Monday 24 October 2011

Ibadah Yang Menghakis Ego


Ibadah menurut Ibn Taimiyyah ialah al hubb wa al khudhu’. Cinta dan rendah hati. Jika kita solat dengan penuh cinta tapi tidak tawadhuk merasa kehinaan diri, ia masih bukan ibadah. Begitu juga jika kita solat penuh khusyuk, tapi tanpa cinta bahkan terpaksa, ia juga bukan ibadah.

Rendah hati merupakan beza manusia dengan iblis. Iblis melakukan kesilapan dengan penuh kesombongan dan takabbur, mencabar Tuhan dan merasa diri hebat.

Manusia juga akan tersilap dalam hidup. Tetapi seperti Adam, kesalahan diikuti memohon keampunan dan mengakui kezaliman.

Allah membuka berbagai pintu untuk beribadah. Ada insan yang mungkin tidak mampu bangun solat pada waktu malam, tetapi sering berpuasa siangnya. Ada insan yang kurang zikirnya, tetapi infaknya hebat. Barangkali bacaan al Qurannya kurang, tapi tangannya ringan memberi pertolongan. 

Demikianlah Allah Ar Rahman membuka berbagai pintu kebaikan dan ibadah untuk manusia melaluinya. Hanya menunggu manusia untuk masuk dengan penuh cinta dan rendah hati.

Insan apabila telah punya hati yang khusyuk dengan Allah, akan hilang ego dengan manusia.


Sunday 23 October 2011

Dr Yusuf Al Qaradhawi.


"Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini Wahhabi dan taasub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu, dalam masa yang sama ikhwah al-Wahabiyyun atau al-Salafiyyun mengedarkan beberapa edaran yang menyerangku di Jeddah, Riyadh dan lain-lain bandar di Saudi.

Aku bukanlah hamba kepada seseorang melainkan kepada Allah semata-mata, aku tidak mengambil melainkan daripada al-Kitab dan al-Sunnah, dan aku sayangkan semua ulama yang mendalam ilmunya, akan tetapi aku tidak mensucikan mereka dan tidak mendakwa mereka memiliki ismah atau bersifat maksum.

Aku akan berdebat dengan mereka (golongan Ahbash) dengan cara lain, iaitu dengan pena bukan dengan lisan, kerana itu aku menulis lembaran-lembaran ini, aku akan bongkarkan kejahilan murakkab mereka dan aku akan jelaskan pembohongan mereka.

Aku hanya mengatakan seperti perkataan Nabi Syuaib: "Aku tidak bermaksud melainkan untuk pembaikan selama aku masih mampu, dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah, hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadanya aku kembali."
(Fatawa al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686)


-Dr Yusuf Al Qaradhawi. (baca Qa-ro-dha-wi, huruf ro baris atas, bukan sukun)

baca lanjut di sini.

Sebarkan kebenaran! Tulisan ulama yg menyentuh hati,

Friday 21 October 2011

Kritikan


Setelah penat bermain kriket, Saiful sedang berehat di bawah pohon yang teduh sambil memegang kayu kriketnya.

Tiba2 datang seorang lelaki menjerit, “Woi bod**, ada ular la kat bawah pokok tu. Kau tak ada otak ke? /&*#$@!%*^&%$#....” (macam2 bahasa dan perkataan buruk yg digunakan.)

Apakah tindakan Saiful?

Memukul ular dengan kayu kriketnya? Atau, memukul si lelaki yang menggelarnya tak ada otak? 

Renung2kan..

Sebelum marah orang lain mengkritik kita, renungkan dulu apa yang dikritik. (pesanan sepenuhnya utk diri.)
Antara memperlekeh dan mengkritik, dua kata kerja yang berbeza. 

Kritikan pada golongan agama khususnya, para ustaz, janganlah cepat melatah dengan menuduh mereka yang berkata begitu cuba memburukkan imej Islam keseluruhannya. Mereka mengkritik golongan ustaz yang tidak baik, jika kita ustaz yang baik, maka kita tidak termasuk dalam tuduhan mereka. 

Umpamanya, ada yang datang membuat laporan di balai polis bahawa terdapat polis ‘jadi-jadian’ di kampung mereka. Patutkah pegawai polis memarahi pembuat laporan itu kerana telah memburukkan imej polis, atau pegawai polis itu berterima kasih kerana membuat laporan dan segera menyiasat kes polis jadi-jadian itu?

