Friday 21 December 2012

Aulawiyyat



Semalam, sewaktu solat di surau perpustakaan, ada satu perkara yang saya jumpa. Bukan sekali, malah sudah banyak kali.

Surau itu kecil, boleh memuatkan 1 saf 5 orang sahaja untuk sesuatu masa. Jam 1-2 petang, surau itu akan sesak, kerana ramai yang akan solat di situ. 

Saya berdiri menunggu giliran untuk solat. Ada pelajar yang solat di hadapan sudah memberi salam dan bangun, saya berganjak ke depan. Saya sangka beliau akan keluar dari saf. Rupanya, beliau bangun untuk menunaikan solat sunat! Waktu sudah di hujung rehat. Ramai lagi sedang menunggu giliran untuk solat.

Saya menarik nafas. Saya kenal pelajar itu. Dia pimpinan organisasi Islam di kampus. 

Situasi yang kedua, di surau yang sama. Surau sesak dengan orang yang mahu bersolat, mahu pakai tudung sesudah solat, pakai stokin, tengok cermin, semua mesti dilakukan dalam surau. Tiba-tiba, wujud pula perempuan bertudung labuh yang duduk dengan khusyuk nya membaca Quran di situ. Sudah la fizikal nya menyusahkan orang mahu pakai tudung di surau yang sempit itu, suaranya juga mengganggu jemaah lain yang sedang bersolat.

Lagi saya menarik nafas.

Saya rasa, jangan bermimpi Islam akan diminati ramai kalau yang memakai ‘pakaian Islam’ tidak tahu aulawiyyat.

Selain mengajar orang menukar pemerintah, jangan lupa sebarkan ketelitian Islam dalam menjaga hubungan dengan manusia.

Selain menggalakkan orang bagun malam, jangan lupa sebarkan bahawa Islam menjaga kepentingan awam.

Sifat universal Islam itu kadang kala tenggelam dek keasyikan dengan cerita-cerita ajaib, keasyikan melawan pemerintah, keasyikan mujahadah diri untuk ibadah sunat, dan berbagai keasyikan. Semua itu perlu dilakukan dengan ilmu. Ilmu mendahului amal. Tengoklah situasi di atas apabila amal mendahului ilmu! Kelihatan kecacatan yang ketara amat.

Apabila saya bercerita tentang perkara ini, jangan ada pula yang melihat dari sudut yang lain. 

“Sebab tu la kena tukar pemerintah, pemerintah sekarang ni buat suaru kecik.!” 

Err..ok. Kata seorang ustaz, ‘gigi dia hitam berlubang pun, salahkan pemerintah.’ 



# bukan semua benda baik (solat sunat, baca Quran) baik di semua tempat. Menurut Al Albani, katanya "memperdengarkan ayat-ayat Quran di tempat awam akan membebankan orang awam yang mendengarnya kerana,
"Dan apabila dibacakan Al Qur’an maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." (al-A'raf:204)

Jika orang awam tidak mampu mendengar dan memerhatikan ayat-ayat yang dibaca itu, maka yang bertanggungjawab ialah yang meninggikan suara al Quran itu kerana dia sedang menyusahkan orang lain untuk mendengarkan al Quran dalam keadaan tidak bersedia untuk mendengarnya." -dipetik dari buku 'Ilmu Tafsir bersama Utsaimin dan Albani.'

pinjam dari library.banyak buku wahabi kt library.kena report ni.



Tuesday 18 December 2012

Jelaskan Kefahaman tentang Asobiyyah

 
Ciri2 Assobiyyah sebagaimana yg dijelas Nabi SAW ialah apabila bermati2an mempertahankan puak sendiri walaupun jelas salah. Hari ini gejala Assobiyyah mengakar bukan sahaja dalam parti2 politik bahkan gerakan2 Islam yg partisan sehinggakan pertimbangan hukum punyai 2 versi berlainan. 

Umpamanya hukum fitnah hanya terpakai apabila dilakukan oleh puak bertentangan tetapi jika puak sendiri yg melakukan fitnah dianggap sebuah perjuangan suci demi kebenaran.

Assobiyyah ialah nilai kepuakan yg melampau sehingga sanggup melakukan apa sahaja mempertahankan puak sendiri walaupun melakukan kezaliman sebagaimana Hadis Nabi SAW أن تعين قومك على الظلم

Kadangkala tanpa kita sedari Assobiyyah juga menggejala atas nama mempertahankan agama. Walhal agama tidak sesekali merestui tindakan yg membela kezaliman atas nama agama.

