Friday 30 September 2011

A long special post for him.

“Sufi budak ju....? “
Then he replied, ‘ruuuh..’

Oh, how I miss him..


Seperti sangkaan saya, saya memang akan merinduinya. 4 bulan saya bersamanya. Pagi, petang dan malam, tengah malam pun!

Bulan pertama, saya sangat gembira bertugas sebagai nanny. Rasa semangat berkobar2. Apabila Nasih dilahirkan, saya jadi sayu melihat Sufi. Dia baik sangat masa tu, tak banyak ragam, sangat senang untuk dijaga. Tidur pun dengan saya dalam bilik. Masuk pertengahan bulan kedua, ummi nya dah makin sihat. Dan dia pun tahu ummi dia boleh jaga dia juga walaupun ada Nasih. Apa lagi, nak dengan ummi saja..

Bulan ketiga, saya pulak yang boring. Mengulang rutin yang sama setiap hari. Buat susu tu sambil pejam mata pun boleh. Dah memang pakar dah. Bila dah boring, senang nak penat. Saya rasa penat sangat. Sampai saya rasa, bila nak bailk USM ni? Dan, dari berhasrat nak anak 5 turun jadi 3, lepas tu ‘sorang pun padanlah..’. hahaha..

Masuk bulan keempat, perasaan bercampur2, boring dan sedih. Sedih sebab dah nak balik USM, nanti mesti saya akan rindu Sufi. Dan, memang betul pun sangkaan saya. Malah, lebih rindu dari apa yang saya jangkakan.

This schedule below is taken from my diary in my laptop,

13 JULAI 2011    1:18PM
SCHEDULE FOR SIR
So now, I arrange a schedule for Sir, by hook or by crook, he MUST follow this schedule.
8 am : wake up with smile. No screaming loudly,, no crying, nobody is allowed to pampered him ok. At this time, I will change his diapers so that it will not bocor.
9 am : time to breakfast. He must eat either rice, egg, or bread. Drink as well.
10 am : go to play. He will be play at the laman rumah while I wiping all the rubbish around there.
11 am : taking bath.
11.30 am : got bottle of milk then sleep.
1.30 pm : wake up also with smile, no merengek2 ok!
                : lunch.
                : play and learn.
4.00 pm: nap.
5.00 pm: play again. Or keluar jalan2.
7.00 pm: having dinner and go to shower.
                :study and revise.
9.00 pm : sleep.


cuba teka,En Sufi ikut tak jadual ni? hehehe..

the night before i bon voyage to Penang.
penatnya nak mengejar..


Ok, untuk Sufi, selamat menempuh tahun ke-3 kehidupan setelah dgn cemerlangnya menjalani 2 tahun pertama.
Su hadiahkan Sufi satu harapan, untuk Sufi tunaikan, simple je. Jadi mujaddid untuk umat ini, boleh kan?

Sufi tengah cari buku panduan utk jadi mujaddid yg berjaya..


Thursday 29 September 2011

Manis


Jangan engkau tertipu dengan warna
Mungkin warna menyedia seribu duka
Engkau jangan sangka hitam itu dusta
Barangkali hitam ada bahagia
Jangan menilai dengan mata
Hati yang di dada perlu ditanya.

Kerana engkau manis di mataku
Peliharalah iman mu
Kerana di situ aku letak cintaku
Senyumlah untukku
Kerana senyummu berupaya
Menukar neraka menjadi syurga.

*Manis. Tidak tahu siapa manis. Pun, tidak tahu untuk apa aku tulis. Siapa jua yg merasa dirinya manis, silalah perasan ayat2 di atas untuk anda.

ni semua perasan manis.


sweeeet boy..kejap muka macam mama,kejap mkn abah, mama ngn abah muka nak sama kot.
 
mana lagi manis? kelihatan kejam kan.sorang terlebih manis,sorang macam kena cubit.

senyum sufi gaya baru. muka macam hafiy.
 *mungkin merekalah manis di mataku.