Ambillah pengajaran dari apa yang mereka katakan itu, dengan berusaha memperbaiki kepincangan seglintir ustaz yang dikritik itu jika benar. Janganlah menunjukkan sikap yang tidak matang, jagalah nama agama yang dipakai.

Contohnya, mereka yang membantah drama Tahajud Cinta. Jika mereka memberi teguran yang ilmiah seperti drama itu menggunakan hadis2 daif atau palsu sebagai hujah, atau salah mentafsir sebahagian ayat Quran, itu sangat baik. Tetapi jika yang membantah hanya semata drama itu menampilkan watak seorang ustaz yang tidak baik, maka itu sesuatu yang sangat tidak wajar. 

Ini bukan zaman manusia bertaklid pada ustaz. (!) Yang salah tetap salah biar apa nama gelaran yang dipakai pun.
Sama juga apabila ada yang mengkritik wanita muslimah dengan mengatakan, bukan semua yang bertudung labuh itu mulia, kita benarkan sahaja. Memang pun, itu hakikatnya. 

Bertudung atau tidak, itu satu sudut untuk menentukan ketaatan, namun berbagai sudut lain perlu ditimbang sebelum mengaku mulia. Dan, berusahalah mengislah apa yang dibidas itu. 

Apapun, bagi yang gemar memberi kritikan, janganlah meninggalkan adab dan akhlak dalam mengkritik.

contoh adab mengkritik yg baik- 1-senyum!

2-berfikir jauh dan mengkaji dahulu sebelum mengkritik.

Thursday 20 October 2011

Jangan Angkuh dengan Hidayah


Kata Ibn Qayyim, kelebihan sesuatu amalan itu bukan dengan cara (suwar) dan bilangannya, tetapi lebihnya terletak kepada apa yg ada dalam jantung hatinya. Boleh jadi amalan keduanya sama, tapi di sisi Allah, bezanya bagaikan langit dan bumi. Contohnya, dua org mendirikan solat di 1 saf yg sama, tetapi antara solat keduanya bagaikan langit dan bumi di sisi Allah.

Dalam hadis bukhari dinyatakan, 

Diampunkan seorang perempuan pelacur yang lalu di depan seekor anjing, anjing itu berada di atas telaga dan menjelirkan lidah (haus), hampir anjing itu mati kerana kehausan, kemudian pelacur itu tanggalkan kasutnya, ikat dengan selendangnya, hulur masuk ke dalam telaga, dan mengangkat mengambil air, dan memberi minum pada anjing itu.

Kata ibn Qayyim, bukan memberi minum kepada anjing sandanrannya, tapi kepada keadaan hati tatkala ia melakukannya. Mungkin perbuatannya itu terbit dari jantung hati yang simpati kepada anjing yang haus. Barangkali dia rendah diri, berfikir anjing lebih mulia dari dia yang banyak berdosa. Lalu, diberi pertolongan dengan rendah diri.


Kerana itu, jangan kita memandang manusia dengan pakaian luarannya. Orang lain yang mungkin tidak memakai jenama Islam zahirnya, tapi mungkin hatinya lebih sejahtera. Mugkin mereka berdosa dari satu sudut, tapi sudut yang lain jauh lebih baik dari yang memakai jenama Islam luarannya.

Janganlah kita yang bertudung labuh, berserban dan berjubah menghina orang yang mungkin tidak melambangkan Islamik dalam identitinya, merasakan kita lebih mulia darinya. Kerana, hati dan jantungnya bukan naungan kita untuk dinilai. Solat mereka mungkin lebih khusyuk kerana memikirkan dosa yang setiap hari dilakukan berbanding solat ala kadar kita dek merasakan sudah terlalu ‘rapat’ dengan Tuhan.

 Adapun jika semua orang menganggap kita ahli syurga, di sisi Allah kita mungkin yang pertama dilempar ke neraka.(nauzubillah)

Lalu, jangan lah kita angkuh dengan hidayah. Peliharalah hidayah dengan rendah diri.

REMEMBER! The toes you stepped on today may be attached to the ass you will have to kiss tomorrow!

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....