Saturday 31 December 2011

Kiss Goodbye to 2011


Saya tidak ketinggalan mahu menulis tentang tahun baru. Walaupun sebenarnya, tahun demi tahun perkara yang sama akan diperkatakan oleh ramai manusia. Tentang azam, tentang harapan.

Tahun yang kita lalui sebenarnya hanyalah satu sistem masa yang dilalui oleh semua manusia. Apa yang membezakan ialah keberkatan. Kita barangkali merasakan satu hari itu masa yang sangat lama. Kemungkinan orang lain merasainya sangat singkat. Orang Barat melihat ini ialah teori relativity of time. Tetapi sebagai Muslim kita percaya kerelatifan masa ini berlaku ada kaitan dengan keberkatan masa. Justeru, mari memburu keberkatan pada setiap hari. Agar kita tidak menjadi manusia yang rugi.

Tahun juga hanya satu perkiraan kepada usia manusia. Usia alam dan semesta. Tidak ada apa-apa kemuliaan kepada setiap tahun melainkan kemuliaan yang disebut oleh Allah dan RasulNya. 

Pun, tahun baru sentiasa membawa kita kepada satu rasa untuk muhasabah, jua rasa untuk berubah. Memulakan perubahan sering dikaitkan dengan tahun baharu, walaupun perubahan tidak pernah meletakkan tarikh tertentu untuk dimulakan. Tetapi jika tahun baru dilihat mampu menjadi titik mula kepada perubahan, teruskan ‘berubah di setiap tahun baru.’ Namun pastikan ia berterusan di sepanjang tahun.

Saya kongsikan satu doa dari Nabi S.A.W. Sangat indah.

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Agar kita tidak pernah sendiri dalam apa jua urusan, doa ini sangat dianjurkan.        
           
Biarkan 2011 pergi. Pergi dari hidup kita membawa sarat dosa dan pahala yang telah kita kumpul. Berjumpa lagi di hari pembentangan amal.

Sunday 18 December 2011

Keharusan Membelasah Mereka


Apapun jika melampau,  tetap haram!

Kita ini hamba Tuhan, bukan hamba imtihan.

21 tahun hidup di permukaan bumi, macam-macam gelagat manusia kita depani.

Gelagat sendiri pun kita belum mampu kuasai, [tadi saya jawab calculus salah, puas cari di mana salahnya, rupanya saya menjawab 2x3 = 2, maka sampai esok lusa pun jawapan saya akan salah. lihat bagaimana limit nya kuasa kita.]

Apatah lagi untuk menggeluti berbagai ragam dan fe’el manusia lain. Memang letih!

 ‘Haih..assignment tak siap lagi ni, yg tu tak study lg, yg ni tak hafal lg..’ dengan muka yang ketat dan suara yang tersumbat.

‘Tak boleh pergi la, awak tolong buat boleh tak, nak study, ada test..’

‘Sori2, lambat..malam tadi tak tidur..sebab tu lambat jaga.’

Oh, kalau bunyi ayat2 itu baru kali pertama saya dengar, mungkin masih haram bagi saya untuk membelasah. Tapi kalau setiap hari diulang perkara yang sama, menyusahkan orang sebab nak study, fatwa ijtihad saya membuat rumusan keharusan membelasah orang-orang yang keterlaluan!

Teman, bukan anda seorang yang ada test, ada assignment, ada tutorial. Semua manusia yang berada di bumi ada ujian masing-masing. Belajarlah menguruskan masa dan membahagikan tugas untuk diri. Tolonglah tunaikan hak orang lain, jangan ambil hak orang lain!

Berilah hak kepada yang berhak. Hidup ini bukan hanya untuk peperiksaan dan akademik. Study sampai maut pun, kalau menyusahkan orang, apa baiknya? 

Ada juga yang suka buat muka pelik kalau saya kata saya nak balik kampung. 

‘Ha? Nak balik rumah kakak..kan ada test Isnin ni..’

Kita diberi cukup lengkap anggota. Kenapa tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa? Balik rumah dan study. Selesai. 

‘Adik saya accident, tapi saya tak boleh balik minggu ni sebab Isnin ni ada test.’

