2015

Sebuah Pilihan

Saya masih ingat saya berbincang dengan kakak melalui telefon di tangga asrama kolej matrikulasi. Waktu itu, saya perlu mengisi borang UPU.

Kakak mencadangkan saya memilih bidang perguruan. Saya membantah, kata saya 'Cikgu gaji sikit.' dengan nada gurauan.

Tapi waktu itu saya berfikir, dengan kelayakan yang ada, saya masih boleh memilih bidang lain yang berbeza. Menjadi cikgu sangatlah biasa (dulu kan nak jadi luar biasa). Lagi pun, pengalaman saya menjadi fasilitator Kimia di Matrikulasi sepanjang 2 semester, sentiasa saya ada masalah memahamkan rakan-rakan apa yang saya faham. Jadi, itu bukanlah pilihan yang baik.

Saya berfikir pula tentang peluang pekerjaan, tentang menjadi perempuan dan tentang cabaran. Nampaknya, memilih perguruan bagus juga.

Saya memilih Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan di USM. Pastinya USM saya pilih kerana tokoh yang saya cintai berada di situ. Tanpa ragu saya memilih USM.

Saya mendapat tawaran tersebut. 3 hari sebelum bertolak, MARA menghubungi saya mengatakan saya ditawarkan ke bidang Perubatan melalui program berkembar UKM-UNPad. Saya diarahkan menduduki peperiksaan kelayakan dahulu. Tawaran yang sama diberikan kepada rakan baik saya. Dia mengajak dan memujuk saya bersama.

Saya berfikir sendiri. Seperti selalu, keputusan yang saya ambil ialah sepenuhnya daripada diri saya. Saya tidak pernah dipaksa apa-apa.

Saya memilih jalan yang lebih mudah pastinya. Bidang pendidikan.

Jadi hari ini di bidang ini saya berada.

Sebenarnya, saya sedang mencari kekuatan untuk meneruskan langkah. Melempar kembali ingatan kepada peristiwa dulu yang membawa saya ke sini. Menyucikan tujuan sebuah pilihan yang saya sendiri memilihnya.

Saturday 3 October 2015

Sayang Serupa

Namanya Sufi. Umurnya 6 tahun.

4 tahun yang lalu, saya mengajarkannya tentang mujaddid.

"Sufi nak jadi apa besar nanti?"

"Jadid." jawabnya pelat.

Itu dialog yang sering saya ulang.

Biarpun dia belum tahu apa itu mujaddid, namun biar besarnya nanti dia ingat satu waktu dahulu dia pernah bercita-cita untuk menjadi mujaddid.

Berapa pun usianya nanti, sayang kepada Sufi, sayang yang sama seperti 4 tahun dulu ketika saya memeluknya tidur, menyuapkannya makanan, memandikan dan bermain-main dengannya.

Semoga 20 tahun nanti, pada usia Sufi seperti usia saya sekarang, bukanlah pada tahap saya ia berada. Ia sudah menuju ke lorong seorang mujaddid yang hujungnya ialah syurga.

Berjalanlah anak, Tuhan melindungimu. Membesarlah dengan seluruh tenaga, jangan sekadar menjadi yang biasa-biasa.

Doa dari saudara ibumu ini semoga Allah perkenankan.

Setiap kali saya merindukan Sufi yang 2 tahun, setiap kali itu saya memikirkan ibu. Pasti ibu juga merindukan cerdik dan comel lapan anak-anaknya ketika kecil.

Buatlah ibu tersenyum. Sayang ibu pasti masih serupa sayang ketika perut kita sekecil tiga jari di pangkunya. Walaupun harapannya pada anak-anaknya mungkin telah berbeza setelah harapan yang lama kita sia-siakan, sayang tetap serupa.

Tuesday 15 September 2015

Kenanglah Ibn Taimiyyah

Ada yang menjadikan jiwa bersedih. Hari-hari yang dititi ada yang perlu dirintih. Lemah, sungguh lemah jika syurga bahagia kita ada pada tangan orang lain.

Atau, yang lebih tepat, apabila kita menyerahkan syurga kita kepada orang lain.

Ibn Taimiyyah, ulama yang jauh dari kemewahan, sangat miskin. Hidupnya diancam kiri dan kanan kerana fatwa yang dikeluarkan. Diseksa dan dipenjara. Ibn Taimiyyah malah meninggal di dalam penjara.

Beliau manusia seperti kita. Manusia yang juga punya deria.

Tapi syurganya bukan terletak pada tangan orang lain.

Agung kata-katanya telah memberi rasa baru kepada jiwa-jiwa yang menghayatinya.

Katanya, "Apa sahaja yang boleh dilakukan musuh-musuhku? Syurgaku berada di hatiku. Ke mana aku pergi, syurga ada bersamaku."

Ibnul Qayyim mengakui tidak pernah melihat orang yang lebih nikmat hidupnya berbanding Ibn Taimiyyah. Beliau manusia paling lapang dadanya, paling kuat hatinya dan paling bahagia.

Masya Allah. Letaklah syurga dalam raga jiwa kita. Bukan pada persekitaran, bukan juga pada pasangan atau mana-mana teman.

Malah Ibn Taimiyyah juga terkenal dengan kata-kata, "Di dunia terdapat satu syurga. Siapa yang tidak memasukinya, tidak akan memasuki syurga akhirat."

Berbahagialah. Hidup ini terlalu indah untuk hanya lelah dan rebah. Ada, ada syurga untuk kita. Nikmatilah.

Kalau sekadar kata dari dua bibir manusia sudah memusnahkan seluruh bahagia, pandang mata mereka meruntuhkan syurga kita, kenanglah Ibn Taimiyyah yang bahagia. Tidak cemburukah kita? Di dunia dia merasa syurga, di akhirat juga bahagia.

Sunday 6 September 2015

Pesan Buat Anak

Pesan Buat Anak

Kiranya nanti engkau dipanjangkan usia menjadi remaja, susurilah jalan remajamu sebagai seorang dewasa.

Kerna pada usia yang telah banyak ini, barulah nanti engkau akan rasa sesalnya menjadikan waktu muda tiada apa-apa. Ruginya waktu emas itu engkau buang untuk sekadar perkara yang ringan.

Harusnya remaja itu kau penuhkan saatnya dengan merapati ilmuwan. Bercinta dan berbahagia dengan orang sarat ilmu. Bagaimana bolehnya sehari-hari engkau bersama mereka?

Dengan buku.