Wednesday 28 September 2011

Gloomy Education Climate

My Sceintific English class yesterday was exciting. It magnetized my passion towards upgrading my English due to age and future career of mine.
Ms Casey was responsibled to conduct our group. She was an American who only 4 months staying here.
Her American sleng  was pekat sangat..and she spoke very fast.  We couldn’t understand well untill one Chinese member named Sim raised up his hand and said, “Ms, can you speak slower..”. She smiled, nodded, and get off her ‘speedy speech’.
Yesterday she asked, 'what is your favorite word?'. No matter we fancy the word in term of its meaning, spelling, or pronunciation. Some answered, ‘Excellent’, ‘Thank You’, ‘Enthusiasm’, ‘Success’, ‘Love’ and etc. So, what’s yours ? Mine is ‘Opportunity’. 

One thing I dislike about English class is – reading comprehension! Oh, why must I have to read something did not related to me at all? It just makes my eyes easily close while my mouth grasping for oxygen twice a minute! I enjoy reading English, but asking me to read about fishing,  stocks & holdings, company, nylon and fiber, stalagmites – are pain and hurt! They are all not my world!


I faced these problems since early secondary school. The passages and articles provided in text book were giving no means for me.
Please, give more beneficial articles that hook and connect to students (read : me). Actually it is not for English only. Same going to other subjects. Bahasa Melayu and Mathematics for instance. BM essay is so low-class mind if the title keep repeating – 5 steps to make our river clean, 4 factors of chronicle disease..oh no, students are exposing to small world, narrow and limited mind usage. 

For Maths, the questions standard 1 until form 5 are rotating at ‘Ali uses 5 marbles, Ahmad takes 3 from Ali. How much marbles are left?’. Marbles, papers, foods, dices, balls..huh!

 Whereas in Israel, the Maths questions are , 

-Probability of an Irani prime minister to be shot is 78 %. Probabilty of a Military general to be shot is 80% . Find the joint probability of a Prime minister to be shot who is also a Military general.

-If stabilty of democratic Govt. in pakistan is given by the following equation X exp3 +X exp2 -16 = i, where the notations have their usual meaning; Find out x.

-A terrorist group has to provide one Ak 47.one AK 49,one Rocket Launcher, 50 Grenades and one pack of RDX to its Ron roots for training.One AK 47 costs 100$; One Ak 49 costs 150 $,A Bazuka rocket Launcher costs 250 $ , grenade is 3 $ each, a pack of Rdx Bomb attached with remote Control is 500 $. The terrorist group admits 2000 new people every year out of which 30 % are court-martialed. Find the amt of Foreign Money Pakistan Govt has to provide each year to run such a group.

So then? 

penatnya!

Ok, is everyone waiting for me to work up our education climate? Insha Allah, I will. 

*oh, many many many many things to be changed ah? I feel my shoulder is heavier. Exhausted!
*correct me if I was wrong. 
*guys,please answer those Maths questions above esp Maths teacher.

Sunday 25 September 2011

Antara Dua Tebing Neraka


Hari itu manusia akan berdoa, Allahumma Sallim, Allahumma Sallim. Manusia mulia, manusia hina, semua akan berdoa Allahumma Sallim. 
Titi yang dibentangkan di atas neraka tidak membezakan pangkat dan harta. Semua orang perlu melaluinya. 

Dalam Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi berkata maksudnya..
‘Kemudian dibentangkan titi di atas neraka, diharuskan syafaat, dan manusia akan berdoa Allahumma Sallim..sallim.’

Sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apa itu titi?’

Nabi menjawab, ‘Titi itu tempat gelincirnya kaki, kiri dan kanannya ada besi bengkok yang tajam dan juga duri. Orang mukmin yang melintasinya bagaikan sekelip mata, ada yang bagaikan kilat cepatnya. Ada yang seperti angin, seperti burung, seperti kuda, seperti kenderaan. Ada yang selamat sejahtera, ada yang selamat namun tercedera (terkena besi dan duri). Dan, ada yang dilonggokkan dalam neraka jahannam, lalu yang paling akhir disentap jatuh ke neraka.’

