Saturday 20 December 2014

Muhammad Al Ghazzali (1917-1996).



Tentang ulama ini saya baca dari buku yang saya pinjam di perpustakaan.

Beliau ulama’ Ikhwan.

Sangat lembut dan beradab sehingga dikenali sebagai Adib ad Da’wah.

Antara murid-murid baliau ialah Dr Yusuf al Qaradhawi. Beliau pernah berada dalam satu sel ketika dipenjarakan.

DYQ menceritakan :

“Muhammad al Ghazali banyak menangis apabila membicarakan kalimah tauhid La Ilaha Illa Allah, dan beliau amat mencintai kalimah tersebut.”

Walaupun Muhammad al Ghazali beraqidah Salafi, tetapi beliau banyak menasihati golongan Salafi yang cenderung kepada perkara cabang.

Kagum saya pada beliau. Katanya :

“Para fuqaha sibuk dengan muamalat dan ibadat zahir. Manakala ahli tasauf sibuk dengan akhlak dan tarbiyyah.

Padahal banyak dari golongan fuqaha tandus kerohanian dan semangat. Sementara ahli tasauf tandus ilmu untuk dijadikan pegangan.

Natijahnya, timbul kemelut dan kegoncangan dalam pemikiran Islam, kerana terpisahnya fiqh dan tasauf, serta terpisahnya tasauf daripada fiqh.

Sehingga orang yang suka beribadah namun melakukan bidaah dan tidak ada kesedaran ilmu pengetahuan. Manakaa yang sibuk dengan pelbagai fiqh, tidak memiliki kerohanian dan kekhusyukan.”

(Muhammad al Ghazzali, 1992).

Beliau juga seorang yang sangat rendah diri. Katanya :

“Yusuf (DYQ) dahulu muridku, sekarang saya lah muridnya. Tanyalah Yusuf, dia lebih bagus dari saya.”

Seperti kebanyakan ulama, Muhammad al Ghazzali juga meminati bidang sastera dan syair. Dalam penulisan beliau, beliau banyak memetik kata-kata penyair.

Antaranya beliau petik dari Ahmad Shauqi (w 1932) :

“Rakyatmu yang ada di Timur dan Barat,
Seperti peghuni gua yang berdengkur hebat,
Padahal di tangan mereka ada dua cahaya, Al Quran dan As Sunnah,
Tetapi mereka tetap hidup dalam kegelapan.”

Ada syair yang lebih menarik :

“Aku hiburkan diriku dengan cita-cita yang aku tuju. Kalau tidak kerana luasnya cita-cita itu, hidup ini dirasai terlalu sempit.”

Saya mengulang-ulang syair yang akhir itu. Benar sekali. Hidup ini sungguh sempit dengan kepayahan kiranya tiada indah cita-cita yang ingin kita genggam.
“Aku hiburkan diriku dengan cita-cita yang aku tuju. Kalau tidak kerana luasnya cita-cita itu, hidup ini dirasai terlalu sempit.”

Thursday 18 December 2014

Hamba



Kita ada keinginan. Kita mahu yang itu, bukan yang ini.

Sebagai hamba, kita diizinkan untuk berdoa apa sahaja yang kita mahu. Kalau mahu yang itu, berdoalah nak dapatkan yang itu.

Tapi kita diajar doa-doa yang sangat menarik dari Nabi. Doa-doa tersebut menunjukkan kita berserah sepenuhnya kepada Allah untuk mengatur kehidupan kita. Sepenuhnya.

Tidak kira keinginan kita bagaimana, kemahuan kita apa, tapi tetap kita serah kepada Allah.

Contohnya ketika tahiyyat akhir, Nabi membaca doa yang bermaksud :

“Ya Allah, hidupkan aku jika kehidupan itu baik untuk ku, dan matikanlah aku kiranya kematian itu baik untukku.”

Padahal, sudah pasti kita mahu hidup lagi dan lagi. Nikmat dunia ini tak pernah puas untuk diteguk. Tapi apabila kita diajar doa begitu, kita berdoa juga. Kita serah dan redha jika mati itu memang benar-benar baik untuk kita, kita minta mati sekalipun keinginan untuk hidup itu yang utama.

Sama juga dengan doa yang Nabi ajar apabila ditimpa musibah.

Ummu Salamah ketika kematian suami, malah terasa berat untuk mengaturkan doa tersebut, lantaran hatiya mengatakan tiadalah ganti yang lebih baik dari Abu Salamah.

Namun, Ummu Salamah tetap berdoa.

“Wahai Tuhan, berikanlah ganjaran ke atas musibah ini, dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik.”

Akhirnya, Tuhan memberi Nabi sebagai suami.

Begitu juga doa istikharah.

Sekalipun cinta penuh bumi buat kekasih, tapi dilafazkan juga, agar Allah palingkan hati dari dia sekiranya dia tidak baik untuk kita.

Sebaliknya juga serupa. Meminta agar Allah lancarkan dan takdirkan dengan dia, sekalipun bukan itu yang kita mahu.

Begitulah hamba. Biar tidak kira bagaimana, yang mahu hanya satu akhirnya, agar Tuannya redha.

Monday 8 December 2014

Bijak



Kita definisikan bijak ialah punya minda yang hebat, cepat menangkap, dan cerdas mengingat.

Kita agungkan orang yang bijak. Kita kata dia hebat.

Makin banyak hari dalam hidup kita lalui, kita akan mengerti, bukan tiap ketika bijak itu penting.

Kalau diberi pilihan untuk diperoleh, antara bijak dan kesungguhan, akan saya pilih kesungguhan.

Bijak, tanpa kesungguhan, seperti kereta mewah tetapi tidak berfungsi. Lama-lama ia buruk dan menjadi besi tersadai.

Tetapi kesungguhan, biarpun kereta sederhana, tetapi ia diguna sempurna, rosak-dibaiki, dijaga dan dicuci.

Ia berkhidmat untuk tuannya. Ia pergi meneroka dunia. Biar lambat, tetapi bergerak.

Teman, taqwa itu diperoleh dengan kesungguhan. Bukan dengan kebijaksanaan.

Kejayaan itu dicapai dengan kesungguhan keseluruhan anggota, kaki, tangan, minda, mata dan jiwa.

Sedang bijak itu hanya bercahaya pada minda, tapi lumpuh pada anggota.

*motivasi untuk saya yang lambat agar jadi rajin dan bersungguh-sungguh. Biar lambat, asal bergerak! Sebenarnya tengah geram dengan orang perasan bijak.




Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....