Sunday 21 August 2016

Bolehkah penceramah meminta bayaran mahal?

Saya tidak nampak ada kesalahan. Biarpun mungkin bunyinya agak sumbing.

Dulu saya berfikir berbeza. Tapi hari ini, mungkin kerana telah banyak saya hadiri ceramah2 berbayar, saya berbeza pula.

Pada saya, seseorang penceramah berhak menetapkann bayaran atas khidmat yang mereka berikan. Dan dari sudut aqad jual beli pun, saya rasa ia sah. Sebab kita memang dapat kesan dan ilmunya. Melainkan kalau aqad jual beli hantar  pahala pada si mati. Tak ada resit pahala turun dari langit.

Em, jadi, tak perlu sekat hak penceramah.

Pada saya, saya sanggup bayar ceramah tinggi, tapi hasilnya sangat memuaskan kerana penceramah buat homework, ada banyak ilmu sahih yang diberikan untuk kita amalkan.

Berbanding penceramah yang tak letak harga, tapi sekadar omongan kosong, bergelak ketawa dan membebel. Itu lebih membuang masa yang tentunya lebih bernilai dari wang.

Sekarang ni saya tengah fikir nak ajak peenceramah yang boleh menyentuh hati para guru di sekolah saya termasuk saya untuk hadir beri peringatan. Saya rasa saya sanggup nak sponsor bayaran penceramah tu asalkan apa yang diberi kita puas hati. Bukan apa, guru2 ni saya rasa kering rohani (hahah suka hati je) sebab tu la suka gaduh2, cari pasal, dengki2, mengumpat2, cerita pasal  orang tak habis2. 

Tapi tak ada duit pula nakk sponsor. Dalam kepala otak saya ni, saya nampak penceramah2 yang memang pandai main hati dan perasaan. Kalau ajak Dr Rozaimi memang tak jadi 🙏

Mungkin Ust Pahrol, Ustazah Norhafizah Musa atau Ust Sallehuddin mungkin?



(sebab saya fikir, katakan ada 2 program, satu berbayar satu free, tapi jemputannya berbeza. yang berbayar tu selalunya banyak input, ada rujukan, yang free tu buat lawak dan membebel je. mesti la kita sanggup bayar kan?)

Beban

Hidup ini bukanlah untuk meniti masalah demi masalah. Walaupun hakikatnya ujian tanpa henti akan datang dan sepenuhnya kita akan hidup dalam ujian.

Tapi lihatlah dari kaca mata bagaimana Maha Penyayang mengajarkan kita. Bahawa setiap kesakitan itu ada dosa2 yang terampun, darjat2 yang ditinggikan. Bukanlah sekecil jangka di dunia ini harapannya, tapi seorang mukmin melihat jauh kediaman abadinya.

Kalau Allah telah siapkan tempat paling indah untuk hambaNya di sana, apakah akan ada lagi rasa beban berat duniawi di sini? Apalah bandingannya. Hiduplah dengan gembira sahabatku. Allah menyayangi kita. Percayalah.

Manhaj Salaf lebih mudahkah?



Mungkin ada yang menyangka ramai-ramai ikut manhaj salaf ni mesti sebab nak benda mudah. Ya, manusia mestilah nak cari yang lebih mudah, tapi tidak bermudah-mudah. Nabi pun apabila ada 2 pilihan (yang kedua2nya halal), baginda akan pilih yang lebih mudah.

Tapi betulkah manhaj salaf ni atau so called being a Salafi; lebih mudah?

Okay, saya bagi contoh ya.

Sejak 2005 saya baca tulisam drmaza, 2009 saya follow youtube dan kenal ramai asatizah lain. Mereka, sangat tekankan tentang solat jemaah di masjid bagi lelaki. Sehingga saya nampak kecenderungan mereka untuk memilih pendapat wajib berjemaah itu sepertinya ada. Jadi, saya beranggap orang lelaki kalau tak berjemaah di masjid ni kiranya tak cukup salafi lah.

Masa saya ke Seminar Solat baru-baru ni, Ustaz Fahmi (pembentang) bertanya kepada audien, apakah hukum solat jemaah bagi lelaki. Ada seorang peserta lelaki yang masih muda mengangkat tangan dan menjawab ia merupakan fardhu ain yang wajib bagi setiap lelaki..! Saya ingatkan saya sorang je yang rasa-rasa macam tu (mungkin sebab saya perempuan), rupanya ada juga lelaki salafi yang berpegang pada pendapat tu. Beliau mengemukakan hujah hadis nabi yang ingin membakar rumah sahabat yang tidak berjemaah di masjid. Ustaz Fahmi tu pun terkagum sebentar, sebab peserta tersebut memilih pendapat itu.

Jadi, point saya di sini ialah, tak ada lah sebab mudah juga orang memilih salafi ni.

Yang kedua, puasa qadha dan puasa ganti. Dulu-dulu saya berpegang boleh digabungkan. Kan senang. Tapi bila dah belajar dengan ustaz-ustaz salafi ni, pendapat yang tidak gabung lebih kuat pula. Jadi saya yakin yang itu. Terpaksalah pegang yang itu. Kalau dah yakin dan jelas pendapatnya lebih kuat begitu, tiba2 kita berpegang pada yang lemah hanya kerana mudah, itu dipanggil tatabbu’ rukhas (bab inilah yang saya geram kat seorang ustaz kat seminar berbayar yang saya hadir, tapi bagi jawapan semua talfiq tu tatabbuk rukhas. Pastu nasihat saya focus bidang sains. Geram je rasa..)

Ha, jadi, bukan juga senang pun kan?

Lagi, dalam manhaj ni, perempuan haidh boleh baca quran. Jadi, sebelum ni kalau haidh, relaks aje la. Ini tak boleh la nak relaks.

Dan banyak lagi sebenarnya amalan2 sunnah yang sangat ditekankan oleh para ustaz/ah kami. Berbanding dulu-dulu sebelum kenal manhaj ni, banyak yang tak tahu.

