Tuesday 13 September 2011

Setia pada Muhammad.


Diceritakan apabila diberitahu kepada Nasibah bt Ka’ab al Ansoriyyah tentang suami dan anak2 nya yang terbunuh syahid di medan Uhud, beliau bertanya kembali?

“Rasulullah macamana?”

“Rasulullah selamat”

Lalu beliau berkata,
“jika begitu keadaannya, musibah lain  itu selepas mendengar selamatnya rasuulullah kecik shj..tak apalah mati anak, bapa dan suami pun, asalkan aku mendengar Rasulullah selamat..”

Begitu juga Abu Bakar, apabila dipukul teruk, buka je mata terus tanya, kaifa rasulullah?

Zaid juga ditanya oleh Quraisy yang mahu meyeksanya,  mahu tak jika digantikan dirimu dgn Muhammad?

Kata Zaid “Aku tak suka duduk dgn keluargaku dgn senang, tiba2 aku mendengar Muhammad terkena duri. Apatah untuk aku menggantikannya di tempatku ini,”

Kata Abu Sufyan, aku tak pernah melihat org mencintai org lain seperti mana aku melihat shbt2 Muhammad mencinta Muhammad.

Abu Ubaidah al Jarrah membelah kepala ayahnya dlm peperangan. Org arab sgt sensitif dgn bapa dan keluarga, sbb tu salasilah dia jaga. Tiba2 mereka (shbt nabi) boleh berperang dgn ayahnya hanya kerana ayahnya menentang Rasulullah. 

An yakunallahu wa rasuluhu ahabba ilaihi mimma siwahuma. Mereka merasa manisnya iman.

Kemuncak kepada tauhid dan aqidah ialah al wala’ wal barra’. Setia dan berlepas diri.

Sebab itu sewaktu Amerika menyerang Arab Saudi, Amerika menyuruh pengajian tauhid di universiti2 dihapuskan terutama dalam bab al wala’ wal barra’.


Begitu sahabat mempertahankan nabi. Marilah kita juga kini mempertahankan sunnah. Kita akan bayar berapa pun harganya, berjanjilah..

Imam al Bukhari mati sendiri bersama temannya, kerana dia dihalau dari kampungnya, difitnah sesat. Kini, beliau disanjung dan dikenang. Biarlah apapun kita dikata, yang penting kita setia pada Muhammad.

(pengisian dari onekuliah.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...