Thursday 27 September 2012

Melampau Kerana Sayang?



Serpihan pemikiran ini saya cantum akhirnya.

Pertamanya, blog ini bukan dijadikan rujukan. Jadi, saya boleh tulis semua yang saya suka. Walaupun orang lain tak suka.

Keduanya, ‘jangan pandai2 nak bagi pendapat’ sudah saya balas dengan ‘tak payah la baca’. ;p

Marah kah apabila Nabi kita dihina? Bagi yang ada iman, tentulah. Lagi anak kucing kecil kita jika diburuk-burukkan pun menghadirkan marah, apatah lagi insan mulia junjungan kita.

Islam pun tak menyekat fitrah. Kalau sudah marah, bagaimana mahu menipu jadi cool? Tapi Islam ajar bagaimana kawal rasa marah. 

Sekali lagi, kita kalah dengan emosi. Emosi di depan, kita tuntun di belakang. Nyut..nyut..nyut.

Maaf kalau saya kata, umat Islam hari ini kebanyakannya, apabila dijolok menggelupur, apabila dibiarkan, tertidur.

Di Tingkatan 3, saya diajar oleh Teacher Aida, violence is always can’t be against with violence.

Bagi saya, kalau dah tak pandai semua cara lain untuk pertahankan Nabi, demonstrasi (yg terdedah kpd segala keburukan walaupun dinamakan aman) masih bukan caranya.

Lebih baik diam. Kata Imam Syafie, bila orang bodoh bercakap, jangan kamu jawab, sebaik-baiknya diam.

Sam Bacile itu kan bodoh. Sudah beberapa jenayah dilakukannya. 

Apabila dia gambarkan Muhammad terrorist, kita berteriak bukan, kita mengangkat sepanduk tangan kanan menafikan tuduhan, tapi tangan kiri mengganas di sepanjang jalan. Apakah?

Bukan isu haram, haram, haram demonstrasi ulama UMNO, tapi isu reaksi kita apabila berhadapan provokasi sebegitu. Sekalipun kerana sayang, jangan melampau.

Bagi yang punya autoriti dan ilmu, hasilkan lah sesuatu untuk membela Nabi kita.

Violence: A vehicle sits smoldering in flames after being set on fire inside the US consulate compound in Benghazi late yesterday

Wednesday 26 September 2012

Puncak Kecewa



Susahnya menjadi si tempang yang tidak bisa menari, si tuli yang tidak jumpa mencari bunyi. Mata kian berdebu tidak jelas memerhati, lemah kaki cuba berdiri, mustahil untuk berlari, sumbang suara tidak boleh menyanyi, yang tinggal cuma hati, hati yang ingin mencari erti pada diri.

Sering tersalah memilih jalan. Disangka terang di hadapan, rupanya kelam.

Mena’kul perwatakan manusia yang berbagai jalur, indah di permulaan, tidak sampai ke hujung.

Rasa sedih apabila orang yang kita sangka terbuka, bahkan mengajar kita menjadi terbuka, mendedahkan kita kepada dunia yang terbuka, mengenalkan kita kepada pendapat yang berbagai, supaya kita lebih terbuka, tetapi hari ini dilihat kian jauh dari apa yang dahulu diajarkannya.

Sedih sekali.

Kerana itu, ambillah ilmu dan manfaat yang diajar, jangan terlebih memuji dan mengagungkan para sifu, mereka semua manusia seperti kita yang dipegang hatinya oleh Tuhan. Boleh dibalik bolakkan pada mana-mana ketika yang Dia suka.

Benar kata orang-orang tua, cinta, jangan terlebih pujinya; benci, jangan melampau kejinya.

Kalam Saidina Ali – “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." – masih dipegang.

Justeru, sekalipun tidak suka dengan sikapnya itu, jika apa yang dikata benar, maka benarkanlah. Sekalipun dia diidolakan, jika apa yang dikata dusta, maka dustakanlah.

Kata Saiyidia Abu Bakr, “Bantulah aku jika aku berada di pihak yang benar, dan betulkan aku jika aku tersilap. Taatilah perintahku selagi mana aku taat pada perintah Allah dan Rasul, dan tinggalkan aku jika aku tersasar.” (Ibn Katsir : 6/301)

[copied]
biar saja kita berdayung di lain laut,
berhenti di lain muara,
biar cinta bertaut,
tapi bukan antara kita.




 




Thursday 13 September 2012

When Nature Calls Muslim

A question just crossed to my mind.

My pre-knowledge stated that, there are 5 principles in maqasid as-syariah (the objectives of shari'a) ; safeguarding faith (din), human self (nafs), intellect (aql), posterity (nasb), and wealth (mal).

Just a question, where does the environment preservation allocated in?

"And We have sent you ( O Muhammad ) not BUT as a mercy for the Alameen (mankinds, jinns, and all exists)." Al Anbiya' : 107

Nature conservation is certainly should be one of the vital chapter in shari'a. Anyone can clarify it for me?

However, I definitely, doubtlessly believe in perfection and completeness in Islam. This is nothing to do with richness of Islam, but the issue is just not being emphasized by most of the Islamic figures.

I am hoping to see many Islamic scholars voicing out something about nature in Islam, it is a global issue that nobody should run away from it.

I wish to hear a fatwa to proclaim that throwing rubbish in the street is HARAM, practicing cleanliness is compulsory, preservation and conservation of nature are obligatory.

Hey, need how many decades more to wait? Wake up Muslim, wake up!

As usual, before asking others to change, what did I contributed to the nature? By merely posting this short simple question? Aha. Muhasabah!

baby please, be an Islamic environmentalist.



p/s : Berita dari fb, UIAM batalkan penggunaan dewan utk k fiqh politik sabtu ni. What a hell?

Sayu apabila UZAR tuliskan berita ini di fb. Tuhan, berilah kekuatan kepada mereka untuk mencari jalan penyelesaian. Sesungguhnya keikhlasan mereka itu sungguh dapat dirasai di jiwa hamba ini. 

Allah, ujian begini pastinya berat untuk mereka. Saat2 akhir pembatalan kelulusan itu diumumkan, apa sahaja yg mampu dilakukan jika tiada bantuan daripada MU Ya Allah.

Biarpun kali ini tidak berpeluang menjadi sebahagian peserta, aku kira cukuplah aku mengharapkan bumi malaysia ini subur dengan majlis ilmu sebegitu. Sudah telalu banyak kemaksiatan busuk yang dihidu, sekali wangian ilmu mahu disebar, ada pula yang membuat onar. 

Sungguh lah mereka itu tidak punya hati dan perasaan. Malah minda seakan gagal memainkan peranan. Profesional mahupun ahli akademik, jika hatinya telah dikhatam tutupkan oleh Tuhan, siapa yang mampu membukanya?

Cukuplah Allah sebagai Penolong yang dizalimi, cukuplah Allah jua sebagai Penghukum sang zalim.






Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....