Wednesday 27 July 2011

My very bad PMS !


Everything was going wrong. Everybody seemed to annoy me too much. Those things I feel when I had my PMS phase. Oh, its so challenging. 

This emotional disturbance will engulf me every month. Probably 2-3 days before my menses. I have tried very hard to overcome all these things. It didn’t work any though. Then, how should I?

Dear all people surround me, sorry for everything. Sorry for bad ill-favored face that I expressed. Sorry for slothful answer that I replied. Sorry, sorry and sorry a lot! 

Ok then,the Holy month of Ramadhan is closer than we think-in less than 4 days. I don't want to go on 30 days of fasting, and the end result remains the same old me. So, compete in doing all the good deeds, increase in reading Noble Quran with understanding, and increase in giving charity in this Ramadhan. 
Bye. 

*Premenstrual syndrome (PMS) (also called PMT or premenstrual tension) is a collection of physical and emotional symptoms related to a woman's menstrual cycle. the three most prominent symptoms are irritability, tension, and dysphoria (unhappiness). [from wiki]
* sorry for incorrect English. still in learning.

Sunday 24 July 2011

kern-do-re

Hari kenduri selesai!  Yeay...


Ni masa pagi Jumaat, sehari sebelum kenduri, on the way nak pergi ke rumah Kak Ti, bawak Muiz yang ngada2 nak pakai spek dlm kereta. Sampai rumah Kak Ti pun nak pakai lagi. Tak tau apa masalah dia. Silau cahaya iman Su dia agaknya.

Barang2 mentah yang belum diproses. Ada ulam2, bawang, serai, lengkuas, semua ada. Walaupun  menunya simple, tapi rumit juga menyiapkan. (mcm sy je jo dapur..heheh)..



Bila ramai makcik2 dah datang, sy pun xtahu nak buat apa. K.Mah dan Kak duk masak tengahari utk makcik2 tu. Sup ayam dan sayur goreng je. Saya ambil kesempatan utk menyelinap masuk dlm bilik, bwk budak Muiz ni, biar Mama dia duk kat dapur. Hahaha..seronok. 

Lepas Zohor, sy dan K.mah balik rumah jap, mandi dan solat zohor. Pastu boleh pulak tertidur. Tp sekejap je, dlm 7minit setengah kot. Pastu k.mah kejut, siap bg nasihat lg suruh sabar. Hahahha..

 
Bila dah boring, xda kerja nak buat, sy duk dlm bilik, baca buku ni, nak cari dalil utk Kak. Hihih..


Ni bihun goreng K.mah pagi Sabtu tu. Memang dia jadi penggoreng bihun sepenuh masa pagi tu. Lepas 1 kuali, 1 kuali lagi dia goreng, nasib baik sedap juga. Dan ramai yang berminat utk makan, termasuklah, kak zan, kak ini, dan kak imah yg sering menyebut ‘nok tera bihun mah eh..’ 

Ni pulak bekas2 yg perlu kitorang basuh. Tak sempat nak ambil gambar banyak2, sebab semua org tgh serius time ni, nanti sy wt keluar handphone ada yg mengata pulak nanti.

Budak kecik ni lagi. Sy tukar tempat dgn mama budak ni, biar mama dia kat dapur, sy yg jaga Muiz ni. Punya la pandai budak ni,. Time aku jaga jugak la dia nak berak la (terpaksa la basuh), nak nangis la, last2 sy bagi je kt mama dia. Hah, ambik!

Ok, dah siap semuanya, alhamdulillah, selesai. Pagi tadi sy ke rumah kak ti lagi, ambik biskut banyak2, ambik ais, dan tak terkecuali, basuh periuk. Dengan penuh kesungguhan sy menyental periuk itu di depan mek. Ingatkan yg dia punya, alih2 yg org lain punya yg mmg dah hitam sejak azali lagi. Aduh...

Walaupun penat, tapi kami seronok.

Friday 22 July 2011

Being Different.

Berbeza itu indah. Berbalah itu yg salah. Berlapang dada menerima perbezaan pendapat, kerana pendapat setiap insan  terdedah kepada benar dan salah, melainkan pendapat Allah dan Rasulullah, tiada bantahan untuknya melainkan taat dan patuh. berbeza bukan bererti menghina.

Sikap fanatik kepada sesuatu pegangan atau jumud pemikiran boleh menatijahkan beberapa akhlak yang buruk. Antaranya, ia menyebabkan seseorang itu selalu berfikiran negatif terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya. Ini seperti menuduh orang yang berbeza pendapat dengannya itu sebagai musuh, melampau2 dll.




