Monday 29 September 2014

Laki laki Mati

Seminggu dua ini saya banyak membaca mengenai pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan memandangkan itulah tajuk yang saya pilih untuk tugasan di sini.


Sudah lah membaca yang itu membuatkan jiwa runsing dengan lelaki, ditambah pula membaca penyelesaian yang ditawarkan oleh seorang penulis ini.



" Sebagai lelaki, saya mohon agar diberikan ruang dan peluang pelajar-pelajar lelaki ini dipermudahkan masuk ke IPTA dengan cara dilonggarkan syarat tertentu dan dengan kelayakan seminimum yang boleh untuk memastikan mereka ini masih berada dalam sistem pendidikan negara bagi menyambung pengajian dan bukan tamat setakat kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
Dengan sijil SPM pada zaman sekarang ini memang susah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
Diharap pada masa akan datang pengambilan pelajar untuk masuk ke IPTA biarlah pada nisbah 50/50 de­ngan cara melonggarkan syarat ter­tentu kepada pelajar lelaki itu sendiri dan begitu juga diharapkan pengambilan pekerjaan untuk sektor awam dan swasta biarlah seimbang."

Mujur KPM sudah membuat maklum balas bahawa sistem meritokrasi yang digunapakai akan terus diamalkan.
Kenapa lelaki ini manja?
Kebetulan, majalah al Ustaz isu terbaru membincangkan hukum hakam wanita berkerjaya. Pertama kali saya tidak bersetuju dengan Ustaz Umar.

Membaca tulisannya yang menggambarkan wanita yang memiih untuk berkerjaya kerana inginkan kebebasan.

Kenyataan itu separuh benar. Namun bagi saya wanita memlih berkerjaya bukan kerana itu.
Tetapi kerana ketidaksempurnaan fungsi yang dimainkan lelaki, maka wanita TERPAKSA.

Terpaksa ketepikan fitrah membesarkan anak dan menguruskan rumah. Tugasan fitrah itu terpaksa dihulur kepada orang lain dek keperluan masyarakat kepada dirinya.

Cuba bayangkan jika semua wanita hari ini berhenti berkerjaya, apa jadi pada dunia? Lumpuh.

Lihat sahaja bagaimana mudahnya minda lelaki memberi solusi, dengan melonggarkan syarat ke IPTA bagi lelaki?

Itu hanya akan melahirkan generasi lelaki yang hanya ternganga menunggu di suap.

*dah siap assignment saya, nah Prof, ambik ni..hahaha..

Monday 22 September 2014

PEREMPUAN



Perempuan, bukan untuk mentaati itu satu kesulitan, kerana telah fitrah. Tetapi memilih kepada siapa ketaatan itu akan diserah adalah satu kesukaran.

Perempuan, ajaib sebuah ciptaan.

Dahulu berbangga bukan perempuan biasa, tapi kini merasa jiwa biasa seorang perempuan.

Rimas.


Thursday 18 September 2014

Keputusan

Saya sangat serabut apabila terpaksa membuat sesuatu keputusan. Saya tidak tahu bagaimana.

Namun, itulah seluruh inti kehidupan. Tentang menyelesaikan masalah. Tidak akan diam tetapi berterusan.

Saya, apabila serabut, saya tidak akan memilih games, movies, atau apa-apa. Tetapi tidur adalah terapi terbaik. Jom tidur...





Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....