Thursday 8 December 2011

Allahu A'lam.


Pertama, saya ingatkan, pandangan saya ialah pandangan seorang yang sedang mencari ilmu, memburu kebenaran, dan menegakkan Islam yang asal. Hanya itu, bukanlah dari sudut hukum atau ilmu. (kerana semua orang tahu saya tiada ilmu).

Saya setakat ni tiada masalah dengan apa yang dikatakan oleh ustaz berkenaan. Namun adalah lebih baik jika kita melihat video penuhnya, apa dalil yang diberikan, kenapa tidak boleh, dan bagaimana yang sepatutnya.

Dalam video yang singkat itu, saya dapat melihat, mungkin tujuan ustaz berkenaan ialah untuk menjadikan‘faham’ merupakan menu utama dalam apa2 perkara termasuk ibadah. Bukan ‘ikut’. Seperti contoh doa makmum yang ikut imam tu, saya yakin dalam masyarakat kita masih ramai yang hanya mengangkat tangan mengaminkan doa imam tanpa tahu apa yang imam doakan, apatah lagi untuk fahami, menghadirkan hati, dan khusyuk dalam berdoa. Itu yang ditekankan, agar masyarakat menjadikan doa sebagai medium yang berkualiti untuk meminta dengan Tuhan. Agar kesan doa dapat dilihat. Barulah slogan ‘kembali kepada agama’ itu dilihat positifnya, jika tidak, kembali kepada agama tetapi dengan ibadah yang kita tidak faham, pastinya tidak ada kesan, dan ramai orang akan melihat serupa sahaja kembali kepada agama atau tidak. (faham tak?)

Kedua, ustaz berkenaan menekankan pentingnya berdoa mengikut apa yang Nabi ajarkan. Ajaran Nabi sudah sangat sempurna. Semua tidak menafikan lengkapnya Islam yang Nabi sebarkan. Jadi, adalah lebih baik jika dahulukan zikir dan doa dari Nabi yang sangat banyak, dan masih tidak kita dalami pun. Carilah yang dari nabi. Buku Hisnul Muslim boleh dijadikan rujukan sebagai zikir harian kita. Doa2 dari Nabi dalam buku itu pun masih tergagap2 di bibir kita. Hafal lah yang sahih, itu lebih sempurna. Lebih mendekatkan, dan lebih asli (mcm iklan pulak). Memang tidak salah mengambil doa dari tokoh2 yang lain, tetapi ia terdedah kepada banyak pandangan, ada yang kata doa tu bertentangan, ada yang kata boleh. Jadi, sebagai jalan selamat, sebagai orang yang tidak ada ilmu untuk menimbang, ambillah yang sahih dan pasti, iaitu dari Nabi. (confirm2 la boleh kan?)

Kemudian, berdoalah dengan doa kita sendiri, yang kita faham, yang kita hayati, yang lahir dari hati kita. Jangan hanya ikut hafal doa2 yang kita sendiri tidak faham. Apatah lagi jika doa2 yang kita hafal itu menyalahi adab meminta dengan Tuhan, menyalahi cara memohon yang Nabi ajarkan. Apa yang kita mahu persembahkan di hadapan Tuhan hendaklah mengikut kehendakNya. Bukan kehendak ustaz supaya beli bukunya(oppps..eh tak tak!).

Seterusnya, saya kurang seronok membaca tajuk video tersebut. ‘Wahabi kurang ajar hina zikir Imam Syafie’. Tajuk tersebut hanya menimbulkan dan permusuhan dengan melabel ‘wahabi’, dan perkataan hina. 

Saya tidak tahu betul atau tidak. Tapi saya kurang senang apabila ada naqibah2 saya dalam usrah di sini yang mengatakan, ‘kita jika buat ibadah sebab nak syurga, sebenarnya tak ikhlas tu..’ Dan katanya, Rabiatul Adawiyah berkata ‘aku akan doakan agar Allah bakar syurga kepada orang yang buat ibadah sebab nak masuk syurga..’(lbh kurang la..sy pun dah lupa, tak sempat nak buat research).

Sedangkan Nabi juga menggalakkan sahabatnya agar berjihad dengan menceritakan kehebatan syurga sehingga seorang sahabat nabi tak sempat habis separuh kurma kerana tidak sabar berperang dan kemudian syahid untuk masuk syurga. Tak kan lah sahabat tu tak ikhlas? Entah.

