Sunday 29 April 2012

Malaysia yang Aman.

Naluri manusia tidak pernah sukakan kerosakan, peperangan dan huru hara.

Dalam alQuran pun bila Allah suruh perang, Allah kata 'walaupun kamu tak suka..'

Maknanya, semulajadi, manusia tidak suka kan peperangan. Keamanan itu lah yang insan cintai.

Namun, apabila ada perkara yang tidak adil berlaku ke atas diri, manusia mungkin boleh bersabar jika ia tidak melampau.

Tetapi apabila hak sudah diambil, apabila diri rasa dizalimi, naluri insan juga ada perasaan untuk mempertahankan hak. Reaktif. Manusia bukan gas lengai yang tidak bertindak balas!

Jika jalan mempertahankan hak secara aman tidak didengar, maka insan akan jua bangun menuntut hak. Itu hukum alam yang sangat mudah difahami.

Saya tidak kisah pemerintah mahu keluar apa statement sekalipun, kerana mereka mungkin bukan tahu sangat baca Quran dan Hadith. Mereka tidak rasa apa yang rakyat rasa. Jadi, putarlah cerita, tipu lah berita dari pemerintah pun, itu sudah perkara biasa, Kerana tabiat mereka itu memang begitu.

Tetapi yang saya hairan, ada juga rakyat yang sangat tidak tahu, tidak rasa dizalimi. Apakah mereka lengai?

Yang lebih menyayat hati nurani, ada ustaz dan ahli agama yang juga lengai.

Saya rasa tindakan ganas demonstran itu, masih belum GANAS dibandingkan dengan RAKUS nya pemerintah!

Walaupun tindakan demonstran itu tidak tepat, tetapi kerana saya sudah terlalu muak dengan hipokrit manusia, maka ijtihad saya mengharuskan. (apakah?)

Jangan jadi hipokrit dengan berkata dosa seorang yang memusnahkan kereta polis itu lebih dahsyat dan perlu diwar-warkan berhari-hari (mungkin sampai PRU nanti) dari dosa seorang pemimpin yang tidak adil.


'Malaysia ni dah cukup aman. Besyukurlah..'

Encik, Tuan, Dr, Ustaz, apa tanda kita bersyukur?

Duduk rumah mengadap laptop mengata kat BERSIH? Oh itu tanda bersyukur rupanya...

Itu tanda kita tidak bersyukur kerana tidak menggunakan akal untuk menganalisis, tidak menggunakan hati untuk merasa dalam-dalam,dan membiarkan diri terus dizalimi. Nikmat akal tidak kita syukuri kerana tidak kita optimum kan penggunaannya.

Sekarang siapa yang bersyukur dan siapa yang tidak bersyukur, tuan?


jika pemerintah tidak tahu memandang, Allah telah lama memandang usaha mereka untuk kesejahteraan anak2.


Boleh tak kalau wajibkan polis belajar sampai university? 
p/s Polis,
Awat la hang rajin sgt nak p melayan puak2 tu, ce hang wat bodo je.. x payah layan..lagi cerdik kalau x payah turun pun, biar je diorang jalan. Mesti perhimpunan tu x best, dan tak jadi pun. Sebab diorang melalak sorang2..Diorang lg rasa best kalau polis kacau la.Pikir2...(sambil letak jari kat kepala polis) Tu pun nk kena ajar ke? Haih, orang sokong BERSIH jg nk kena ajar polis. Orang suruh belajar tinggi2 dulu x mau..


Ramai polis dan askar yg merokok kan?  Macamana nak jaga keselamatan negara, kalau keselamatan diri sendiri pun dia x jaga? (out of topic)











BERSIH 3.0

Oh..kalau kita kata kerajaan zalim, rasuah, pilihanraya x adil ditanya pulak 'mana bukti?'

Yg dia kata ulama pembangkang duk sebaris dengan pejuang seks songsang dan murtad tu x tanya ke hati yg suci murni tu buktinya mana?

Susah berurusan dgn salafi literalis ni.

Tang orang je minta dalil dan bukti, tang depa relax je keluar statement..haih..kata sunnah sangat.

Duk kata la demonstrasi tu haram. Duk wat mai la dalil segala macam. Walaupun benda tu ada ulama yg x haramkan. Maknanya ada 2 pendapat.

Tapi, tak pula dorang nak keluar statement rasuah tu haram, x adil tu haram, riba ptptn tu haram. padahal yg tu semua ulama sepakat kata haram, bang oiii..

Bila ditanya dah nasihat kerajaan ke belum, dikatanya 'siapa awak sampai kami nak kena laporkan pd awak setiap kali kami bagi nasihat pada kerajaan?'

oh man...kami RAKYAT ok..pi belaja sains politik tengok apa hak rakyat. Susah jugak kalau duk belajar tajuk bid'ah je puak2 ni.

