Thursday 5 May 2011

KLIBF 2011

25 April 2011, saya dan kakak ke KLIBF 2011.. Buku2 yg sempat kami beli :


1.       TALFIQ – Dr Maszlee Malik
2.       AMALAN BERMAZHAB : PERLU ATAU TIDAK? – Dr Maszlee Malik
3.       CITRA WANITA KONTEMPORARI – Dr Halina Haliza Siraj
4.       MEMAHAMI SURAH AL KAHFI (ayat demi ayat) – Ustaz Zamri Zainuldin
5.       MEMAHAMI SURAH YASIN – Ustaz Zamri Zainuldin
6.       FANATIK MAZHAB – Dr Mohd Asri Zainul Abidin
7.       ARUS TAJDID – Dr Mohd Ari Zainul Abidin
8.       20 PERSOALAN ASAS PALESTIN – Dr Maszlee Malik
9.       FITRAHKAH KITA – Prof Dr Sidek Baba
10.   SETEGUH TEKAD – Prof Dr Sidek Baba
11.   PERSEMBAHAN CINTA ISTERI HASSAN ALBANNA – Muhamman Nur Lili Aulia
12.   CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANNA – Muhammad Nur Lili Aulia
13.   MEMPERINGATI AS SYAHIS SYEIKH AHMAD YASIN – Ustaz Riduan Mohd Nor
14.   MEMBANGUN SPIRIT RUHIYAH DENGAN DOA – Muhammad Thalib
15.   AMALAN BERZIKIR : ANTARA SUNNAH DAN REKAAN – Ustaz Khairil Anwar
16.   TIGA KALI SEMINGGU – Dr Faisal Tehrani
17.   SOLUSI ISU 31 SABAR ITU INDAH.


Bekalan untuk cuti 4 bulan. Selamat membaca dan mengamalkan…Sesiapa yg mahu pinjam, dipersilakan..=)

Sunday 1 May 2011

Menjadi Pendidik.

“Saya tak suka orang bercakap dalam kelas.”
“Saya nak setiap hari kamu bawa kamus.”
“Saya nak jangan ada sedikit pun conteng dalam buku kamu.”
“Everybody must speak English with me, or don’t at all.”
Arahan. Suruhan. Perlu patuh dan taat. Siapa ingkar, dikira biadap.
Guru bukan hanya diupah untuk menyuruh. Bukan juga hanya dibayar untuk mengarah. Tapi disuruh mendidik. Menjadikan dada-dada yang kosong penuh ilmu. Mengubah hati-hati yang kering agar subur dengan nilai. 
Ramai guru (baca: pendidik) yang butuhkan kefahaman dari pelajar terhadap situasi dirinya. Jika guru itu seorang yang kemas, pelajar perlu faham sikap guru dengan menjaga kekemasan tulisan dan buku. Jika guru itu seorang yang tegas, maka pelajar pelru menyesuaikan diri mereka dengan ketegasan guru itu. Jika guru itu seorang yang lembut, maka pelajar perlu bersopan di hadapannya, jika tidak ayat2 ‘lembut tapi tajam’ akan terkena padanya. Itulah situasi di Malaysia. Pelajar perlu memahami guru. Kalau mahu digelar pelajar biadap, cubalah membantah guru.

Benarkah begitu tugas pendidik? Dan benarkah begitu sikap yang perlu ada pada seorang penuntut ilmu? 
Mengikut ‘rasa’ saya yang baru merangkak2 dalam dunia pendidikan, bukan begitu seni mendidik. Bukan pelajar yang perlu memahami gurunya. Tapi guru yang perlu memahami setiap seorang pelajarnya. ‘Penat lah begitu, seorang guru nisbahnya 30+ orang murid. Nak paham semua matilah..’ [mati syahid, cikgu..]

Ya, itulah cabaran dan tugas utama seorang guru. Pelajar ibarat customer atau  patient. Lihat bagaimana seorang doctor melayan pesakitnya. ‘Rawatan ini mengambil masa yang agak lama, adik kena sabar sikit ya..’. begitu seorang doktor melayan pesakit yang bertaraf adik, apatah lagi  bertaraf pakcik dan makcik. Ya, memang ada juga doktor yang kurang adabnya, tapi secara umumnya, begitulah doktor bertindak. Memberi rawatan untuk penyakit agar penyakit itu segera pulih. Guru pun seharusnya begitu.

‘Saya ni cikgu. Mereka lah yang kena ikut kita. Kena dengar arahan kita.’ Mematuhi arahan guru itu betul. Tapi jangan keterlaluan sehingga mengharap semua murid memahami guru. Semua murid mampu mengikut semua arahannya. Lagaknya, arahannya tepat untuk semua lapisan pelajar. Mereka juga pastinya bukan hanya miliki seorang guru yang perlu difahami. 
Menjadi pendidik bukanlah senang. Jika hanya mahu habiskan sukatan, menanda kertas ujian, tahun demi tahun rutin yang sama, memanglah senang dan memanglah mahukan semua orang patuh pada arahan, barulah bertambah senang kerja seorang guru. Namun, jika insan mulia dan hebat menjadi impian dan sasaran untuk dilahirkan, banyak syarat dan langkahnya. Sabar dan ikhlas kunci utama.
Jika mahu memotong kayu, gunakanlah kapak. Jika mahu memotong kek, pisau plastik yang paling sesuai. Wahai pendidik, penuntut ilmu yang menuntu darimu itu bukanlah semuanya kayu untuk dikapakkan! Bayangkan kek yang lembut jika dikapakkan, boleh hancur dan lenyek, cikgu. 

 Ramainya guru yang hanya mahu difahami oleh pelajarnya. Tapi guru itu sendiri tidak langsung berusaha memahami keadaan pelajarnya. Mungkin mereka lemah, mereka sakit, mereka miskin atau mereka tidak ada sekelumit minat pun belajar. ‘Itu bukan masalah saya, itu masalah kamu, yang saya mahu, siapkan semua kerja saya.’ Semudah itu guru mendidik. Setiap bulan, gaji dibayar dengan wang-wang rakyat.  Dan, setiap bulan juga, pelajar2 sekolah semakin ramai mati hatinya. 

Teringat satu cadangan dari seorang mufti, supaya setiap kali meningkatnya statistic jenayah dan gejala sosial, setiap kali itulah elaun mufti perlu dipotong. Boleh juga diaplikasikan kepada sistem pendidikan. Setiap kali ada seorang pelajar sekolah tersebut membuat jenayah, semua gaji guru di sekolah itu perlu dipotong. Mungkin hanya dengan itu baru guru-guru sedar tanggungjawab mereka bukan hanya untuk menghabiskan sukatan, tapi MENDIDIK! Sekali lagi, MENDIDIK.
Senangnya saya menulis, memberi cadangan dan mengkritik. Tidak semudah itu untuk dilaksanakan. Saya juga akan diuji dengan tugas berat, mendidik. Ingat, mendidik, bukan mengherdik!

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....