Kau akan merasa enaknya membaca. Dalam jajaran buku di rak perpustakaan, engkau akan tahu dalamnya ada sebuah kehidupan. Dunia memang istimewa, namun buku lebih istimewa kerana ia membawa pelbagai jurus dan hala dunia dekat denganmu dari pandangan orang beribu.

Orang, akan kausakiti atau akan kau disakiti. Namun buku, ada saktinya sendiri.

Sampai satu ketika, ketika kau disakiti manusia, akan kau terus teringatkan buah-buah buku yang kaumiliki untuk memberi permai pada hati.

Akan segera engkau berlari mendapatkan ayat-ayat yang pernah kau khatam untuk kembali kau ulang.

Begitu anakku. Bercinta dengan buku hanya ada satu pengakhiran ceritanya, iaitu bahagia.

Itu satu saja pesanku. Membaca dan kau akan bahagia.

(untuk 14 orang anak yang ada, kerana ketika menyebut anak, siapa lagi yang ada di mata kalau bukan 14 itu?)

Tuesday 25 August 2015

Tercari-cari

Saya sangat rindu. Keterujaan untuk menghadiri sesi ceramah yang membina ilmu dan sesi perbincangan yang menjentik minda sudah lama tidak saya rasa.

Kalau di Bangi dulu, Rumah Fikir ialah tempat yang paling indah. Hilang segala lelah dan tekanan.

Tapi di Johor ini, saya masih tidak jumpa tempat yang menarik. Semoga Tuhan lorongkan saya.

Benar, di Youtube ada banyak. Tapi ia tidak sekali kali sama dengan kewujudan kita di tempat itu. Lagi pula, di Youtube tidak ada ruang bertanya.

Indahnya jika Rumah Fikir wujud di Johor. Dan asatizah yang menguruskannya ialah asatizah yang melengkapi dirinya dengan segenap ilmu dan juhud.

Pernah di masjid di kampung, saya menemani ibu mendengar kuliah Subuh. Ustaz tersebut menjerit, marah, dan membebel dari awal. Saya tak boleh tahan. Saya keluar. Tunggu saja ibu dalam kereta. Sampai sekarang, saya takut-takut nak dengar ustaz ceramah di masjid. Takut kena marah. Heeeee..

Kalau di Rumah Fikir, ada buku, ada silibus dan ada nota. Tidak ada marah2, tidak ada membebel, dan tidak ada menjerit. Saya masih ingat sementara menunggu ketibaan Ustaz Adlan yang ada urusan, Ustaz Asyraf mengisi slot santai. Sepanjang slot santai sembang2 dia, berhelai2 saya menulis ilmu yang dia sampaikan. Banyak ilmu baru. Itu slot santai yang tak dirancang. Apatah lagi slot khas yang memang ustaz yang nak datang mengajar tu buat homework dulu. Memang puas dan kenyang.

Demikian yang saya cari. Di manakah di Johor ini? Di manakahhhh???

Monday 24 August 2015

Anak kecil

Saya sebak membaca "Father Forgets" oleh W.Livingston Larnes (1927) yang dikongsi oleh seorang teman di Facebook.

Selalu kita menganggap anak kecil itu ialah seorang lelaki yang matang.

Betapa dahulu ayah dan ibu bersabar dengan kehendak bermacam kita. Betapa dahulu kita juga begitu. Kita benar-benar sudah lupa.

Mengambil sunnah Rasulullah mendidik anak-anak baginda, adalah jalan yang paling benar.

Kerana terkadang kita buntu. Dimanja salah disergah juga salah.

Adalah kita, perlu beradab. Saya rasa itu sahaja kuncinya. Adab ketika marah (dengan tujuan mendidik), adab ketika memberi nasihat dan adab ketika menunjukkan rasa cinta.

Anak kecil tidak perlu diajar banyak. Hanya ajar dengan perilaku kita. Itu sahaja.

Anak kecil kita itu hanya ada sekali masa kecilnya. Jadikan ia sesuatu yang indah.

Saturday 15 August 2015

Susah dan Menyusahkan

Saya tak faham bagaimana manusia workaholic boleh hidup.

Bagaimana dengan anak nya? Ibu bapa dan keluarganya?
Bagaimana peningkatan disiplin ilmu yang lain jika hanya tertumpu 100% dalam bidang yang sama? Tidak terasa sempitkah dadanya?

Allah menyukai orang yang ada itqan dalam kerja. Tapi bukan taksub.

Saya juga tak suka orang bekerja sambil lewa. Apa pun perkara perlu serius, ini kan pula punca rezeki, lebih perlu serius.

Tetapi keterlaluan dalam bekerja hanya membawa celaka.

Saya pernah kenal seorang teman yang taksub dalam belajar semasa di universiti. Tidak tidur, tidak makan, risau, dan macam2 perkara yang menyusahkan badan. Keputusan akhirnya tak dekan juga pun.

Tuan-tuan dan puan-puan,

kalau pun anda gila nak capai kecemerlangan dalam kerjaya anda, janganlah heret orang lain memenuhi nafsu anda. Buatlah sampai anda terlentang terbaring kering pun, asalkan jangan menyusahkan hidup orang lain.

Imam-imam hadis yang merantau puluhan ribu kilometer untuk mencari hadis tidak menyusahkan sesiapa.

 Moga Tuhan pandu kita semua merasai nikmatnya sifat mahmudah yang Dia cipta. Nikmat merasai tawakal setelah menyempurna tugasan kita. Nikmat memeluk qanaah saat menerima segala tinggi rendah pencapaian yang Tuhan beri. Nikmat tuan-tuan, nikmat!

Hidup sesungguhnya jauh lebih indah dan mudah kiranya pada kehendak Tuhan kita turuti. Bagaimana mahu turuti jika apa kehendak Dia pun tidak kita ketahui? Belajar tuan-tuan, belajar!

Moga mati kita tidak didoai orang lain agar disegerakan.
Moga-moga tuan-tuan, moga-moga...

Tuesday 28 July 2015

Hari Yang Akhir

Adapun nafas, tidak akan sentiasa ada. Akan ada untuknya hari yang akhir. Kasar atau lembut perginya perlu dirancang hari ini. Moga esok masih bukan hari yang akhir.

Kata orang-orang alim; Janganlah engkau mati sehingga tetap untukmu sebuah kediaman di syurga untuk kauhuni.

Untukku sudah ada, atau belum sempurna, atau seluruhnya tiada?

