Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru, Kelahiran dan Cinta.



2012 sudah tamat. Rahsia di dalamnya sudah dibuka. 2013 tiba, masih misteri. Apa yang akan berlaku pada tahun ini? Yang pasti 2013 akan menjadi tahun yang terakhir, tapi untuk siapa?

Apapun, 2013 menjadi tahun pertama buat puteri itu. 2013 membuka harinya dengan berita bahagia. Kelahiran puteri kekanda memberi senyuman ceria. Maha Suci ALLAH yang menciptakan daripada tiada kepada ada. Segala puji bagi Nya.

Walaupun jauh di pulau ini, doa sentiasa mendekatkan kita. Semoga puteri yang baru membuka mata melihat dunia, beroleh redha dan rahmah ALLAH untuk berdepan dengan segala macam perkara di hadapan. 


'Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.'

(Sahih al Azkar An Nawawi.)



 

Sunday, 25 November 2012

Muqallidin

Saya malas lah nak cakap apa-apa.

Letih.

Susah bercakap dengan orang yang dilatih jadi muqallidin ni. Tahu ikut dan buat je apa orang suruh. Wala' tak bertempat. Akal ada tak nak guna.


Patut la tamrin dari dulu sampai sekarang tak berubah. Bukan nak fikir idea baru ikut keperluan dan tujuan.

Orang tak selera nak join jemaah dia, kata tak nak bagi sumbangan pulak.

Kalau dari awal-awal tahu pemikiran dia macam tu, tak da la nak buang masa kongsi pendapat dengan dia tentang semua isu.


Konon serba tahu, semua tahu. Balik baca novel cinta islamik la baik, cik.



Mari berhenti berfikir, ikut sahaja arahan ketua. Buat kerja banyak, jangan bercakap dan jangan berfikir.


"Seakan-akan Islam mengharamkan wujud lebih dari satu jamaah. Ini semua fikiran tanpa dalil aqli dan naqli. Jika kepelbagaian mazhab fekah yang menyebabkan berbeza cara ibadah boleh diiktiraf, apakah perbezaan pendekatan mengenai urusan dakwah hendak diharamkan?!!Akal yang luas lagi faham mencegah kita dari berfikir demikian." -drmaza-


 #currently admiring Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor. Kalau semua orang PAS berfikiran macam dia, sekarang juga saya sokong PAS.


 #kau pun satu, nak berbincang apa2, pilih la orang.















Friday, 5 October 2012

TGNA



Tersenyum bila tengok gambar TGNA yang ini. Terbaik!


Saya rasa ada ikhlas di hatinya untuk melihat agama tertegak di negara ini. Saya malah yakin, dia ikhlas.


Saya sayangkan pemimpin saya yang ini. Tetapi, ia masih tidak cukup untuk menjadi sebab saya mengikuti, menyokong, atau menyetujui SEMUA tindakan partinya. 

Saya perlu lebih sebab dari itu. Tidak mungkin hanya kerana TGNA seorang, maka saya pun membela partinya. Saya perlu lebih sebab dari itu. Saya perlu.



Sunday, 2 September 2012

Say NO to cook.

..to cook is very easy, but to cook EVERYDAY makes me crazy!

Oh..

traditional meal prepared by mom.


sehari dua hari mmg enjoy masak, tapi akan sampai satu tahap yg rasa SANGAT boring nak masak.dan saya berada di tahap itu sekarang sejak bulan puasa yg lalu.

bantu!


lebih teruk apabila kena kemas dapur setiap hari. kenapa ada orang pilih utk jadi suri rumah? pelik.


*syukur ada barang nak masak, org lain pening kepala x ada makanan utk anak isteri.

Monday, 2 July 2012

Sedekah Mengundang Berkah

"Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti :

 ~ sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
~ tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
~ dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya,
~ dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."

-al Baqarah 261.



*hmm..tunggu ramadhan la sedekah bnyak lagi dpt pahala....tp klu umur dh habis sblm ramadhan mcamna?*



Sunday, 24 June 2012

Dia tu salafi wahabi!


Hari tu masa lunch dgn Dr Farid, ade la cerita pasal sorang junior ni, Jamil (bukan nama sebenar). Ingat nak masukkan dia dalam organisasi PERKIM, lepas tu mantan YDP tu pun cakap la..

’Jamil tu Salafi Wahabi.’ 

Terjengil mata aku, nak gelak pun ada. Nasib baik Dr Farid pi tandas masa tu, kalau tak mesti dia gelak jugak. Sesuka hati je label orang macam tu kan.

Aku dan-dan tanya mantan YDP tu, salafi wahabi tu apa weh? Dia pun jawab gitu2 je sebab dia malas nak gaduh dgn aku dah, hari tu dah gaduh pasal wahabi kaw kaw punya. Kuang kuang kuang,...gila kelakar la. 

‘dah tu kalau salafi wahabi kenapa tak boleh masuk perkim ka?’ aku tanya lagi.

