Saturday 30 June 2012

Sebelum 'Menjebeh'


Lebih setahun tertubuhnya Ulama Muda UMNO (ILMU) secara rasmi. Saya antara yang mengikuti perkembangan mereka dan ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan. 

PREJUDIS
Usai pengumuman 40 ilmuan muda tanah air menyerahkan borang kemasukan dalam parti UMNO, ramai yang prejudis akan kemampuan mereka untuk berdakwah dalam UMNO. Sikap prejudis sebegini kononnya berasas dengan melihat sejarah kemasukan golongan agamawan ke dalam UMNO.

Setiap kita mempunyai hak untuk menilai, maka sesiapa jua bebas membuat penilaian, tetapi asas kepada penilaian mestilah adil dan berasaskan Al Quran dan Sunnah. Mengharapkan sesuatu kumpulan kalah dalam perjuangan dakwah hanya kerana berbeza pandangan politik tidak diajar dalam Islam. Kalaupun ragu-ragu dengan kejayaan mereka, janganlah sesekali menafikan usaha dakwah mereka. Berdoalah agar dakwah mereka berjaya dan mereka thabat di landasan Islam.

Jangan hanya untuk kemenangan parti, maka kita harapkan dakwah mereka gagal semata-mata untuk menjadi modal politik kita. Asas Al Quran dan As Sunnah mana kah yang kita gunakan?

ADIL DALAM MENILAI
Kita seringkali menilai bukan berdasarkan penilaian yang dalam. Asal sahaja seseorang itu bukan dari parti kita, maka apa sahaja tindakannya kita bangkang. Sesuatu perkara yang kita kira tidak menguntungkan parti kita, maka kita sanggah walaupun hakikatnya perkara itu menguntungkan Islam.

Berprinsip dalam kehidupan perlulah tunjangnya kebenaran. Jangan pancakkan prinsip kita di atas medan parti. Natijahnya, kefanatikan yang akan lahir serta idea-idea kritis tidak akan berkembang kerana hanya mengangguk kepada semua tindakan parti.

Belum pun ILMU bersuara, baru sahaja diumumkan penubuhan, telah dahulu ada pihak yang menghukum. Hukum pula bukan sekadar hukuman tidak bersetuju, tetapi diberi keputusan neraka dan sesat. Itulah mereka yang bukan sahaja tidak adil dalam menilai, tetapi tidak langsung membuat penilaian.

Saya suka apabila dalam Wacana PRU 13 baru-baru ini, Ust Fathul Bari sering bertanya persetujuan sesuatu kenyataannya dengan persetujuan penonton. Dapat dilihat bahawa banyak perkara yang sama-sama kita setujui asasnya, cuma mungkin apabila ia datang dari lisan parti lawan, maka kita enggan mengakuinya. Itulah satu sikap yang benar-benar perlu dibakar.

BERBEZA PANDANGAN
Perbezaan dalam memahami sesuatu nas bukanlah sesuatu yang baru. Malah dalam kalangan sahabat sendiri, interpretasinya berbeza-beza. Tidak ada dua orang manusia yang akal dan jiwa nya serupa semua. Pasti ada perbezaannya. Dan Islam membuka ruang pada perbezaan. Soal aqidah, itu jelas dan tetap. Tetapi soal feqah, kita boleh berbeza-beza jika tiada nas yang tetap. Apatah lagi soal pengurusan, siasah dan pendapat-pendapat isu semasa, maka ia lebih lagi dibolehkan berbeza. 

Justeru, janganlah kita menghukum seseorang hanya kerana pandangannya berbeza selagi dia membawa nas dan dalil sebagai asas kepada pendapatnya itu. Seharusnya kita perlu menghukum orang yang mengeluarkan pendapat tanpa meneliti nas tetapi meneliti kepentingan parti. Itu yang perlu kita hukum.

Sebenarnya dengan kewujudan ILMU, masyarakat secara tidak langsung telah di dedahkan dengan pandangan yang pelbagai. Jika dahulu hanya ada satu pihak yang membawa dalil agama, tetapi hari ini ada pihak lain yang membawa dalil juga. Jika dahulu, semua dalil yang dibawa oleh parti Islam akan diterima bulat-bulat kerana ia kelihatan benar belaka. 

