Tuesday 17 January 2012

Learn to Plaster A Smile On Your Face.

“Peniaga Muslim perlu berhenti memainkan sentimen 'bantulah ekonomi Muslim', 'jihad ekonomi' dan sewaktu dengannya. Mahu berniaga? Lawan di padang yang rata! Mahukan produk Muslim laku? Berikan produk dan servis yang berkualiti. Kalian berniaga, bukan 'welfare', kami beli barangan anda dengan akad antara pelanggan dan peniaga. Kalian beri khidmat macam sampah, 'bye bye'. 

Mainkanlah sentimen 'pekerja kami semua menutup aurat, syarikat XXX pekerja dia tidak tutup aurat'.... Aku nak makan ayam goreng, bukan nak cari bini dekat kedai makan tu. Hang bagi pakai niqab, tudung labuh, nampak mata pun, tapi masak ayam goreng macam tak tahu masak, bagi servis macam apa, jangan mimpi aku nak masuk. Kalian bagi servis baik, aku sebagai Muslim tiada masalah untuk beri keutamaan kepada kalian di atas kedai-kedai 'so-called non-Islamic' (?)

War-warkanlah cerita ayam kami mendengar bacaan al-Quran setiap hari LOL! Saya tak terpengaruh pun, hatta kalau kalian kata chef kalian khatam al-Quran setiap minggu pun, apa saya kisah, saya tidak bernafsu nak makan, kalau ayam goreng keras macam ayam kelmarin, layan pelanggan di kaunter macam apa-apa je.

Saya pi kedai kamu nak makan, bukan nak pi periksa pekerja kamu pandai baca al-Quran ke tidak, ayam kamu pandai mengaji ke tidak :O 

Ohohoho..

buku pasal ethics dlm islam berlambak, amal nya tidak. oh muslimin, bangkitlah!

Petikan di atas di ambil dari laman facebook seseorang. Dan, saya sangat setuju dengan dia.

To all islamic-bussiness-runner, please plaster a smile on your face. Smile is sometimes needed than zikir. You are reciting Quran in the presence of your customer..(?) Is it an appropriate doings? I’ve met people who asked me to wait (while she was in her duty) because she wants to perform solat dhuha. Emm.. food to thought of.

Mesti ada yg kata, ‘ala berapa kerat sangat la kedai Islamic macam ni, not that many la..’ Saya kata, ya la, dah bisnes yg Islamik pun berapa kerat sgt. Yang berapa kerat tu pulak dikerat2 dgn tak mesra pelanggan, macamana nak maju?

Okay, after all, Allah S.W.T is the most Perfect, nothing is perfect, but please dont make it as an excuse to continuously repeating your worst. Go for improvement, bro! Baru macho..

Sunday 15 January 2012

Jika mahu tahu..


Cinta kerap menjadi penyebab titis air mata berjujutan. Kali ini cinta kepada seorang yang bukan keluargaku, bukan apa-apa denganku. Tetapi dia pemimpinku. Tok Guru. Aku sering mahu menitis menangis melihat dia. Entah. Aku jadi sayu. Membaca seseorang menulis tentangnya yang orang itu turut sayu apabila mendengar tuan guru berkata ‘ambo letih doh..’.

Tuhan, beri lagi, beri lagi kekuatan untuk dia. Jangan biar dia letih, Tuhan.

Begitu aku berdoa. Dia bukan bapa ku, bukan jua guru sekolahku. Tapi dia mengajarku, mendidikku, menunjukkan aku bagaimana Islam itu indah. Aku menghormati dia, menyayangi dia dan sering mendoakan untuk dia.

Biarpun aku antara berjuta yang mengagumi dia, aku tetap rasa diri ku istimewa. Biasanya, aku akan tawar mencintai orang yang telah ramai pencintanya. Ya, dia ramai yang mencintai, tetapi ramai juga yang membenci. Malah rakan baikku sendiri, yang memang dari parti yang berlawanan dengan dia, sering mengutuk Tok Guru di hadapanku. Mulanya aku berhujah balas, membantah mengemukakan fakta, tetapi kerana emosi ku mudah tersentuh dan aku cepat marah apabila dia dihina begitu, aku diam sahaja untuk kali keduanya. Dan rakanku memahami bahawa aku sensitif dengan kutukan dia pada Tok Guru. Kemudian, dia juga diam dan tidak lagi menimbulkan isu itu. Maaf teman, aku memang tidak boleh berkompromi jika orang tua yang mulia itu kau hina.