“Dan tidak seorang pun di antara kamu yang tidak mendatanginya (neraka). Hal itu bagi Tuhanmu adalah satu ketentuan yang telah ditetapkan. Kemudian kami akan menyelamatkan orang2 bertaqwa dan membiarkan orang2 yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.” Maryam (72-73).

Ada 2 pendapat ulama tentang tafsir ayat ini.
Pertama, semua manusia akan masuk ke dalam neraka. Cuma, orang bertaqwa akan dilindungi Allah dan tidak merasa keperitan dalam neraka.

Kedua, pendapat yang masyhur, semua manusia akan melalui sirath yang ditempatkan antara dua tebing neraka. Orang yang bertaqwa selamat melaluinya, dan orang yang zalim akan diazab.



*pengisian dari onekuliah.

Apa Warna Cinta?

Apa warna cinta?
Jika ayah menyedut madu puterinya
Apa warna cinta?
Jika anak memisahkan ibunya dengan nyawa
Apa warna cinta?
Jika emak menghunikan anak kecilnya dalam sampah
Apa warna cinta?
Jika sesama orang agama menyumpah seranah
Apa warna cinta?
Jika tubuh dara diratah nafsu penuh serakah
Apa warna cinta?
Jika sana sini terjumpa mayat kekeringan bergelimpangan
Apa warna cinta?
Jika insan kini tiada lagi belas ihsan dan kemanusiaan.

Beritahu sama aku,
Apa sebenarnya warna cinta?



Friday 23 September 2011

Ajarkan Agama Itu.

Ada yang kata jangan membuta taklid, buat sesuatu kena tahu asas dan sumbernya. Kalau tak faham, tanya pada yang berilmu. Kalau ragu-ragu, kaji dan cari ilmu.

Ada pula yang kata, ikut mana yang diajar. Jangan pandai-pandai nak kritik. Kamu orang awam, ini agama, serahkan pada ulama. 

“Tapi, Islam kan untuk semua, bukan untuk ulama saja.” kata si A.

 Si B menjawab. 
“Habis tu kalau ungkapan ‘perubatan moden adalah untuk semua masyarakat’. Tiba2 datang seorang berkata: Walaupun saya belajar bertani, namun disebabkan perubatan untuk semua, maka saya juga layak jadi doktor dan boleh mengubat penyakit saudara walaupun saya tidak belajar perubatan. Masyarakat yang mendengar kata-kata tersebut, pasti beranggapan bahawa sesiapa yang berubat dengannya akan menerima bahaya. Demikianlah, bukan semua orang boleh sebebas-bebasnya mentafsirkan agama. Serahkan pada yang pakar.”


Saya sebagai orang awam, yang tiada ilmu agama. Tapi, saya anti dengan jawapan ‘kamu tak payah tahu, benda ni payah, nanti kalau explain pun tak faham jugak, buat aje lah..’ Sesungguhnya, tugas orang agama ialah memberi kefahaman kepada orang awam, bukan memberi arahan dan hukuman tanpa penerangan yang jelas.

Benar, bukan semua orang bebas mentafsir al-Quran, mengeluarkan hukum dan mentafsir kesahihan hadis. Namun, sebagai orang awam, salahkah untuk saya cuba mendalami ilmu-ilmu agama? Salahkah saya kalau saya bertanya, ‘ustaz, dari mana ustaz ambil cerita tu?’. Salahkah kalau saya mahu tahu dalil kenapa solat saya pergerakannya begitu? Salahkah kalau saya mahu tahu bagaimana pengamalan-pengamalan mazhab-mazhab lain dalam solat? Salahkah saya kalau saya bertanya kenapa kita ikut mazhab Syafie? 

Ramai yang berkata, nanti jadi keliru. Jawapan ‘nanti jadi keliru’ saya kira lebih mengelirukan. Payah benar nampaknya agama ini. Sulit dan komplikated sungguh rupanya. Sampai hanya orang-orang tertentu mampu fahami. Sebelum diberi penerangan sudah dikatakan akan keliru. Yang berminat pada ilmu agama jadi takut untuk belajar agama, jadi tak berani dan makin jauh dari agama. 