Sebenarnya, kita ini ummat Nabi Muhammad yang memang akan ada cinta kepada baginda. Semua itu tak perlu diterangkan kerana saya rasa mesti semua orang akan ada, cuma perlukan sentuhan yang tepat saja untuk kita sedari dan nikmati perasaan tu. Sebab tu kita tengok kalau ada agama lain hina Nabi Muhammad, cepat saja ramai yang protes. Walaupun kadang2 orang yang protes tu tak ada lah amal sunnah mana pun.

Sepanjang jadi mad’u ni, saya dapat rasa pendekatan yang berbeza lahirkan kesan yang berbeza. Dulu bila ustaz cakap buat perkara itu ini sunat, kita rasa biasa saja. Apatah lagi sunat tu maksudnya kalau buat dapat pahala, kalau tak buat TAK APA JE. Jadi, kita pun tak ada lah rasa teruja nak buat. Biasa-biasa saja.

Tapi bila kita gunakan pendekatan, perkara ini nabi buat dan nabi suka kalau kita buat. Kan lain bunyinya tu. Apatah lagi kalau kita takrifkan sunat tu, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat, RUGI LA. Keterujaan untuk buat sunnah tu akan ada. Sebab, di situlah titik cinta pada Nabi dalam jiwa yang boleh kita sentuh.

Orang selalu nampak, manhaj salaf ni suka cari pasal, cari gaduh dan nak bincang hal khilaf je. Tapi saya rasa tak juga, ya mungkin sesetengah ustaz ada yang bersikap begitu. Tak semua. Kalau boleh saya sebutkan nama ustaz2 yang banyak ajar saya amalan2 sunnah dan mereka tak terkenal dengan suka cari gaduh pun.; Ustaz Sallehuddin Abu Samah, Ustaz Umar M.Noor, dan Dr Zahazan. 

Banyaknya pahala mereka kan..mereka ajar amalan2 sunnah yang simple2 je, tapi kadang2 kita tak pernah tahu pun. Ada juga yang dah lama tahu, tapi tak buat, tapi bila mereka terangkan nabi buat dan ganjaran2 yang diperolehi, barulah rasa nak buat.

Saya bukan apa, macam politik jugak. Kalau kita asyik dengar tv3 je, memang la nampak UMNO semua baik, pembangkang semua salah. Sama jugak kalau asyik baca Harakah je.

Benda ni pun sama, kalau kita ‘dengar-dengar’ dari orang je, memang kita tak akan nampak perkara sebenar. Sebab tu kita kena dengar pelbagai pihak. Saya dengar je semua ustaz kat youtube tu. Tapi kalau ustaz yang hentam salafi ni, mesti hujah dia tu saya boleh counter. So nak buat macam mana kan..haha. sama juga walaupun drmaza marah sangat kat faisal tehrani, tapi saya baca je novel dia. 

Semua itu sebab kita ini ada akal. Tuhan bagi suruh guna, bukan suruh simpan.

Nak marah juga sebenarnya kalau orang tak tahu menahu lepas tu nak mengata2 pada manhaj salaf. Semua ni sebab baru dengar kuliah ustaz yang hentam wahabi sebenarnya. Kan dah berjaya hasilkan tulisan panjang setelah sekian lama tak menulis. Ayat pun dah tak proper. Tua2 ni malas pula nak susun ayat canggih2.







Friday 22 July 2016

Soalan Orang

"Takkan la tak ada dik. Mesti ada. Cerita la.."

Ini sudah kali ke berapa dia menyua soalan tentang perkahwinan. Dia kakak di sebelah meja saya di tempat kerja. 
Saya bukanlah jenis suka berkongsi cerita. Tambah pula kalau soalan ada tak yang masuk merisik.

 Rasanya tak penting pun untuk sesiapa tahu. Ya, mungkin untuk berbasa basi. Saya tidak marah pun soalanw begitu ditanya. Tidaklah sampai rasa nak tendang kereta dia balik nanti. Biasa saja, cuma rimas juga la kalau asyik tanya soalan yang kita tak ada jawapan.

Adapun sebenarnya, normal lah di usia2 begini orang2 bertanya dan menolong mencari2 dan berkenal2. Tapi buat masa ini, (dah macam artis pulak wakaakaka) yang tanya2 tu, belum lah ada yang rasa kita boleh 'live with'.
Yang ada kita berkenan sungguh di hati, tak berani pulak nak mula tanya2. Lagipun banyak benda lah dalam hidup ni nak kena fikir.

Nikah ni salah satu chapter antara chapters dalam hidup kita. So page nikah ni mungkin kat hujung skrip, mungkin di akhir plot, atauu mungkin juga tak ada dalam skrip. Kita pun tak tahu sebab cerita asalnya bukan kita yang tulis.
Apapun, Allah telah bagi banyakk nikmatNya. Pada dosa2 yang belum diminta ampun, tak terbandinglah Maha Baiknya Tuhan untuk terus memberi tanpa putus.

Jadi syukurilah yang ada ini. Yang belum ada, ulang ulanglah minta, seperti perlu ulangnya kayuh basikal agar tidak jatuh dan akhirnya sampai.

Wednesday 20 July 2016

Senyum

Tak kiralah kita ni jenis peramah atau tak, introvert ke extrovert, tapi senyumlah.

Kita mungkin tak tahu betapa gembiranya orang mendapat senyuman dari kita. Satu hari penuh dia rasa ceria hanya kerana satu senyuman kita.

Kita juga tak tahu ada orang rasa takut dan risau tanpa senyuman kita. Satu hari rasa tak kena dan tertanya tanya kenapa kita tak senyum. Nak marah kah? Ada buat salahkah? Penuh hari tu dengan rasa tak tenang.

Padahal, senyum bukan payah pun. Angkat hujung bibir kiri dan kanan, jadilah dia. Semudah iti membuat orang gembira, susahkah?