Wednesday 22 July 2015

Sang Guru

Saya selalu menjadi terlalu sensitif dengan guru.

Apabila ada yang menghina guru saya, saya rasa sakit.

Guru saya disamakan dengan Abdullah bin Ubai. Tuhan sahaja lah yang tahu tangisnya hati mahu lerai di hadapan pencaci.

Jika dulu DrMaza dihina, juga rasa yang sama saya disakiti.

Hari ini guru saya yang lain dimunafikkan, sakit serupa juga saya alami. Gambarnya diburukkan. Niatnya dihitamkan bahkan diperlihatkan pemecah ummah seperti telah dibelah dadanya dibuat rincian sempurna.

Bahawa saya menyayangi guru-guru saya, tidaklah mereka itu tahu dalamnya. Jauh sekali memaksumkan sang guru, saya diajar hanya bertiang pada al Quran dan as Sunnah, bukan pada tokoh disandar kepercayaan dan kehidupan. Begitu sang guru mengajar. Ya saya tahu.

Cuma jiwa manusia ini ada rasa.

(Saya baru membaca pemuda parti Islam memburukkan Dr Maszlee. Munafik, pemecah belah, ada agenda tersembunyi.

 Pada mulanya saya rasa macam kelakar sebab baru sehari dua timbul isu ummah centric, taaddud jemaah, jamaah al muslimin atau jamaah minal muslimin, bukan main semua nak mengulas. Macam baru dengar je semua. Macam ahli2 akademik tu baru syarah isu ni sejak GHB. Padahal benda ni dah lama. Bukan ahli akademik tu tulis sebab nak sokong GHB. Dah lama kot diorang ulas. Korang yang baru terkial2 nak baca pastu nak relate dengan GHB. Amende laaaa..

Saya masih ingat masa di Matrikulasi saya diajak menyertai jemaah. Antara sebab saya tak join jemaah PAS di kampus ialah pengaruh tulisan Dr Maszlee di majalah i yang saya baca setiap bulan, masa tu masih Ust Maszlee, selain sebab saya pernah beberapa kali menyertai usrah mereka dan tak best langsung dan banyak yang saya rasa tak kena. Alhamdulillah saya selamat sampai sekarang )

Sunday 19 July 2015

Istiqamah

Nak keluar parti macam nak keluar agama.

Kritik Presiden macam tak setuju dengan Nabi.

Letih.

Seronoknya jadi merdeka.

Seperti Tuhan ciptakan kita, merdeka.

Saturday 11 July 2015

Nama saya Noor

Kalau semua nak mengharapkan kerajaan dan salahkan kerajaan, payah juga.

Dulu masa saya menganggur sebelum diberi penempatan, memang kerja nak salahkan kerajaan. Tapi itu sebab kerajaan janji nak beri penempatan setelah bergraduasi dan saya malas nak cari kerja.

Sebenarnya sekarang ni memang kesian. Kawan2 saya ramai yang tak dapat kerja. Junior saya bidang pendidikan yang interview, kebanyakannya tak lulus. Berapa orang saja yang lulus. Kawan saya yang habis belajar perubatan merasa juga menganggur setengah tahun sebelum dipanggil. Sedangkan dulu graduan perubatan mana ada yang menganggur.

Saya nak cerita tentang kepimpinan negara sekarang ni pun saya tak tahu. Berita2 politik sekarang ni memang saya malas nak baca. Rasa nak muntah. Semua sama. Saya tak percaya seorang pun.

Hujung Ramadhan ini, ada baiknya mendoakan kesejahteraan negara. Biar pemimpin jadi bijaksana, dan rakyat cerdik belaka.

Kadang2 terfikir juga, kalau nak salahkan kerajaan semua, macam tak malu pula meminta orang lain ubahkan nasib kita. Saya pun pelik kenapa orang berbangga sikap meletakkan kesalahan kepada orang lain di atas kemiskinan kita. Ya, saya pun memang mengharapkan kerajaan juga. Tapi saya rasa malu nak berbangga bersikap begitu. Ada rasa diri sendiri macam pemalas kalau nak minta2. Hakikatnya memang itulah diri saya, malas dan mengharapkan kerajaan.

Tapi saya pelik kenapa orang anggap orang macam saya yang pemalas dan harapkan kerajaan ni sebagai pejuang yang berani? Emmm...

Apa sangatlah setakat membaca kata. Kepentingan pun tak ada. Lainlah kalau dah berjawatan besar. Haih.

Friday 19 June 2015

Ramadhan

"Saya suka bulan puasa ustazah, boleh main mercun."

Itu jawab mereka tika saya tanya gembira tak sambut Ramadhan.

Budak lelaki 13 tahun, apalah sahaja dosanya hingga perlu fikir nak minta ampun sungguh2. Malah belum pun dikira apa-apa barangkali. Fikir mercun saja lah.

2 Ramadhan saya berbuka dan bersolat tarawih di masjid UKM. Masya Allah ramai sangat orang. Dah rasa macam masjidil haram  pulak. Lepas Maghrib menunggu Isyak, mereka semua baca Quran. Tekun dan sungguh-sungguh. Biarpun masjid tak berhawa dingin, panas dan sesak, tetap tekun.

Rasa gembira berada bersama mereka. Biarpun amal kita tak sehebat mana tapi menumpang kesungguhan mereka dah terasa nikmat.

Selesai solat 11 rakaat saya berjalan keluar. Rupanya di saf belakang ada dua tiga orang yang sudah lena. Tertidur dalam telekung dengan wajah yang sangat keletihan. Pasti mereka seharian bergerak kesana kemari tanpa henti. Saya tersenyum melihat mereka. Rasa kasih. Tuhan Lagi Maha Pengasih.

Di luar masjid, saya nampak ramai muslimat. Ada yang berkereta, berjalan dan bermotosikal. Yang berjalan bukan jalan biasa perlu dilalu untuk sampai ke kolej kediaman, perlu mendaki bukit dan anak tangga yang tinggi.

Demikian Ramadhan memperkasa manusia menjadi kuat beribadah.

Sambil berjalan saya berfikir, tidak malu kah pemuda yang berehat dan bermain game di bilik waktu begini dengan muslimah yang cergas dan kuat ini?

Benarlah, cergas dan kuat dalam ibadah bukan berada pada kesihatan fizikal, tapi pada kekuatan jantung yang menakung iman.