Jika mahu tahu, aku sering rindu untuk mendengar ceramahnya. Jika mahu tahu, aku mudah tersentuh mendengar ceramahnya. Biar baru muqadimah dia tuturkan, hati aku mula dipukul sayu. Biar tanpa ayat canggih dia gunakan, hanya contoh orang kampung yang dibawa bandingkan, tetapi kesannya dalam sampai nurani. Berbanding satu ceramah elit untuk rohani yang terkenal, yang menggunakan alatan teknologi canggih, latar muzik yang menyayat hati, gambar dan sekalian peralatan, sekalian bahasa dan ayat disusun cantik untuk menyampai pada hati manusia, kadangkala ia tidak sampai di hatiku.

Mungkin ada benar kata-kata bahawa yang dari hati itu akan sampai ke hati. Ada kebenaran pada pepatah itu barangkali. Kerana yang mahu menyentuh hati manusia, tetapi dengan menuntut bayaran dan syarat yang bermacam, kadangkala bayaran itu menjadi hijab. Hijab dari sampai ke hati.

Tetapi dia tidak pernah meminta bayaran. Malahan gajinya lagi disumbangkan. Ah, aku sebenarnya tidak suka memuji manusia. Tetapi kali ini aku benar-benar perlu akur kepada kekaguman dalam jiwaku terhadapnya. Sesekali aku harus menurut kata jiwa untuk jua memuji manusia.

Aku bukanlah pendokong kuat partinya. Ada tindakan partinya yang tidak molek di mataku. Tidak benar di mindaku. Lalu aku mengkritik walau tanpa siapa meminta. Tetapi pada peribadi seorang dia, aku sering kalah untuk mengkritik

Jika mahu tahu, aku suka mengumpul gambarnya. Banyak sekali gambarnya yang aku simpan. Jika pun di USM aku disekat untuk mendengar ceramahnya di youtube,aku sering ke Facebooknya, membaca tulisannya dan melihat-lihat gambarnya.

*baru sehari menjaga kedai, sudah 3 entri aku post kan dalam sehari. Wah maju lah blog aku begini..hikhik..

Kota Derita

Bunga yang kau bawa
Tidak akan segar
Walau telah pun kau baja
Jika di kota ini
Kau taburi benihnya

Kota ini sendat dengan derita
Berhujankan titis air mata
Suria nya tipu dan palsu
Bumi yang tandus dari restu

Usahlah datang untuk bahagia
Mengharap wang dan puja
Tapi kemari membawa khabar
Kesanggupan derita bersama
Atau,
Masuklah ke pintu kota
Untuk menghapus segala derita
Menukar neraka menjadi cinta.

UMNO & siapa yg berminat menyertainya. Untuk anda - perhaps it helps!

Kerepek

Tempat baru saya bekerja sementara cuti semester ini. Di sini..

Pelbagai jenis kerepek dan snek di jual. Mari ramai-ramai mengunjungi nya.

Keberadaan saya di sini banyak memberi nilai pada diri.

Pertama, nilai usaha untuk mendapatkan rezeki.

Kedua, nilai kemahiran komunikasi. Orang-orang kampung yang sungguh peramah 'melemahkan' diri saya. Oh..






Apapun, saya enjoy di sini..

Wednesday 11 January 2012

Pilihan Saya di Pilihan Raya.



Kerana saya sudah cukup umur untuk mengundi, dan telah pun daftar mengundi, maka saya pun boleh la menulis tentang politik. Biarpun nama saya masih dibantah. Ini keputusan semakan nama saya di laman web SPR



Saya buta parti. Jika baik, katakan baik biarpun dari pihak mana, jika buruk katakan buruk biarpun dari pihak mana. Tidak berpendirian kah begitu? Pendirian saya berpaksikan hak dan batil, bukan berpaksikan parti.

Banyak pandangan tentang dunia politik. Pertama, yakin dengan jitu bahawa UMNO perlu ditumbangakan, perlu diganti dengan PR. Itulah matlamat, itulah tujuan. Biar bagaimana cara sekalipun, asalkan UMNO tumbang. Asalkan Bukan UMNO (ABU) ! Manakala, Orang Kuat UMNO dilgelar OKU. Hehehe...

