Thursday 26 May 2016

Liberal

Di USM saya selalu meneliti web thenutgraph, projekdialog, juga irf. Saya baca buku mereka, tengok youtube mereka.

Saya cuma mahu tahu bagaimana mereka faham.

Sekarang entah kenapa saya kurang berminat lagi untuk membaca itu semua.

Mungkin sudah faham kesalahfahaman mereka. Dah jadi orang tua ni bawak2 talaqi kitab aje lah.
Hehehe

Sebelah Sayap

Saya menonton filem pendek Sebelah Sayap karya Mat Luthfi.

Sedihnya.

Demikian manusia melalui apa yang Allah uji mereka dengan kadarnya. Kita tidak pernah tahu bagaimana ujian 
Allah terhadap seseorang.

Kenapa ya kita takut untuk sebarkan Allah itu Maha Penyayang? Kita lebih selesa menggunakan ancaman.

Padahal mengetahui Allah sayang kita akan tergamakkah kita menderhakai Yang Menyayangi kita?

Benar kita perlu kedua sayap.

Whatsapp

Group whatsapp rasmi organisasi sepatutnya betul2 rasmi.

Janganlah rajin sangat nak share petua anak demam, udang disuntik gelatin babi dan sebagainya.

Itu belum lagi ucapan birthday atau anniversary, mahupun israk mikraj dan apa2 hari.
Gurauan senda erat silaturahim pun masuk sekali.

Benda2 sampingan macam tu elok tak dicampur dengan yang rasmi.

 Kerja kita sebagai mukmin banyak lagi selain mengadap baca whatsapp. Saya betul2 nak baca yang rasmi SAHAJA dalam whatsapp tu. Tolonglah.

Kalau peraturan whatsapp yang common sense tu pun kau tak boleh nak cerna, aduh sedihnya.

Seni

Sudah pasti ada pelbagai sudut kita melihat sesuatu.

Masih lagi tentang hari guru.

Ada guru yang menjustifikasikan persembahan murid2 dan guru2 pada hari tersebut ialah tentang kesenian.

Pada saya itu bukan seni. Itu hedonisme.

Saya teringat sambutan hari guru di Maahad. Persembahan pelajar pada tahun itu ialah teater. Pemain utama teater ialah Siti Fatimah Mukhtar yang merupakan peajar cemerlang Malaysia tahun berikutnya.

Teater itu menggambarkan situasi di dalam syurga. Dialog ahli syurga dengan  malaikat. Ahli syurga yang ingin memberi syafaat kepada orang lain memilih guru sebagai orang pertama yang ingin diberi syafaat. Skrip yang sungguh menyentuh jiwa, mengundang air mata guru dan murid. Guru terasa sungguh dihargai.

Begitu seni.

Mohon dibezakan.

Masih lagi belum habis rasa keceea dengan guru-guru. Membaca pula komen2 mereka apabila ditegur sambutan begitu. Allahul musta'an , bantuah suburkan taqwa dalam jiwa yang mendidik.

Wednesday 18 May 2016

Hari Guru

Aku senyap-senyap berlari masuk ke koperasi. Di pentas utama, masih lagi rancak persembahan itu ini. Suasana bingit begitu seakan menghalau aku pergi.

Apa yang aku ajar muridku tentang akhlak seorang muslimah seperti dikoyak bangga mereka di atas pentas membuat tayangan kepada guru sebagai hadiah hari guru. Tarian kpop atau entah apa namanya itu buruk sekali pada mataku.

Aku sungguh tidak gembira melihat murid lelaki comel yang ku ajar mengaji dilatih guru muzik sebegitu membuat persembahan rap.

Apalah sahaja seorang guru seperti aku mampu?

Penatnya aku mengajak mereka ke jalan lain, lain pula jalan yang diajak guru lain.

Sampai di koperasi, aku melihat ada 3 orang guru telah lama berada di situ. Masing-masing berkerut tidak gembira. Salah seorangnya ialah Penolong Kanan yang menceritakan bagaimana dia telah menghalang persembahan2 sebegitu.

Tetapi apa yang diperolehinya sebagai jawapan dari Pengetua ialah Pengetua sendiri akan menanggung di akhirat segalanya. Sungguh kesanggupan yang luar biasa.

Dari koperasi terdengar jeritan gemuruh menjemput persembahan seterusnya oleh AL Fadhil Ustaz menyampaikan beberapa buah lagu yang aku sendiri tidak tahu judulnya.

Mungkin aku kolot dan tidak sporting. Hidup serius dan tidak ceria. Entahlah.

Aku pulang di hari guru dengan fikiran sarat dan berat.

Selamat Hari Guru untuk aku. Atau sebetulnya Selamatkan Hari Guru.


( melewati media social melihat kemeriahan sambutan hari guru, sekali lagi mengundang istighfar yang panjang. Bertema Bollywood, Rock dan macam-macam yang seakan merendahkan maruah sendiri. Sanggupkah aku menyerahkan anak2 ku kepada mereka? )

Friday 6 May 2016

Berhenti Kerja

Kebelakangan ni, banyak pula saya jumpa rakan2 yang berhenti menjadi guru.