Saya teringat pesan Dr Asri. Katanya, bulan yang barokah (Ramadhan) akan dilalui oleh semua orang. Cuma yang membezakan ialah bekas yang kita bawa tika melaluinya iaitu jiwa yang bersih yang boleh menadah rahmah dan berkah di bulan itu.


Mari, sediakan bekas yang bersih itu.

Monday 15 June 2015

Ironi

'..agar kita semua terhindar dari perbuatan bidaah dan kepercayaan karut.'

Selang beberapa blok perbincangan, ustaz yang sama menghuraikan tanda-tanda kematian yang payah iaitu sukarnya roh berpindah dari jasad.

Antara tandanya ialah bakal mayat itu makan banyak. Terlalu banyak.

Emm.

Saya terus membasuh bihun untuk digoreng pagi itu. TV yang terpasang di dapur mahu saja ditutup rasanya. Namun hati ibu perlu dijaga.

(Cerita cuti sekolah lalu)

Seorang Diri

Wajibnya bagi seorang Islam mensyukuri hidupnya yang diberi Tuhan. Justeru saya mensyukuri.

Hari ini saya sampai di sekolah jam 9.08 pagi setelah singgah di Restoran Banana menikmati sarapan pagi seorang diri.  Sampai di sekolah saya mengemas koperasi. Membuang sampah dan menggantikan plastik hitam. Langsir yang ditempah sudah sampaii. Saya memanjat memasang langsir. Dibantu kakak guru di situ.

Waktu rehat, saya menjual makanan dan alat tulis kepada pelajar. Habis rehat, saya mengira duit. Pukul 12.30 kelas saya bermula sampai 3.30.

Tamat kelas, saya k surau membungkus kurma untuk diagihkan Rabu ini.  Ada guru memberitahu saya bertugas minggu ini sesi petang.  Saya pelik juga, sedangkan sesi pagi saya sudah bertugas 3 minggu lalu. Takkan sesi petang ada nama saya juga?

Guru itu mencadangkan saya memaklumkan kepada pntadbir petang. Saya tidak memilih begitu. Lebih baik menggerakkan anggota lain dari menggerakkan bibir berkata- kata. Saya pulang lewat kerana bertugas. Jam 6.00 petang saya mengundurkan kereta keluar dari sekolah. Saya ke Aeon Taman Universiti membeli buku seorang diri.

Sekarang jam 8.19 pm, saya singgah di kedai makan menikmati nasi goreng seorang diri .

Tuesday 9 June 2015

Abad 21

Nak mengajar abad 21, saiz kelas dari zaman saya kecik tak reduce pun. Kau ingat kat Finland saiz kelas mcm tu?

Kat sekolah pun internet 20 komputer je boleh guna. Ada hati nak abad 21?

Makin datang kursus makin nampak banyak cacatnya. Kontradik ada berjuta.

Nazir datang nak tengok nota tradisional. Kata abad 21. Guna virtual sangat. Paham tak virtual tu apa?

Sunday 7 June 2015

Takdir

Saya ini baru sahaja dewasa.

Baru merasa ada takdir-takdir yang cuba kita lari, tetapi ia datang mengambil tempat dalam hidup kita.

Kerana namanya takdir, rapat mana pun pintu kita tutupkan, jauh mana kita cuba terbang, tetap ia akan menyelinap mengisi ruang yang tiba-tiba saja menjadi ada.

Kerana namanya takdir dan kerana kita tidak akan pernah boleh menjadi Tuhan.

Thursday 4 June 2015

Pemuda

Anak muda biasanya rebel.

Nak yang baru tak nak yang lama. Nak ubah cara mak mak ayah ayah dulu.

Nak try sesuatu yang baru.

Tapi dalam organisasi itu, tika ada golongan cerdik pandai mahu ubah, anak muda tak mahu. Pelik.

Boleh belajar cara tarbiyhah mereka, hingga hilang 'keanakmudaan' syabab .

Thursday 21 May 2015

Muadz dan Iman

Pukul 1 tengahari, bilik guru mula sesak. Guru sesi petang mula datang. Yang pagi masih belum pulang. Sesak dan bising yang menelan seluruh damai.

Hari itu saya puasa. Letih. Ada pula kakak guru ni datang mengadu itu ini. Saya pula mahu berkejar ke kelas seterusnya sesi petang. Dapat pula khabar Dr Fauzi Deraman ditimpa musibah.

Longlai seluruh anggota.

Saya berjalan menuju ke kelas. Saya nampak Muadz di tingkat bawah. Saya senyum sendiri. Yang letih dan sedih, marah dan sesak, tetapi boleh menghasilkan senyum melihat anak kecil 7 tahun itu.

Muadz anak guru di sini. Dia anak yang pemalu. Saya suka usik dia. Ada satu hari, saya buat-buat tak nampak dia lalu tepi meja saya. Dia batuk kuat-kuat. Tahu pun dia alangkah tidak seronoknya jika saya tidak mengusiknya.

Dia jarang bercakap. Hanya senyum, angguk dan geleng. Itu yang buat saya lagi mahu mengusik.

Iman pula terlebih peramah. Dia juga saya selalu usik. Sehingga dia mahu ikut saya ke mana saya pergi. Dan murid-murid pun menyangka Iman itu anak saya.


Itulah anak-anak yang tiada dosa. Orang yang disayangi Tuhan, masakan kita tidak sayang.

Sekarang musim peperiksaan. Apabila melihat wajah pelajar, kesian pula. Mereka pasti lebih mulia di sisi Tuhan berbanding saya. Dosa mereka lebih sedikit. Bagaimana saya boleh memarahi mereka?

Semuanya kerana nafsu administrasi. Yang melihat manusia seperti robot dan mesin. Yang menyangka manusia dicipta dari teori yang mereka baca. Yang berasa ada kuasa kun fayakun.





Saturday 9 May 2015

Manhaj Ilmu

Kesedaran lahir dari pengetahuan.

Ibn Jauzi dalam Talbis Iblis mengecam majlis yang membuatkan manusia menangis beramai-ramai.

Bukan, itu bukan gayanya.

Kesedaran yang kita perlukan ialah sedar dengan ilmu. Tahu. Dengan itu baru menangis sendiri di hadapan Tuhan.

Pengetahuan yang sentiasa ditambah, dibincang, diperingat akan menambahkan sedikit demi sedikit amalan dan dengan sendirinya menjauhi maksiat.

Jika berubah ke arah kebaikan tapi tidak melalui pengetahuan bimbang akan lahir perkara bidaah yang disangka baik.