Kedua, UMNO tidak boleh tumbang, jika tidak, Malaysia akan jadi seperti Singapura. Dipimpin mereka yang bersifat perkauman, memusuhi Islam. Jadi, hanya perlu dibaiki UMNO dari dalam, dasar dan cara pemerintahan, bukan menumbangkan. 

Ketiga, UMNO perlu berkuasa. Kerana jasanya telah banyak diberikan. Kemajuan dicapai jasa UMNO. Kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Memberi undi kepada UMNO adalah sama  dengan menjaga keamanan negara. Kita mahu hidup lama dengan aman begini. Pembangkang hanya menyebabkan perpecahan. Malaysia telah aman, bersyukurlah!

Dalam banyak2 pandangan, pandangan ketiga paling kelakar. ( Paling tak boleh blah! ) Saya rasa mahu saja beri buku motivasi kepada mereka yang menganut pendirian nombor 3. Syukur mereka  tidak kena pada tempat. Mereka takut untuk berubah. Penakut! Seperti sesetengah orang takut untuk mengubah pengamalan agama di Malaysia, takut nanti berpecah katanya. Pelik benar. ‘ghatey mano ppecoh nyo?’ Ramai nya, orang Melayu pedalaman lah yang berfikiran begini. Dan malangnya saya tengok di Facebook, ramai pula pelajar2 USM yang berfikiran begini. Adodododo.. malu saya untuk mengaku satu U dengan mereka. Apa USM ni teruk sangatkah sehingga ditempatkan orang2 sebegitu di sini? Lembik sungguh. Sempit. Kesian.

dia pun tak taksub. yg bwh ni lebih2 pulak.

Jika ada kalangan nombor 3, saya nasihatkan bacalah buku2 motivasi agar diri anda maju. Fikiran anda terbuka. Minda ada tidak jumud. 

Pada saya, masuk UMNO tak lebih baik atau lebih buruk dari masuk PAS. Sama sahaja. Cuma UMNO telah banyak nampak buruk kerana lama memerintah. PAS pula belum memerintah Msia. Kalau nak masuk UMNO, masuklah untuk ubah mana yg patut dalam UMNO. Jgn masuk sebab nak promote alasan nombor 3 tu, buruk benar rupanya. Kalau nak masuk PAS, janji lah supaya kalau dapat kuasa, buat betul2 nanti jadi paku dulang paku serpih.

Sekian. 



The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort, but where he stands at times of challenge and controversy.
Martin Luther King, Jr.


Monday 9 January 2012

[ 901 ]


Tahun ni 9 Januari ialah tarikh yang gempak!

Bukan sebab Anwar Ibrahim, bukan sebab hari ni test kimia organik2, tapi sebab..

..my dearest sis dah *0! Yay! Eh, kenapa yay? Sebab dia nampak muda lagi walaupun dah usia *0. Heheh.. (belanja Lasagna dan Olio Spaghetti eh balik ni!)

Saya doakan kakak sentiasa bahagia dan berjaya. I love you much much!


Friday 6 January 2012

Apabila kekuatan bersumberkan cinta.



Apabila kekuatan disandarkan kepada cinta, cinta kepada makhluk, sungguh kekuatan itu sebenarnya terlalu rapuh.

Cinta itu makhluk. Apabila tiba masanya,  Allah boleh mematikannya. Tambahan cinta kepada makhluk  yang sering berubah-ubah.

Kerana itu, sandarkan lah kekuatan kepada Pemilik Kekuatan sebenar. Yang Maha Kuat. Ambil kekuatan dari Nya, kerana Dia tidak akan hilang, melainkan kita yang pergi dari Nya.

Nescaya kita rugi apabila telah hilang cinta itu, maka hilang juga lah kekuatan yang kita ambil darinya.
Lihat betapa ramai yang hidupnya punah hanya kerana cinta yang mati. Lihat betapa ramai yang menjadi derita kerana tiada kekuatan lagi setelah ditinggalkan. Mengapa? Kerana mereka mengambil kekuatan dari cinta. Apabila hilang cinta, maka mereka lemah. Sedangkan kekuatan sebenar ialah dari Allah.

