Friday 30 March 2012

Si Buta Yang Aku Tinggalkan



Dua orang OKU  memerlukan khidmat pembaca. Aku diberitahu tentang itu.

Terdetik di hati untuk membantu, tetapi tugasan yang berjujutan dalam planner terlintas di fikiran. Itu juga perlu aku dahulukan.

Kebetulan waktu itu aku perlu bergegas ke kelas. Nombor telefon yang diberi untuk dihubungi bagi sesiapa yang berminat tidak sempat aku ambil.

Ada terdetik untuk bertanya lanjut sahabat tentang itu, kerana sesungguhnya fitrah untuk membantu ada dalam diri insan. Namun sebelum kesempatan bertanya datang, ada berita yang mengundang penyesalan dan kesalahan berpanjangan. 

Seperti dosa yang tidak mungkin ada pengampunan, seperti kematian yang tidak mungkin mampu dihidupkan, bahkan seperti kederhakaan kepada iman yang terlalu menyakitkan.

Jika lah aku menawarkan khidmat tanpa memikirkan kepentingan diri, pasti semua ini menjadi murni. Tetapi kerana ‘jika’ ialah perkataan yang hanya muncul selepas penyesalan, maka tiada penyelesaian untuk sebuah ‘jika’.

Si buta itu kini dipimpin oleh YDP Persatuan Kristian, yang datang membantu kerana agamanya, setelah aku menolak kerana kepentingan diri sendiri. 

Dia yang datang membawa ‘kemurniaan’ agamanya kepada si buta itu, sedikit demi sedikit mempamer ‘mahmudah’ mereka kepada orang yang memerlukan. Dan hati manusia, kalaupun tidak tertarik kepada agama pada mulanya, namun pada akhlak penganutnya telah pasti dipuji kebaikannya.

Dan sang muslim seperti aku, hanya berfikir kepentingan diri untuk dinomborsatukan, sedangkan setiap apa yang datang, menjadi keputusan kepada sebuah keimanan yang mungkin akan dirobohkan.

Berdoalah aku setelah sebuah sesalan aku rasakan, selepas sebesar kesalahan aku lakukan. Berdoalah aku bersungguh-sungguh akan keimanan si buta agar tidak goyah. Sesungguhnya, berdoa itu senang. Tetapi apa tindakan susulan?


Thursday 29 March 2012

Kau Anak Muda


Apa lagi yang di tunggu? Kau sudah berada di jalannya. Pagi masih baru buatmu. Apa sahaja yang kau mahu, ada di hadapan mu. Tunggu langkah kaki mu bergerak menuju ke situ.

Usah berpenat menyusun alasan, alasan hanya mencipta halangan. Tetapi bangkit dengan kekuatan, kerana akan nanti ada jalan yang Tuhan tunjukkan.

Orang tua telah lama hilang harapan. Telah berlalu zaman muda untuk dia berkhidmat merealisasi impian. Sudah habis masa untuk dia bergelar syabab yang digeruni dunia. Tinggal hari-hari tua di akhir usia. Itu pun mereka masih sehabis daya menyumbang dengan keringat yang bersisa. 

Kau anak muda, tetapi telah lama tua jika tidak bangun. Telah lama menjadi kerepot jika untuk ke depan pun kau takut.

Jangan hanya hebat dengan diri sendiri, biar musuh gerun denganmu.

Jangan hanya melakar cita dalam diari kecil birumu, biar manusia dapat merasa sumbangan cita mu itu.

Akhirnya, biar kau mati dalam jasa. Bukan mati sia-sia! 

Kalau nanti, kau tidak ada bakti untuk kau bawa berdiri di hadapan Rabbi. Bila Tuhan bertanya, apakah masih alasan yang akan kau beri? 

Teliti kata-kata Thelma Thompson.

“I had looked out of myself (the created prison), and found the stars!”

Do not create your own prison to yourself. We are indeed stronger than we realize. Bangun, dan buat apa yg kau mahu!

Lihat si kecil ini, dia tidak takut dgn apa pun.