Friday 8 July 2016

Ayah

Dia tidak sempat melihat saya membesar. Saat saya dipanggil naik mengambil sijil pelajar cemerlang, dia tidak ada. Bahkan, ketika saya menangis ditekan kegagalan pun dia tidak datang memujuk untuk bangun kembali. Namun dia tetap hadir disisi tiap masa penuh seni tersendiri. Pada usia saya belum pun mencecah tahun kesepuluh, dia telah pergi.

Saya pun tidak ada banyak peristiwa bersama dia. Sekadar ingatan kecil kanak-kanak yang masih Tuhan pinjamkan untuk saya ingati bersama dia. Lebihnya melalui cerita ibu, abang dan kakak.
Biarlah berapa lama bersama, kerna yang indah bukan kerana masa tapi kerana jiwa yang merasa.
Rasa sayang yang paling tinggi mungkin saja tidak berkehendakkan memiliki. Mungkin dia dipeluk tanah di kuburan, kita hanya miliki bayangan. Dipisah tabir kehidupan, kita masih utuh merasa sayang.
Saya selalu terfikir andai dia disisi, saya dan dia bagaimana?

Tuesday 5 July 2016

USM

Usia 19-23 tahun saya di USM
4 tahun yang penuh warna warni. Saya pelajar Sains dengan Pendidikan major Biologi dan minor Kimia. Jadi saya perlu belajar di 3 pusat pengajian (fakulti) di sini. PP Ilmu Pendidikan, PP Kaji Hayat (Biologi), dan PP Sains Kimia.
Di USM, 2 kali saya menerima Anugerah Dekan. 3 kali saya menangis depan pensyarah di ketiga2 pusat pengajian saya.  Haaa, orang lain mesti tak ada kan pengalaman menangis depan pensyarah dalam bilik pensyarah kan? 

Pertama sebab saya dapat markag kuiz 0/10 dalam paper Analytical Chemistry. Paper tu ya Tuhan punya susah. Saya study macam nak rak tapi dapat 0, bayangkan. 
Orang2 yang dapat 0 ni, pensyarah suruh jumpa dalam bilik dia.
Saya terketar2 pergi menghadap dia. Saya masih ingat dia bebel dan perlekeh2 saya ni pemalas dan macam2. 
Mana la saya tak nangis. Mujur juga saya nangis, lepas tu baru dia tone down sikit ayat2 yang pedih tu. Keluar je dari bilik dia saya sambung nangis kat masjid.
Yang kedua pula kat Timbalan Dekan. Haaa lagi dasyat. Saya nak minta drop subject tapi dia tak bagi. Dia kata saya saja2 nak pilih kawan. Saya ni memang tak ada kawan, subjek mana2 pun tak da kawan. Saya minta2 dia tk bagi, apa lagi saya nangis la. Last2, pun dia tak bagi. Hahaha..menyesal jek aku susah payah nangis.


Yang ketiga, dekat School Biology. Saya nak minta kekalkan waktu lecture macam dlm jadual asal. Yang ni saya nangis sebab saya gerammm. Ada ke lecture elok2 pukul 8pagi nak ditukar ke waktu lain. Saya dah susun elok2 jadual saya supaya tak clash masa nak daftar subjek. Alih2 ikut suka je nak ubah. Masa dia tanya dalam lecture ok tak masa tu, saya angkat tangan kata tak ok. Sebab clash dgn paper English. Boleh pulak lecturer tu cakap 'paper English apa dah tahun 3? Repeat ke?' Pastu orang lain macam nak gelak. Geramnya sungguh2. Padahal dia tak tahu saya student education yg kenna ambik paper English sampai 3 level. 


Saya tak puas hati saya gi jumpa dia kat bilik. Minta2 dia tak bagi, saya naik geram sampai saya nangis. Mujurlah dia kesian. Dia kata saya boleh excuse kuliah dia yg clash tu, dan alternate. Emm masih x nakk tukar waktu tu. Saya iyakan saja dan balik.


Haaa macam tu lah hidup ni. Ada ketika kita senang dan smooth je. Ada masa kita ditekan dilenyek2. Tapi semua tu baik untuk kita. Walau apa yg berlaku semua tu sebab Allah nakk bagi kebaikan, pengalaman dan peringatan utk kita. Saya masih ingat, sayang dan doakan semua pensyarah2 saya. Saya berterima kasih sebabb bagi pengalaman yg macam2 utk saya.

Saturday 18 June 2016

Mengapa Saya Tidak Seronok Menjadi Guru


Saya terlalu sayangkan anak-anak murid saya. Saya memandang mereka sebagai anak saya sendiri.

Tapi dalam system pendidikan hari ini, saya tidak diberi ruang untuk menyayangi mereka seperti itu.
Saya disuruh membuat pelbagai perkara yang membelakangkan mereka. Saya disuruh meninggalkan mereka dan menomborduakan mereka. Saya dibebani kerja-kerja lain yang menyebabkan saya mengabaikan mereka.

Saya bukanlah guru yang baik apabila saya sehingga tengah malam menyiapkan data saham koperasi sehingga waktu untuk saya sediakan bahan pengajaran habis begitu sahaja. Sememangnya saya bukan guru yang baik apabila saya tidak mampu membahagikan masa seperti guru-guru baik yang lain.

Saya bukanlah guru yang baik ketika saya memberi murid saya masa dan ruang untuk cemerlang. Ketika saya memberi markah yang banyak atas hasil usaha gigih mereka yang saya Nampak. Tapi pihak atasan tidak Nampak usaha tetapi hanya Nampak hasil. Maka hasilnya jika tidak seperti dalam skema, mereka layak mendapat kosong sekalipun usaha mereka layak diberi 100.

Guru yang baik akan habiskan sukatan, buku nota pelajar penuh dengan nota yang disalin. Tapi itu semua hanya menjadikan guru itu cemerlang. Bukan untuk kebaikan pelajar. Masuk kelas, salin. Saya pun hairan, memang la buku nampak wow, tapi bila pelajar nak ada aktiviti, bila pelajar nak bercakap bersuara.