Konon suci sangat sampai nak nasihat orang pun kena sorok2, takut aibkan orang. Haih, yg hang duk mengata pembangkang depan2 media tu apa kes? Apa pembangkang ni bukan orang ke, arnab? Tak ada aib?

Tp masih ada literalis yg berakhlak mulia (kesian plak aku panggil literalis), walaupun x setuju dgn demonstrasi, x da la nak mengata2. Bagus la.

Tiba2 jd respect terlebih pula dekat Ust Haszrizal dan Us Husni yg berani pergi BERSIH dan declare lagi. Emm, baru macho...


Serius x suka dgn ulama UMNO yg melampau, yg x profesional. Nak sindir2, mengata2 org, yg wat mai dalil tu boleh la tahan..ni main macam budak2, kata ulama sgt..




Saturday 28 April 2012

Will You Marry Me?


will you marry me?

Nabi sedang berceramah di hadapan. Ada wanita di belakang mahu menutur sesuatu. Nabi memberi ruang.

Kata wanita itu; ‘Wahai Nabi, sudikah Nabi untuk berkahwin  dengan saya?’

Nabi tunduk.

Sahabat lain diam. Namun ada seorang sahabat bangun berkata, 

‘Wahai Nabi, kahwinkanlah aku dengan dia.’

Lalu, Nabi kahwinkan wanita itu dengan sahabat tersebut dengan persetujuan keduanya.

Begitu cerita yang diriwayatkan oleh Anas b Malik. 

Jadi, mari amalkan. Boleh? Ada berani?  ;)




May I scream alOOOOUD..'Marry Me Now Pleeeeeeeeeeease!'


bila dah rasa tersumbat dengan tutorial.

Friday 27 April 2012

My Task.

Finally, I did spread what I had to.

And, it was satisfied. With small number of  audience though, yet I think I have initiated their mind, what actually Islam allocated for woman.


Dr Nizam Sahad was nice. Fair spoken.

Teghetik teghening.

I said, 'Saya dengar dari Dr Asri.'

'Oh..mufti ni..' he replied.  'Payah la nak lawan.'

Maybe there was...?

I wish for not hear that.


Budak kecik.

This guy is having a beautiful moment with his Su. Watching TV on Su's lap with Su's description on each action on TV.

Wednesday 25 April 2012

ptptn lagi..

Kalungkan bunga dekat gambar orang hidup macam orang India mati? Teruk..

Pastu, laungkan takbir lagi lepas buat benda tu...Lagi lagi lagi lagi lagi teruk...

Saya paling pantang kalau kaitkan agama dgn benda2 yg mengarut2 ni, nak buat jahat pun jgn la takbir. Tak ada adab namanya.

Daripada macam tu, lebih baik tak gunakan nama agama, daripada MENYALAHGUNAKAN agama. 

Memang la bagus menuntut bayaran hutang PTPTN dimansuhkan. Tapi cara menuntut tu, biarla nampak INTELEK sikit. 

Yang tak tahan, ada juga tak faham. Kononnya diorang tu nak suruh mansuhkan PTPTN. Bukan nak mansuhkan PTPTN la encik, nak mansuhkan bayaran balik PTPTN. Lambat juga ya, harapkan komen je cepat. Moga2 otak pun cepat la..

Yang peliknya, mentang2 la yang berdemo ni dari pembangkang, puak2 mahasiswa yg dari kerajaan pun kononla nak bela kerajaan (pdhal kerajaan x perlu pembelaan dari diorang pun..kikik).

Heboh la, ada segelintir mahasiswa yg mahmudah ni, X NAK PENDIDIKAN PERCUMA, X NAK MANSUHKAN PTPTN. Aduh, x tahu nak kata la puak2 ni. Badan merembes hormon mulia banyak sgt agaknya...

Memang la saya tak sokong cara yg demo2 letak2 bunga tu, tapi apa yg mereka tuntut tu, sokong la. Tak kan la yg macam tu pun tak nak setuju. Tiba2 nak jadi terlebih pemurah pulak...

1% itu cas perkhidmatan.riba itu berlaku jika ada unsur kezaliman di dalamnya.telah dijelaskan 1% itu utk menguruskan ptptn itu. Ok kalau mcm tu, saya cabar kepada mereka yg memperjuangkan isu ini supaya perjuangkan sama penghapusan interest bank sewaktu anda membuat loan membeli rumah dan kereta nanti.

Cik Abang hensem, bank tu mmg la nak meniaga, yg kerajaan pun nak meniaga jugak ke dgn rakyat? Qiyas tak kena tempat la bang..