Saya kira orang awam seperti saya mahu belajar, bukannya mahu mengeluarkan hukum, tapi mahu tahu kenapa hukum itu dikeluarkan sebegitu, agar nanti saya boleh menerangkan kepada non-muslim.  Saya mahu belajar bukan mahu mengeluarkan ijtihad sendiri mahupun mentafsir al-Quran sendiri. Tetapi, mahu kemaskan ilmu dan keyakinan dalam dada, bahawa apa yang saya amalkan selama ini serupa dengan ajaran Nabi. Itu sahaja!

Masyarakat hari ini bukan lagi masyarakat yang bersandar di dinding masjid menerima sebutir-sebutir arahan ustaz. Bukan lagi masyarakat yang mengira butir tasbih tetapi berubat dengan bomoh khurafat abila sakit. Tapi ummah hari ini ummah yang bersifat ingin tahu, generasi hari ini genarasi yang perlukan bukti dan sebab. Jika golongan agama khususnya di Malaysia, gagal memenuhi keperluan masayarakat hari ini, dan masih dengan cara lama mengusung agama ini, saya tidak tahu berapa tahun lagi umur Islam di negara ini.
Justeru, jika orang yang bertani mahu menjadi doktor merawat pesakit, itu salah. Tapi, jika orang yang bertani mahu cuba belajar ilmu perubatan, ia tidak salah kan? Sekali lagi, fikirkanlah tentang survival Islam.

*setelah membaca "Agama Urusan Ulama" oleh Dr Asmadi Naim, Utusan Malysia, Dis 2006. di sini

Paras dan Rupa


Ramainya yang memilih rupa mengatasi yang lain. Kerana hanya rupa yang paling tertonjol berbanding aspek2 lain. Nilai akhlak dan budi hanya dapat dirasai jika lama bersama. Manakala nilai ilmu dan intelek hanya yang layak tahu mengukur, hanya jauhari mengenal manikam. Ikhlas dan ibadah pula milik Allah untuk tentukan. 


Insan lumrahnya memandang rupa. Satu sikap yang sangat memerlukan tajdid. Terutama masyarakat kampung yang masih lagi menggunakan ukuran rupa. Suami buruk, isteri cantik pun dijadikan topik bicara. Lelaki kacak beristerikan yang kurang cantik, lagilah menjadi forum hangat.

Lihat sahaja pepatah, cinta pandang pertama. Mengapa cinta PANDANG pertama?  Kerana mata yang memandang akan menilai rupa. Kenapa tidak ‘cinta dengar pertama’, yang mungkin jatuh cinta apabila pertama kali mendengar suara mengalunkan al Quran atau berceramah? Ataupun, mungkin ‘cinta BACA pertama’ yang jatuh cinta apabila pertama kali membaca tulisannya?

 
Demikianlah masyarakat kita. Mari kita mulakan mengubah satu persatu.

Wednesday 21 September 2011

Biar Islam Menjadi Pilihan.



Saya risau dengan keadaan ini.

Banyaknya rekaan manusia terhadap agama ini.

Bagaimana muda mudi memandang Islam?

Bagaimana non-muslim melihat Islam?

Mereka dipamerkan dengan Islam yang bukan sebenar, tidak hairan ramai yang tidak memilih Islam.

Mereka hidup dalam pengamalan Islam yang salah, kerana itu timbul Islam kolot, Islam tak logik.

Susah kah mahu membuang semua perkara ini?

Adakah dengan alasan masyarakat akan berpecah belah, maka kita perlu diamkan semua ini?


Bukan tanpa tujuan mahu mengubah. Bukan suka2 hati mahu mencetus perbezaan. Tapi agar Islam menjadi pilihan. Agar ritual yang bukan dari Nabi tidak susah payah diamalkan. Agar generasi depan  tidak mempersoalkan sesuatu yg sebenarnya tidak ada pun. 

Bukan mengubah Islam, jauh sekali mencipta agama baru. Tapi, mengubah pengamalan Islam menjadi lebih sejati, lebih tepat seperti Nabi.

