Tuesday 11 September 2012

Selamat Datang, Ustaz!





“Anak muda sekarang ni, sikit-sikit minta dalil. Jangan la macam tu, tak kan la nak makan kurma pun minta dalil.”

Ustaz itu berkata begitu. Ustaz yang berpengaruh di TV, diminati ramai kerana kelembutan dan hikmahnya menyampaikan.

Saya dan kakak saya saling berpandangan mendengar kenyataan tersebut di TV Al Hijrah malam itu.

Ya, mungkin agak kelihatan bongkak dan angkuh apabila anak muda seperti saya yang tiada ilmu ini tiba-tiba meminta ustaz yang alim mendatangkan dalil atas apa yang beliau ucapkan. 

Walau selembut mana pun bahasa yang saya gunakan, tapi menyuruh mendatangkan dalil itu kelihatan meragui arahan ustaz. Menunjukkan keraguan kepada seseorang pastinya tidak menyenangkan.

Sebenarnya, menjadi generasi Y agak kekok jika hanya disuruh ikut.

Jadi, mari kita pilih win-win situation. Anak-anak muda, jangan lah lekas mahu meminta dalil terus kepada ustaz, cari dahulu sendiri rujukannya di internet, buku atau sumber-sumber yang lain, atau tanya dahulu pendapat-pendapat ustaz lain. Jika tidak mendapat jawapan, baru lah bertanya kembali kepada ustaz berkenaan dengan penuh hikmah, agar dilihat kita sebagai pencari ilmu, bukan pencari kesalahan orang. Baru tidak dituduh waha**...

Ustaz-ustaz pula, perlulah bersedia menghadapi generasi baru yang sudah hilang ‘deria mengikut’, tetapi subur deria bertanya, curious, dan reasonable. Selamat Datang ke dunia baru, ustaz!

budak 3 tahun pun suka dgr ceramah dr maszlee kat youtube skarang, khusyuk je dgr. siap ada pistol lagi kat tepi.


No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...