Sedih baca komen seorang bekas pimpinan mahasiswa USM yg sangat la dijulang tinggi di USM ni, ingatkan pemikiran glokal tahap tinggi sgt. 

Sorry, saya tak komen kat fb dia as he is not my standard to debate with..buang masa..hahhaa..berlagak kan?

Tuesday 24 April 2012

PTPTN


"Berapa ramai yang nak hutang PTPTN dimansuhkan dan berapa ramai yang tidak mahu hutang PTPTN dimansuhkan? Berapa ramai nak Pendidikan Tinggi Percuma dan berapa yang tidak mahu? Bukan main sesuka hati cakap ini adalah SUARA RAKYAT secara KESELURUHANNYA."

Haih, kalau ya pun sokong kerajaan, jangan la melampau sampai mengaku yg dia rela ikhlas hati bayar PTPTN dan caj ribanya sekali. Sampai ada yg tak mahu pendidikan percuma. Logik ke?


Nanti kalau kerajaan benar2 mansuhkan bayaran hutang PTPTN,kelompok yg tak mahu dimansuhkan itu dinasihatkan teruskan membayar tiap2 bulan..mulia,bukan? Is there any people who choose to pay? errrr..

Kalau dah taksub kt kerajaan pun, jgn la nampak sgt bodoh tu.. 

Nak sokong kerajaan, sokong la dgn cara yg bijak, nak bangkang pun, bangkang dgn bijak. Kalau tak - diam, baru la org tak tau cerdik ke bengap, sekali bercakap, emm tau dah level otak paras mana..

Kesian la..

Monday 23 April 2012

Ini Khilaf..

'Pernah tak jumpa dalam Sirah, sebelum nabi perang ke apa ke, nabi ajak sahabat2 semua berkumpul buat solat hajat sama2, letak botol air kat depan, pastu baca yasin ramai2? Ada ke? Emmm..'

'Lahai..tu pun nak kecoh. biaq pi la depa nk buat..bukan buat maksiat'

'Oppss..sy x kata apa2, saya tanya jerrrr...'

'Banyak lg benda lain yg penting. Benda alah ni, ulamak banyak khilaf..'

'Oh...kalau nak kira khilaf, negara Islam pun khilaf, x payah perjuang la negara islam, kan khilaf. Even yg Astora cakap tu pun semua ada sandaran ulama, ada je ulama kata x payah pakai tudung. Nak bukti boleh bagi, ulama Sheikh Tahir Asyur (mufti Tunis) - ada tafsir Ibn Asyur sendiri (bukan calang2 ulama), ada kitab Maqasid Syariatul Islamiah. Dalam kitab tu dia kata ayat tutup aurat ialah khas utk raikan bangsa Arab, mana2 bangsa yg memang tak pakai tudung labuh, x payah. So??'

So, cakap ulama dgn dalil Quran dan hadis sahih, mana yg perlu di dahulukan?

Fikir2kan...

Short Notes on Solat Hajat


Ada hadis tentang solat hajat yang diriwayatkan oleh  Imam Tirmizi dlm Sunan Tirmizi. Ulama telah pun bahas tentang hadis itu, ada ulamak yg dhaifkan sebab ada rawi yg majhul, ada  yg angkat jadi hasan disebabkan faktor lain yg menyokong antaranya ayat wasta’inu bissobri wassolah.

Apapun dlm hadis tirmizi hanya sebut 2 rakaat solat, dan doa selepas solat. Tidak ada kaifiat bacaan sekian2 masa sujud, mahupun lebih dari 2 rakaat.

Kalau nak solat, solat lah, x payah namakan solat hajat, doa je dalam solat2 malam, tak payah buat kaifiat dan khasiat sendiri. Sebab yg nak bagi khasiat ialah Allah, so kalau dia tak state tak payah nak state kan. Kaifiat pula nabi yg ajar, kalau nabi tak buat, tak payah reka kaifiat sendiri. 

Minta je dgn Allah, Allah pasti akan bagi. Tapi dgn pelbagai cara dan bentuk. Mungkin tak sama dgn apa yg kita minta, tp tetap sama dgn tujuan yg kita minta.

Amman yujibul mudthorra idza da’a..








Wednesday 18 April 2012

Aliran Tajdid Sudah Bertukar Menjadi Tabdi'?

Dahulu dia lah tokoh sunnah di Malaysia. Dia lah pencetus bahtera perubahan. Dia lah ulamak. Tetapi apabila ada pendapat yang tidak sama hari ini, terus dilabel pembunuh sunnah. Mudahnya! Sungguh, yang banyak berkata2 dengan mudah ini selalu nya ialah mereka yang tidak memimpin, yang ‘chokia-chokia’(baca dgn loghat utara, sengau di hujung). Manakala pemimpin dan ketua biasa nya lebih cool dan macho. Ahaha..