Assobiyyah juga amalan Yahudi. Hukum RIBA hanya haram jika transaksi dilakukan sesama Yahudi tetapi harus bahkan digalakkan melakukan RIBA jika bermuamalah dgn kaum lain selain Yahudi.

Mengutamakan Melayu bukan Assobiyyah, tapi mempertahankan Melayu dengan mengambil hak bangsa lain ataupun mempertahankan Melayu walaupun Melayu melakukan kezaliman itu adalah Assobiyyah.
  
Inilah sebenarnya ujian terbesar Umat Islam hari ini, yg pernah disebut Nabi SAW. Selagi tidak bersatu selagi itulah kemenangan hakiki yg dijanjikan Allah tidak akan tercapai. Malangnya umat Islam hari ini lebih berprasangka sesama Islam tetapi cukup bersangka baik terhadap bukan Islam. 1001 alasan utk tidak bersama sesama Islam, tapi cukup 1 alasan utk bersama dgn bukan Islam. Jelas bertentangan dgn akhlak Nabi SAW yg disebut dalam Al-Quran: أشداء على الكفار رحماء بينهم


Perjuangan bangsa semata-mata secara mutlak adalah salah, tidak kira di mana atau sesiapa pun, ini fatwa ulama dunia. berbeza dgn mmperjuangkan hak2 bangsa. Kemerdekaan Malaysia bersyarat, 7 wasiat raja2 Melayu. Ini syarat2 yg disepakati, penjagaan hak2 ini wajib dijaga kerana kata Nabi 'almukmin ala syuruthihim'

Bagaimanapun, kalau sampai mengenepikan hak2 bangsa lain, tidak dibolehkan.

Hakikatnya, janganlah terlalu bangga dengan Melayu, sehingga merendah2 kan bangsa lain. Namun, jangan pula bongkak tidak mengiktiraf kewujudan bangsa sehingga tidak mahu dikenali sebagai Melayu, hanya mahu dikenali sebagai Islam. Ingatlah kata Nabi, 'ketahuilah nasab keturunan mu'.  

Al Quran sendiri mengiktiraf kewujudan manusia yang berbangsa-bangsa sebagai satu tanda kebesaran Allah.

Sebagai 'pejuang Islam', perlu jelas kefahaman tentang konsep asobiyyah sebelum menyerang sesiapa. Cari dahulu maklumat tentang sesuatu perkara, bina kefahaman. Asasnya faham, bukan ikut.

sumber : Dr Asyraf Wajdi, Ust Fathul Bari, dan pandangan saya sendiri.



Monday 17 December 2012

Hadis Sosial

Apakah menjaga hubungan dgn Allah itu lebih senang daripada menjaga hubungan sesama manusia?

Barangkali ya. Sebab Allah itu Maha Penyayang. Sedangkan manusia ini banyak ragam. Tapi itulah, dengan manusia yg banyak ragam ini juga lah yang Allah suruh jaga hubungan. 

1. Penuhi hajat manusia dan haknya, walaupun terpaksa tinggalkan amalan-amalan sunat yang lain. Jangan salah prioriti! Ini dalilnya.

 “Perbuatanku berjln brsma saudaraku yg Mslm utk menunaikan hajatnya lbh aku suka daripada beriktikaf di dlm masjd selama 1 bulan” (Hadith Ibn Abi Dunya)

2. Mudahkan urusan orang lain, ringankan tulang membantu insan yang memerlukan. Ingatlah, kelebihan yang ALLAH tawarkan apabila kita mengeluarkan manusia dari kesusahan. Ini dalilnya.

“Sesiapa yg melepaskan seorang mukmin dari satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskannya dari satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan kiamat. Sesiapa yang memudahkan bagi orang susah, maka Allah akan mudahkannya baginya dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Daripada Abu Mas’ud, Nabi SAW bersabda, “Seorang daripada umat kalian dihisab, ternyata tidak didapati padanya satu kebajikan pun, kecuali dia pernah bergaul dengan manusia dan dia seorang yang memudahkan orang lain. Dia perintahkan budak suruhannya supaya memaafkan orang yang berada dalam kesulitan. Kemudian, Allah berfirman, “Kami lebih berhak dengan perkara itu daripadanya, ampunilah dosanya.” (Riwayat Muslim)