Kalau buat aktiviti yang kononnya fun learning tu, mestilah kelas akan bising. Bila kelas bising, tak boleh pulak. Saya pun tak faham adakah mereka betul2 faham fun learning tu apa. Apa sebenarnya yang mereka nak? Guru yang baik akan ikut kehendak mereka, tapi saya bukan guru yang baik. Saya ikut keperluan murid saya, bukan ikut kehendak mereka.

Saya bukanlah guru yang baik apabila saya tidak membenarkan murid-murid perempuan saya menyertai zapin dan tarian. Kerana saya khuatir budaya begitu menarik mereka kearah yang lain. Saya sayangkan mereka dan ingin menjaga sepenuhnya amanah ke atas saya. Saya menjadi guru yang sangat kolot dan menghalang keterlibatan pelajar.

Saya bukanlah guru yang baik apabila saya menghormati ruang cuti murid-murid saya dengan hanya memberi kerja rumah yang sangat sedikit supaya mereka ada ruang bersama keluarga dan explore perkara2 lain. Saya pastinya guru yang tidak baik begitu berbanding guru yang setiap hari memberi latihan yang banyak untuk pelajar siapkan.

Saya sesungguhnya sudah letih dan penat menjadi penurut kepada system yang tidak manusiawi.

Saya mahukan murid saya menjadi manusia yang baik, bukan menjadi mesin yang cekap.

Manusia yang ada dalam dadanya jiwa yang sejahtera.

Tapi untuk lahirkan manusia begitu, saya tidak mampu berada dalam sistem ini.

Bukan saya tidak tahu politik dalam pendidikan. Permainan untuk menampakkan akulah yang paling baik, paling bijak, paling banyak idea dan paling banyak buat kerja.

Bila baru dapat jawatan, gopoh nak tunjukkan pelan2 baru, dasar2 baru, strategi2 baru, yang jadi mangsanya ialah guru dan murid. Semata-mata nak naikkan diri sendiri sanggup pijak atas kepala generasi sendiri.

Semua orang macam tu lah, menteri ke pengarah ke timbalan ke pegawai ke, hatta guru2 sekalipun ada yang perangai macam tu.

Besar sangat ke keperluan kita pada pujian dan penghargaan manusia ya? Memang benda tu je ke yang kita kejar?

Serius, memang setakat tu je kita mampu fikir? Kesian.




Monday 13 June 2016

Mimpi

Malam tadi saya mimpikan ayah. Arwah bonda Asma' pun ada.

Dipendekkan cerita mimpi saya yang panjang tu, saya tiba-tiba jadi budak kecik dan ayah peluk saya. Saya menangis sungguh-sungguh sebab dah lama tak jumpa ayah.

Bila ayah dah nak pergi, saya tanya ayah bila pulak ayah nak balik? Balik lah acap kata saya.

Ayah kata, kan ayah dah mati. Kalau selalu balik, itu bukan mati. =)

Saya pun terjaga. Alah, kenapa dah terjaga. Rasa tak puas pula jumpa ayah.

Semoga Allah memberi kegembiraan dan nikmat buat ayah di sana, juga semoga Allah mempertemukan kami kembali di tempat yang paling baik.


(Mungkin sebab saya baru baca tulisan Ust Abdullah Bukhari tentang roh orang meninggal balik pada Ramadhan adalah kepercayaan yang salah, jadi termimpi pulak.)

Sunday 12 June 2016

Ramadan Tiba

Hari pertama bersekolah dalam bulan Ramadan. Sepanjang Ramadan, kami diberi keistimewaan untuk pulang awal. Seawal  5.30 petang kelas sudah tamat dan guru-guru boleh pulang.

Usai siapkan semua barang, saya bergerak menuju ke kereta. Kereta dipandu keluar dari sekolah dan Waahhh jem nyaaaa..

Kereta berpusu-pusu dari kedua-dua arah. Mungkin semua orang balik masa serentak dan semua kalut nak balik berbuka.

Saya memandu perlahan dan berhati-hati sambil minda ligat berfikir menu buka puasa. Rasanya mahu ke bazar Ramadan taman perumahan saya. Jadi saya terus membelok ke sana.

Sekali lagi saya terkejut. Ramainya manusia dan kereta bersesak beratur. Sampai ke hujung jalan kereta diletak. Manalah ruang untuk kereta saya. Saya memandu terus tanpa berhenti pun di bazar. Tidak lah saya gemar suasana sesak dan himpit-himpit begitu.

Perasaan mula teringatkan rumah. Kalau di rumah rasanya saya memilih untuk masak sahaja. Tapi di rumah sewa ini, malas nya lain macam. Saya berfikir-fikir nak makan apa berbuka ni?

Kereta saya pandu tanpa tuju. Melihat sekitar kalau-kalau ada gerai. Di tepi jalan ada juga yang buka gerai, cuma banyaknya jual air dan kuih.

Saya nak beli nasi je. Kuih saya tak nak, air saya buat sendiri kat rumah. Tak kan la nak balik masak nasi. Dah la lauk pun tak ada dalam peti.

Mujurlah nampak gerai yang sederhana besar sikit kat depan tu. Saya terus berhenti. Okay, jual nasi ambang je. Yang lain kuih dan air.

Saya memang tak berapa nak selera makan nasi ambang. Tapi tak apa lah, demi nasi.

Saya minta nasi separuh dan saya kecualikan mee goreng dan serunding. Saya hanya minta nasi putih, ayam dan ikan masin.

Alhamdulillah. Kenyang juga.

[Sebenarnya, saya menulis ni sebab saya tengah tunggu SAPS loading untuk betulkan markah anak murid saya. Saya tak tahu bila SAPS ni nak cepat. Dari petang tadi di sekolah loading. Wahai KPM, sistem apalah yang korang buat ni? Dah habis cerita saya tulis pun masih loading. Nampaknya kalau buat novel tebal pun siap ni.]

Thursday 26 May 2016

Liberal

Di USM saya selalu meneliti web thenutgraph, projekdialog, juga irf. Saya baca buku mereka, tengok youtube mereka.