Berbeza itu indah.
Kerana ibu bapa kita berbezalah, kita lahir di dunia. Kalau ibu dan ayah sama2 lelaki, tak akan lahir walau seorang manusia pun di dunia.
Organ dlm badan kita semua berbeza, kalau semuanya jantung, kan payah.
Usolli ke x usolli ke, yg penting kita sama2 solat, qunut ke x qunut, sama2 kita solat subuh.
Berbeza itu indah, berbalah itu yg salah.



Marilah kita belajar menilai pandangan dan menghormati perbezaan. Berbeza bukan bererti menghina. Kata al-Imam al-Zahabi juga:  
“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya”

Dalam dunia ilmu, berbeza pandangan tidak pernah dianggap jenayah. Selagi pandangan itu diberikan dalam lingkaran ilmu dan perbincangan ilmiah tanpa maki dan cerca, maka itu adalah dunia ilmu yang patut diberikan haknya.


[pengisisan dari KH Abdullah Gymnastiar dlm rancangan Rawat Hatinya di Astro Oasis.]

BID'AH OH BID'AH..(Part III )

Mengumpulkan alQuran bukan ibadah khusus, itu jalan dan teknik untuk sampai kepada sesuatu maksud. Seperti juga menggunakan mikrofon untuk azan, (zaman nabi mana ada mikrofon, azan tu ibadah jugak), mikrofon sebagai jalan dan teknik untuk sampai kepada sesuatu maksud. Bukan beribadah dgn mikrofon, tp menggunakan khidmat mikrofon untuk melaungkan azan. Ok.

Kata Imam As Syatibi lagi, “ia menyerupai jalan syarak, tapi ia bukan syarak pd hakikatnya”.
bid’ah ni mestilah direka menyerupai agama. Supaya nampak benda tu sama macam agama
( cth : reka solat2 sunat yg nabi tak buat, baca ‘yasin mubin’, dll ) secara umumnya nampak sama macam amalan agama, tapi sebenarnya bid’ah.

Beriltizam dgn cara @ hai’ah dan kaifiat tertentu. Cth : berzikir dgn bentuk perhimpunan dgn  1 suara, menjadikan perayaan hari lahir nabi.
Beriltizam dgn ibadat tertentu dgn waktu tertentu cth berpuasa pd nisfu syaaban dan bersolat khusus pd malamnya.
Penyamaan bid’ah itu dgn perkara yg disyariatkan

Kalau benda yg tak disyariatkan tak apa. Cth, makan guna chopstick tak apa, adat2 sesuatu tempat, pakaian bangsa, kasut (jgn kait kasut dan selipar dgn nabi, nabi bukan pengeluar selipar, hehehe..benda tu tak lebih dari unsur2 jibiliyyah iaitu unsur2 kearaban shj, nabi pakai semua selipar2 yg diberi, nabi tak kata, sesiapa yg nak ikut sunnahku kena la pakai seliapr tajam kat depan mcm capal nabi yg dijual2 tu..hehee). 

Adat tidak termasuk dalam bid’ah sebab ia bukan ibadah khusus. Cth : buat bubur asyura kerana adat boleh. Tp,

“buat bubur asyura ni dapat pahala lebih, fadhilat banyak..” yang ni salah.

“baca yasin malam jumaat boleh tak? ‘Geng2 tu’ kata tak boleh..!”

Boleh. Yasin kan 1 surah dari al Quran, nak baca mlm jummat pun boleh, mlm rabu, isnin, selasa, semua boleh.

Cuma jgn iktikad kan asal malam jumaat je baca yasin. 

“ust, boleh tak dtg ceramah mlm khamis ni?”

“tak boleh la, ana ada hal. Malam jumaat boleh.”

“eh, malam jumaat mana boleh, kita baca yasin.”

heheh.. lain la kalau cakap, 

“saje je nk baca setiap mlm jumaat, dah free malam jumaat, baca je la masa tu.” Yg ni ok.

KESIMPULAN :

Bid’ah bagi Imam AsSyatibi hanyalah berkaitan soal2 ibadah khusus dalam agama. Adapun perkara2 urusan dunia yg direka2 tifdak dinamakan bid’ah langsung.

Pun, terdapat juga ulama2 lain yg membahagikan dan mendefinisikan bid’ah dgn kaedah yg berbeza. Kerana itu timbullah istilah bid’ah hasanah. 

Sebenarnya, bid’ah hasanah yang dimaksudkan oleh sebahagian ulama2  ialah benda baru yang dikaitkan dengan urusan dunia. Itulah bid’ah hasanah.

Malangnya, ramai yang menyalahgunakan istilah bid’ah hasanah ini, mereka mengatakan bid’ah hasanah ini perkara  yg x dilakukan nabi tetapi baik walaupun berkaitan ibadah khusus. 