Tetapi hari ini ada pihak yang akan menyeimbangkan dan menilai dalil yang dibawa sama ada ia benar-benar tepat pada konteks ataupun tidak. Bukan kah ini satu perkara yang baik apabila pelbagai pandangan boleh didengar, dan masyarakat boleh meningkatkan daya penilaian mereka bukan meningkatkan daya ‘kepengikutan’ dan ke’angguk’an kepada semua dalil yang di bawa. 

Namun fenomena ini tidak akan dilihat sihat bagi mereka yang hanya memikirkan keuntungan parti, bukan keuntungan perkembangan minda masyarakat yang mahu berfikir. Situasi ini dilihat merosakkan mereka yang malas berfikir, dan akan membuatkan mereka keliru. Dan bagi puak yang begitu menjaga kebajikan pihak yang malas berfikir ini, akan menentang budaya ini pastinya.

PAS LEBIH BERHATI-HATI
Suara ILMU sebenarnya akan membuatkan PAS lebih berhati-hati dalam memetik apa-apa dalil untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Bukan sewenang-wenangnya mengusung agama mengikut apa sahaja rentak mereka, kerana di pihak lawan tiada siapa pun yang berautoriti dalam bercakap hal agama. Tetapi hari ini, PAS dilihat lebih berhati-hati terutama soal Syiah yang sering ditimbulkan ILMU.

Bukankah perkara ini menguntungkan apabila ada pihak luar yang akan menegur kesilapan PAS dari sudut agama? Kerana selama ini tidak ada satu pihak pun yang kononnya ‘lebih agama’ dari PAS yang akan menilai tindakan PAS dari sudut hukum. Apa sahaja yang PAS lakukan maka ia akan dihalalkan kerana pelakunya merupakan parti Islam. Hakikatnya, tiada siapa pun yang maksum melainkan Nabi. 

Maka kewujudan ILMU dilihat mampu membaiki kelemahan PAS dalam banyak perkara agama. PAS perlu berterima kasih pada ILMU barangkali kerana peringatan yang diberikan. 

Saya sangat kurang selesa apabila ada pihak yang tidak mahu dengar ulasan ILMU hanya kerana mereka itu UMNO. Saya tidak tahu apa perkataan yang perlu diberikan kepada sikap ini. Mungkin perkataan baru perlu dicipta DBP lantaran sikap ini semakin menjadi-jadi.

Mengenai UMNO sebagai parti sekular yang memperjuangkan kebangsaan dan asobiyyah, perkara ini banyak dijadikan alasan untuk menolak UMNO secara mutlak sehingga perkara betul yang dilakukanya juga ditolak. Saya nasihatkan supaya kita membaca dari berbagai sumber. Jika orang PAS menasihatkan kita, jangan hanya membaca Utusan atau menonton TV3, maka saya juga nasihatkan jangan hanya membaca Harakah. Selain Harakah, banyak sumber-sumber lain yang telah mengulas isu tersebut beserta dalil dan perincian mengikut perlembagaan. Bacalah, dan nilailah. Supaya pada wacana-wacana akan datang, tidak perlu lagi di tanya isu-isu begitu kepada panel kerana jawapannya sudah lama dihidangkan, cuma saja tidak dihidangkan dalam Harakah.

Begitu juga mengenai pendapat taat kepada pemerintah. Sebelum kita setuju atau tidak setuju dengan sesuatu perkara, semaklah dahulu hujah dan dalil semua pihak. Setelah itu, nilailah dan buatlah keputusan. Carilah banyak sumber tentang isu dan hukum taat kepada pemerintah. Di sana akan membuka minda kita, walaupun kita tidak bersetuju tetapi nanti kita tidak akan dengan mudah menghukum mereka yang berbeza pendapat dengan label yang berbagai, kerana kita tahu asas kepada pegangan mereka. Bersetuju atau tidak, itu hak kita untuk memilih. Cuma,  bacalah dan kajilah.

Walau apa pun yang berlaku di hadapan kita, mari kita letakkan Al Quran dan Sunnah sebagai suluhan. Bukan emosi dan parti sebagai pegangan.

We have a right to correct others but remember that they have a right to correct us too. Always be open to correction.

Wallahu a’lam.