Saya cuma mahu tahu bagaimana mereka faham.

Sekarang entah kenapa saya kurang berminat lagi untuk membaca itu semua.

Mungkin sudah faham kesalahfahaman mereka. Dah jadi orang tua ni bawak2 talaqi kitab aje lah.
Hehehe

Sebelah Sayap

Saya menonton filem pendek Sebelah Sayap karya Mat Luthfi.

Sedihnya.

Demikian manusia melalui apa yang Allah uji mereka dengan kadarnya. Kita tidak pernah tahu bagaimana ujian 
Allah terhadap seseorang.

Kenapa ya kita takut untuk sebarkan Allah itu Maha Penyayang? Kita lebih selesa menggunakan ancaman.

Padahal mengetahui Allah sayang kita akan tergamakkah kita menderhakai Yang Menyayangi kita?

Benar kita perlu kedua sayap.

Whatsapp

Group whatsapp rasmi organisasi sepatutnya betul2 rasmi.

Janganlah rajin sangat nak share petua anak demam, udang disuntik gelatin babi dan sebagainya.

Itu belum lagi ucapan birthday atau anniversary, mahupun israk mikraj dan apa2 hari.
Gurauan senda erat silaturahim pun masuk sekali.

Benda2 sampingan macam tu elok tak dicampur dengan yang rasmi.

 Kerja kita sebagai mukmin banyak lagi selain mengadap baca whatsapp. Saya betul2 nak baca yang rasmi SAHAJA dalam whatsapp tu. Tolonglah.

Kalau peraturan whatsapp yang common sense tu pun kau tak boleh nak cerna, aduh sedihnya.

Seni

Sudah pasti ada pelbagai sudut kita melihat sesuatu.

Masih lagi tentang hari guru.

Ada guru yang menjustifikasikan persembahan murid2 dan guru2 pada hari tersebut ialah tentang kesenian.

Pada saya itu bukan seni. Itu hedonisme.

Saya teringat sambutan hari guru di Maahad. Persembahan pelajar pada tahun itu ialah teater. Pemain utama teater ialah Siti Fatimah Mukhtar yang merupakan peajar cemerlang Malaysia tahun berikutnya.

Teater itu menggambarkan situasi di dalam syurga. Dialog ahli syurga dengan  malaikat. Ahli syurga yang ingin memberi syafaat kepada orang lain memilih guru sebagai orang pertama yang ingin diberi syafaat. Skrip yang sungguh menyentuh jiwa, mengundang air mata guru dan murid. Guru terasa sungguh dihargai.

Begitu seni.

Mohon dibezakan.

Masih lagi belum habis rasa keceea dengan guru-guru. Membaca pula komen2 mereka apabila ditegur sambutan begitu. Allahul musta'an , bantuah suburkan taqwa dalam jiwa yang mendidik.

Wednesday 18 May 2016

Hari Guru

Aku senyap-senyap berlari masuk ke koperasi. Di pentas utama, masih lagi rancak persembahan itu ini. Suasana bingit begitu seakan menghalau aku pergi.

Apa yang aku ajar muridku tentang akhlak seorang muslimah seperti dikoyak bangga mereka di atas pentas membuat tayangan kepada guru sebagai hadiah hari guru. Tarian kpop atau entah apa namanya itu buruk sekali pada mataku.

Aku sungguh tidak gembira melihat murid lelaki comel yang ku ajar mengaji dilatih guru muzik sebegitu membuat persembahan rap.

Apalah sahaja seorang guru seperti aku mampu?

Penatnya aku mengajak mereka ke jalan lain, lain pula jalan yang diajak guru lain.

Sampai di koperasi, aku melihat ada 3 orang guru telah lama berada di situ. Masing-masing berkerut tidak gembira. Salah seorangnya ialah Penolong Kanan yang menceritakan bagaimana dia telah menghalang persembahan2 sebegitu.

Tetapi apa yang diperolehinya sebagai jawapan dari Pengetua ialah Pengetua sendiri akan menanggung di akhirat segalanya. Sungguh kesanggupan yang luar biasa.

Dari koperasi terdengar jeritan gemuruh menjemput persembahan seterusnya oleh AL Fadhil Ustaz menyampaikan beberapa buah lagu yang aku sendiri tidak tahu judulnya.

Mungkin aku kolot dan tidak sporting. Hidup serius dan tidak ceria. Entahlah.

Aku pulang di hari guru dengan fikiran sarat dan berat.

Selamat Hari Guru untuk aku. Atau sebetulnya Selamatkan Hari Guru.


( melewati media social melihat kemeriahan sambutan hari guru, sekali lagi mengundang istighfar yang panjang. Bertema Bollywood, Rock dan macam-macam yang seakan merendahkan maruah sendiri. Sanggupkah aku menyerahkan anak2 ku kepada mereka? )

Friday 6 May 2016

Berhenti Kerja

Kebelakangan ni, banyak pula saya jumpa rakan2 yang berhenti menjadi guru.

Ada yang sebaya saya yang baru setahun bekerja. Berhenti dan berniaga buku kecil-kecilan. Itu lebih dekat di hati katanya.

Ada yang 2 tahun tua dari saya, berhenti juga. Menulis buku sepenuh masa.

Oh, terinspirasi pula.

Terguris

Balik dari Mesyuarat AJK PIBG sekolah.
Dalam kereta pulang ke rumah, tertitik air mata yang dari tadi ditahan.

Terguris.

Kertas kerja memohon sumbangan tambahan untuk pembinaan pentas di dewan dibentangkan dalam mesyuarat oleh Pengerusi.

Ahli mesyuarat mengemukakan pandangan.

Seorang bapa bersuara. Kata dia, dia tidak bersetuju untuk meluluskan permohonan itu.

Ada pelbagai sebab dikemukakan. Ada satu yang sungguh mengguris.

Dia bimbang ada yang 'kenyang' dengan projek itu.

Anak mata merenung kosong tika andaian itu disuara. Sungguh, mulia sang guru sudah bertukar durjana.