Saya memulakan pencarian kebenaran ini setelah saya melihat ramainya pendakwah yang menyeleweng. Daripada mengajak manusia menuju Tuhan, kepada mengajak manusia memberinya keuntungan. Daripada menggunakan ayat2 alQuran kepada apa2 cerita dan kisah2 Israiliyyat asalkan ceramahnya menjadi tumpuan. Lalu tersebarlah cerita2 yang tidak sahih, tetapi sedap juga didengar. Ada juga cerita yang kelihatan 'kalau pun tak bodoh tapi kurang cerdik', sehingga menimbulkan gelak tawa non muslim.

Juga, akhlak sesetengah pak ustaz yang kurang saya senangi. Saya mencari, adakah benar ajaran2 mereka itu? Dalam pencarian, saya bertemu satu golongan yang juga seperti saya, mengkritik cara ustaz2 itu seterusnya membongkar bahawa banyaknya ajaran2 mereka yang salah. Saya tidak tahu, tetapi saya setuju dengan golongan ini. Mereka membuka minda saya, bahawa bukan semua yang dibawa ustaz itu benar, kita berhak bertanya sumbernya. 

Dan mereka menjawab kekeliruan yang selalu saya ungkapkan apabila melihat ketempangan akhlak dan keraguan cara fikir para ustaz ‘macam ni ke cara ustaz? Macam ni ke yang Islam ajar?’ dengan jawapan ‘tidak, bukan begitu..!’.

4 comments:

  1. Nampaknya, pemikiran kita samalah dik...:-) Apakah kerana faktor genetik? Guru biologi tentu ada huraiannya...

    ReplyDelete
  2. saya bangga punya pemikiran serupa dgn kanda..

    guru biologi?sungguh pandai kakak menyuruh sy menghuraikan,sdgkan kakak lebih alim..

    apapun,sy tidak pernah bercita2 utk jadi guru biologi..hahaha..

    ReplyDelete
  3. nampaknya, pemikiran kita juga samala adik dan kakak.saya setuju dengan tulisan andan dan apa yang disampaikan oleh ust rizal. .tetapi, sekali lagi saya tidak bersetuju dengan pendekatan yang beliau ambil. sebelum ini,entah berapa banyak ceramah ustaz2 (tak kira la golongan mana) mengenai perbezaan pendapat sebegini, namun masih belum cukup pandai kah golongan ustaz2 ni untuk mengambil iktibar daripada yang lepas?? sudah saya katakan, jika masyarakat tidak boleh menerima pendekatan begini, ubahlah. seni dalam berdakwah dan penyampaian itu sangat penting. kita tidak perlu berkurang senang dengan tajuk "Wahabi kurang ajar hina zikir Imam Syafie, yang kononnya boleh mencetuskan perpecahan,kerana lebih elok rasanya kita berkurang senang terlebih dahulu kepada isu dan pendekatan yang digunakan dalam teguran. kalau seatakat isunya kecil sangat, tapi, boleh mencetuskan perbalahan yang besar,akibat daripada pendekatan yang kurang sesuai tiada guna juga.. izinkan saya copy paste ayat anda..
    ‘macam ni ke cara ustaz? Macam ni ke yang Islam ajar?’ dengan jawapan ‘tidak, bukan begitu..!’. cuba fikirkan, lau kana bainana, beginikah pendekatan yang akan Rasulullah ambil?? renung2kn..

    ReplyDelete
  4. colors of life,
    baguslah,anda benar2 adil dalam menilai,inilah contoh ulul albab yang disebut didalam alQuran.sy sudah lama memuji sikap adil anda dalam menilai.

    baiklah,sy mahu bertanya, antara seni penyampaian dan content pengisian, yg mana anda utamakan ya?

    jika anda telah bersetuju dgn content pengisiannya,mengapa anda masih meragui kebenarannya hanya kerana seninya kurang sesuai dengan jiwa anda?

    seperti ada yg melihat Islam dgn seni seorang Muslim,sampai bila2 tidak bertemu kesyumulan Islam.

    seni itu subjektif sifatnya..

    lagipun,untuk memotong kayu yang keras, adalah gergaji senjata yang sesuai.

    apapun,teguran anda kepada sikap mereka yg keterlaluan dalam membangkang ada benarnya. kerana sebaik2 perkara itu adalah pertengahan..itu semua berbalik kepada isu akhlak..

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...