Mantan ydp tu cakap, ‘ye la,takut dia x boleh nk commit sbb dh ada organisasi lain..’

Em..aku pun senyum je la. Mungkin dia terlupa masa dia jd ydp perkim dahulu pun, dlm masa yg sama dia adalah exco dakwah PMI, dan juga ahli jemaah ***...

aku memang dah lama kenal si Jamil tu, dia budak kimia, bnyak kali ambik paper sama dengan aku. Aku tau la dia join usrah salafi.

Aku nak je cakap kat mantan ydp tu, Jamil ni kan, salafi wahabi dia pun selalu datang kelas awal, selalu jumpa lecturer, lecturer selalu puji dia, hantar tutorial selalu paling awal, kertas jawapan dia lecturer fotostat bg kat semua org lagi..

bukan macam ydp pmi, datang kelas lambat, bukan lambat 10 minit ya, lambat 30 minit, bukan sekali lambat ya, ada la tiga empat belas kali,  test pun x pergi, bukan 1 paper x gi test, dua paper, selalu ponteng kelas, tapi pandai bodek lecturer, dengan sopan-santun-akhlak-mulia-muka-bersih dia tu, sampai carry mark dia boleh dapat A..sengal kot.

Gila tak panas ke macam tu...bukan sorang yg x puas hati dgn dia, ramai sgt aku dengar. kalau dia ydp persatuan lompat galah aku x kisah sgt, ni ydp persatuan mahasiswa islam ok! Bila ramai yg mengata2 kat dia depan aku, ku jd bangga pulak nak announce kat semua, SY BUKAN BUDAK PMI..!!!

Aku boleh tahu semua tu sbb aku course sama dgn dia, minor je lain. Banyak lagi cerita yg aku dengar dari org lain, tapi aku cerita yg aku nampak sendiri la. Yg dapat dari org lain, x suka la nak sebar2 kan.

Kan ada satu pepatah, ‘cukuplah dikatakan seseorang itu pendusta apabila dia ceritakan semua yang didengari dari orang lain..’

ok. dah habes cerita...bye.

 

Tuesday, 29 May 2012

untitled III

simple answers. nt org tnya jwb cam ni eh..



hamboi hamboi...






bye!

Saturday, 28 April 2012

Will You Marry Me?


will you marry me?

Nabi sedang berceramah di hadapan. Ada wanita di belakang mahu menutur sesuatu. Nabi memberi ruang.

Kata wanita itu; ‘Wahai Nabi, sudikah Nabi untuk berkahwin  dengan saya?’

Nabi tunduk.

Sahabat lain diam. Namun ada seorang sahabat bangun berkata, 

‘Wahai Nabi, kahwinkanlah aku dengan dia.’

Lalu, Nabi kahwinkan wanita itu dengan sahabat tersebut dengan persetujuan keduanya.

Begitu cerita yang diriwayatkan oleh Anas b Malik. 

Jadi, mari amalkan. Boleh? Ada berani?  ;)




May I scream alOOOOUD..'Marry Me Now Pleeeeeeeeeeease!'


bila dah rasa tersumbat dengan tutorial.

Thursday, 29 March 2012

Kau Anak Muda


Apa lagi yang di tunggu? Kau sudah berada di jalannya. Pagi masih baru buatmu. Apa sahaja yang kau mahu, ada di hadapan mu. Tunggu langkah kaki mu bergerak menuju ke situ.

Usah berpenat menyusun alasan, alasan hanya mencipta halangan. Tetapi bangkit dengan kekuatan, kerana akan nanti ada jalan yang Tuhan tunjukkan.

Orang tua telah lama hilang harapan. Telah berlalu zaman muda untuk dia berkhidmat merealisasi impian. Sudah habis masa untuk dia bergelar syabab yang digeruni dunia. Tinggal hari-hari tua di akhir usia. Itu pun mereka masih sehabis daya menyumbang dengan keringat yang bersisa. 

Kau anak muda, tetapi telah lama tua jika tidak bangun. Telah lama menjadi kerepot jika untuk ke depan pun kau takut.

Jangan hanya hebat dengan diri sendiri, biar musuh gerun denganmu.

Jangan hanya melakar cita dalam diari kecil birumu, biar manusia dapat merasa sumbangan cita mu itu.

Akhirnya, biar kau mati dalam jasa. Bukan mati sia-sia! 

Kalau nanti, kau tidak ada bakti untuk kau bawa berdiri di hadapan Rabbi. Bila Tuhan bertanya, apakah masih alasan yang akan kau beri? 

Teliti kata-kata Thelma Thompson.

“I had looked out of myself (the created prison), and found the stars!”

Do not create your own prison to yourself. We are indeed stronger than we realize. Bangun, dan buat apa yg kau mahu!

Lihat si kecil ini, dia tidak takut dgn apa pun.

Tiada Daya

Sejak April, saya mengambil alih tugasan guru jadual waktu yang berpindah sekolah.  Guru jadual waktu itu sangat sempurna, cekap dan berkebo...