Entah mungkin ada betul guru yang sejahat itu. Seperti kata dia, kita semua manusia.

Tapi seramai guru yang aku kenal, hati merea tidak busuk.

"Cikgu, kalau saya bayar RM2 dulu untuk buku ni boleh?"
Esoknya cikgu memaklumkan buku untuk Syed sudah dibayar penuh oleh guru lain yang simpati.

"Akak top up je 50 ringgit duit pibg budak ni. Dah hujung tahun tak bayar penuh lagi."
Mungkin Tuan nampak keuntungan yang besar yang akan cikgu telan walau hakikatnya tidak terdetik untuk kami sentuh.

Tuan tidak nampak kecilnya sumbangan kami setiap hari. Setiap hari.

Aktiviti fun learning yang Menteri Tuan laungkan itu, kami yang sediakan kertas warna yang hanya akhirnya digumpal henyak anak Tuan. Belon, wisel, kertas mahjung, pen warna warni, semua bahan eksperimen, dari poket kami sendiri. Ganjaran yang kami sediakan untuk anak tuan setiap hari dalam pengajaran kami tidak cuti di koperasi. Kami bayar.

Namun tidak pernah ada satu pagi pun yang kami bangun, dan rasa menyesal dengan sumbangan itu.

Tiada satu malam pun yang kami tidur bermimpi harap semua sumbangan kami disebar sedunia.

Tiada, tuan. Semua bukan untuk guru, tapi untuk anak tuan.

Rasa terguris sudah bertukar tergeram.

Allah sucikan hati kami semua dari segala prasangka.

Makcik Bomoh

Mungkin kerana terlalu ramai bertanya bila nak kahwin, sampai termimpi2.

Bomoh datang dalam mimpi. Dia suruh makan akar kayu dan dun kering. Saya mengunyah dan termuntah.

"Tak apa, tahan sikit. Baru-baru ni orang yang saya rawat telah dilamar orang."

Saya mengunyah lagi

Wanita bomoh itu sambung..

"Bukan calang-calang orang yang datang melamar, bahkan Ibn Abbas dan Ibn Mas'ud yg datang."

Gulp.

Ibn Abbas dan Ibn Mas'ud mana  pulok gok ni mok cik..😂

Nikah

Saya selalu melihat orang menangis di hari pernikahannya. Kenapa?

"Kau tak sedih ke masa tu?"

Saya bertanya kakak.

"Tak. Aku tengah fikir katering dah sampai ke belum kat rumah tu."

Kahkahkah. Kelas sungguh kakak saya. Itu menunjukkan bukan wanita biasa-biasa.

Tapi saya sendiri sentiasa rasa mesti akan ada kesedihan apabila membuat keputusan untuk bernikah.
Keseluruhan jadual kehidupan akan bertukar.

Akan adakah lagi masa untuk saya menulis-nulis rasa di dalam diari? Menyusun patah puisi? Memanjakan diri sendiri? Memandu tanpa arah tuju sesuka hati? Membeli semua yang diingini? Berdiam sepanjang hari? Memeluk buku dan youtube atau nota peribadi? Masa untuk diri sendiri?

Atau saya hanya perlu menuruti, mentaati, berkomunikasi..

Mungkin orang menangis di hari pernikahan mereka kerna mereka telah berpisah dengan diri sendiri.

Hak Asasi

Sebahagian orang melaung kebebasan bersuara. Juga sepuak dengan pejuang hak asasi manusia. Saya kagum dan setuju.

2 rukun dalam hak asasi manusia ialah respect dan dignity. Saya faham, dan setuju.

Ia bukan agama baru kerana jika  kita mengatakan ia agam baru, bermakna agama sedia ada kita tidak bertunjangkan respect and dignity. Saya akur dan faham.

Mereka membantah jabatan agama menyekat kemasukan Irsyad Manji, Ulil Absar dan lain2 tokoh liberal dan Syiah atas alasan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Saya tahu dan faham.

Cuma saya cukup tak faham kenapa mereka memberi gelar yang bermacam kepada Zakir Naik?

Di mana semesta seruan mereka sebelum ini? Ditelan bumikah?

Ketidakadilan begini yang saya benci. Sungguh.

Saturday 2 April 2016

Kegilaan-kegilaan dalam pendidikan (4)

Menulis post mortem ujian mahu saja saya buat karangan panjang.

Murid-murid tak boleh dapat markah tinggi kenapa? Kau tanya kenapa?

"Guru-guru tahu sistem sangat problematic and very wrong, tapi mereka ditekan dengan pelbagai tugasan sehingga tidak mampu untuk bangun dan bersuara bahawa itu dan ini perlu dibaiki." kata seorang lepasan luar negara dan penuntut sarjana juga penggerak sebuah sekolah yang sedang lari dari sistem yang salah itu.

Aktivit pengajaran diarahkan supaya berpusatkan murid tak boleh berpusatkan guru. It sounds so nice and pure.

Tapi sebenarnya yang berlaku ialah pengajaran berpusatkan PPD, JPN, dan KPM.

"Murid yang bising awak letak kerusinya menghadap dinding." Pengetua mencadangkan saya melakukan ini ketika saya bertanya bagaimana mahu menguruskan 60 murid dalam satu kelas.

Ya mungkin itu ada dalam strategi pembelajaran abad keberapa saya tak pasti. Cuma bagi saya yang tak ada ilmu ini, itu penyelesaian yang sangat sementara.

Saya meronta sendiri dalam hati melihat murid-murid tunduk senyap membuat tugasan dalam kelas saya.

Bukan begitu sebetulnya. Mereka sepatutnya gembira, bukan terpaksa. Mereka sepatutnya mencipta bukan menurut.

Namun cubalah tuan-tuan bayangkan kalau saya aplikasikan fun learning dalam keadaan kelas sardin begitu. Mahunya ada yang terjun dari tingkat tiga? Ada yang menjerit sampai ke telinga pengetua?

Ia tidak akan terkawal oleh saya yang naif.