Itu sahaja. Apa masalahnya?

Berlapang dadalah menerima beza. Buanglah ego yang merasa diri sentiasa benar tanpa cela. Cukuplah berebut pengaruh agama. Berhentilah merasa diri seorang berkuasa pada agama. Kita semua pejuang yang sama2 berjuang atas nama Islam. Perbezaan ini bukan berbeza Tuhan pun, bukan berbeza Nabi, kita telah pun bersatu atas 1 tunjang yang kukuh iaiatu LA ILAH ILLA ALLAH MUHAMMADU RRASULULLAH.

Dalam buku Pesanan Untuk Orang-Orang Berdosa tulisan Dr Aidh Abdullah Al Qarni, ada menyatakan Allah menginginkan amalan2 yg terbaik dari hambaNya.  Berdasarkan ayat dalam surah al Mulk, 

“liyabluwakum ayyukum ahsanu amala”. Yg bermaksud “untuk menguji siapa antara kamu yg paling baik amalannya”

Allah tidak menyebut yang paling banyak amalannya, tetapi yg paling baik amalannya. Ini menunjukkan Allah mahukan kualiti amalan, bukan sekadar kuantiti. Amalan yg berkualiti menurut Dr Aidh ialah amalan yg MURNI dan BENAR. 

Murni merujuk kepada keikhlasan amalan hanya untuk ALLAH.

Manakala benar merujuk kepada kebenaran amalan mengikut panduan Rasulullah, bukan direka2.



Fikirkan tentang survival Islam.

Thursday 15 September 2011

Safar pulang..

 
Bila Su nak balik ni? Lama dah Sufi tunggu kat depan pintu ni..

Rindu nak peluk2 Su..nak gi shopping2 dgn Su.

Aisyah pun rindu Su jugak, walaupun Su dah tak larat nak kek-kong Aisyah.
Tunggu Su esok...!

Wednesday 14 September 2011

Giant @ Bayan Baru



Kali pertama menjejakkan kaki di Giant at Bayan Baru. Membeli barang2 keperluan bilik. Bersama Ika dan K.Bhai. Sambil2 temankan Ika gi Bank Islam untuk baiki kad atm nya yang rosak.. jalan punya la jauh..penat sungguh, dah lama tak jalan jauh, sape suruh 4 bulan duk rumah relax je..kan skarang dah terkejut kaki ku.

malam tadi, ramai kawan2 datang beraya di bilik. sebagai tuan punya bilik yang sangat berhati mulia, saya menidurkan diri time mereka datang beraya. ahahaha..mahmudah kan?

saya tidur waktu Maghrib lagi, diorang datang lepas Isyak,duk borak dengan Ika sakan, walaupun sgt terganggu tidur saya, tapi saya tetap malas bangun. pukul 11.30 baru la diorang blah.

yg lawaknya ada sorang kawan Ika tanya,
"rumet hang sapa Ika?"

"Zahidah."

" Zahidah yg mana? tak kenai pun." kakak Pendidikan Khas tu tanya Ika. hahah..sukanya saya tak dikenali. alhamdulillah..

"Ala, Zahidah yang pakai tudung labuh tu.." Dayah pulak mengexplainkan diriku.
"yang mana?" dia still x kenal.

masa tu saya tengah tidur sambil menutup muka, jadi, kak mariah yang pendidikan khas yang tak kenal saya tu, tak boleh nampak muka saya.
"Zahidah tu orang Kelantan jugak, dia Sains Pendidikan.." Ika cuba lagi menerangkan. still K.Mariah tak kenal.
Nasib baik setakat itu sahaja cubaan mereka untuk mentafsirkan seorang zahidah.
mau saja sy bagi cadangan pd Ika, lainkali klu sesape tak kenal Zahidah,ckp je 'ala Zahidah yg selalu ponteng perjumpaan PBSM tu'.  haa..mesti depa kenai...hihih..

Hahaha..walaupun saya kelihatan seperti tidur, telinga saya tidak tidur. hebat tak?

sekian.

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....