Saturday 24 March 2012

Wahabian, Ayah and Tajdid.

How I curious to know what is actually happen in Islamic issues especially in this lovely Tanah Airku. And I keep searching the truth. Reading here and there, listening to different ‘type’ of opinions and finally analyzing it with all my limitations. 

Last two weeks, I attended a class organized by PERKIM USM. The title discussed was ‘Why Muslims are prohibited to eat pork.’ The discussion however went out of the title. Pn Habsah, one of the volunteer in PERKIM initiated our mind to think about educating kids. She said she never asked her kids to wear hijab, or to fast. As all those hukum were not allocated for them. They are only kids that know nothing and even unable yet to understand all the hikmah. Thus, asking them to do so is useless.

Her opinion brought me to remember what ayah did for us. Yes, I was never been asked to wear hijab, until when I was in standard 4, my brother told me to do so. Ayah did not forced me to always in hijab. And ayah also never asked me to perform fasting even once. Mama went further than that when she called me to company her to had a lunch in Ramadhan and I was fasting (she was in menses that time). My sister told me ayah has said to her, ‘if you dont want to fast then dont, but please dont cheat.’ From this sentence I know ayah was not a typical ustaz, but he even went further and beyond that. Oh, I realize that my parents were so tajdid!

In choosing education for children, ayah chose Science School for first and second kids. Though we know at that time people still think studying science is secular. Yet ayah did not follow them. See, how the mind of him was not a follower, but a thinker. 

Previously I had a quite confusion why ayah did not registered us to tahfiz especially my brothers. Then now I know, that was the matter of time. We do not have many time to live in this world. So instead of using the little time to only memorize Quran, for better we use it to UNDERSTAND Quran. And this is the basic for my ‘Scholar School’. UNDERSTAND ISLAM, not memorizing it word by word and eventually practicing it without any sense! No point at all ok. After UNDERSTAND, it is easier to memorize it. But the first foremost is, UNDERSTAND, not memorize. Ayah did well for his children, thank you ayah!

Ha, one more thing is, Mama told me about ayah, he never used ‘duit sampul’ from kenduri arwah. He separated them in one place to be used to community’s benefit. As he went to kenduri arwah not for that sampul. Obviously, ayah’s action was far stepping towards Tajdid 20 years ago, just ayah didnt mentioned it and labeled it as Tajdid.

So, if ayah is still alive, for sure ayah is supporting ‘pihak kami.’  And, may be he is one of them who were called as Wahabi. Hihih..=)

Anyway, I proud to be his daughter.

He requested me to kiss him at HUSM, I deathless remember the moment.

Friday 23 March 2012

Kalaupun ibu sudah tua...


Kalaupun ibu sudah tua, ibu masih perlukan bahagia. Bukan sunyi sendiri di rumah lama, mengira sepi dari Subuh sampai senja.

Ibu masih miliki jiwa, kalaupun ibu sudah tua, yang perlu belai dan mesra, bukan helaian ringgit semata. Jiwa tua ibu terkadang mudah terasa.

Adapun cinta pada jantung ibu, tiada siapa mampu mempersoalkan yang itu, kalaupun ibu sudah tua, tapi cinta ibu sentiasa setia.

Kerana ibu sudah tua, barangkali tidak lagi perlu sesiapa, untuk ibu berkongsi cerita, tentang semalam dan kisah lama, tentang bahagia dan air mata, biar ibu simpan sahaja dalam rahsia. Mungkin itu yang anakanda rasa.

Kalau ibu mampu membuang pergi sepi, telah lama ibu lakukannya sendiri. Namun hanya dengan hadirnya kalian, mampu menjadi sepi terpadam, maafkan ibu kerana demikian.