*hahaha..dan dan ku jd umno lps tgk “wacana pru 13 : masa depan islam?”. Wacana sebegitu agak berisiko sebenarnya utk kjaan klantan. Kerajaan kelantan perlu berhati2 dlm memilih wakil umno sbg panel. Dari nk promot pas,org mcm aku jd nmpk umno plak betul...len kali ajak wakil umno yg x cerdik. Baru la dia kalah.org2 mcm aku sdg mmbuat penilaian demi pnilaian.*

Setuju atau tidak? (bca dgn gaya ufb tnya audien)

Sebelum 'menjebeh' , teliti dahulu hujah org lain. so,sy kena rajin2 la baca harakah n dgr ceramah pas..;)  ok. i luv tokguru anyway.

@airport pc

Friday 29 June 2012

Loneliness


I’m all alone in my room. My roomate was departing home. My books and notes were stored. Sounds left only cycling of fan in this room.

Huh. 

Till when human keep sighing and complaining? Too many man skirting us, people grumbling about noises and messy place. No one arround, people depressing loneliness. 

Forever we are human. Keep complaining. Frequently ask forgiveness from Lord due to too much complaining, Zahidah.

Well, we better learn to be alone. As tomorrow, or may be today, our hearts will stop beating, pulses have no stimulus to throb. And we are then lifted by others going to grave. There, no one else to company us. 

I wonder, how long do i still have before my end? Do i have enough time to erase all my sins and collect as much as amal? Do i?

Setiap jiwa ada tarikhnya

Semua orang takut mati. Yang ditakuti itu juga, semua orang akan lalui. Tinggal menunggu hari.

Hari tu solat jenazah untuk seorang siswi USM yang meninggal kemalanagn motosikal.

Mati bukan bersyaratkan tua. Bukan juga bersyaratkan sakit.  Mati, syaratnya hidup. Jadi, semua dah cukup syarat. 

Setiap hari akan ada orang mati. Apa yang buatkan kita yakin sangat bahawa esok atau lusa bukan giliran kita? Hingga ingat kan mati pun tidak?

Hassan Al Basri pernah berkata :

“...pada hakikatnya engkau hanyalah hari-hari, maka jika satu hari berlalu, sama ertinya engkau kehilangan sebahagian dari dirimu. “

this is, sort of self reminder.


Sunday 24 June 2012

Dia tu salafi wahabi!


Hari tu masa lunch dgn Dr Farid, ade la cerita pasal sorang junior ni, Jamil (bukan nama sebenar). Ingat nak masukkan dia dalam organisasi PERKIM, lepas tu mantan YDP tu pun cakap la..

’Jamil tu Salafi Wahabi.’ 

Terjengil mata aku, nak gelak pun ada. Nasib baik Dr Farid pi tandas masa tu, kalau tak mesti dia gelak jugak. Sesuka hati je label orang macam tu kan.

Aku dan-dan tanya mantan YDP tu, salafi wahabi tu apa weh? Dia pun jawab gitu2 je sebab dia malas nak gaduh dgn aku dah, hari tu dah gaduh pasal wahabi kaw kaw punya. Kuang kuang kuang,...gila kelakar la. 

‘dah tu kalau salafi wahabi kenapa tak boleh masuk perkim ka?’ aku tanya lagi.

Mantan ydp tu cakap, ‘ye la,takut dia x boleh nk commit sbb dh ada organisasi lain..’

Em..aku pun senyum je la. Mungkin dia terlupa masa dia jd ydp perkim dahulu pun, dlm masa yg sama dia adalah exco dakwah PMI, dan juga ahli jemaah ***...

aku memang dah lama kenal si Jamil tu, dia budak kimia, bnyak kali ambik paper sama dengan aku. Aku tau la dia join usrah salafi.

Aku nak je cakap kat mantan ydp tu, Jamil ni kan, salafi wahabi dia pun selalu datang kelas awal, selalu jumpa lecturer, lecturer selalu puji dia, hantar tutorial selalu paling awal, kertas jawapan dia lecturer fotostat bg kat semua org lagi..

bukan macam ydp pmi, datang kelas lambat, bukan lambat 10 minit ya, lambat 30 minit, bukan sekali lambat ya, ada la tiga empat belas kali,  test pun x pergi, bukan 1 paper x gi test, dua paper, selalu ponteng kelas, tapi pandai bodek lecturer, dengan sopan-santun-akhlak-mulia-muka-bersih dia tu, sampai carry mark dia boleh dapat A..sengal kot.