Lihat komen Ust Fathul Bari.

Pandangan tetap pandangan. Usah dimanipulasi dek kerana kecenderungan terlampau. Ana adalah antara yg bersetuju bahawa Dr Maza adalah pencetus kepada perubahan minda. Dari kejumudan kepada keterbukaaan, dari konservetif kepada tajdid. Pada masa yang sama, beliau juga manusia yg ada kecenderungan dan naluri. Mungkin idolanya adalah Dr Yusof AlQaradhawi. Mungkin bg kami Dr Rabi' almadkhali. Namun, perbezaan Ini dihiasi dgn pandangan2 ilmiah, kritikan dan kesediaan utk dikritik.”

berbeza tapi boleh je bersama..contohilah.

Dr Fadlan pula ;

“Smg Allah merahmati kekanda Dr MAZA, walau tdkku setuju dgnnya dlm bebrapa perkara, tetap kusanjunginya sbg seorg pencetus Sunnah d M'sia...
Ada kalanya memaafkan lebih baik daripada memanjangkan sengketa. Diriku lebih selesa begitu, namun terpulang kepada sahabat2ku membuat perhitungan.
"tiada terdapat kelembutan pada sesuatu perkara kecuali akan mencantikknnya" :-)
Bila berinteraksi dengan golongan Yahudi yg celuparpun Nabi SAW masih lagi berlembut, apakah kita lebih mulia daripada Nabi SAW Dan Dr MAZA lebih haprak daripada Yahudi di zaman Nabi SAW?

Fikir2kanlah wahai teman.

Ana memang tidak setuju dgn beberapa kesilapan ilmiah Dr MAZA, tapi Ana lebih suka bersemuka dengan beliau.
Bukankah ini yg diajar oleh Nabi SAW?

Macho kan? Kan?  Ahaks..=)

Manakala yang chokia ni ;
dulu dia mmg pencetus sunnah..sekarang ia seakan2 "pembunuh" sunnah...moga kita doakan beliau..”
Daku hairan maza dilabel muhaddith malaysia? Bila menjadi mufti ku lihat dia umpama pejuang, bila menjadi peljr oxford unvrsiti, dia ku lihat sudah terbuang sbgai seorg salafi..!!

Aliran tajdid sudah bertukar menjadi tabdi'..!

Macam-macam ngat aih..kalau depa baca ni mesti marah gila kat aku ni, budak kecik mana la nak menyibuk pasal sunnah2 ni..haha..watever. saya pun ummat Muhammad jugak.

ps ; chokia ialah bahasa loghat. Mengikut Us Azhar Idrus, loghat tidak dikira kasar. Hihhii.. 


gambar hiasan.

Friday 6 April 2012

Buku Impian


Sejak pulang dari ceramah Dr Danial tempoh hari, saya berazam untuk memiliki buku ini. Daripada saya membaca Quran tanpa memahami, walaupun berkali-kali khatam, tetapi sepatah pun tak faham, lebih baik saya hanya baca beberapa ayat, tapi faham. Rasa lebih dekat dengan 'tuan punya' kalam.

Al Quran untuk kita semua, bukan hanya untuk ulama atau ustaz. Siapa kata orang awam tak boleh faham Quran, hadis? Habis dulu Nabi bercakap dengan siapa? Pelajar universiti, mufti, tok syeikh? Nabi bercakap dengan badwi padang pasir pun. Ayat2 Tuhan untuk semua. Hadis Nabi untuk semua. Come on la, ini Islam ok. Perfect!

Jadi, mari belajar secara langsung. Jangan takut tersalah tafsir, salah faham kadang2 lebih baik dari tak mahu faham, takut tak faham. Sekurang2 nya kita ada usaha untuk belajar. Islam agama ilmu, bukan agama ritual.

Dan, saya hampir menangis kecewa apabila melihat harga buku ini. RM 800! Nampaknya, kita baca terjemahan sudah la, belum mampu menuju ke tafsir lagi. Terjemahan pun belum habis lagi. Betul ke fikir macam tu?

 

Juga buku ini. Kerana apabila Islam itu lebih kita kenali, maka ia lebih kita sayangi.


Buku ini juga pastinya. Kerana ciri ulul albab itu, membaca dan mendengar semua pandangan, dan memilih yang terbaik.

“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18). 

From My Sister's Lip. Dah lama nak baca buku ni, tapi tak pernah jumpa.



Dan, yang terakhir, ialah buku ini. Yang ni tak penting, tak dapat pun tak apa. Tak ada la impi sangat pun. Hehehe..kenapa? Sebab dah banyak kali baca dalam internet. Sama je pun..

kecik je sy letak, menunjukkan sy tak taksub. kakakaka...

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....