3. Jangan bagi alasan ‘saya tidak mahu duduk dengan mansia yang ramai, kerana saya tidak tahan dengan kerenah mereka. Saya suka bersendiri, ia lebih mengurangkan dosa.’ Ironinya, hadis menulis :

“Seorang mukmin yang bercampur, bergaul dengan masyarakat dan sabar atas kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya.” (Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ahmad)


4. Padamkan marah kalau ada perkara-perkara buruk di jalanan seperti sampah, hentikan mencaci dan membebel, tapi ambillah apa yang dilihat itu dari jalanan, itu lah yang diajar Nabi. Bebelan dan cacian memberi dosa, tapi tangan yang mengutip itu menambah pahala. Pilihlah!

Abu Barzakh : Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat kepadaku.
Rasulullah : Lihatlah apa yang menyakiti manusia, maka singkirkanlah dari jalan mereka.(Riwayat Ahmad dalam Musnad nya)

Pesanan untuk diri. Hadis-hadis ini sangat berguna dibaca dan diingati ketika sedang stress dengan manusia!

kita hidup dgn manusia biasa, bukan dgn ultraman.

Thursday 13 December 2012

How do I see it.


Frankly speaking, I’m not an UMNO supporter, nor PR follower.  I just extremely hate people who are taksub to their group. Whenever I was surrounded by UMNO people and they’re talking about PAS’s meanness then totally refused to admit PAS’s contribution, I assuredly spoke on behalf of PAS’s members arguing them for their unjust judgement.

Some will say I am ‘lalang’ which has no stand. Zunar said, ‘how can I be neutral? Even my pen has its stand.’

But hey pakcik, neutral itself is a stand! My stand is not referring to party, it is based on the truth.

Same is going to PAS members who are keep blaming on UMNO for everything bad happened on them literally. UMNO solely is offended, no one else in this world to go wrong but UMNO!  Depressing, isn’t it?

Ulama UMNO, they might be wrong in some claim, and they can be right in other matters. I do disagree with them in some issue. They are human who do mistakes. Yet, to accuse them as ‘jahat’, ‘sesat’ or pervert because of participating in UMNO, is totally unacceptable. Please understand, they are all my teachers. I knew them, learned from them many things before they associate themselves with UMNO. They taught me to be a thinker, seeking for dalil for each action. They brought me to a region of understanding the basic of Islam in a new method which I’ve never been taught before. Again, they gave me knowledges a lot.

You know how hurt my feeling is when people are cursing and despising  my own teachers. Huh.

Roughly judged, it is kind of weird thing when people who know Tok Guru but disinclined to support him.  A praiseworthy leader, devout and sincere man, how heartless a man manage to against him. People listen to me, those who do not hold with his party, are not necessarily deny all his contributions and his devoutness. It is all the matter of choice. We have our right to choose.

My dear please, do not judge human’s faith based on their party. “Followers of my party have good imaan and taqwa than followers of yours.” “You are guided (diberi hidayah) when you are joining my party.” 

No, no and absolutely no! You cannot, and you should not! There’s no way you can and should judge person by his/her political views. I wish this mentaliity will start to fade and people learn to leave this habit somewhere far away.

Political views is only a case of choosing, guys.

While faith is all related to intention. 

You choose to struggle under so called Islamic party but your intention is to get the authority for the sake of your cronies, it is too bad to be endorsed as ‘pejuang Islam’.

Joining a non-Islamic party by having good motives in the interest of religion, by having good strategies as well, who dare to classify it as sesat?

Till when I should wait to see a politician who admits his own party’s mistakes, and endorses other party’s goodness. A ‘sick politician’ should be eliminated. Sick politicians generate sick followers. Yes, for sure you can be a steadfast and ‘hard’ follower of your own party, but please be fair in judging. Thats all.

I want people to agree with me for sure, I make an effort to it. But I agree when they disagree with me. Dont belittle others, it is enough.

One phrase I like most is, if you think you’re always right, then you’re wrong.

But sometimes, practising it by myself is just too hard. Why? Because it’s difficult to believe that we ourselves are wrong. Nobody likes to feel bad, to swallow the bitter pill. This could be a huge shift since we are trained to believe we’re right in everytime and every action.

Jalan kita berbeza, tapi akhirnya kita akan bertemu di hujung yang sama. Kerana akhir matlamat kita ialah Dia yang serupa.

.please ignore grammatical errors.



Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....