Gila tak panas ke macam tu...bukan sorang yg x puas hati dgn dia, ramai sgt aku dengar. kalau dia ydp persatuan lompat galah aku x kisah sgt, ni ydp persatuan mahasiswa islam ok! Bila ramai yg mengata2 kat dia depan aku, ku jd bangga pulak nak announce kat semua, SY BUKAN BUDAK PMI..!!!

Aku boleh tahu semua tu sbb aku course sama dgn dia, minor je lain. Banyak lagi cerita yg aku dengar dari org lain, tapi aku cerita yg aku nampak sendiri la. Yg dapat dari org lain, x suka la nak sebar2 kan.

Kan ada satu pepatah, ‘cukuplah dikatakan seseorang itu pendusta apabila dia ceritakan semua yang didengari dari orang lain..’

ok. dah habes cerita...bye.

 

Saturday 23 June 2012

Apabila orang yang dizalimi berdoa...


Kerana ada yang berkata, ‘..kamu tidak dapat benda tu sebab kamu tak solat jemaah, tak buat solat sunat...’

Menggunakan alasan agama untuk berlepas diri dari tanggungjawab adalah satu akhlak yang busuk!

Sedangkan hak mereka tidak ditunaikan, lalu diletakkan kesalahan kepada kekurangan amalan mereka. Licik sekali.

Mereka tidak mendapat hak mereka kerana mereka tidak mengerjakan amalan2 tertentu. (?)

“Takutlah pada doa orang yang dizalimi, sekalipun dia jahat, kerana kejahatan itu untuk dirinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sedangkan amalan kejahatan pun diletak di tepi seketika untuk memakbulkan doa orang yang tidak mendapat hak.

Sejahat mana pun manusia itu, jika pada kita terdapat haknya, kita wajib menunaikan. 

"Ala, x payah bagi kat dia, dia bukan baik pun..."

Kejahatan yang dia lakukan untuk dirinya. 

Saya tidak tahu kalau ada yang berkata, 'dia x solat jemaah, x buat amalan itu, amalan ini x buat, so x perlu tunaikan hak dia...'

Apakah?

Takutlah, waspadalah dengan doa orang yang kita zalimi. Zalim bukan payah. Bukan perlu jadi Perdana Menteri dan makan duit rakyat baru dikira zalim. Zalim ada di mana-mana, pada sesiapa.

Akan ada hari nanti, doa orang yang dizalimi memakan orang yang zalim. Pada hari kita dizalimi, berdoalah, jika benar kita dizalimi, maka serahkanlah hukuman kepada Tuhan. Biar Allah yang menguruskan dengan hukumanNya.

Saat kita merenung nasib yang menimpa diri, renungkanlah ke belakang, kalau-kalau pernah kita zalimi insan lain, adakah doa mereka yang kita zalimi itu sedang kita ‘nikmati’?

Tunaikanlah hak setiap insan. Janganlah mengambil mudah dalam urusan tanggungjawab. Setiap insan akan ditanya tentang tanggungjawabnya. Akan ditanya!

Tanggungjawab sebagai bapa, ibu, anak, majikan, kawan. Semua itu ada di bahu kita. Jangan sesekali tidak tunaikan hak. Jangan sesekali mengambil hak orang lain. 

Semoga kita dilindungi.

Semoga kita rasa berat beban tanggungjawab di bahu. Kalau tak rasa, muhasabahlah!


Friday 22 June 2012

Aurat & Nasihat


Baru membaca post Dr Zaharuddin tentang aurat wanita.

Wanita yg pakaiannya menonjolkan bentuk payu dara & punggungnya (krn baju sempit) itu SAMALAH seperti seorang lelaki berjalan di khalayak dengan kemaluannya sedang terlihat jelas seluarnya. Elokkah begitu? namun tiada lelaki berbuat demikian. Penonjolan itu hakikat sedang berkata kepada yg melihat, "cantik & besar atau tidak payu daraku, punggungku?" di khalayak awam.

Bagi lelaki, sangat senang untuk berkata demikian. Malah, perkataan apa pun senang sekali untuk diucapkan terhadap aurat wanita.

Jika saya seorang yang tidak menutup aurat dan menonjol-nonjolkan badan, saya tidak akan berubah dengan membaca status demikian. Tambahan, perkara itu datang dari mulut lelaki, yang tidak pernah merasai cabaran menutup aurat.

Cabaran untuk mujahadah nafsu melihat baju dengan fesyen terkini yang semakin hari semakin canggih, apakah ustaz pernah merasa bagaimana nafsu seorang wanita untuk berfesyen? Lelaki yang tidak punya keinginan sedemikian begitu senang melemparkan hukum, haram! Kemudian tinggalkan perempuan ini dengan hukuman haram tanpa sebarang jalan di depan. Islam itu penyelesaian, bukan hukuman.

Cabaran berdepan dengan masyarakat yang majoritinya tidak menutup aurat, malah ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat. Menjadi ‘orang asing’ dan pelik dalam keluarga sendiri bukan senang. Malah saya sangat ‘annoy’ apabila banyaknya ‘songeh’ dalam menentukan halal nya satu tudung. Tidak boleh menyerupai semua rahib-rahib Yahudi dan segala bagai. Padahal, tudung biasa yang kita pakai ini pun, ada sahaja pendeta agama lain yang memakainya. Jadi?

Kenapa ya kita suka sangat nampakkan agama kita payah? Memang agama ni payah ke?

Sangat kurang nasihat tentang bersabar dalam menutup aurat. Cukuplah perli, cukuplah menjadikan wanita bahan lawak dalam ceramah. Saya benci. 

Apakah ustaz fikir, semua yang payu daranya tertonjol itu memang diniatkan untuk dilihat dan ditonjol-tonjol? Mereka mungkin tidak tahu. Mereka mungkin tidak didedahkan. 

Apabila melihat mereka yang tidak menutup aurat, kenapa kita tidak berfikir, kelak nanti apa akan aku jawab di hadapan Tuhan kerana tidak menyampaikan kepada mereka?

Jika kita hanya mampu mengubah kemungkaran dengan hati melalui benci, bencilah. Jangan bersangka buruk. Malah menyebarkan lagi sangkaan buruk kita itu. 

Tetapi, siapalah saya di mata seorang doktor agama. Mungkin ada kaedah dakwah begini dalam mana-mana kitab. Entah.

Sudah beberapa kali saya kurang selesa dengan ulasan Dr Zaharuddin mengenai aurat wanita. Tetapi saya tetap kagumi beliau dalam memberi ilmu pada masyarakat.


bila ust nasihat aurat macam tu kat perempuan, sy pun rasa nak buat mcm ni kat lelaki yg x jaga pandangan.

Wednesday 20 June 2012

Pesan Dari Ust Pahrol

Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan. 
 
Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik. 

Setiap individu, kelompok… pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain. 

Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban.  

Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan.

Adab itu lebih utama dipertahankan berbanding ‘perkara ranting’ yang sedang dipertikaikan. Ramai orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan kebijaksanaan dan kasih sayang kita dapat mencari kebenaran… Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan ‘menang’ akhlak. Justeru, selamanya manusia  ’dont care how much you know untill the know how much you care’.

Mudahnya sikap melabel, mempertikaikan akidah, malah hingga ketahap meragui keislaman orang lain yang berbeza disiplin ilmu dengan kita, seharusnya dapat dielakkan. Kekadang saya melihat, soal peribadi sudah mengelabui soal prinsip. Agama di jadikan bukti hujah tetapi kedengkian bersalut dunia itu jugalah yang menjadi motif utamanya. Bukan menuding orang lain, tetapi satu muhasabah buat diri sendiri dan mengingatkan yang lain. 

Pandanglah manusia lain dengan pandangan sayang. Semua muslim bersaudara. Selagi bersaudara kita umpama satu jasad. Melukai hati mereka samalah melukai diri kita sendiri. Sakitnya mesti terasa kerana saraf iman kita sama. Iman itu akar, buahnya kasih sayang. Jika mereka  bersalah sekalipun, mereka masih berhak mendapat kasih sayang kita. Apatah lagi jika sekadar ‘ter’salah.

Kesukaran mendidik diri sewajarnya meningkatkan kesabaran kita mendidik orang lain. Jangan kasar. Jangan marah. Perlembutkan bahasa, lunakkan sentuhan… kemukakan hujah secara ilmiah dengan bujukan dan kemesraan. Begitu Rasulullah saw mengajar kita. Yang benar, mesti diperjuangkan secara yang benar juga. Kesalahan orang lain, jangan diledakkan di khalayak ramai (termasuk laman sosial di internet) tanpa bersemuka dengan yang berkenaan terlebih dahulu. Dan sebelum bersemuka, tanamkan dalam hati… aku berbuat demikian demi kasih sayang dan cintaku kepada saudara muslim ku.

