Friday, 7 September 2012

Stop Complaining



Malam ini terisi dengan sambungan bacaan Doktor Umum tulisan Tun Mahathir. Sungguh jika semua yang terkandung itu benar, maka besarlah jasa beliau kepada negara, saya mendoakan balasan yang baik buat beliau yang menyumbang idea, serta mencurah tindakan bijak buat negara.

Apapun yang dikata terhadap buku tulisan Tun, saya tidak tahu kebenarannya. Tindakan beliau yang dimaktub itu, kemungkinan benar dan kemungkinan tidak. Hari ini seperti pepatah, to set the record straight, a biography is a real possibility. Tetapi pendapat serta buah minda yang tertulis tidak ada yang tidak benar pastinya. Saya tertarik dengan cara beliau berfikir, apa sebenarnya hujah di sebalik setiap tindakan beliau, ia terlalu berbeza dengan apa yang saya persepsikan dahulu, terutama sewaktu di sekolah menengah. 

Kerana itu, Islam menyuruh kita menganalisis, membaca, dan mengkaji. Bukan sekadar mendengar, menyangka dan menyebar-nyebar.

Apapun, ambillah yang positif pada setiap perkara, yang positif pada setiap insan. Manusia yang hebat ialah yang mampu melihat positif itu ada di mana-mana.

Salam Merdeka, masih belum terlambat! Janji Ditepati, bukan hanya bertanya apa telah pemimpin melaksana janji untuk kita, tetapi tanyalah juga apakah kita telah menepati janji kita dengan Allah sebagai khalifah di bumi (negara) ini. Slogan Merdeka tahun ini untuk muhasabah diri, bukan untuk memperlekeh sana-sini.
Starve the ego, feed the soul.
Sekian.

mari koreksi diri

 

No comments:

Post a Comment

HARI RAYA 1446

Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan....