Thursday 1 December 2011

Hujah Poligami


(i)

[Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.]

Maka inilah bukti AQ tidak menggalakkan poligami sebab cinta suami akan cacamarba....hingga cinta kpd anak-anak dgn isOne hancus berkecai...
                               
Penyalahgunaan ayat, umpama Muhamad Abduh Very Happy

Ayat ini bukan kontra poligami tetapi pro poligami dan memberi jalan penyelesaian.

- Allah terangkan, nak buat adil 100% memang sukar.

- Buatlah sekadar yang mampu, asalkan tidak berat sebelah sehingga ke ratio 95% - 5%.

- Jika suami terus mengadakan pembaikan, Allah mengampunkan kesalahannya tidak berbuat adil 100%.

- Allah tidak berfirman, umpama: Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), oleh cukupkanlah dirimu dengan seorang isteri. Sebaliknya Allah menyuruh untuk meneruskan poligami dan usahakan yang terbaik. 

belajar berkongsi. taken from here


(ii)
Fatimah tidak pernah dimadu dengan sesiapa pun sepanjang hidupnya? jika jawapannya tidak pernah dimadu, maka mungkin juga benar bahawa hujjah penentang poligami bahawa rasulullah S.A.Wtidak izinkan sesiapa pun meyakiti anaknya?
Hujah ini menghina Abu Bakar as-Shiddiq dan Umar al-Khattab kerana seolah-olah mereka berdua merelakan puteri masing-masing disakiti oleh Rasulullah yang berpoligami.

Juga menghina Rasulullah sebagai double standard, anak orang lain baginda sakiti dengan dimadukan, anak sendiri tidak boleh dimadukan.

Yang benar, boleh saja jika Ali bin Abi Thalib ingin memadukan Fatimah. Hanya calon pilihan Ali saat itu yang tidak bersesuaian dengan kedudukan Fatimah. Puteri Rasul Allah vs puteri musuh Allah.


(iii)
Sunnah berpoligami (menurut fahaman saya):

1) Berpoligami setelah kematian isteri pertama

- Kes apabila Khadijah wafat, baru nabi saw berpoligami.

Di atas bukan sunnah tasyri' tetapi ghairi tasyri'.

Ketika Rasulullah hidup bersama Khadijah, mereka berada di fasa Mekah. Sementara ayat poligami (anNisa 4:03) di turunkan di fasa Madinah.

Contoh:

Bolehkah si fulan menghalalkan arak untuk dirinya dengan hujah para sahabat pernah minum arak di fasa Mekah?

Bolehkah si fulanah enggan berpuasa di bulan Ramadan dengan hujah tidak berpuasa di bulan Ramadhan adalah sunnah Rasulullah di fasa Mekah?

Bolehkah kita meniru budaya Yahudi dengan hujah Rasulullah juga meniru budaya Yahudi di fasa Mekah?

Hukum-hakam dan sunnah diambil kita syari'at Islam sudah sempurna, yakni apabila Rasulullah wafat. Bukan apabila syari'at Islam baru bermula. 

belajar menerima kehadiran insan baru

(iv)
TD,

poligami adalah budaya arab dan AQ endorsed.

Bila Islam sampai ke tanah melayu, poligami bukanlah budaya rantau kita, maksudnya ia bukan budaya melayu berpoligami.

Maka sebab tu bila TD berkempien sehingga 100 mukasurat, ia tak bergedih sebab, poligami bukanlah budaya melayu

Syaikh,

Poligami ialah budaya atau syari'at Islam?

Memakai tudung juga bukan budaya wanita melayu sebelum kedatangan Islam....

Mengkafankan mayat juga bukan budaya melayu sebelum kadatangan Islam....

(v)
ye lah...isteri aku fobia dgr hadis yg berbunyi tak bau syurga...hehe

dia bg aku kawen lg dgn syarat aku dah mampu...aku ni cukup2 je skang ni...


Menjadi satu kelaziman apabila suami nak nikah lagi, isteri sedia ada membuat pelbagai alasan bahawa dia (suami) tidak layak untuk nikah lagi.

Padahal sebelum mereka bernikah satu masa dulu, suami juga serba serbi tak layak. Akan tetapi masing-masing sanggup berkorban untuk terus berkahwin.

Kenapa tiba-tiba untuk poligami lain pula cerita?


belajar memimpin dan dipimpin.

Dan banyak lagi di sini

1 comment:

  1. setiap wanita perlu bersedia dari awal, yang mereka ada kemungkinan untuk dimadukan.jangan perasan dan syok sendiri la, rasa suami sayang dia sorang.kena sedarla bahawa laki tu memang boleh nikah 4.terima je lah.ni tidak, macam-macam alasan diberi untuk buktikan suami tu tak layak.kalau betul-betul tak layak dan tak mampu lain kira la. golongan ni memang tak patut dan tak boleh poligami pun.tapi isteri ni macam sengaja cari alasan utk buktikan yang suami tak layak.mula la nk mengungkit itu ini.sebelum suami tak nak poligami, takde pulak nak persoalkan tentang hak atau tanggungjawab.ni lah salahnya perempuan.sepatutnya dari awal perkahwinan lagi perempuan perlu sedarkan kaum lelaki, yang org lelaki ni terlalu banyak tanggungjawab..ini tidak bila laki dh nk poligami baru nk timbulkan soal hak.Dah terlambat ler.siapa salah? isteri lah, yg baik sangat bagi muka kat laki sebelum ni kenape? sebab dia rasa laki dia sayang dia sorang kan.ha, kan dah padan muka!!

    So, bagi perempuan di luar sana, yang belum kawen, bersedialah dari awal, bahawa anda kemungkinan besar akan dimadukan! dan, silalah buat suami anda sedar dari awal yang tangungjawab suami sangat banyak dan berat!!barulah dia rasa fikir panjang untuk berpoligami..bukannya masa laki nak kawen baru nak sedarkan mereka...bagi yang dah kawen, sedar2la, kalau suami tu mampu, kasi je lah.apa susah, lagi best apa kalau sekali-sekala dia takde dengan kita.takde de lah berkepit dengan dia 24jam.kan?

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...