Wednesday 26 September 2012

Puncak Kecewa



Susahnya menjadi si tempang yang tidak bisa menari, si tuli yang tidak jumpa mencari bunyi. Mata kian berdebu tidak jelas memerhati, lemah kaki cuba berdiri, mustahil untuk berlari, sumbang suara tidak boleh menyanyi, yang tinggal cuma hati, hati yang ingin mencari erti pada diri.

Sering tersalah memilih jalan. Disangka terang di hadapan, rupanya kelam.

Mena’kul perwatakan manusia yang berbagai jalur, indah di permulaan, tidak sampai ke hujung.

Rasa sedih apabila orang yang kita sangka terbuka, bahkan mengajar kita menjadi terbuka, mendedahkan kita kepada dunia yang terbuka, mengenalkan kita kepada pendapat yang berbagai, supaya kita lebih terbuka, tetapi hari ini dilihat kian jauh dari apa yang dahulu diajarkannya.

Sedih sekali.

Kerana itu, ambillah ilmu dan manfaat yang diajar, jangan terlebih memuji dan mengagungkan para sifu, mereka semua manusia seperti kita yang dipegang hatinya oleh Tuhan. Boleh dibalik bolakkan pada mana-mana ketika yang Dia suka.

Benar kata orang-orang tua, cinta, jangan terlebih pujinya; benci, jangan melampau kejinya.

Kalam Saidina Ali – “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." – masih dipegang.

Justeru, sekalipun tidak suka dengan sikapnya itu, jika apa yang dikata benar, maka benarkanlah. Sekalipun dia diidolakan, jika apa yang dikata dusta, maka dustakanlah.

Kata Saiyidia Abu Bakr, “Bantulah aku jika aku berada di pihak yang benar, dan betulkan aku jika aku tersilap. Taatilah perintahku selagi mana aku taat pada perintah Allah dan Rasul, dan tinggalkan aku jika aku tersasar.” (Ibn Katsir : 6/301)

[copied]
biar saja kita berdayung di lain laut,
berhenti di lain muara,
biar cinta bertaut,
tapi bukan antara kita.




 




No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...