Monday 25 February 2013

Hukum Tuhan



Apalah nasib hukum Tuhan yang satu ini
Selalu sahaja menjadi anaktiri
Yang mahu laksanakannya selalu diuji
Adil nya tidak kelihatan berseri
Selalu hilang taqwa dan tak menjadi
Yang dilihat hanya kesedihan isteri
Yang tidak mahu pula selalu mengeji
Menjual kata simpati pada bidadari
Tidak sanggup menduakan pelangi hati
Manakala Hawa pula apatah lagi
Menolak nya semutlak nurani
Membariskan syarat itu dan ini
Barulah redha nya mengiringi
Melihat jijik pada yang berpoligami
Seolah mahu sahaja diharami
Namun Tuhan masih jua ditaati
Apalah nasib hukum Tuhan yang satu ini
Bagaimana mahu dikata susah sekali
Masakan Tuhan tidak mengetahui
Akan ketidakadilan yang selalu mengiringi
Masakan Tuhan tidak mengerti
Akan kezaliman yang selalu menghampiri
Tetapi tetap jua Tuhan mahu menguji.


 tertulis tajuk ini pula.

Sunday 24 February 2013

Anak Tak Sah Taraf




Video ini dihasilkan oleh SIS. Tapi ada orang kata depa sesat.

Yg tak sesat yg bincang 'Ayat2 Cinta', Tasbih Cinta,..itu yg betul2 Islam.

Saya tak kata semua yg mereka buat betul, tp yg betul tu kena la akui betul. Contohnya yang ini. Yg salah kena la depani dengan hujah yg kukuh. Jgn asyik kata sesat, lepas tu tahu nak haramkan saja. Sebab dan alasan tak mau bagi.

kalau dah SIS ni salah, pertubuhan2 islam yg benar tu kena la alert isu2 macam ni. Jgn duk ralit bincang politik dan cinta sahaja di mana2. Rimas!



Masalah ummah berjuta.Cukup2 lah bincang penerima BR1M ayam atau tak, couple haram atau tak.







Friday 22 February 2013

Balutan Diri



Saya sangka dengan mengubah penampilan, watak saya juga akan berubah.

Dari diam dan serius dalam tudung yang labuh, saya sangka saya boleh menjadi ceria, peramah dan kelakar dalam pakaian yang biasa-biasa.

Tapi setelah 3 minggu saya dalam pakaian baru, masih juga saya dalam perwatakan yang sama.

Saya tak suka bersembang ketika tugas saya bertimbun untuk diselesaikan. Apabila mereka bersembang, saya tak ikut serta. Saya tak suka main-main dalam tugasan. Saya suka menyiapkan dengan kadar segera sebab saya tak suka stay up sampai pagi-pagi. 

Saya tetap diam dan tak mampu menjadi peramah. Hanya senyum sepanjang masa mengelakkan saya dari digelar sombong. Atau, saya hanya akan bertanya soalan ringkas, mereka menjawab dan bercerita, jauh sekali untuk saya yang bercerita. Saya suka mendengar sahaja. Walaupun sebenarnya tak de lah suka sangat.

Baru saya tahu, payahnya mengubah tabiat diri. Mengubah perwatakan diri sangat susah. Penampilan luaran hanya balutan yang tidak masuk ke jiwa pun. Baru saya tahu.



Saya ingatkan saya sopan sebab tudung saya, rupanya saya memang sopan walaupun tukar fesyen tudung. Kikiki...

 

Saturday 9 February 2013

selepas seminggu

selesai minggu pertama di sekolah. minggu yang sangat panjang pernah saya rasa. panjaaaang sekali.


masih belum saya jumpa seronok dalam kehidupan seorang guru selama seminggu.

masih belum saya rasa bahagia pun menjadi guru.

Allah, bagaimana perlu dilalui hari2 berikutnya?

saya tidak biasa hidup dalam susasa begitu. dahulu sekolah saya bukan begitu. dahulu saya menjadi murid bukan begitu. saya menghormati guru, saya mendengar kata guru, saya datang sekolah mahu belajar. kenapa saya jumpa orang2 yg berbeza?

saya tidak mampu menjadi guru. dan saya tidak mahu.

saya jarang kenal orang yang lebih muda dari saya. kalau kenal pun, mereka menghormati saya, sekarang saya kenal budak2 yg muda dari saya tapi berlagak dan tak hormat orang. tak ke rasa nak lempang sorang-sorang?

tengok, saya tak mampu jd guru. dan saya tidak mahu.

tengok kawan saya tu, dia suka layan budak2. bagi nombor telefon lagi, cerita itu cerita ini. saya? jangan harap saya nak layan. saya hanya buat apa yang ada dalam RPH saya, itu semua tak ada. jadi, saya tak buat.
sebab saya rasa saya dulu tak pernah anggap cikgu macam kawan. saya hormat cikgu, bukan saya buat cikgu macam kawan. kalau ada orang nak buat saya macam kawan, minta maaf.


saya tidak mampu menjadi guru kan? dan saya tidak mahu.

jadi, macam mana ni? macam mana? macam mana?




it seems much much much more difficult than maths that i hate

When something you hoped for, doesn't go as planned. Know that there is something better in the making, insha Allah! patience is beautiful.