Jadi saya harus sergah mereka, ugut dan paksa untuk menurut saya. Supaya saya dilihat berjaya mengawal kelas apabila semua murid tunduk dan menurut.

Fitrah remaja apa yang tunduk dan menurut saja? Mereka berhak gembira, bising dan ceria. Bukan dilatih menjadi buih-buih umat akhir zaman.

Kata Faisal Tehrani, beliau takut menghantar anaknya ke sekolah untuk disembelih lehernya.

Memang disembelih sungguh.

Kata Eko Prasetyo
"Dalam ruang kuliah mereka tiba-tima menjadi diam, lembik dan penuh keraguan. Pendidikan tiba-tiba punya kemauan untuk melahirkan malaikat bukan manusia. Sungguh cita-cita yang amat tolol dan amat kejam."

Thursday 31 March 2016

Kahwin di syurga

Susahnya nak lepas ujian ni.

Dah lama sebenarnya rasa dan sedang nak ubah diri supaya lebih bersosial dengan manusia. Bukan sendiri-sendiri.

Tapi macam ni lah.

Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku berkata ya pada permintaannya. Dan, penuhkan hati ini dengan keikhlasan.


"Tak apa Zahidah, kalau lepas ujian ni, boleh kahwin dengan (tuuuttttt) kat syurga."

Dulu-dulu selalu saya pujuk hati dengan ayat ni.

Hahahha..kelakar pulak teringat balik. Jadi sekarang ni buat je la kan, nnti boleh kahwin dengan tuttttt kat syurga. 😁

Sunday 27 March 2016

Garis Pembeza

Garis Pembeza

Saya adalah orang yang sangat tidak berminat untuk mendengar cerita orang daripala orang lain.

Cikgu-cikgu selain kursus pengajaran abad 21, sangat perlukan kursus mengendalikan manusia-manusia rakan sekerja. Termasuklah saya.

"Awak tahu tak cerita Cikgu S tu?"

Runtuh mood saya kalau soalan spesis itu disua. Nak tak nak kena layan dengan akhlak mulia juga.

Saya memberi respon yang paling minimum. Supaya dia tahu, saya sungguh tak berminat nak dengar cerita-cerita sia-sia.

Bulan-bulan awal saya masuk ke sekolah, banyak betul 'nasihat' dari rakan-rakan guru tentang cikgu itu dan cikgu ini. Yang hakikatnya nasihat itu ialah hidangan yang meratah daging mentah.

Semoga Allah melindungi kita dengan diberi kekuatan untuk tidak bernafsu bercerita tentang orang.

Moleknya Islam seseorang itu ialah apabila dia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya.

Setelah bercerita keburukan orang,
"Akak bukan apa, cuba kita fikir, apa peranan kita?"

"Benda tu kan pentadbir dah tahu, pandai lah diorang tu." jawab saya ringkas.

Takkan peranan kita mengumpat dan bercerita sana sini pasal diorang pulak.

Kadang-kadang saya pun terfikir juga, apa garis pembeza antara kewajipan amal makruf nahi munkar dan kewajipan meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan kita?

Semoga cikgu-cikgu mengembalikan kemuliaan dan ketinggian pekerti seorang pendidik. Barulah murid berakhlak seperti yang kita harapkan. Kuncinya, sentiasa ada di tangan kita.

Menjadi peramah, tidak semestinya menjadikan orang sebagai pusat perbualan kita. Ada banyak perkara penting lagi. Saya jumpa ada beberapa guru yang saya sungguh senang berdamping dengan mereka. Mereka peramah, tetapi tidak bercerita tentang orang. Mereka berkongsi tentang diri mereka sendiri, masakan, baju, kucing, pintu pagar rumah dan banyak lagi. Kan banyak aje bendanya nak cerita selain orang.

Tapi saya masih belum jumpa orang yang nak cerita tentang manhaj, buku, atau program ilmu. Oh Tuhan, turunkan ia.

Thursday 25 February 2016

Hadis Palsu

Tengok tv, tajuk rancangan tu Hadis. Ustaz yang dipilih pernah mendakwa baca ayat tertentu boleh jumpa nabi yaqazah. Tengok rancangan tu dah kat tengah2, ust tu tengah ulas yang makan kena kunyah 40 kali.

Aku garu kepala. Hadis suruh makan kunyah 40 kali tu hadis palsu. Lain kali letak aje tajuk rancangan tu Hadis Palsu. Bukan ulas pasal kepalsuan hadis tu, tapi ambik pengajaran dan kebaikan daripada  hadis palsu tu. Elok juga kan, yang penting nama rancangannya Hadis Palsu. Senang, tak ada siapa nak marah.

Tadi ada seorang selebriti tulis pasal kisah cinta Yusuf dan Zulaikha tu dongeng. Lepas tu, ustaz tv lulusan Mesir tegur, kata 'enta jahil'.

Wah, sedapnya. Alasannya, ada disebut oleh Ibn Ishaq.

Kalau nak dikira disebut dalam kitab, banyak la macam tu. Sekarang ni orang buat kajian, tahqiq, pembaikan, tajdid.

'Kita siapa nak bandingkan dengan ulama dulu?'

Ayat ini bukan ayat tawadhuk, tapi ayat pemalas.

Ulama dulu kalau hidup lagi pun mereka tak marah perbaiki tulisan mereka.

Apa masalahnya?

Demam2 pun sempat lagi saya membebel. Hehee..

Hadis Palsu

Tengok tv, tajuk rancangan tu Hadis. Ustaz yang dipilih pernah mendakwa baca ayat tertentu boleh jumpa nabi yaqazah. Tengok rancangan tu dah kat tengah2, ust tu tengah ulas yang makan kena kunyah 40 kali.

Aku garu kepala. Hadis suruh makan kunyah 40 kali tu hadis palsu. Lain kali letak aje tajuk rancangan tu Hadis Palsu. Bukan ulas pasal kepalsuan hadis tu, tapi ambik pengajaran dan kebaikan daripada  hadis palsu tu. Elok juga kan, yang penting nama rancangannya Hadis Palsu. Senang, tak ada siapa nak marah.

