Sunday, 16 December 2018

Sepi

Entah kerana usia yang menjangkau tua, ataupun kerana baru merapat dengan manusia,

selalu sahaja rasa sedih apabila ditinggalkan.

Padahal, yang pergi itu tidak pun memudahkan apa apa urusan kita. Bahkan memperbanyak perkara dalam hidup kita, iya.

Padahal, sebelum ini tidak ralat pun bersendiri.

Sungguh perasaan ini tak best. Ia beban yang menggerutukan kelicinan jiwa.

Tak boleh ke kalau nak rasa biasa biasa je? 

Tuesday, 13 November 2018

Kembali

Dua tahun sunyi.
.
Bukan berhenti menulis, tak pernah. Tetapi berpindah ke medium lain yang lebih mudah.
.
Demikian insan sering melupakan setelah ada yang mengganti. Mohon kemaafan. Sekarang kembali..!
.
Ada banyak cerita yang ingin dikongsi. Banyak sekali.

Tiada Daya

Sejak April, saya mengambil alih tugasan guru jadual waktu yang berpindah sekolah.  Guru jadual waktu itu sangat sempurna, cekap dan berkebo...