Bertambah lagi kerja asatizah memanggil orang kepada sunnah.

Sebab itu sesiapa pun perlu melazimi ilmu. Tidak ada alasan peringkat rendah peringkat kampung peringkat tinggi.

Semua kena disampaikan agama ini dengan manhaj ilmu. Tiada jalan pintas sebarkan agama dengan lawak dan macam-macam bunyi gendang dan tarian beralasankan memaut hati-hati manusia.

Ramai pun jika umpama buih gunanya apa?

Rasa sangat membazir masa jika masuk ke 'majlis ilmu' dengan membawa pen dan nota, tapi tiada apa yang boleh dicatat melainkan 'Hahahah..'

Entahlah. Nak kata macam-macam pun kita tak buat apa. Allahummaghfirlana.




Saturday 2 May 2015

Alam

Orang takut pada dentum petir.

Biarkan alam meluah rasa.

Ia tidak lebih merosakkan daripada manusia meluah amarahnya.

Alam yang meluah tanda tunduk pada Tuan.

Insan yang meraikan amarahnya tanda derhaka pada tiga kali pesan nabinya.


Friday 17 April 2015

ساعة وساعة

Ada ketika, rasa rajin mahu buat semua.

Ada ketika, semangat bekerja dan belajar ditelan entah siapa.

Ada ketika, apa pun malas difikir.

Pagi tadi, saya mengusung diri dan jiwa yang sangat berat melangkah keluar ke UTM. 

Saya heret segala anggota. Berputar hampir sejam mencari letak teguh perpustakaannya. Jumpa. Tanya abang kaunter, katanya tesis semua sudah dipindah ke perpustakaan baru. Allah. 

Stereng kereta saya putar lagi mencari perpustakaan baru.

Mujur wujud. Dan bertapa di situ dari 10pagi sampai 2 petang. Itu sahaja yang mampu.

Sungguh. Kali ini saya memang hilang segala semangat mahu mengubah dunia. Tidak pasti siapa merampasnya. Saya sungguh sudah malas membuat dua kerja dalam satu masa. Sekarang saya mahukan jawapan, apa mahu saya kerja, atau saya belajar?

Saya tidak suka buat kerja saat akhir. Tak suka. Tapi dengan begini keadaannya, saya memang tiada pilihan. Sudah banyak kali saya hantar tugasan 5 jam sebelum jam akhir. Saya tak suka dan tak pernah buat begitu dahulu.

Saya tidak pasti apakah saya boleh menghabiskan pengajian ini. Mungkinkah tidak?

Saya suka apa yang saya belajar sekarang. Tapi saya tak suka buat kerja terkejar-kejar. 

Saya tak suka tak fokus. Saya tak suka buat tugasan seperti melepas batok di tangga. Saya tak bersedia sebelum hadir ke kelas. Saya tak suka.

Namun, apakah dalam hidup ini akan kita perolehi hanya yang kita suka? 




Monday 13 April 2015

Baru

Dr Jasser Auda dalam bukunya Maqasid Syariah : A Beginner's Guide menulis tentang sudut yang berbeza dalam pentafsiran usul al khamsah. Apa yang baru saya temui ini sangat menarik.
Beliau membawa kita ke ruang Islam yang lebih luas. Sering kita dakwa Islam agama syumul, tapi kadangkala kita tidak berganjak ke ruang yang lain. 

Ringkasnya, 
i) Hifz an nasl (preservation of offspring) : tidak lagi hanya ditafsirkan sebagai menjaga keturunan yakni haramnya zina, perlunya nikah. Tetapi diluaskan selepas nikah perlunya kebajikan keluarga (family care). Islam dilihat tidak lagi hanya menghukum, tetapi melindungi.

ii) Hifz addin : Bukan lagi hukum bunuh orang murtad kerana menjaga agama Islam tetapj freedom of faith/belief yang menjadi objektif syariah.

iii) Hifz aql: Bukan lagi haramnya arak yang menusnahkan fikiran, tetapj perlunya berfikiran saintifik dan kritikal menjadi objektif syariah. Penjagaan akal ditekankan dengan keperluan menuntut ilmu sedaya upaya.

Dan seterusnya bacalah sendiri.

Dr Maszlee dalam kuliahnya menyebut apa yang disebut dalam Zaadul Ma'ad dalam bab al Libas bahawa sunnah berpakaian nabi ialah presentable. Bukan serban sahaja bukan jubah putih sahaja. Tapi nabi pernah pakai burdul yamani iaitu sut lengkap yang mahal.

Kenapa kalau orang soleh itu digambarkan berjalan lambat dan tunduk. Sedangkan Nabi berjalan cepat.
Justeru marilah kita berusaha menggambarkan Islam dengan Islam yang tulen. Kalau tak mampu marilah kita bantu mereka yang membawa agenda sebegini. Tinggalkanlah mereka yang tidak profesional, masih dengan cerita khayalan di kayangan. Berpindahlah kepada mereka yang membawa Islam yang energetik. Tuntutlah ilmu darj mereka.


Tuesday 7 April 2015

Macam-macam Orang

Kali ini saya memang tidak boleh lari.

Dulu saya dengan tanpa ragu2 meletak jawatan dalam persatuan kerana meluat dengan jenis orang yang macam-macam.

Rupanya hidup ni memang kena jumpa juga macam2 orang. Saya tidaklah tertekan pun, cuma merenung sikap manusia ni, macam kelakar pun ada. Iya la, saya ni jarang bergelut dengan manusia ramai.


Hari tu saya menyampaikan mesej di group whatsapp guru2 baru kepada dua orang guru.

Mesej itu ialah pesanan daripada Kak Mel untuk mereka berdua.

Mungkin ayat saya agak tegas, sebab saya memang tegas.

Kata mereka tak patut Kak Melisa arahkan saya untuk memberitahu mereka. Sepatutnya Kak Mel sendjri yang menyampaikan.

Saya merenung siling.

Kak Melisa itu guru sesi pagi. Manakala yang mahu disampaikan itu sesi petang. Apa sahaja masalahnya?

Pengalaman hidup memberi kifa banyak ilmu. Hari ini saya belajar.

Saya tengok guru-guru di sini sangat kuat bekerja. Kesian pula saya tengok pergi program sekolah hari Sabtu kendong anak di dada dan tarik anak di tangan. Rasa ralat sekali tidak boleh membantu.