Saya paling pantang kalau akademik dinomborsatukan dan keluarga dinomborduakan. Memang benar, famili pun mahu lihat kita berjaya. Tapi jangan lah sampai keterlaluan. Saya rasa seorang ibu lebih gembira jika anaknya sering pulang ke kampung dan mendapat PNGK3.30 berbanding dapat 4.0, tapi adik accident pun tak pulang jenguk ke rumah. Padahal rumah bukan jauh pun. Apatah lagi, jika tidak pulang kerana study, tapi pointer pun cukup2 makan. Malang benar ibu yang punya anak begitu. 

Nasihat saya, gembirakanlah ibu bapa anda, keluarga anda. Janganlah melampau dalam ‘study’. Study smart, jangan study hard!

Kadang2 saya terasa juga nak bertanya kepada mereka yang taksub ni. ‘Dulu masa SPM dan matrik pun pulun study macam ni ke? Kenapa tak dapat ambik medik eh? Kawan2 saya yang study medik pun tak gila study macam ni..’

Kepada apa sekali pun, jika keterlaluan (taksub) tetap tak boleh. Sila jadi matang..!

teringin nk tanya chedet mcamana beliau study.

*Kepada mazhab pun dilarang taksub, inikan pula taksub kepada seseorang tokoh (biasa), drmaza, uzar, ufb, atau siapa2 shj. Kalau begitu, lebih baik taksub kpd Imam Syafie berbanding kepada mereka. Gejala melampau bukan kepada tokoh shj, tp kpd perkara lain pun. Taksub pd akademik, taksub pd bisnes, taksub dgn kerja dll. Wasathiyah itu yg terbaik.

Saturday 17 December 2011

Untuk Kalian Yang Saya Sayang..


Hampir lebih sebulan saya tidak pulang ke kampung. Hati pun telah sarat benar dengan rindu. Malam tadi, saya telefon ke rumah, bercakap dengan anak2 saudara yang kerap bertanya ‘mana Su?’. Terdengar riuh mereka bercerita itu dan ini. Setelah berborak dengan kakak, saya minta pula diberi telefon kepada Abg Long, si sulung yang baru bersunat. Jauh kedengaran suaranya, ‘yay, yay, Su nak kecek..’. Saya menarik nafas, ini baru saya di Penang, kalau lah saya ditakdirkan belajar jauh dari Malaysia, pasti saya sudah lembik. Kata Abe Long, ‘tak sakit pun sunat.’. Dan berbagai cerita yang dikongsi dengan saya.
abe long..bakal ulama.

Keluarga segalanya bagi saya. Mereka bukan hanya memenuhi keperluan emosi kasih sayang, tetapi mereka juga menghidangkan keperluan intelek yang saya perlukan. Baru-baru ini, pertemuan singkat 2 hari 2 malam saya dengan Mama, Kak Ismah, Abg Rifqi dan Abg Mad sudah mampu melegakan sedikit hati dan minda saya. Walaupun di hospital yang asalnya hanya untuk rawatan, tetapi di hospital juga boleh menjadi medan perbincangan ilmiah buat kami. Di dalam kereta juga tidak kurang kami berkongsi pandangan. Namun jangan disangka kami sentiasa serius, abang2 saya memang juara dalam mencipta bahak ketawa.

Di sini jujurnya saya tidak punya teman ‘intelek’ yang boleh saya kongsikan pandangan, kritikan, cadangan dan apa2 jua perbincangan ilmiah dan isu semasa. Saya juga punya ramai kawan di sini. Tapi yang tidak pernah kenal pun siapa Dr Yusuf Qaradhawi. Tidak tahu siapa Dr Wahbah Zuhaili, masih hidup atau mati? Tidak pernah dengar apa itu Wahabi dan Salafi. Yang sering mempelawa saya ke panggung menonton Ombak Rindu. Yang sering berlatih melilit tudung dan fesyen terkini. Yang berblutooh lagu2 baru paling sensasi. Dengan mereka lah saya bersama. Dengan mereka lah saya ketawa. Kalian fikir hati saya berasa puas dan gembira? Biarpun bilik saya sentiasa bising dengan gelak dan tawa mereka menonton maharaja lawak, hati saya tetap jua sunyi. Jasad saya bersama mereka, bibir saya meringkuk senyum, tapi jiwa saya penuh kosong. 
rindu utk minum2 petang bersama...

