When you want something,all the universe conspires in helping you to achieve it - Alchemist.
Wednesday, 14 September 2011
Giant @ Bayan Baru
Kali pertama menjejakkan kaki di Giant at Bayan Baru. Membeli barang2 keperluan bilik. Bersama Ika dan K.Bhai. Sambil2 temankan Ika gi Bank Islam untuk baiki kad atm nya yang rosak.. jalan punya la jauh..penat sungguh, dah lama tak jalan jauh, sape suruh 4 bulan duk rumah relax je..kan skarang dah terkejut kaki ku.
malam tadi, ramai kawan2 datang beraya di bilik. sebagai tuan punya bilik yang sangat berhati mulia, saya menidurkan diri time mereka datang beraya. ahahaha..mahmudah kan?
saya tidur waktu Maghrib lagi, diorang datang lepas Isyak,duk borak dengan Ika sakan, walaupun sgt terganggu tidur saya, tapi saya tetap malas bangun. pukul 11.30 baru la diorang blah.
yg lawaknya ada sorang kawan Ika tanya,
"rumet hang sapa Ika?"
"Zahidah."
" Zahidah yg mana? tak kenai pun." kakak Pendidikan Khas tu tanya Ika. hahah..sukanya saya tak dikenali. alhamdulillah..
"Ala, Zahidah yang pakai tudung labuh tu.." Dayah pulak mengexplainkan diriku.
"yang mana?" dia still x kenal.
masa tu saya tengah tidur sambil menutup muka, jadi, kak mariah yang pendidikan khas yang tak kenal saya tu, tak boleh nampak muka saya.
"Zahidah tu orang Kelantan jugak, dia Sains Pendidikan.." Ika cuba lagi menerangkan. still K.Mariah tak kenal.
Nasib baik setakat itu sahaja cubaan mereka untuk mentafsirkan seorang zahidah.
mau saja sy bagi cadangan pd Ika, lainkali klu sesape tak kenal Zahidah,ckp je 'ala Zahidah yg selalu ponteng perjumpaan PBSM tu'. haa..mesti depa kenai...hihih..
Hahaha..walaupun saya kelihatan seperti tidur, telinga saya tidak tidur. hebat tak?
sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HARI RAYA 1446
Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan....
-
Saya tidak nampak ada kesalahan. Biarpun mungkin bunyinya agak sumbing. Dulu saya berfikir berbeza. Tapi hari ini, mungkin kerana telah ...
-
Usia 19-23 tahun saya di USM 4 tahun yang penuh warna warni. Saya pelajar Sains dengan Pendidikan major Biologi dan minor Kimia. Jadi say...
-
Sejak 2008, saya diburu oleh mereka. Bermula di Matrikulasi, sehingga tahun pertama dan kedua universiti, banyak individu yang mewakili ber...
No comments:
Post a Comment