Tetapi peliknya ada yang tidak ada anak, tidak ada suami, tapi bersenang-senang beralasankan pulang ke kampung tidak boleh bantu. Kampung yang tiap minggu boleh dicapai pulak tu.

Sikap kita entah bagaimana pula diperhati manusia.

(Petang ini memerhati sikap MP yang tjdak hadir ke Parlimen. Haahaha ceramah politik di sana sini boleh hadir. Dulu kebulur sangat nak kerusi, sekarang bagi kerusi tak mau mai duduk pulak. Nak kerusi ke nak elaunn?

Saya memang tak harapkan ahli politik sekalipun pakai jenama parti tuhan dan nabi. Sejak2 membaca tulisan kelompok indie, rasa bodoh pula orang yg mati2an sokong ahli politik.)



Sunday 22 March 2015

Tidak tenteram

Saya tengah geram ni.

Ada sekelompok manusia suka bercerita tentang buruk orang lain.

Dalam whatsapp group dicerita. Mahu left group pun nanti tak manis.

Makan sama-sama pun diulang cerita. (Sebab tu saya suka makan sorang-sorang)

Bahagia sungguh gamaknya cerita cikgu itu begini begitu.

Orang kata minda yang rendah bercerita tentang orang ni.

Tak apa la.

Yang saya bertambah rasa nak menyepak orang, apabila kerja bertimbun (yang sepatutnya dibuat bersama-sama) boleh pulak dia tolak mentah2.

Selamba badak pulak tu tak nak buat.

Tak kesian langsung dengan orang lain. Bercerita orang lain tak buat kerja macam hebat sangat sempurna sangat dia punya kerja.

Aku rasa nak bagi penampor ja satu2 orang macam ni.

Tenteram ke hidup macam tu eh?



Thursday 12 March 2015

Sukan



Sejak sekolah rendah, saya tak pernah cintakan sukan. Mujur waktu itu belum ada dasar 1 murid 1 sukan.

Waktu kanak2 pun saya jarang bermain di luar rumah.

Saya tak suka bergelut dengan manusia yang ramai, bising, busuk, berpeluh. Semua itu merimaskan saya.

Dan hari ini merupakan hari keempat saya di stadium. Berlemas dalam lautan yang saya tidak suka.

Apapun, bukan semua yang kita nak Tuhan perlu ikut. Adakala, kita terpaksa menelan apa yang Dia bagi.

Sedang mendengar ucapan penutup kejohanan oleh orang besar PPD.

'Hari ni saya yakin semua pelajar gembira. Sebab tak ada seorang pun pegang buku.'

Sesungguhnya tafsiran gembira bagi kita amatlah jauh untuk ketemunya. Jauh.

Sunday 8 March 2015

Yang Paling Indah

Ketika petang bermain di halaman. Melihat kakak berlawan badminton dengan abang. Masa yang pantas seperti mahu dihentikan. Tidak lagi mahu azan Maghrib dilaungkan. Gelap jangan datang.

Apa pun sekatan, Maghrib tidak pernah hilang. Di perigi tengah kediaman, Ibu menyiram dengan timba seluruh badan, mandi Maghrib telah aku sempurnakan.

Tiba malam, mengeja kalimah al Quran, ayah dihadapan memperbetul kesilapan.

Tidur dalam kelambu, diulit sentuhan.

Oh. Andai sahaja semua itu dalam genggaman. Kalau kenangan itu boleh aku hidupkan. Sesaat pun sudah terlalu indah dirasakan.

Tuhan tolong maafkan. Sungguh ini bukan keluhan. Bukan berkalau-kalau yang digemari syaitan. Sekadar hamba membayangkan kerinduan. Yang tercungkil dari jiwa yang dalam. Moga diampunkan.

Friday 6 March 2015

Dari Air Mani Menuju Bangkai

Dari air mani menuju bangkai.

Begitu mula dan akhir seorang hamba.

Di ruang mana kesombongan boleh dicipta?
 
Ego itu hanya untuk iblis.


 




Mula Memahami

Mula memahami mereka memandang berbeza.

Tindakan Mufti untuk memberi nasihat mengikut keilmuan dan kepakarannya adalah amanah bagi dirinya yang nanti akan ditanya di hadapan Tuhannya.

Sememangnya beliau perlu bertindak berdasarkan bidang kuasa yang ada. Justeru, itu yang beliau telah lakukan.

Sudah mengikut saluran dan tidak diwar-warkan. Namun ada pula pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan surat dalaman jabatan. Itu salah.

Lalu tersebarlah merata.

Membaca komen mereka, baru saya mendapat sedikit pencerahan.

Mereka tidak kisah apa riwayat, sahih atau palsu, mereka tidak mahu tahu itu.

Penjelasan panjang bagaimana pun, mereka tidak mahu tahu.

Apa yang mereka mahu ialah semua berada dalam keadaan aman. Ulama tidak boleh berbalah, tidak melabel dan tidak menuduh. ('Mengkritik' tidak ada dalam kamus mereka. Mereka tidak salah. Cuma tidak biasa.)

Semua berbaik-baik.

Tidak kira pihak mana yang betul, mana yang salah, mereka tidak kisah. Yang penting, jangan berbalah.

Saya memandang tiada permusuhan dan perbalahan. Semua ini untuk menjaga agama dari dihiasi cerita-cerita bodoh. Setelah nasihat dan teguran tidak berkesan, tindakan Mufti untuk tidak bersetuju (bukan menghalang) itu betul.

Yang saya pandang dan mahu tahu, apa riwayat yang palsu itu? Mungkin saya juga sebelum ini salah faham dan menyangka ia benar.

Kenapa ia tidak sahih? Saya mahu baca penjelasannya.

Tapi mereka, tidak kisah semua ini. Tidak mahu tahu pun.

Kadang-kadang saya melihat penjelasan Mufti seolah sia-sia bagi yang terus menghukum Mufti. Dr MAZA datangkanlah seribu jilid kitab pun, mereka tidak mahu baca dan tidak mahu tahu. Tidak mahu!

Lebih elok kita memandang dari sudut akademik. Ini bukan masalah peribadi Dr MAZA dengan UKE. Ini tentang agama kita. Ini tentang ilmu.

Tiada siapa mahu bertelingkah. Percayalah.

Berapa buah negeri MENGHALANG Mufti dari berceramah. Tapi tidak pernah pula beliau membuat sidang akhbar dan membantah.

Berapa banyak program Mufti yang telah diatur terpaksa dibatalkan kerana pihak agamawan negeri tersebut tidak bersetuju. Tidak pun menjejaskan kredibiliti beliau.

