Friday 26 April 2013

Cikgu


Maahad adalah sekolah fantasi bukan realiti

Mari kita letakkan di tepi tentang pilihan raya sebentar. Nanti kita usungkannya di tengah kembali. Jangan risau.

Saya hari ini ialah seorang guru praktikal di sebuah sekolah menengah di Bayan Baru, Pulau Pinang. 

Hampir 3 bulan saya menjalankan latihan mengajar di sini, saya bermuhasabah ‘kegunaan’ saya. Bukan kepada program sekolah (kerana saya rasa saya sangat berguna) tetapi kepada diri seorang pelajar.

Mungkin saya tidak cukup enthusias untuk menjadi guru, lalu saya sekadar menjadi seorang guru biasa-biasa. Guru yang hanya menyampaikan mata pelajaran Biologi, Kimia dan Pendidikan Sivik, semata-mata.

Saya mengaku saya tidak melakukan yang terbaik untuk murid-murid saya. Saya hanya melakukan yang terbaik untuk saya mendapat gred cemerlang.

Saya rasa bersalah kepada agama saya, kerana saya tidak menyampaikannya secara bersungguh-sungguh melalui pengajaran saya.

Sedangkan, orang-orang beriman yang lain semuanya sedang ligat berfikir bagaimana mahu menyampaikan dakwah kepada generasi muda. Mereka menggali idea untuk menghasilkan program yang boleh memberi kesedaran kepada remaja, yang boleh menarik minat mereka untuk hadir ke program tersebut.

Saya, setiap hari saya berjumpa mereka. Setiap hari mereka sendiri menunggu saya di dalam kelas. Saya tidak perlu berpenat mengatur program hebat untuk menarik kehadiran mereka, tetapi malang, saya tidak menggunakan masa bersama mereka untuk memegang hati-hati mereka.

Kesalahan itu berat di bahu saya. Saya sedar iman saya terlalu lemah untuk memimpin mereka mengenal apa yang benar. Saya jadi buntu untuk bermula pada titik yang mana. Saya mula mengerti bahawa menulis, merancang, mengkritik dan mengimpikan itu jauh lebih mudah dari melaksanakan.



Monday 22 April 2013

Greener



Not that green flag with the white round in the middle, lah!

No, I’m not talking (or actually writing) about the politic which today seems to be beruk-centered-politic. I feel like I am beruk when reading their nonsenses. As all of them act like beruk, so if I attach myself with them,  I am a part of them. And for sure, I am not an ape. I opt to leave them. Let them enjoying their ‘time’. Rasa nak muntah baca berita politik. 
(eh, tulis jugak..)

So people, have you heard that the grass is always greener on the other side?

Are you one of the people that believe and always feel that other people are always having good fates while you’ve never been given anything beautiful?

Comparing God’s giving and allocation, is trying to involve in “God’s administration”.

Who are you to compare? Are you a God’s assisstant?

Then, please stop!

Be positive, what God had given to you, that was the best. Different people need different medicines. 
Remember, Allah knows best.

Ya betul, saya memang selalu bertuah. Kerja saya senang setiap masa, x da susah2 macam awak. Selalu derita setiap masa. Kesian!

Written exclusively to no one..;)

Next complaint is...meminta-minta.

Oh no. Pertama kali saya jumpa orang yang sangat suka meminta-minta. 

Nak pinjam itu nak pinjam ini. Kalau tak ada pengetip kuku tu, tak de sampai ke tua la. Kalau sekali pinjam, saya bagi dengan hati terbuka, ini tiap-tiap minggu pinjam apa hal?

Minyak cap kapak pun sama. Kalau dah tahu kepala tu jenis selalu sakit, perut tu selalu meragam, susah sangat ke nak beli yang sendiri punya. Ingat orang lain ni supplier ke?

Saya, pengetip kuku saya x jumpa letak kat mana, dah dua tiga hari cari tak jumpa, saya pergi beli kat pasar malam.

Sabun basuh baju, kalau habis, tak payah la basuh baju lagi. Basuh la esok. Ini tak, boleh pulak minta yang orang lain punya sikit. Hah?