Siapa yang mencari kebaikan, akan bertemu kebaikan. Orang yang baik berhak bertemu dengan orang yang baik sepanjang perjalanan hidupnya. Sekalipun, dia bertemu dengan ‘orang yang jahat’ namun kebaikan jualah yang akan dapat dirasai daripada kejahatan itu. Bukan soal siapa yang kita temui, tetapi siapa kita ketika menemui mereka.

Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik… tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya.

Insya-Allah, jika kita berani berbuat demikian, belenggu yang mengikat hati dan diri kita akan terungkai. Kita akan terbang lebih tinggi setelah belenggu itu terungkai. Dia pun akan melonjak lebih jauh tanpa kehadiran kita di sisi. Begitulah, kekadang perpisahan itu lebih baik daripada pertemuan… asalkan tidak ada permusuhan.

Apapun, sayangilah diri sebelum menyayangi orang lain… kerana itu petanda kesempurnaan iman: 



*seperti selalu, tulisan Ust Pahrol sentiasa menawarkan ketenangan..

Life

Bila di bilik...

saya buka laptop
saya makan..
saya tidur..

Maka, saya berhijrah ke perpustakaan bersama azam untuk menelaah pelajaran di sana..

Akhirnya..
saya tidur di surau perpustakaan yang sejuk itu..hua huwa huwa..

Doakan saya berjaya mujahadah.

Eleh


Eleh, pandai cakap K-POP haram, konsert MTV haram, x tutup aurat Haram.. Haram.. Haram.
Abis tu terima SYIAH tak haram..? Lawan pemerintah Islam yg sah tak haram..?? Melayu masuk DAP tak haram..??? Demonstrasi BERSIH tak haram??


Eleh pandai cakap BERSIH haram, lawan pemerintah haram,.haram..haram...
Abis tu, konsert k-pop tu tak haram...?? Bini tak pakai tudung tu tak haram...?? Judi arak tu tak haram...??


Nampak tak ketidakcerdikan kedua-dua belah pihak? Nampak?? Nampak???


yg ni lg cerdik

Mari ber'eleh-eleh', Malaysia!

Sunday 17 June 2012

Short Notes on Hadis Dhaif


Hari ini mari kita belajar sedikit tentang hadis dhaif. Adakah semua hadis dhaif tidak boleh diamalkan? Dahulu saya belajar dalam PQS, hadis dhaif boleh diamalkan tetapi tidak boleh dijadikan hujah. Benarkah?

Kata sarjana, ilmuan itu ialah keupayaan seseorang untuk membezakan sesuatu yang orang lain tidak dapat bezakan, dan menyamakan sesuatu yang orang lain melihatnya berbeza.

Sebagai contoh, doktor mampu membezakan berbagai2 jenis demam. Demam denggi, demam kuning, dsbg. Sedangkan orang awam hanya melihat demam sebagai demam.

Begitu juga ahli dalam bidang hadis. Mereka dapat membezakan hadis sahih, dhaif, hasan, dsbg. Sedangkan orang awam melihat semua itu sebagai hadis.

Apabila kita demam, kita merujuk kepada doktor. Apabila kita mahu mempelajari agama, rujuklah kepada ahlinya.

Secara ‘surface’nya (nak detail kena belajar lagi), hadis dhaif dibahagikan kepada 2, iaitu 

·         Dhaif kerana dipertikaikan INGATAN rawi nya
·         Dhaif kerana dipertikakan PERIBADI rawi nya

Dhaif kerana dipertikaikan ingatan rawinya ialah hadis dhaif yang biasa dan masih boleh diamalkan jika :

ü  Untuk targhib dan tarhib
ü  Jika sudah ada asas dalam syariat quran dan hadis sahih yang lain
ü  Tidak kontradik dengan asas agama

Contoh : kelebihan solat Dhuha, kelebihan qiyamullail.

Solat Dhuha dan Qiyamullail memang sudah disunatkan dan dalil nya sudah terdapat dalam al Quran dan Sunnah. Jika ada hadis dhaif yang bercerita tentang kelebihan solat dhuha dan qiyamullail, maka ia boleh digunakan untuk menggalakkan manusia beramal. 