Perkara ini biasa. Pihak salafi (yag digelar Wahabi di Malaysia) menerima berbagai tuduhan dan sudah berapa ramai ustaz yang ditangkap, itulah mehnah dakwah tuan-tuan.

Cool.


Monday 2 March 2015

Promedia Tajdid

Sampai bila pun, mencari ilmu tidak ada hujung.

Seorang murid Imam Abu Hanifah, Hasan bin Ziyad, hanya mula mempelajari fiqah ketika berusia 80 tahun. Untuk menyebar ilmu, terlebih dahulu perlu dicari.

Selain jariah dan anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat tidak reput dimakan tanah.

Ilmu yang bermanfaat yang disebarkan akan dialir ke kubur.

'Ilmu yang kita sebar, lalu ilmu itu diamalkan orang, pahalanya tidak putus.'

Konsep ini saya hubungkan dengan team anak muda yang merakam saban kuliah ilmu dan memuatnaik di youtube.

Penontonnya seluruh dunia, berpuluh ribu mencecah viewnya.

Saya seorang, berapa banyak ilmu daripada kuliah di channel PromediaTajdid saya peroleh. Yang baru tahu, yang baru ingat, yang baru faham, yang baru tahu salah faham, yang masih belum faham-faham, yang diamalkan, yang tak amal-amal lagi...semua ada.

Penonton yang lain juga saya kira sama.

Untungnya perniagaan mereka.Cemburu.

Setelah hampir sebulan tidak mengadap Syeikh Youtube saya ini, malam ini ada kesempatan yang sedikit.

Rindu sebenarnya untuk fokus dan fikir di hadapan kuliah youtube.






Rindu sungguh nak mengadap lama-lama.
Apakan daya, masa nya untuk perkara lain.








Friday 27 February 2015

Memahami (takdir)Tuhan.

Pukul 1 pagi tadi, saya kembali ke UKM. Sebulan lebih tidak saya ke sini, kini saya pulang berhajat menuntut beribu ilmu.

Menjadi pelajar sesungguhnya lebih indah daripada menjadi pengajar. Memang menerima itu lebih mudah daripada memberi.

Tadi sahabat saya meluahkan, kehidupannya yang akan dilalui dengan air mata. Katanya berat dan payah.

Perjalanan kita di atas takdir Dia kadangkala sulit untuk ditafsirkan. Apa sebenarnya yang Dia mahu kita faham dari keputusan Dia memang sesekali sukar untuk direnung.

Namun pastinya sebagai orang yang berjuang menjaga dan menelihara sebuah iman, bersangka baik dengan Allah itu ialah penyelesaian kepada kebuntuan.

Takdir yang sulit difahami itu akan berjalan juga, tanpa mengambil kira pun kemahuan kita.

Justeru, baiklah letakkan kemahuan kita itu kepada keredhaan Dia. Ketentuan yang sukar diertikan akan lebih mudah dilalui.

Menulis dan bercakap memang mudah. Benar. Yang mudah ini dulu kita biasakan, moga yang sukar akan menurut mudah. Jika yang mudah pun tidak mampu dibuat, apatah yang sukar.

Saya, sahabat saya, orang lain dan sesiapa sahaja di dunia ini sebenarnya sedang memikirkan ujian mereka saban waktu. Tiada yang bebas.

Saya di kafe Kolej Burhanuddin pagi ini. Sendiri. Pukul 7.15 saya ke sini. Saya yang pertama saya kira. Dan sekarang jam 8 pagi. Orang sudah bertambah. Lebih baik saya menyusul pergi.



Thursday 19 February 2015

Kata yang Tiada

Tiap kali saya sedih, saya akan mencari kata paling tepat untuk maksudkan bahasa hati.

Bukan untuk diberita kepada manusia. Tetapi untuk memberi jiwa aman, agar tahu bahawa saya memahaminya.

Ia tenang selepas dibariskan golaknya.

Apa yang paling hiba, apabila jiwa menjerit meminta diertikan rasa nyawanya, namun saya tidak memahami bahasanya.

Apalah sahaja upaya akal, jika seluruh indera mendera dengan sejuta rasa. Akal nan satu, pun lesu.

Payah sekali untuk disusun apa kehendak dan mahunya.

Kepada Tuhan, hanya sahaja saya pandang. Moga Dia juga memandang kasihan kepada hamba.






Monday 9 February 2015

Dalam Hati Ada Syurga

Sudah dua kali saya ke kedai buku di Kelantan dengan hasrat untuk dapatkan buku Ust Umar yang terbaru.

Tapi sayang, pencarian gagal.

Hari ini, selepas sekolah saya ke MPH di AEON Taman Universiti untuk memenuhi keinginan nafsu 'masuk kedai buku' atau lebih tepatnya mencari terapi di situ setelah sempit dan sesak dada di sekolah.

Tanpa di duga mata tertangkap buku yang sekian lama dicari.

'Termenjerit' gembira disitu. Hahaha

Alhamdulillah.

Saya kenal Ust Umar melalui majalah Solusi dalam kolum Mahmudah. Minat pada kolum tersebut membuatkan saya mengumpul koleksi Solusi di rumah dan menulis nota mengenai ulama' yang diceritakan dalam Mahmudah. Waktu itu saya sepenuh masa di rumah, menganggur.

Belum sempat siapkan semua tajuk, saya terjumpa buku beliau.

Buku pertama Ust Umar yang saya baca ialah Ikon Syabab.

Kedua Rasul Mulia Umat Mulia Akhlak Mulia. Buku yang telah lama terbit tetapi tidak tertarik untuk saya miliki kerana tajuk yang agak kurang menar

Saturday 7 February 2015

Selamat Kembali, Tuan Mufti.

Tahun 2007, saya dapat tahu dari abang tentang mufti termuda.

Reaksi terkejut saya disambut dengan terkejut juga. 

"Kenal ke?" Abang bertanya.

Saya bercerita saya mengenalinya melalui tulisannya dalam majalah i.

Tidak lama sebelum dilantik kali kedua, saya telah mendengar bisik-bisik orang tentang itu.

Saya berdoa agar berita itu benar dan beliau memang akan dilantik nanti.

Alhamdulillah, hari ini beliau sudah pun menjadi mufti kembali.

Dan sudah pun memulakan menegur YAB DS Najib tentang hukum menyertai Thaipusam.

