Friday 6 May 2016

Nikah

Saya selalu melihat orang menangis di hari pernikahannya. Kenapa?

"Kau tak sedih ke masa tu?"

Saya bertanya kakak.

"Tak. Aku tengah fikir katering dah sampai ke belum kat rumah tu."

Kahkahkah. Kelas sungguh kakak saya. Itu menunjukkan bukan wanita biasa-biasa.

Tapi saya sendiri sentiasa rasa mesti akan ada kesedihan apabila membuat keputusan untuk bernikah.
Keseluruhan jadual kehidupan akan bertukar.

Akan adakah lagi masa untuk saya menulis-nulis rasa di dalam diari? Menyusun patah puisi? Memanjakan diri sendiri? Memandu tanpa arah tuju sesuka hati? Membeli semua yang diingini? Berdiam sepanjang hari? Memeluk buku dan youtube atau nota peribadi? Masa untuk diri sendiri?

Atau saya hanya perlu menuruti, mentaati, berkomunikasi..

Mungkin orang menangis di hari pernikahan mereka kerna mereka telah berpisah dengan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...