Gula tu kalau habis, esok terus la pergi beli. Ini guna yang saya punya sampai seminggu, pas tu dah la tak ganti balik, ingat saya ni girlfriend Robert Kuok ke? Dah la makan gula tu makan macam nasi, seminggu guna gula habis separuh kot gula. Saya guna gula 1 kilo, 2 sem pun tak habis lagi. Tanak ke mamah gula tu? Tak paham saya.

Sepanjang saya menulis komplen2 ni, dah dua kali mintak barang dengan saya – pengetip kuku dan telur. Telur tu minta dibeli, ya la, saya kan penjual telur.

Komplen seterusnya ialah.....mengalah.

Ok, saya ni memang suka mengalah. Sebab saya malas nak layan orang yang entahapa2. Tambah2 kalau dgn orang yg lebih tua. Kalau budak atau student, boleh la saya jerkah. Tp, dgn orang tua ni, malas nak kurang ajar.

Dah memang perangai dia macam tu, kita yang sewa rumah dia ni, ikut je la rentak dia.

Nak pi gaduh2 dgn dia pasai pa. Biaq pi la kat dia. Dah rumah dia, suka hati dia la nk buat apa.

Sungguh saya kata, sebelum ni saya memang tak ada masalah langsung dgn tuan rumah ni. Saya dah tahu perangai dia mmg suka cakap kuat2, suara mcm kita duk 7km dari dia, mmg mcm tu. Awat nak marah2 macam tak pernah tahu perangai dia macam tu?

Jadi, saya yg dah memang asal lemah lembut, tetap juga lah berlemah lembut dgn dia, dia pun akhirnya tak de la nak marah2 dgn saya, ok je.

Yang saya nak marah sekarang ni ialah, kita yg kononnya BERPELAJARAN sgt ni, pandai2 la handle org macam tu. Dah tahu kawan tu mmg perangai mcm tu, kita cakap la elok2 dgn dia. Belajar la mengalah sikit.

"Eh x boleh, org macam tu kita kena ajar..awak ni mengalah je, nanti lama2 org pijak kepala awak.."

Dia yg dah hidup berpuluh2 tahun dgn perangai macam tu, awak 2-3 hari nak ajar dia? 

Sekali dia suruh keluar dari rumah tu? Siapa yg susah? Dia tak rugi apa2 pun kalau awak keluar, berlambak org nak rumah sewa, yg rugi nya awak la nak merempat kat mana. Dan yg paling saya nak marah, kalau dia suruh dengan saya2 sekali kena keluar. Emm, BERPELAJARAN sungguh tindakan tu.
(dah suka sgt guna word 'berpelajaran' kan..)

Haih, benda simple nak gaduh2. Cuba la bersabar, mengalah dan berlemah lembut macam saya ni...tu pun tak boleh nak pikiaq. Skarang ni, semua duk tension takut kena halau. Ha, sape yg susah?? 

X pa la nak pijak kepala ke nak pijak apa ke, yg penting hati senang tak gaduh2 dgn orang. 

Saya rasa tahan rasa geram dan sabar tu adalah lebih mudah daripada risau dan pening lepas gaduh2. Hidup lama tara ni tak tau lagi mana satu lebih baik? Awat teruk ngat?

Letih menulis malam ni, panjang na ceq tulis..hangpa baca pasai pa?



 






 



 
 

Sunday 21 April 2013

Nasihat



Kalau tidak ada siapa yang mahu mendengar, biarkan sahaja tulisan ini di sini, moga termasuk dalam menunaikan arahan ‘ballighu anni walau aayah..’

Untuk kalian yang berjuang, berlakulah adil. Jika pihak sana tidak boleh memetik kata sekerat-sekerat, maka kita pun janganlah mengerat-ngeratkan kata pihak lawan untuk memenuhi nafsu berkempen kita.

Jika kalian berjuang atas padang bangsa, maka lakukanlah apa sahaja, kerana bangsa tidak ada garis rasmi apa yang boleh apa yang tidak. Saya juga tidak ada masa menasihat. 

Tetapi jika kalian mendakwa berjuang di atas padang agama, dan membawa bendera agama, nama agama, maka BERHATI-HATI lah. Kerana apa yang kalian bawa itu adalah agama saya. Maka saya marah jika kalian membawa dengan cara yang salah. Orang sedang memandang bagaimana orang agama berkempen. 