Saya yakin selepas ini pasti banyak lagi pembaharuan yang akan beliau suarakan. Dunia fikir kita akan dijentik lagi dengan pandangannya. 

Biarlah saya terus mengaguminya, biarkan sahaja saya ini. 




Wednesday 4 February 2015

Menyanyi lebih baik.

"Ya Allah...Kakak..eeeiii.."
Saya melepas geram pada Iman setelah menonton iklan itu.

Iman dengan wajah penuh persoalan bersuara tanya.

"Cerita yang dia cerita tu, salah. Dah banyak kali sangat dah Kakak.."

Marah dan sedih bercampur. Ustaz itu sudah banyak kali menyampaikan perkara salah. Tapi masih diberi ruang seluas-luasnya.

Saya tak faham.

Sejenak saya berfikir, baiklah. Saya akur. Menyanyilah ustaz. Itu lebih baik dari menyampai cerita dusta dikait dengan Nabi dan aqidah.

Kalau ustaz tak tahu dalil, tak tahu sumber, menyanyi lebih baik.

Saya sebenarnya tak suka menulis semua ini. Jika saya mati, tulisan saya ini akan masih di sini. Orang masih boleh melihat saya marah sekalipun saya sudah mati.

Itu tidak menggembirakan pastinya.

Cuma saya mahu berkongsi. Ada kalangan pendakwah yang menelan risiko dihina dan dikeji dengan mencemarkan diri dalam politik semata-mata untuk kelangsungan dakwah manhaj yang sahih. Semata-mata untuk mencantas segala yang dusta dan palsu yang ditokok tambah dalam agama.

Dan di sudut lain, ada pula mereka yang bermudah-mudah menyebar apa sahaja atas nama agama, kemudian diberi ruang seluas itu untuk dia? Diberi slot saban malam yang boleh diakses tiap ceruk negeri?

Manakala yang mahu menyampaikan yang sahih ini disekat di banyak negeri sehingga
perlu mendapat sokongan pemerintah kerana dikhianati orang agama sendiri.

Dukacita saya hanya Allah yang tahu peritnya.

Umpama yang hanya boleh berbasikal diberi Ferrari dan litar luas, manakala pelumba handal diugut untuk dipotong kakinya agar tidak boleh berjalan.

Dukacita saya hanya Allah yang tahu peritnya.

اينقص الدين وانا حي؟





Tuesday 3 February 2015

Jawapan

"Ustaz, bila waktu terbaik solat dhuha?"

Fokus saya teralih ke kaca tv mendengar soalan itu. Menarik.

Biasanya soalan agama di tv tidak lebih dari soalan untuk DBP. 'Apa beza sedih dan murung Ustaz?'

"Waktu solat dhuha dalam pukul 8.30 sampai 10. Lepas matahari berselerak tu, xda dhuha dah."

Sampai di situ saja jawapannya.

Kenapa kalau nyanyi dan buat lawak boleh panjang, kalau jawapan ilmiah ni simple pulak dah.

Saya beredar dari ruang tv.

Sungguh saya rindu pada petah Dr Zahazan menjawab soalan padu dengan dalil, saya belum puas pada jelas Dr Asri memberi penerangan pelbagai pendapat.

Sehingga hampir semua kuliah mereka di internet saya ikuti.

Pagi tadi, saya menonton Ust Salehuddin Abu Samah di youtube. Tapi sayang, tidak banyak rakaman video beliau. Semua sudah habis saya tonton. Sama juga dengan Ust Umar M Noor, semua saya dah tengok.

Mana lagi nak cari ni?

Saya doakan cepat-cepatlah Dr Zahazan berjaya bangunkan satu saluran TV. Media sangat perlu untuk didik masyarakat. Bukan ikut kehendak masyarakat.

Ceramah agama perlu didik manusia. Bukan perlu ikut budaya mereka. Kalau mereka berbudaya lawak dan nyanyi, agama pun perlu ikut rentak itu? Begitukah?
Sekarang ni siapa ikut siapa?

Thursday 29 January 2015

25

Apabila mereka bertanya saya tentang usia, saya kata 25.

Dua tiga tahun dulu, saya suka bagitahu umur saya. Saya nak semua tahu saya baru 23, baru berusia 24.

Tapi 25 ni rasanya sangat tua.

Mungkin inilah perasaan 'sensitif' wanita tentang usia. Saya sudah rasa.

Tapi perasaan itu sesungguhnya milik wanita tipikal. Bukankah saya bukan wanita biasa-biasa?

Saya sepatutnya perlu bersyukur sejauh ini Tuhan izinkan saya mengumpul amal. Saya sepatutnya tidak ada masa untuk fikirkan ketuaan diri. Biarkan usia berjalan, yang penting bakti kita lebih perlu banyak dan cepat berjalan dari usia.

Ok?

Tuesday 27 January 2015

Islam

Setahun lepas, saya menonton satu wawancara antara Dr Maszlee dengan Wan Saiful Wan Jan (CEO IDEAS).

Kata Wan Saiful, beliau tidak suka orang sewenang-wenang nya menggunakannya nama Islam seperti 'Islam mengatakan bla bla bla..'

Katanya, bila Islam kata begitu? 

Ya. Sangat mudah guna nama agama. Apa-apa terus sandarkan pada Islam. 'Hukum Islam tak nak terima. Islam ajar lain.'

Apa-apa sahaja kalau nak sandarkan pada agama, datangkanlah bukti. Dan bukti itu bukan sebaris ayat sahaja. Perlu datangkan tafsiran ayat itu bagaimana. Kenapa ayat itu diturunkan.

Tidak semudah itu guna nama agama.

'Islam kan suruh rotan.'

????



Sunday 11 January 2015

Suram

"Aku hiburkan diriku dengan cita-cita yang aku tuju. Sekiranya tidak kerana luasnya cita-cita itu, hidup ini dirasakan terlalu sempit."

Syair ini menggembur suram hidup menjadi subur.

Impian perlu hebat. Cita-cita perlu besar.

Satu tidak tercapai, daerah lain masih luas untuk diteroka.

Jangan semudah itu asa hilang.

Tuhan bekerja penuh rahsia. SeniNya bukan biasa-biasa.

Jangan padamkan harapan pada Tuhan. Biarpun ada ketika Dia tidak memberi seperti apa yang kita minta, jangan berputus asa. Tuhan itu Maha Bijaksana dari akal kita yang merancang dan meminta.

Antara kemahuan Allah dan perancangan kita, mana yang mahu kita ikut?





Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....