 Sebab itu, saya sangat perlu untuk pulang ke rumah. Menemui kakak dan keluarga. Kerana mereka memahami jiwa saya. Mereka seakal dan seminda dengan saya. Jika lama saya tidak bertemu mereka, saya rasa sangat sesak dalam dada, sangat berat dan sarat dalam kepala. Sebab segala idea dan kata saya tidak ada tempat saya luahkan. Bayangkan, saya tiada siapa untuk berkongsi. Saya tiada siapa untuk berhujah dan berdebat isu terkini. Kadang2, saya bercakap sendiri. Atau saya menjerit di blog, di hadapan laptop yang sunyi. Ada juga saya menulis di mana2, yang pasti bersama pen dan kertas yang bisu dan pekak. Kalau tidak, kepada siapa lagi?

Jika sahabat di Maahad dahulu, mereka berbeza. Mereka ada fikrah yang sama, yang sama-sama tahu keperluan umah hari ini. Di sini juga ada jemaah2 yang ditubuhkan. Saya pernah berada dalam kalangan mereka masa tahun pertama dahulu. Bukan saya menilai tanpa terlebih dahulu menyelidiki dan menyertai. Saya telah pun melalui hari2 bersama mereka. Malah bukan hanya satu kumpulan saya sertai. Lebih dari satu saya cuba mencari yang sesuai dengan jiwa saya. Tapi akhirnya, saya melangkah keluar dari lingkungan mereka. Barangkali jiwa saya yang cemar, maka jiwa saya sering meronta mahu keluar apabila ada program bersama mereka. Akal saya sering menyanggah pendapat mereka. Kerana telah letih meronta dan tidak reti lagi menjadi hipokrit, saya jujur berkata pada mereka – saya mahu keluar, cari lah ganti yang lain. Sejak dari itu, mesej dan info apa pun saya terima dari mereka, saya abaikan. 

Menariknya keluarga saya. Mereka adalah teman saya yang paling rapat dan akrab. Saya memerlukan mereka dalam segenap segi. Segala puji kembali kepada ALLAH yang telah meletakkan saya dalam keluarga ini.

*semalam,keluarga roomate sy dtg tidur di bilik,ya,keluarga sy mmg berbeza..

Sunday 11 December 2011

Ujian dan Air Mata


Tiada siapa pun dicipta tanpa airmata.

Jika ada insan yang sudi menghulur bahu sebagai sandaran tangisan, menangislah di sisinya.

Jika tiada siapa2 yg punya masa melihat air mata, Allah sentiasa setia.

Teman,
selagi namanya hidup, akan ada perkara yang mencetus tangisan. Tidak mengapa untuk menangis. Menangis lah sepuasnya. 

Dan, hidup ini sesungguhnya akan tawar jika tiada perisa air mata, seperti hidup ini akan kelam tanpa warna ujian.

Derita sentiasa hadir bersama cahaya, tetapi insan sering buta mencari cahaya di sebalik derita. Sesungguhnya jika dilalui jalan derita dengan sabar dan doa, cahaya akan sentiasa hadir seperti malam akan pasti diikuti siang. 

‘Airmata duka itu kadangkala ubat bagi sengsara, jika diadun dgn doa. Tuhan sering ditemui dlm derita lebih dari dlm gembira.’

Moga doa saya untuk dia tidak dihijab.

Thursday 8 December 2011

Allahu A'lam.


Pertama, saya ingatkan, pandangan saya ialah pandangan seorang yang sedang mencari ilmu, memburu kebenaran, dan menegakkan Islam yang asal. Hanya itu, bukanlah dari sudut hukum atau ilmu. (kerana semua orang tahu saya tiada ilmu).

Saya setakat ni tiada masalah dengan apa yang dikatakan oleh ustaz berkenaan. Namun adalah lebih baik jika kita melihat video penuhnya, apa dalil yang diberikan, kenapa tidak boleh, dan bagaimana yang sepatutnya.

Dalam video yang singkat itu, saya dapat melihat, mungkin tujuan ustaz berkenaan ialah untuk menjadikan‘faham’ merupakan menu utama dalam apa2 perkara termasuk ibadah. Bukan ‘ikut’. Seperti contoh doa makmum yang ikut imam tu, saya yakin dalam masyarakat kita masih ramai yang hanya mengangkat tangan mengaminkan doa imam tanpa tahu apa yang imam doakan, apatah lagi untuk fahami, menghadirkan hati, dan khusyuk dalam berdoa. Itu yang ditekankan, agar masyarakat menjadikan doa sebagai medium yang berkualiti untuk meminta dengan Tuhan. Agar kesan doa dapat dilihat. Barulah slogan ‘kembali kepada agama’ itu dilihat positifnya, jika tidak, kembali kepada agama tetapi dengan ibadah yang kita tidak faham, pastinya tidak ada kesan, dan ramai orang akan melihat serupa sahaja kembali kepada agama atau tidak. (faham tak?)