*drpd duk fikir camana nak reka ibadat baru, baik fikir camana nak bangunkan teknologi umat Islam, kan? Peace no war..=)


* content dlm “Bid’ah Oh Bid’ah” ini diambil dari ceramah Dr Mohd Asri, pada September 2005.

Tuesday 19 July 2011

BID'AH OH BID'AH..(Part II )

Bid’ah tu apa sebenarnya?

Mengikut Imam As Syatibi (ulama’ dari Andalus, jaguh dlam fiqh dan usul, telah berjaya menyatukan perbezaan dalam usul fiqh, kitab beliau yg terkenal ialah Al Muwafaqat dan Al Iktisom. Ulasan terhebat tentang Maqasid Syar’iyah ).

Definisi yg diberi Imam Syatibi ~ jln yg direka di dlm agama yg menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya utk berlebihan dlm mengabdikan diri kpd Allah.

Beliau menghuraikan definisi :
Dikaitkan jln itu kpd agama, perekanya menyandarkan kpd agama..(cth,kalau nk buat bubur Asyura, BOLEH sgt buat dan makan, tp jgn kait dgn Nabi Nuh, itu je..) sekiranya jln rekaan hanya khusus dlm urusan dunia, tidak dinamakan bid’ah. Seperti membuat biskut, mesin kira2, laptop dll. Itu TAK DINAMAKAN BID’AH. Sebab jln kepada agama itu hanya perlu ikut kepada apa yg ada dlm syariat, hanya yg ada contoh dlm syariat. 

Dari segi bahasa, buat benda baru memang bid’ah. Tapi dr segi istilah syarak, ia tidak dinamakan bid’ah kalau ia tidak dikaitkan dengan ibadah khusus. Definisi berdasarkan bahasa (lughah) dan istilah berbeza. 

Contoh : kedai kopi.
“Pak cik, nak beli kopi 2 bungkus.”
“Kopi tak ada la dik, air teh ada.”
“Aik, nama kedai kopi, tapi tak da kopi ka?”

Itula bezanya maksud bahasa dan istilah. Dr segi bahasa kedai kopi : kedai yg menjual kopi. Tapi dari segi istilah kedai kopi : kedai @ warung yg menjual berbagai2 jenis air. 

Begitu juga dgn bid’ah, ia berbeza definisi dari segi bahasa dan syarak.

“Eh, habis tu kalau Quran tu, bid’ah jugak ke? Kan ke zaman Nabi dulu mana ada Quran 1 mushaf macam tu? Tu pun ibadat jugak.”

Erk? ..bersambung.
*Italic, petikan As Syathibi.

Saturday 16 July 2011

Air Mata Lelaki





Seronoknya buat lelaki menangis..hehehe..

Setelah penat menangis, beliau pun terlena..



Alhamdulillah...

Friday 15 July 2011

BID'AH OH BID'AH..(Part I )

Ada yang kata tak bid’ah, ada yang kata bid’ah, ada yang kata bid’ah tp bid’ah hasanah. Fenin3.. Apakah setiap yg baru itu bid’ah? 

Ramai yg kata,

“Memang la nabi x buat, tp kita bukan buat apa pun, benda baik, bid’ah pun bid’ah hasanah..”

Erk, apakah?

Cth :
Aminah Wadud pernah mengimamkan solat Jumaat. Di belakangnya ada saf lelaki bercampur perempuan. Jadi? Adakah ‘benda baik’ yg dilakukan Aminah Wadud itu dikategorikan bid’ah hasanah juga? Bukan benda tak baik pun, kan? Sekarang ni mungkin ramai yg tak boleh terima, tp kalau dibuat setiap minggu, generasi2 akan datang akan melihat ia 1 kebiasaan yg tidak boleh diubah, jika diubah ia boleh memecahbelahkan masyarakat. Demi mengelakkan masyarakat berbalah, ikut ajelah, bukan benda jahat pun... Emm..


Bid’ah tu apa sebenarnya ha? Haih..

 Apapun, seronok tgk gambar2 ni..









(bersambung .. )

Thursday 14 July 2011

Short Notes on Nisfu Syaaban.

Di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis:

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah HADIS PALSU yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Sebenarnya HADIS SAHIH mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).

Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

Hadith-hadith tentang Nisfu Sya’ban tidak mengajar kita apakah bentuk amalan khusus malam berkenaan. Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca yasin sempena Nisfu Sya’ban, solat-solat khas tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

*harmoninya apabila kita pandai mengurus pendapat yg pelbagai, tidak mudah menuduh, dan berADAB.. =)

Tuesday 12 July 2011

My Wishlist

1.       Nak cari secret place, yg semua org tak tahu kat mana sy berada.
2.       3 little kids – Barra’, Mujaddid and Zahra’.
3.       Having my own library named Rahmah Maktabah.
4.    Direct and produce a film to aware people about the violence done by leaders of country, to initiate the changes among citizen’s mind and action as well.
5.       To eliminate all the ‘created ritual’ in our religion, to make Islam back to original.
6.       Wishing to have a very romantic trip and vacation to all over the world.
7.       Nak jadi budak baik in terms of mouth-ing and feeling ( judging people, husnuzhon)
8.       To ride a horse..somebody please realize this wish.please...please..=(
9.       Somebody giving me a poem that exclusively written for me. Ouh..how sweet..
10.   To speak to the star, and they return me a smile. =)

I stop at 10. Atau nanti berkajang2 pulak, boring nak baca.
Susunan list ni tak ada kaitan dgn priority, semua duk kat no.1 sebenarnya.

Till meet again. Salam.

Saturday 9 July 2011

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Tuesday 5 July 2011

Mari Menyelami Jiwanya.

Dia bukan dewasa untuk diseru berfikir hal2 agama dan negara.  Dia juga bukan terlalu kanak2 untuk diajak bermain bersama. Dia remaja perempuan yang ada sensitif di jiwa. 

Dia amanah untuk kita. Untuk kita jaga, untuk kita pelihara agar kembali dia pada Tuhannya diberati pahala. Tuhan amanahkan kita mencorakkan kain putih jiwanya dengan sempurna. Tuhan perintahkan kita untuk melakar peta menuju syurga buatnya. Bukan membiarkan dia sendiri menumpah warna-warni di putih suci jiwa nya. 

Setiap kali memikirkan dia, saya jadi sayu.
Biarlah saya jujur di sini.

Dalam kalangan kita masih kurang reti menyelami jiwa seorang remaja. Barangkali begitu. Kita mungkin alim dalam feqah, hebat berhujah, atau kuat beribadah. Tapi, kita masih jahil untuk menjadi pendamping untuk remaja. Waktu saya di usia dia pun, kadang2 saya kurang selesa bergaul dengan sesetengah kalangan kita.

“Ni rambut Albert Einstein ke?” dengan nada bergurau, kita menyapa dia. Disambut gelak tawa orang lain.

“Ya Allah, besarnya budak ni. Macam tingkatan 5.” Spontan bibir kita mengatur bicara. Tanpa tahu ada hati yang tidak selesa.

Atau kita hanya melihatnya tanpa apa2 bicara. Seakan dia tidak wujud di hadapan kita.

Letaklah kita di usianya. Pinjamlah sebentar jiwanya untuk kita rasa. Melihat sepupu2 lain mewah kasih sayang bapa, terpimpin kemas dengan tunjuk ajar ayahanda, apa perasaan dia yang jarang2 bercakap dan bertegur sapa dengan ayahnya? Atau, mungkin bercakap tanpa rasa gembira dan bahagia. 

 Kita gagal menjadikan dia bahagia bila berada bersama kita. Ya, dia bukan anak kita. Memang. Kita punya anak sendiri untuk ditarbiyahkan. Banyak lagi kitab2 yang perlu kita baca dari hanya memikirkan dia. Banyak lagi isu2 lain yang perlu kita hadam dari hanya menyelami jiwa seorang budak. Tuan2, jika esok dia membesar bukan seperti yang kita mahu, apa mahu kita jawab di depan Tuhan kelak? Sudah bersedia dengan jawapan kah?

Untuk ibu bapa, anak2 bukan hanya untuk mendoakan kita di alam baqa’. Tapi anak2 adalah hak ALLAH yang diamanahkan untuk kita jaga. Jika kita seorang yang amanah, mengapa kita membiarkan anak2 kita tanpa bimbingan? Mengapa kita membiarkan amanah dari ALLAH itu sendirian tanpa pimpinan dari kita? Biarpun ibu bapa dia jauh lebih alim dari saya, sesungguhnya memberi peringatan itu baik bagi orang2 yang beriman. Kerana peringatan ini dari hati yang menyayangi.

Dunia ini terlalu tajam untuk dibiarkan anak2 berjalan tanpa dipimpin. Atau, jika mahu melihat anak2 terpijak dan dipijak, biarkanlah dia sendiri. Terlalu takut melihat suasana penuh hitam hari ini, saya pernah terfikir, saya jauh lebih rela melihat anak2 ini mati di awal usianya, dari terus disimbah zulumat duniawi. 

 Mari kita sama2 berusaha mendidik genarasi yang lahir dari keturunan kita, agar semuanya molek beragama, berakhlak dan berilmu. Mari juga kita sama2 berdoa kepada Tuhan agar kita diberi kemampuan untuk menajga mereka. Sama2 kita mulakan.

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....