Sunday 16 December 2018

Sepi

Entah kerana usia yang menjangkau tua, ataupun kerana baru merapat dengan manusia,

selalu sahaja rasa sedih apabila ditinggalkan.

Padahal, yang pergi itu tidak pun memudahkan apa apa urusan kita. Bahkan memperbanyak perkara dalam hidup kita, iya.

Padahal, sebelum ini tidak ralat pun bersendiri.

Sungguh perasaan ini tak best. Ia beban yang menggerutukan kelicinan jiwa.

Tak boleh ke kalau nak rasa biasa biasa je? 

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....