Kita marah orang perempuan tidak menutup aurat – kita kata, mereka tidak mampu mengawal nafsu untuk berhias dan berfesyen sehingga melanggar hukum Tuhan.

Kita marah orang berzina – kita kata, mereka tidak ada iman untuk menghalang perbuatan keji.

Tak apa, ALLAH tidak menguji kita dengan nafsu untuk membuka aurat dan berzina, mudah kita berkata kepada mereka.

Tetapi ALLAH uji kita dengan nafsu untuk mendapatkan kemenangan dengan apa cara sekalipun. ALLAH duga kita dengan melihat keburukan yang melampau di pihak lawan sehingga menjadikan kita tidak adil dalam menilai. ALLAH uji kita dengan nafsu untuk berkata buruk, mengeji, dan mencari-cari kesalahan manusia lain.

Semua ini ujian dari Tuhan yang sama, pembalasan dari Tuhan yang sama juga.

Melihat sama-sama orang agama saling menuduh, saya tidak lagi rasa marah dan benci, tetapi saya rasa sedih yang amat. ALLAH mahu uji bagaimana pula untuk umat hari ini?


Saya menghormati pilihan kalian. Pilihlah apa pun, ini negara demokrasi yang tidak ada sesiapa boleh menghalang pilihan orang lain.

hiasan semata-mata...;)


Monday 1 April 2013

Dalam Dunia Seorang



Aku bukan pohon segar nan hijau yang gagah berdiri di bawah bahang mentari. Walau dari tanah yang sama, aku bukan seperti mereka yang berilmu jitu di dalam dada. Bagi mereka aku hanya lalang yang akan condong ke mana-mana.

Aku hanya menjadi bintang di tengah siang, yang dipadam matahari. Dan pada lantai malam aku menjadi bayang, ditelan gelap sunyi.

Apapun kata mereka, aku hakikatnya sedang belajar untuk memahami. Pelajaran ini memang sangat meletihkan.

Kata seorang kepada aku, pandai hanya akan lahir dari kandungan keletihan. Maka tahanlah.

"Apabila kamu tidak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie)

“Apabila kamu jemu dengan aku, maka kamu akan menjadi dungu.” kata ilmu.

Kakanda, berikan adinda masa untuk memahami semua ini. Maafkan adinda kerana lambat memahami.

See what I see, hear what I hear, feel what I feel, till then, dont judge me.

Ini Fikir Si Kerdil #2



Politik itu semuanya ijtihad. Jika benar, maka benar lah, jika salah, maka juga ada pahala. Asal sahaja niat dan jalannya betul.

Yang tentu dosa ialah mencela, membenci, memusuhi, memfitnah, bersangka buruk, menuduh tanpa bukti yang kukuh, dan mengharamkan apa yang tidak ALLAH haramkan.

Dan dosa2 itu kelihatan sangat jijik apabila ia cuba dihalalkan atas nama PERJUANGAN ISLAM. Lebih jijik dari bangkai dalam lecahan najis.

Tidak ada gurauan dalam perjuangan. Tidak ada loyar buruk dan putar belit bahasa serta mainan analogi yang tersasar. Ia jelas.

Jelas ; setiap manusia ada sudut pandang mereka yang tersendiri. Tidak ada yang mampu menafikan kenyataan ini. Siapa mampu mengalih anak mata manusia? Apatah lagi isi minda dan jantung hati? Siapa?
Memaksa manusia lain melihat dari sudut yang kita lihat, tidak akan berjaya selama-lamanya.

Tidak mungkin kita mampu melihat dari semua sudut secara sempurna. Tidak ada guna konsep ‘tolong menolong dalam kebaikan’ (ta'awun) yang disebut dalam al Quran jika di atas bahu seorang sudah terletak kebaikan yang sempurna.

Manusia yang memilih jalan A, dia melihat dari sudut A akan matlamat yang dia mahu.

Ada yang memilih jalan B, kepakarannya tersedia melalui jalan itu. 

Jalan A mahupun B, jika hujung destinasinya sama, maka akan ketemu jua.

Semudah itu. Kenapa mahu berbalah?



Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....