Wednesday 18 May 2016

Hari Guru

Aku senyap-senyap berlari masuk ke koperasi. Di pentas utama, masih lagi rancak persembahan itu ini. Suasana bingit begitu seakan menghalau aku pergi.

Apa yang aku ajar muridku tentang akhlak seorang muslimah seperti dikoyak bangga mereka di atas pentas membuat tayangan kepada guru sebagai hadiah hari guru. Tarian kpop atau entah apa namanya itu buruk sekali pada mataku.

Aku sungguh tidak gembira melihat murid lelaki comel yang ku ajar mengaji dilatih guru muzik sebegitu membuat persembahan rap.

Apalah sahaja seorang guru seperti aku mampu?

Penatnya aku mengajak mereka ke jalan lain, lain pula jalan yang diajak guru lain.

Sampai di koperasi, aku melihat ada 3 orang guru telah lama berada di situ. Masing-masing berkerut tidak gembira. Salah seorangnya ialah Penolong Kanan yang menceritakan bagaimana dia telah menghalang persembahan2 sebegitu.

Tetapi apa yang diperolehinya sebagai jawapan dari Pengetua ialah Pengetua sendiri akan menanggung di akhirat segalanya. Sungguh kesanggupan yang luar biasa.

Dari koperasi terdengar jeritan gemuruh menjemput persembahan seterusnya oleh AL Fadhil Ustaz menyampaikan beberapa buah lagu yang aku sendiri tidak tahu judulnya.

Mungkin aku kolot dan tidak sporting. Hidup serius dan tidak ceria. Entahlah.

Aku pulang di hari guru dengan fikiran sarat dan berat.

Selamat Hari Guru untuk aku. Atau sebetulnya Selamatkan Hari Guru.


( melewati media social melihat kemeriahan sambutan hari guru, sekali lagi mengundang istighfar yang panjang. Bertema Bollywood, Rock dan macam-macam yang seakan merendahkan maruah sendiri. Sanggupkah aku menyerahkan anak2 ku kepada mereka? )

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...