Friday 26 April 2013

Cikgu


Maahad adalah sekolah fantasi bukan realiti

Mari kita letakkan di tepi tentang pilihan raya sebentar. Nanti kita usungkannya di tengah kembali. Jangan risau.

Saya hari ini ialah seorang guru praktikal di sebuah sekolah menengah di Bayan Baru, Pulau Pinang. 

Hampir 3 bulan saya menjalankan latihan mengajar di sini, saya bermuhasabah ‘kegunaan’ saya. Bukan kepada program sekolah (kerana saya rasa saya sangat berguna) tetapi kepada diri seorang pelajar.

Mungkin saya tidak cukup enthusias untuk menjadi guru, lalu saya sekadar menjadi seorang guru biasa-biasa. Guru yang hanya menyampaikan mata pelajaran Biologi, Kimia dan Pendidikan Sivik, semata-mata.

Saya mengaku saya tidak melakukan yang terbaik untuk murid-murid saya. Saya hanya melakukan yang terbaik untuk saya mendapat gred cemerlang.

Saya rasa bersalah kepada agama saya, kerana saya tidak menyampaikannya secara bersungguh-sungguh melalui pengajaran saya.

Sedangkan, orang-orang beriman yang lain semuanya sedang ligat berfikir bagaimana mahu menyampaikan dakwah kepada generasi muda. Mereka menggali idea untuk menghasilkan program yang boleh memberi kesedaran kepada remaja, yang boleh menarik minat mereka untuk hadir ke program tersebut.

Saya, setiap hari saya berjumpa mereka. Setiap hari mereka sendiri menunggu saya di dalam kelas. Saya tidak perlu berpenat mengatur program hebat untuk menarik kehadiran mereka, tetapi malang, saya tidak menggunakan masa bersama mereka untuk memegang hati-hati mereka.

Kesalahan itu berat di bahu saya. Saya sedar iman saya terlalu lemah untuk memimpin mereka mengenal apa yang benar. Saya jadi buntu untuk bermula pada titik yang mana. Saya mula mengerti bahawa menulis, merancang, mengkritik dan mengimpikan itu jauh lebih mudah dari melaksanakan.



No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...