Friday 6 April 2012

Buku Impian


Sejak pulang dari ceramah Dr Danial tempoh hari, saya berazam untuk memiliki buku ini. Daripada saya membaca Quran tanpa memahami, walaupun berkali-kali khatam, tetapi sepatah pun tak faham, lebih baik saya hanya baca beberapa ayat, tapi faham. Rasa lebih dekat dengan 'tuan punya' kalam.

Al Quran untuk kita semua, bukan hanya untuk ulama atau ustaz. Siapa kata orang awam tak boleh faham Quran, hadis? Habis dulu Nabi bercakap dengan siapa? Pelajar universiti, mufti, tok syeikh? Nabi bercakap dengan badwi padang pasir pun. Ayat2 Tuhan untuk semua. Hadis Nabi untuk semua. Come on la, ini Islam ok. Perfect!

Jadi, mari belajar secara langsung. Jangan takut tersalah tafsir, salah faham kadang2 lebih baik dari tak mahu faham, takut tak faham. Sekurang2 nya kita ada usaha untuk belajar. Islam agama ilmu, bukan agama ritual.

Dan, saya hampir menangis kecewa apabila melihat harga buku ini. RM 800! Nampaknya, kita baca terjemahan sudah la, belum mampu menuju ke tafsir lagi. Terjemahan pun belum habis lagi. Betul ke fikir macam tu?

 

Juga buku ini. Kerana apabila Islam itu lebih kita kenali, maka ia lebih kita sayangi.


Buku ini juga pastinya. Kerana ciri ulul albab itu, membaca dan mendengar semua pandangan, dan memilih yang terbaik.

“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18). 

From My Sister's Lip. Dah lama nak baca buku ni, tapi tak pernah jumpa.



Dan, yang terakhir, ialah buku ini. Yang ni tak penting, tak dapat pun tak apa. Tak ada la impi sangat pun. Hehehe..kenapa? Sebab dah banyak kali baca dalam internet. Sama je pun..

kecik je sy letak, menunjukkan sy tak taksub. kakakaka...

1 comment:

  1. Dalam banyak2 buku tu, yang last sekali tu sebenarnya yang paling awak nak, kan? Hahaha!!!

    Tak pe dikdah, dah kerja nanti awak peruntukkan RM500 sebulan untuk buku ya. Seronok saya pinjam nanti.. hehehe. Awak tak marah, kan?

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...