Tuesday 3 June 2014

Ilmu Maya




Kaki melangkah laju ke kedai majalah di Stesen Bas SKMK Kota Bharu.

“Majalah i April ada tak Kak?”

“Belum sampai dik.”

Kecewa saya sampulkan dengan senyum.

Setiap bulan, minggu hujungnya saya tunggu-tunggu, untuk membeli majalah itu.

Itu 2005, 9 tahun lalu. Untuk membaca tulisan guru-guru saya, saya perlu menunggu hujung bulan. Sebulan hanya satu tulisan.

Tapi hari ini, setiap hari di alam maya, di skrin telefon saya boleh membacanya.

Bukankah teknologi telah mempercepat penyampaian ilmu?

Bahkan memperluas kenalan ilmuwan yang boleh kita capai.

Jika mahu, boleh berkomunikasi percuma dengan sarjana sedunia!

Saya selalu sedih apabila membaca komen negatif mengenai mengambil ilmu di laman maya. Ramai yang memperlekeh. Mereka menulis dalam nada sarkastik tentang ilmu yang diambil dari internet.

Pada saya, kebiadapan, kegopohan, keceluparan ada di mana-mana.

Yang perlu diajar ialah mereka yang gopoh, celupar, biadap; bukan wasilah mendapatkan ilmu itu perlu dipertikai.

Mereka yang begitu sesungguhnya ada di mana-mana. Di universiti, pondok, halaqah, usrah, atau di mana-mana medan talaqqi.

Iblis itu bukan sekadar hidup dalam internet. Ia berlegar di mana-mana !

Mengambil sikap generalisasi dalam masalah ini menunjukkan ceteknya daya menganalisis sesuatu masalah dalam diri yang mengutarakan pendapat.






Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....