Monday 1 April 2013

Ini Fikir Si Kerdil #2



Politik itu semuanya ijtihad. Jika benar, maka benar lah, jika salah, maka juga ada pahala. Asal sahaja niat dan jalannya betul.

Yang tentu dosa ialah mencela, membenci, memusuhi, memfitnah, bersangka buruk, menuduh tanpa bukti yang kukuh, dan mengharamkan apa yang tidak ALLAH haramkan.

Dan dosa2 itu kelihatan sangat jijik apabila ia cuba dihalalkan atas nama PERJUANGAN ISLAM. Lebih jijik dari bangkai dalam lecahan najis.

Tidak ada gurauan dalam perjuangan. Tidak ada loyar buruk dan putar belit bahasa serta mainan analogi yang tersasar. Ia jelas.

Jelas ; setiap manusia ada sudut pandang mereka yang tersendiri. Tidak ada yang mampu menafikan kenyataan ini. Siapa mampu mengalih anak mata manusia? Apatah lagi isi minda dan jantung hati? Siapa?
Memaksa manusia lain melihat dari sudut yang kita lihat, tidak akan berjaya selama-lamanya.

Tidak mungkin kita mampu melihat dari semua sudut secara sempurna. Tidak ada guna konsep ‘tolong menolong dalam kebaikan’ (ta'awun) yang disebut dalam al Quran jika di atas bahu seorang sudah terletak kebaikan yang sempurna.

Manusia yang memilih jalan A, dia melihat dari sudut A akan matlamat yang dia mahu.

Ada yang memilih jalan B, kepakarannya tersedia melalui jalan itu. 

Jalan A mahupun B, jika hujung destinasinya sama, maka akan ketemu jua.

Semudah itu. Kenapa mahu berbalah?



No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...