Friday, 23 September 2011

Paras dan Rupa


Ramainya yang memilih rupa mengatasi yang lain. Kerana hanya rupa yang paling tertonjol berbanding aspek2 lain. Nilai akhlak dan budi hanya dapat dirasai jika lama bersama. Manakala nilai ilmu dan intelek hanya yang layak tahu mengukur, hanya jauhari mengenal manikam. Ikhlas dan ibadah pula milik Allah untuk tentukan. 


Insan lumrahnya memandang rupa. Satu sikap yang sangat memerlukan tajdid. Terutama masyarakat kampung yang masih lagi menggunakan ukuran rupa. Suami buruk, isteri cantik pun dijadikan topik bicara. Lelaki kacak beristerikan yang kurang cantik, lagilah menjadi forum hangat.

Lihat sahaja pepatah, cinta pandang pertama. Mengapa cinta PANDANG pertama?  Kerana mata yang memandang akan menilai rupa. Kenapa tidak ‘cinta dengar pertama’, yang mungkin jatuh cinta apabila pertama kali mendengar suara mengalunkan al Quran atau berceramah? Ataupun, mungkin ‘cinta BACA pertama’ yang jatuh cinta apabila pertama kali membaca tulisannya?

 
Demikianlah masyarakat kita. Mari kita mulakan mengubah satu persatu.

No comments:

Post a Comment

Sakit

 Dahulu pun saya selalu rasa sakit belakang, Tetapi on off dan ia tidaklah terlalu mengganggu pergerakan saya, kecuali waktu pagi saya sedik...