Imam Nawawi, Ibn Hajar Asqalani, dan al Iraqi mengatakan boleh menggunakan hadis ini untuk menggalakkan beramal, tetapi tidak boleh disandarkan kepada Nabi dengan menggunakan ‘Nabi berkata...’ tetapi sebaliknya gunakanlah ‘dikatakan...’.

Bagaimanapun, jika kelebihan itu melampau dan kontradik dengan asas agama, maka ia tetap ditolak seperti kelebihan solat terawih yang dikatakan menyerupai pahala nabi-nabi tertentu.

Kata Ibn Qayyim :
‘Seakan-akan pendusta yang keji ini tidak tahu bahawa manusia selain nabi jika menyembah Allah sepanjang umur Nabi Nuh pun, tidak akan dapat satu pahala seperti pahala Nabi pun.’

Tidak mungkin perjuangan Nabi yang diuji dengan hebat itu disamakan dengan solat sunat manusia biasa.

Begitu juga dengan hadis dhaif yang mengatakan sahabat Nabi, Abdul Rahman B Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak hanya kerana beliau mempunyai harta yang banyak.

Perkara begini mengancam asas agama yang mahukan setiap individu maju dan mempunyai ekonomi yang hebat. Maka, jika hadis-hadis begini disebarkan, umat akan mundur.

Manakala, jenis kedua, dhaif kerana dipertikaikan peribadi rawinya ialah dhaif yang sangat dhaif (syiddatul dho’fi). 

Syiddatul dho’fi pula ada dua bahagian iaitu : 

-          Rawi nya dituduh berbohong
-          Rawi nya memang seorang pembohong.

Hadis dhaif jenis ini masih belum saya pelajari dengan lanjut. ;) Saya kongsikan pada masa hadapan. Jumpa lagi ;)

Eh sebelum tu, janganlah terlalu syadid sehingga semua hadis dhaif tidak mahu kita dengar dan hukum sesat. Jangan pula terlalu tidak teliti sehingga menyebarkan perkara2 yang tidak ada punca. Jadilah kita di pertengahan. Kesederhanaan itu lebih menghampiri kesempurnaan.



Friday 15 June 2012

Kebenaran Itu Boleh Di Ambil Hatta Daripada Syaitan

Kebenaran itu boleh jadi berada pada sesiapa sahaja. Bukan hanya pada mufti atau sheikh. Asal sahaja apa yang dikata bertepatan dengan al-Quran dan As-Sunnah, maka dia telah berkata benar. Sekalipun ia daripada syaitan. [boleh diambil, tetapi tidak boleh berguru dengan syaitan]

Syaitan berkata benar

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,

“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”

 Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata,
 “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)


Sikap kita
Sikap kita dalam mencari kebenaran ialah merujuk kepada al Quran dan Sunnah. Bukan merujuk kepada siapa yang berkata. 

Maka sangat silap apabila kita memutuskan kebenaran dengan hanya melihat kepada orang yang berkata. 

‘Oh, dia bukan ustaz. Bukan tahu apa pun, tahu bawak teksi je..’

‘Kalau dah sokong UMNO tu, tak payah dengar la..janggut panjang mana pun, Phd la berapa kali pun..'

'Tengok lambang pun dah malas nak dengar.'

Ambillah pengajaran dari Nabi. Bukankah kita mengaku mencintai Nabi?

Boleh sahaja untuk Nabi berkata pada Abu Hurairah, ‘Kalau dah syaitan yang cakap tu..buat apa nak percaya.’

Tapi Nabi mendengar dahulu cerita Abu Hurairah. 

Adakah kita lebih mulia dari Nabi, atau adakah mereka lebih hina dari syaitan?

Kata Saidina Ali r.a. yang berbunyi:

Bermaksud: “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."


“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah al Maidah: 8]

Berlaku adil lah, saudaraku. Jadikan prinsip kebenaran kita ialah Al Quran dan Sunnah. Kebenaran yang ada dalam al Quran itu tidak sesekali boleh berubah berdasarkan prinsip parti atau label mana-mana golongan.

“There are always two sides to a story and at times even more.

It is totally unacceptable to make our minds up negatively about another person or behave badly towards them based solely on what we heard about them, without giving them a chance to explain themselves fully.