Firman Allah QS. Al-Furqan : 43-44

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا(43)أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا(44)

Ertinya : ”Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)”. (Q.S. Al-Furqaan:43-44)

Jadikanlah Allah sebagai Tuhan, bukan cinta, bukan nafsu.

Tuesday 3 January 2012

Nyanyi Sunyi Seorang Bisu

Petang ini, akan saya duduki ujian pertama untuk peperiksaan akhir  semester ini. Tetapi, buku ini yang saya baca. Baru pagi tadi saya pinjam di perpustakaan. 


Tiada kaitan dengan pelajaran saya.

Buku ini mengumpulkan surat-surat peribadi penulis kepada anaknya semasa dia ditahan sebagai tahanan politik. Sungguh menyayat hati.
Bila saya mahu bersungguh-sungguh dalam pelajaran seperti kawan-kawan saya? Mereka tidak tidur malam (juga tidak bangun pagi, heheh..)

*sebenarnya buku itu saya pinjam untuk seorang guru saya. Dia minta saya tolong pinjam dan fotostat kan untuknya. Semoga saya mendapat pahala membantu guru.

Monday 2 January 2012

On Change.

Pagi itu, saya sengaja memilih berjalan kaki ke kedai untuk membeli sarapan. Tidak menaiki kereta. Gelap pagi itu, sejuk dan nyaman alam menyegarkan sebuah rindu di hati saya. Dahulu, setiap pagi saya berjalan di jalan yang sama, selama lebih 5 tahun. Memikul buku-buku sirah, feqah, tauhid, nusus juga biologi dan kimia. Berjalan sambil berfikir aktiviti yang akan berlaku di sekolah pada hari itu, tentang ustaz dan ustazah, tentang thobur dan tasmik. Dan, semua itu telah pun menjadi kenangan.

Selagi usia belum dihentikan, kita akan terus melalui jalan kehidupan. Sehingga kematian didatangkan, jalan kehidupan di alam lain pula akan kita lalui.

 
Selagi usia belum dihentikan, kita akan terus melalui perbezaan demi perbezaan. Paling tidak pun, perbezaan umur.

Saya dahulu, sangat seronok apabila handphone saya mengalami simptom-simptom penyakit, yang akan membawa maut kepada handphone itu. Perkara itu boleh menjadi alasan untuk saya menukar kepada yang baru, yang lebih canggih pastinya. Begitu juga, jika sandal saya seakan-akan mahu putus atau tercabut, saya sudah terfikir pattern baru yang akan saya beli.

Tetapi hari ini, handphone saya yang sedang menunjukkan gejala tidak sihat mengundang keluhan dan rungutan di hati. Sandal saya yang telah terputus saya jahit kembali. Bukan kerana miskin (walaupun memang lebih miskin dari zaman Maahad dan Matrik) , tetapi kerana cara fikir yang sudah berbeza. Dahulu saya jarang berfikir tentang wang dan pengurusannya. Saya malah pelik melihat kawan-kawan yang mengalami kesempitan wang, dan sering beranggapan mereka tidak pandai menguruskan keperluan dan kehendak sehingga selalu tidak cukup duit. Paling tidak, saya akan katakan mereka kedekut, nak beli yang mahal pun kedekut. Nak beli yang baru pun berkira. 


Namun tidak pada hari ini. Saya kian mengerti pengurusan duit itu penting. Kalau pun kita tidak miskin hari ini, segalanya perlu dijangka di masa hadapan. Sebagai simpanan untuk waktu yang memerlukan.

Juga tatkala mendengar sesuatu kisah. Terutama kisah umat terdahulu, kisah nabi dan rasul. Dahulu, saya suka mendengar daripada berbagai sumber. Hari ini, juga masih mendengar dari sumber yang banyak, tetapi memilih yang terbaik. Kerana suruhan Allah untuk menjadi Ulul Albab.

  “ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang terbaik (untuk dijadikan hal hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah ( petunjuk ) oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna    ( Ulul Albab ). ” ( Surah Az Zumar: Ayat 18 )

Tidak lagi seperti dahulu yang menerima semua sumber tanpa membuat penelitian. Atau yang taksub kepada pihak tertentu, menutup pendengaran kepada penjelasan pihak lain.

 Begitulah saban tahun. Perbezaan akan sentiasa ada. Berubahlah ke arah yang lebih baik.    

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....