Tadi ada seorang selebriti tulis pasal kisah cinta Yusuf dan Zulaikha tu dongeng. Lepas tu, ustaz tv lulusan Mesir tegur, kata 'enta jahil'.

Wah, sedapnya. Alasannya, ada disebut oleh Ibn Ishaq.

Kalau nak dikira disebut dalam kitab, banyak la macam tu. Sekarang ni orang buat kajian, tahqiq, pembaikan, tajdid.

'Kita siapa nak bandingkan dengan ulama dulu?'

Ayat ini bukan ayat tawadhuk, tapi ayat pemalas.

Ulama dulu kalau hidup lagi pun mereka tak marah perbaiki tulisan mereka.

Apa masalahnya?

Demam2 pun sempat lagi saya membebel. Hehee..

Monday 22 February 2016

Debat

1
Debat : Boleh mengelirukan masyarakat

Tak jadi debat : Masyarakat dah jelas dan faham sangat. Oh begitu rupanya.

2
Debat : Masyarakat berpecah.

Tak jadi debat : Masyarakat berkasih sayang. Semua dah tak bergaduh, Asyaari dah baik dengan Salafi.

3
Debat : Banyak lagi benda lain nak fikir selain debat orang agama. Harga barang naik, ringgit jatuh, Najib jahat.

Tak jadi debat : Najib jadi baik, barang murah, gaji naik.


Selamat datang ke Malaysia.

Sunday 21 February 2016

Orang Awam

Orang Awam

Terbaca tulisan seorang ustaz tentang orang awam.

Emm, nak tulis juga lah. Ustaz Awam, boleh?

Orang ramai dipanggil orang awam kecuali ustaz.

Ustaz ramai2 tu kita panggil la ustaz awam, kecuali yang betul2 alim, boleh?

Guru saya selalu bagi nasihat untuk pelajarnya. Tapi saya tak pernah rasa terhina, rasa bertambah semangat nak belajar.

Tapi baca tulisan/mendengar ulasan beberapa orang ustaz tentang orang awam, rasa macam ada orang berlagak sedang memperlekeh orang bodoh.

Beza kan?

Tuesday 26 January 2016

Maafkan Cikgu

Rasa bersalah menyeluruh jiwa kala menjerit dan memarahi mereka anak-anak didik saya. Kebisingan mereka sesungguhnya fitrah yang menjadikan mereka bahagia.

Beban yang terpundak berat telah menghenyak segala kelembutan.

Saya serabut dengan bermacam tugasan, sehingga waktu mendidik mereka, saya diikat emosi yang membelit.

Saya mengimpikan kelembutan memenangi setiap pergelutan dalam jiwa nan rapuh ini.

Namun, sentiasalah saya kalah dan akhirnya memenangkan marah.

Ya Latif, curahkan kelembutanMu dalam kekerasan sebuah perasaan.

Kekuatan itu saya hanya pinta daripada Tuhan.

Saya menangis saat membelek fail profil mereka. Ada yang daripada rumah anak yatim, ada yang entah anak siapa lalu dimabil anak angkat, keluarga yang bercerai, pendapatan ibu bapa yang rendah dan bermacam situasi.

Mereka datang menagih ilmu, lalu saya memarahi mereka?

Maafkan cikgu.

Friday 1 January 2016

Anis

Tadi Anis mesej, bertanya tentang subjek dan aliran tingkatan 4.

Wah, beginikah rasanya melihat anak saudara sudah 16 tahun? Orang yang tak pernah ada adik ni, baru tahu perasaan melihat orang yang dulu kecik sekarang dah besar. 😀

Dulu belum pandai menulis huruf, sekarang dah beberapa buah novel berbahasa Inggeris dia tulis. Disimpan rapi dalam laptop. Semua bertemakan futuristik yang saya pun tak faham. Ahaha..

Puisi-puisinya saya suka. Ala-ala Lang Leav.

Aliran apa yang dia pilih, dan siapa pun dia nanti, sentiasa ada doa untuk dia.

Doa yang sama dari dulu sampai sekarang, semoga Allah memelihara anak-anak. Memelihara iman mereka, memelihara kebijaksanaan mereka, akhlak dan keseluruhan tentang mereka. Allah lah sebaik-baik penjaga.

Tanya Anis tadi, Su ajar Pendidikan Islam mazhab mana Su? 😇

Manja

Macey lucu pulok tengok budok nok masuk tikatey satu pun mok ayah tunggu luar pitu kelah. Ramai pulok tu hok tunggu. Erkkk..ni tikatey 1 ko darjah 1?

Sayo mula tikatey 1 gi sekoloh naik bah sedighi 24 km gi kelik. Tak doh eh nok wat muko siye ko mok ayoh sapa keno tunggu serupo budok kecik.

Manja dih budok jamey loni. Anok sayo nati jange harap la nok manja gitu. Tak dop maso eh.

Mok ayoh pulok macey2 demand dgn cikgu. Gotu la goni la, macey la anok dia sore cikgu keno ccaro.

Mmikir gak sikit kito ni. Bia nyo reti sedar diri. Nok lebih2 gi ata sekolah swasta la hok mahal nuh. Duk ngepek ko cikgu tak dok pekdoh. Gi selesai kat ppd la. Cikgu ni kuli jah. Tok key tu pun tok tahu.

Kito ni nok anok berjaya biar la dia berdikari. Ni gak sapa ko gitu mo rasa nya tak dop lagi pelajar cemerlang hok mok ayah dia gitu.

Pehe dop? Gerey jugak. Habih sekoloh pun talipon cikgu nnanyo. Eh ingat cikgu ni duk ulit gotey anok dia sore jah ko?

Mitok nombor talipon cikgu serupa dia hok bayar ko cikgu buley-buley.

Heh bilo lah budok ni nok pindoh?

Keh aku maroh ko bapok budok serupo maroh ko budok baru tahu..

Mugo peranga lebih kurey jah ni.

Pah lagu mana ni?

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....