If we are not prepared to do this much, then we must ignore the entire matter. “ – Mufti Ismail Menk.



Wednesday 13 June 2012

Raikan Kemalasan Berfikir.

Lagi membaca tulisan di thenutgraph.com.

Berkerut2 dahi saya, menggaru2 kepala. Bagaimana ni? Mereka sedang mentertawakan tindakan pihak agama, tindakan orang agama.

Susah benar. Kadangkala apa yang mereka tuliskan itu, tidak salah pun. Kita semua perlu mengambil kira wujudnya manusia yang suka berfikir dan bertanya kenapa. Kita semua perlu sedar bahawa telah ramai golongan yang bangun memikirkan tentang agama walaupun bukan semua amalan dan suruhan agama mereka ikuti. Kita semua perlu pertimbangkan keperluan mereka dalam beragama. 

Saya kira sudah cukup untuk kita pentingkan manusia yang malas berfikir. Sudah lama benar kita utamakan golongan begitu dalam apa2 urusan dalam agama, sehingga perbincangan perkara2 baru dalam sesuatu hukum, pasti kita akan selitkan, nanti ‘masyarakat akan keliru.’ Nampak benar kita raikan mereka yang malas berfikir dengan mengutamakan mereka dalam apa2 hal. Sedangkan yang rajin berfikir dan bertanya kenapa ini, kita abaikan soalan2 mereka. Kita tinggalkan mereka mencari sendiri jawapan untuk diri mereka. Apabila mereka tersalah jalan, masuk ke jalan liberal, kita haramkan mereka pula. 

Apakah ini benar2 ajaran Islam?

Apabila saya membaca tulisan2 mereka, saya seperti sedang melihat seorang pelajar cemerlang Kristian sedang berdepan dengan seorang pelajar Muslim tercorot. Siapa yang akan menang logiknya?

Tindakan pihak agama dan orang agama di Malaysia sebenarnya sedang ditertawakan mereka. Saya sedih sekali. Saya sekarang tidak tahu mahu menyalahkan siapa. Saya tahu pihak agama dan orang agama tidak pernah ada niat jahat pada agama. Mereka cuma tidak mampu bertindak dengan matang dan cemerlang untuk berhadapan dengan golongan seperti ini. 

Justeru, saya menyeru kepada kita semua. Marilah kita mula memikirkan agama ini pada kaca mata mereka yang rajin berfikir. Mari kita draftkan ijtihad hukum2 dengan memikirkan rasional semasa, dengan meraikan manusia yang suka bertanya dan berfikir.

Mari kita bertindak dengan cerdik atas nama agama. Cukuplah memberi alasan masyarakat akan keliru dengan membaca buku Irshad Manji contohnya. Sudah kerap kali benar saya mendengar alasan masyarakat akan keliru, masyarakat akan keliru. Bak kata seorang tokoh, ‘dia yang keliru, kata masyarakat yang keliru. Takkan masyarakat bodoh sampai tara tu?’

Sudah sampai masanya kita berhenti melayan dan meraikan golongan yang malas berfikir dan berubah, cukuplah! Daripada kita uruskan agama ini hanya untuk kepentingan mereka, baiklah kita seru kepada mereka supaya rajin berfikir. Kalau rasa keliru dengan apa-apa perkara, bacalah, tanyalah, kajilah. Itu ubatnya. Bukan perkara agama yang perlu jadi statik hanya kerana meraikan puak2 ini. Saya sudah cukup letih!

Pihak agama pun satu hal. Kenapa rajin benar untuk haramkan buku-buku? Kalaupun buku-buku itu bercanggah dengan agama, lawanlah dengan buku juga, dengan ilmu juga. Bukan hanya dengan kuasa. 

Kalau nak guna kuasa, kenapa tak haramkan juga filem2 yang jelas2 bersalahan dengan agama? Tidak menutup aurat, gejala sosial yang melampau, rancangan2 tv yang jutaan banyak bertentangan dengan agama, majalah2 yang entah apa-apa tu,kenapa tidak haramkan? 

Saya kira jawapannya ialah kerana rancangan tv itu semua dikhaskan untuk mereka yang malas berfikir. Jadi tak mengapa. Manakala buku2 ini, untuk mereka yang rajin berfikir, jadi tak boleh. Agama di Malaysia ini kan memang khusus untuk mereka yang malas berifkir! 



Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....