When everything seems to be going against you, remember that an airplane takes off against the wind, not with it.

Oh my Maker.... "You Alone we worship, You Alone we ask for help." Surah 1:4

When something seems impossible, remember that for the Almighty it is simple & easy. Call out to Him truly & witness the great miracle!








Wednesday 6 February 2013

untuk 4 bulan

3 hari menjadi guru, rasa macam 3 tahun. Woooaaaaa!!!!!!

x nak jd cikgu...

untuk 4 bulan perlu menjadi tabah.

lambatnya hari2 berlalu. rasa mcm kena tahan dalam kem apa ntah.

baru 3 hari, dah rasa nak melayang tangan kt muka orang je...eeeiiiii....

ya ALLAH, berkati guru2 ku, besarnya pengorbanan mereka.





Saturday 2 February 2013

Wahai Anakku

Wahai anakku,
Engkau sabar sekejap dengan derita dunia, lebih ringan bagimu dari engkau ingin bersabar dengan azab Allah di akhirat. Engkau taat sekejap di didunia ini, nescaya kamu akan mendapat rahmat Allah yang berpanjangan di akhirat.

Senyumlah kepada dunia, kerana ia gagal menipumu.

 Wahai anakku,
Janganlah engkau terikut dengan kehendak nafsu burukmu yang dihasut oleh syaitan untuk tidak memaafkan kesalahan manusia lain, kerana itu puncak keegoan yang memusnahkan. apalah erti engkau menyimpan dosanya atau dendammu. yang penting wahai anakku, keinsafan dan kekesalan terhadap apa yang berlaku, lalu ia menitis air mata taubat memohon pengampunan Allah. Kalaulah Allah sedia mengampuni dosa hambaNya, janganlah engkau menjadi makhluk yang lebih sombong dariNya,


 Wahai anakku,
Seorang pesakit mesti memakan ubat mengikut apa yang diarahkan oleh doktor, walaupun sekali dua kali ia makan, mungkin sakitnya hanya hilang seketika sahaja, ia perlu terus sabar memakan ubat tersebut sehinggalah ia sembuh. Jangan kerana ia ingin segera sembuh, lalu ia menelan semua ubat tersebut sekaligus, tentulah mendatang mudarat baginya. Demikianlah Allah memberi rezki kepada hambanya sesuai dengan keperluannya, andainya Allah menurunkan semua rezkinya, nescaya matilah manusia dengan rezki tersebut. Sebagaimana matinya pesakit yang menelan kaesemua ubat sekaligus.

Wahai anakku,
Kamu sangat bimbang akan kehilangan orang yang kamu cintai. Kamu sedih bila panggilanmu tidak disahuti. Engkau akan berdukacita bilamana panggilanmu tidak dilayan. Engkau tidak akan buruk sangka kepada orang yang kamu sayangi bilamana ia tidak menjawab panggilanmu, kerana engkau sangat menyintainya.

Wahai anakku,
Apakah engkau tidak bimbang kehilangan kasihsayang Allah padamu, sehingga engkau biarkan panggilanNya. Apakah engkau tidak bersedih apabila doamu tidak lagi didengar. Dan bagaimana kalau Ia tidak mempedulimu sebagaimana kamu tidak mempedulikan seruanNya.

Wahai anakku,
Aku sayang kepadamu, kerana itu aku minta engkau jangan abaikan panggilanTuhanmu, walau apa tugasmu sekalipun. Segeralah sahut panggilanNya kerana seruan itu akan lenyap dari pendengaranmu bilamana telingamu sudah tidak mendengar lagi, matamu sudah tidak dapat melihat lagi dan denyutan jantungmu telah terhenti.

Senyumlah semoga Allah redha kepadamu.



Daripada ayahandamu. 



saya suka membaca nasihat 'wahai anakku' oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man di facebook beliau. seperti benar-benar seorang bapa menasihati anaknya. di sini saya kongsikan. beliau pandai mengambil hati anak muda, dan saya lihat ramai orang2 muda share nasihat beliau dan senang dgn pendekatan beliau. tahniah!
tuan ibrahim tuan man ialah ketua penerangan pas pusat (kot, x pasti..)

Lagi dari Ust TITM :

Hidup ini mudah, kita boleh mencari 100 alasan untuk menangis, sudah tentu kita boleh mencari 1000 perkara untuk bersenyum.

Kuatkan iman dan percayalah dan sangka baik pada Allah akan menjaga kita sekiranya kita terus beriman dan patuh pada segala perintahnya.

Seronok untuk melihat orang bersenyum, lagi indah sekiranya mengetahui kitalah sebab seseorang melakarkan senyuman tersebut.

Senyum.

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....