Ada yang sebaya saya yang baru setahun bekerja. Berhenti dan berniaga buku kecil-kecilan. Itu lebih dekat di hati katanya.

Ada yang 2 tahun tua dari saya, berhenti juga. Menulis buku sepenuh masa.

Oh, terinspirasi pula.

Terguris

Balik dari Mesyuarat AJK PIBG sekolah.
Dalam kereta pulang ke rumah, tertitik air mata yang dari tadi ditahan.

Terguris.

Kertas kerja memohon sumbangan tambahan untuk pembinaan pentas di dewan dibentangkan dalam mesyuarat oleh Pengerusi.

Ahli mesyuarat mengemukakan pandangan.

Seorang bapa bersuara. Kata dia, dia tidak bersetuju untuk meluluskan permohonan itu.

Ada pelbagai sebab dikemukakan. Ada satu yang sungguh mengguris.

Dia bimbang ada yang 'kenyang' dengan projek itu.

Anak mata merenung kosong tika andaian itu disuara. Sungguh, mulia sang guru sudah bertukar durjana.

Entah mungkin ada betul guru yang sejahat itu. Seperti kata dia, kita semua manusia.

Tapi seramai guru yang aku kenal, hati merea tidak busuk.

"Cikgu, kalau saya bayar RM2 dulu untuk buku ni boleh?"
Esoknya cikgu memaklumkan buku untuk Syed sudah dibayar penuh oleh guru lain yang simpati.

"Akak top up je 50 ringgit duit pibg budak ni. Dah hujung tahun tak bayar penuh lagi."
Mungkin Tuan nampak keuntungan yang besar yang akan cikgu telan walau hakikatnya tidak terdetik untuk kami sentuh.

Tuan tidak nampak kecilnya sumbangan kami setiap hari. Setiap hari.

Aktiviti fun learning yang Menteri Tuan laungkan itu, kami yang sediakan kertas warna yang hanya akhirnya digumpal henyak anak Tuan. Belon, wisel, kertas mahjung, pen warna warni, semua bahan eksperimen, dari poket kami sendiri. Ganjaran yang kami sediakan untuk anak tuan setiap hari dalam pengajaran kami tidak cuti di koperasi. Kami bayar.

Namun tidak pernah ada satu pagi pun yang kami bangun, dan rasa menyesal dengan sumbangan itu.

Tiada satu malam pun yang kami tidur bermimpi harap semua sumbangan kami disebar sedunia.

Tiada, tuan. Semua bukan untuk guru, tapi untuk anak tuan.

Rasa terguris sudah bertukar tergeram.

Allah sucikan hati kami semua dari segala prasangka.

Makcik Bomoh

Mungkin kerana terlalu ramai bertanya bila nak kahwin, sampai termimpi2.

Bomoh datang dalam mimpi. Dia suruh makan akar kayu dan dun kering. Saya mengunyah dan termuntah.

"Tak apa, tahan sikit. Baru-baru ni orang yang saya rawat telah dilamar orang."

Saya mengunyah lagi

Wanita bomoh itu sambung..

"Bukan calang-calang orang yang datang melamar, bahkan Ibn Abbas dan Ibn Mas'ud yg datang."

Gulp.

Ibn Abbas dan Ibn Mas'ud mana  pulok gok ni mok cik..😂

Nikah

Saya selalu melihat orang menangis di hari pernikahannya. Kenapa?

"Kau tak sedih ke masa tu?"

Saya bertanya kakak.

"Tak. Aku tengah fikir katering dah sampai ke belum kat rumah tu."

Kahkahkah. Kelas sungguh kakak saya. Itu menunjukkan bukan wanita biasa-biasa.

Tapi saya sendiri sentiasa rasa mesti akan ada kesedihan apabila membuat keputusan untuk bernikah.
Keseluruhan jadual kehidupan akan bertukar.

Akan adakah lagi masa untuk saya menulis-nulis rasa di dalam diari? Menyusun patah puisi? Memanjakan diri sendiri? Memandu tanpa arah tuju sesuka hati? Membeli semua yang diingini? Berdiam sepanjang hari? Memeluk buku dan youtube atau nota peribadi? Masa untuk diri sendiri?

Atau saya hanya perlu menuruti, mentaati, berkomunikasi..

Mungkin orang menangis di hari pernikahan mereka kerna mereka telah berpisah dengan diri sendiri.

Hak Asasi

Sebahagian orang melaung kebebasan bersuara. Juga sepuak dengan pejuang hak asasi manusia. Saya kagum dan setuju.

2 rukun dalam hak asasi manusia ialah respect dan dignity. Saya faham, dan setuju.

Ia bukan agama baru kerana jika  kita mengatakan ia agam baru, bermakna agama sedia ada kita tidak bertunjangkan respect and dignity. Saya akur dan faham.

Mereka membantah jabatan agama menyekat kemasukan Irsyad Manji, Ulil Absar dan lain2 tokoh liberal dan Syiah atas alasan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Saya tahu dan faham.

Cuma saya cukup tak faham kenapa mereka memberi gelar yang bermacam kepada Zakir Naik?

Di mana semesta seruan mereka sebelum ini? Ditelan bumikah?

Ketidakadilan begini yang saya benci. Sungguh.

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....