Thursday 20 October 2011

Jangan Angkuh dengan Hidayah


Kata Ibn Qayyim, kelebihan sesuatu amalan itu bukan dengan cara (suwar) dan bilangannya, tetapi lebihnya terletak kepada apa yg ada dalam jantung hatinya. Boleh jadi amalan keduanya sama, tapi di sisi Allah, bezanya bagaikan langit dan bumi. Contohnya, dua org mendirikan solat di 1 saf yg sama, tetapi antara solat keduanya bagaikan langit dan bumi di sisi Allah.

Dalam hadis bukhari dinyatakan, 

Diampunkan seorang perempuan pelacur yang lalu di depan seekor anjing, anjing itu berada di atas telaga dan menjelirkan lidah (haus), hampir anjing itu mati kerana kehausan, kemudian pelacur itu tanggalkan kasutnya, ikat dengan selendangnya, hulur masuk ke dalam telaga, dan mengangkat mengambil air, dan memberi minum pada anjing itu.

Kata ibn Qayyim, bukan memberi minum kepada anjing sandanrannya, tapi kepada keadaan hati tatkala ia melakukannya. Mungkin perbuatannya itu terbit dari jantung hati yang simpati kepada anjing yang haus. Barangkali dia rendah diri, berfikir anjing lebih mulia dari dia yang banyak berdosa. Lalu, diberi pertolongan dengan rendah diri.


Kerana itu, jangan kita memandang manusia dengan pakaian luarannya. Orang lain yang mungkin tidak memakai jenama Islam zahirnya, tapi mungkin hatinya lebih sejahtera. Mugkin mereka berdosa dari satu sudut, tapi sudut yang lain jauh lebih baik dari yang memakai jenama Islam luarannya.

Janganlah kita yang bertudung labuh, berserban dan berjubah menghina orang yang mungkin tidak melambangkan Islamik dalam identitinya, merasakan kita lebih mulia darinya. Kerana, hati dan jantungnya bukan naungan kita untuk dinilai. Solat mereka mungkin lebih khusyuk kerana memikirkan dosa yang setiap hari dilakukan berbanding solat ala kadar kita dek merasakan sudah terlalu ‘rapat’ dengan Tuhan.

 Adapun jika semua orang menganggap kita ahli syurga, di sisi Allah kita mungkin yang pertama dilempar ke neraka.(nauzubillah)

Lalu, jangan lah kita angkuh dengan hidayah. Peliharalah hidayah dengan rendah diri.

REMEMBER! The toes you stepped on today may be attached to the ass you will have to kiss tomorrow!

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...