Kedua, ustaz berkenaan menekankan pentingnya berdoa mengikut apa yang Nabi ajarkan. Ajaran Nabi sudah sangat sempurna. Semua tidak menafikan lengkapnya Islam yang Nabi sebarkan. Jadi, adalah lebih baik jika dahulukan zikir dan doa dari Nabi yang sangat banyak, dan masih tidak kita dalami pun. Carilah yang dari nabi. Buku Hisnul Muslim boleh dijadikan rujukan sebagai zikir harian kita. Doa2 dari Nabi dalam buku itu pun masih tergagap2 di bibir kita. Hafal lah yang sahih, itu lebih sempurna. Lebih mendekatkan, dan lebih asli (mcm iklan pulak). Memang tidak salah mengambil doa dari tokoh2 yang lain, tetapi ia terdedah kepada banyak pandangan, ada yang kata doa tu bertentangan, ada yang kata boleh. Jadi, sebagai jalan selamat, sebagai orang yang tidak ada ilmu untuk menimbang, ambillah yang sahih dan pasti, iaitu dari Nabi. (confirm2 la boleh kan?)

Kemudian, berdoalah dengan doa kita sendiri, yang kita faham, yang kita hayati, yang lahir dari hati kita. Jangan hanya ikut hafal doa2 yang kita sendiri tidak faham. Apatah lagi jika doa2 yang kita hafal itu menyalahi adab meminta dengan Tuhan, menyalahi cara memohon yang Nabi ajarkan. Apa yang kita mahu persembahkan di hadapan Tuhan hendaklah mengikut kehendakNya. Bukan kehendak ustaz supaya beli bukunya(oppps..eh tak tak!).

Seterusnya, saya kurang seronok membaca tajuk video tersebut. ‘Wahabi kurang ajar hina zikir Imam Syafie’. Tajuk tersebut hanya menimbulkan dan permusuhan dengan melabel ‘wahabi’, dan perkataan hina. 

Saya tidak tahu betul atau tidak. Tapi saya kurang senang apabila ada naqibah2 saya dalam usrah di sini yang mengatakan, ‘kita jika buat ibadah sebab nak syurga, sebenarnya tak ikhlas tu..’ Dan katanya, Rabiatul Adawiyah berkata ‘aku akan doakan agar Allah bakar syurga kepada orang yang buat ibadah sebab nak masuk syurga..’(lbh kurang la..sy pun dah lupa, tak sempat nak buat research).

Sedangkan Nabi juga menggalakkan sahabatnya agar berjihad dengan menceritakan kehebatan syurga sehingga seorang sahabat nabi tak sempat habis separuh kurma kerana tidak sabar berperang dan kemudian syahid untuk masuk syurga. Tak kan lah sahabat tu tak ikhlas? Entah.

Saya memulakan pencarian kebenaran ini setelah saya melihat ramainya pendakwah yang menyeleweng. Daripada mengajak manusia menuju Tuhan, kepada mengajak manusia memberinya keuntungan. Daripada menggunakan ayat2 alQuran kepada apa2 cerita dan kisah2 Israiliyyat asalkan ceramahnya menjadi tumpuan. Lalu tersebarlah cerita2 yang tidak sahih, tetapi sedap juga didengar. Ada juga cerita yang kelihatan 'kalau pun tak bodoh tapi kurang cerdik', sehingga menimbulkan gelak tawa non muslim.

Juga, akhlak sesetengah pak ustaz yang kurang saya senangi. Saya mencari, adakah benar ajaran2 mereka itu? Dalam pencarian, saya bertemu satu golongan yang juga seperti saya, mengkritik cara ustaz2 itu seterusnya membongkar bahawa banyaknya ajaran2 mereka yang salah. Saya tidak tahu, tetapi saya setuju dengan golongan ini. Mereka membuka minda saya, bahawa bukan semua yang dibawa ustaz itu benar, kita berhak bertanya sumbernya. 

Dan mereka menjawab kekeliruan yang selalu saya ungkapkan apabila melihat ketempangan akhlak dan keraguan cara fikir para ustaz ‘macam ni ke cara ustaz? Macam ni ke yang Islam ajar?’ dengan jawapan ‘tidak, bukan begitu..!’.

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....