Kalaupun ibu sudah tua, masih ibu perlukan kalian semua.

saya masih ingat ibu menyikatkan rambut dan memakaikan baju untuk saya.

juga saya ingat ibu mengajarkan saya bentuk huruf Q sebelum saya masuk sekolah lagi.
dan saya juga ingat apabila saya dewasa, saya biarkan ibu saya berjalan sendiri,naik bas dan teksi sendiri,hidup sendiri tanpa saya yang menemani. ya,mungkin begitu cara saya berbakti kepada ibu. ibu tidak kisah pun? ibu tidak minta apa2 pun.malah mungkin ibu bahagia begitu.biarkanlah...

Tuesday 20 March 2012

Dia sahaja seorang semata-mata betul!

Mencari info tentang hukum mandi bunga di internet. Ada sesiapa boleh membantu?

Terjumpa pula tulisan seseorang tentang Wahabi dan macam2 label yang diberi. Tiba2 rasa sakit sangat hati. Dulu pun baca juga benda-benda begini, tapi tak rasa sangat. Sekarang ni, rasa macam eeeeiiii tak tahan la tengok gelagat diorang ni. Saya bukan adik beradik Wahabi, dan bukan juga nak bela Wahabi sebab saya tak tahu pun Wahabi tu apa.

Tapi kepada siapa pun yang tidak dia setuju, tolonglah jaga akhlak dan adab. Kopiah di kepala, jubah di badan, selendang serban di bahu, tasbih di tangan, janggut di dagu tapi perangai melawan apa yang Islam anjurkan. What a hell?

Sungguh saya lebih suka melihat mat rempit berlumba motor di depan tingkap bilik saya tengah2 malam, lebih suka mendengar bising motor mereka daripada melihat mereka yang memakai pakaian Islam tapi tak ada akhlak Islam. Yes, I extremely hate!!!

Tengok ni..sila jangan like!

Semua orang salah, dia sahaja seorang semata-mata betul. Cuba bandingkan akhlak2 mereka dengan akhlak orang2 yang dituduh Wahabi tu? Mana yang busuk, mana yang wangi?

Semoga kita semua mendapat hidayahNya.

Monday 19 March 2012

Untukmu Pejuang


"Sahabat ... biarpun kita tdk sependapat dan sealiran dgn beliau atau mana - mana pimpinan UMNO, kita jgn aibkan peribadi serta mendedahkan keaiban mrk. Kita hanya attack dasar dan polisi mrk, kita tentang maksiat dan mungkar mereka, kita lawan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mrk yg melibatkan rakyat derita dan negara merosot, adapun maksiat peribadi yg tdk diketahui umum serta tdk melibatkan rakyat dan negara, usah dedah dan aibkannya."– NASRUDDIN HASSAN.


Pada zaman pemerintahan Ali, ada segolongan yang menentang Ali. 

‘Adakah mereka itu syirik? (Ahum musyrikun)’

Ali menjawab, ‘Tidak, bahkan mereka lari dari syirik.’

'Adakah mereka yang menentang itu munafik?’
                                                                                                        
Ali menjawab, ‘Golongan munafik tidak mengingati Tuhan melainkan sedikit. Tetapi mereka banyak mengingati Tuhan.’

‘Lalu, siapa mereka wahai Ali?’

‘Mereka ialah saudara2 kita yang cuma berkelahi dengan kita.’

Begitu waraknya pemuda didikan Nabi. Menjaga setiap butir kata yang terbit dari bibir. Kerana hanya ada dua kemungkinan, sama ada kata2 itu akan memberatkan timbangan kebaikan, atau menambahkan berat amal kejahatan. Pilihlah.

Hari ini, mudahnya manusia menuduh yang lain munafik, laknatullah, bahkan kafir. Astaghfirullah.. 
Kalau pun benar dizalimi, tahanlah diri dari menghukum,mencaci dan memaki. Kita hanya pejuang, bukan penghukum. Allah lah sebaik2 penghukum. Serahkan padaNya. Tidak akan memudahkan jalan kemenangan pun dengan kata2 kesat begitu. Sedikit pun tidak..

Perjuangan Islam itu tidak pernah ada walau sebaris maki pada musuh. Ia suci. Jangan cemarkan dengan nafsu marah kita. 


*khas untuk pejuang Islam. Kita semua pejuang Islam.

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....