Thursday 21 March 2013

Jangan Bunuh Maruahmu.



Saya pun hairan dengan perempuan. Begitu sekali gemar merendahkan maruah sendiri.

Ada orang kata, perempuan ada 9 nafsu, 1 akal. Maka perempuan pun mengangguk.

“Kita hanya ada 9 nafsu 1 akal..”

Mudahnya, saya tak mengaku saya ada 9 nafsu 1 akal. Tidak semudah itu.

Ada juga yang mahu jadi isteri solehah tak kena tempat.

 “Bukankah syurga isteri terletak pada suami..” begitu katanya.

Sekejam mana pun suami, mahu juga bertahan. Ada syurga di situ katanya. Saya kata, ada kebodohan di situ. Suami tu kalau jahat, dia pun tak boleh masuk syurga. 

“Kita ini dicipta dari tulang rusuk yang bengkok..”

Hadis yang menceritakan penciptaan kaum wanita daripada tulang rusuk ialah hadis yang sahih. ia perkara biasa sepertimana ALLAH menceritakan manusia dari tanah. Malangnya, ia sering dikonotasikan dengan konotasi yang merendah-rendahkan wanita. 

Padahal, jika diteliti hadis demikian, ia ditujukan kepada kaum lelaki supaya jangan sesekali berkasar dengan wanita. Nyata hadis itu mengangkat darjat wanita dalam Islam supaya dihormati.

Inilah padahnya apabila yang memberi tahu tentang Islam ialah golongan lelaki yang merendahkan perempuan, lalu dibaca berbagai dalil kononnya untuk meletakkan wanita pada darjat kedua.

Malang bertambah apabila wanita mengkufuri nikmat akal dengan hanya menerima apa sahaja yang disebarkan tanpa meneliti kesahihan.

Maka nampaklah Islam mendiskriminasikan wanita. Telah besarlah kanak-kanak dengan fahaman begitu. Telah tua lah remaja dengan melekatnya kesimpulan yang salah pada minda.

Tumbuh golongan NGO wanita yang mahu memperjuangkan perkara sebenar dalam Islam mengenai wanita. Tersebar pula mereka itu liberal, feminis yang menyanggahi Islam yang perlu diharamkan pergerakan mereka. 

Apakah ini semua?

Islam di Malaysia oh Islam di Malaysia.

-respon setelah membca 'Duhai Suami.'


Sunday 17 March 2013

Salah Ubah



Arkitek telah lama mengubah pelepah tamar menjadi tirai, tirai kemudian bertukar menjadi dinding, dinding kini pula punya berbagai design dan akan datang berubah pula menjadi entah apa.

Pakar automatif mengubah dari berunta, telah kita berganjak kepada kereta. Ada yang sempit, ada besar dan kecil, terbang dan layar, semua boleh dipilih.

Tetapi agama?

Para ustaz hanya asyik mengubah cara berselawat, cara berzikir dan berbagai gaya ibadah yang diinovasi. Dahulu hanya 100 kali, hari ini sudah perlu 1000 kali.

Hakikatnya bidang ibadah tidak perlu diinovasi. Ia mendekati bid’ah yang dibenci Nabi.

Yang perlu diuli, ialah feqah yang fleksibel. Malang, malang dan malang, apabila mereka tersalah prioriti.
Yang perlu rigid, diubah dengan berbagai versi. Yang perlu dinamik, ditinggal tidak diusik.

Masih statik menggunakan fiqh konservatif. Sedangkan fiqh kontemporari dilabel dengan gelar yang berbagai, liberal pun digelar, wahabi pun juga. Apalah nasib menjadi rakyat Malaysia. Salah di mana agama di Malaysia ini? Bala apakah yang sudah terjadi?

Kepada orang agama yang berkuasa, yang mungkin terasa dan mungkin tidak membaca, mari kita berkenalan sebentar. Berkenalan dengan dunia hari ini yang menolak kejumudan.


Murid-murid #2



Melayan ‘budak-budak’ memang bukan kepakaran saya. Saya malah rimas jika ada antara mereka yang mahu ‘bermesra’ dan ‘berkawan’ dengan saya. Saya guru kamu, bukan kawan kamu. Saya banyak kerja, tak ada masa nak melayan cerita pakwe makwe kamu.

Ada kawan saya, gemar sekali bermesra dengan pelajar. Dan ramailah murid2 datang ke tempatnya a.k.a tempat saya juga. Bercerita itu dan ini. Saya memuji kerajinannya melayan pelajar walaupun saya agak terganggu untuk menyempurnakan kerja-kerja saya.

Dan semalam, ada satu perkara yang memang saya menjadi marah. 

‘Berat nya beg ni. Penuh dengan handphone diorang.’

‘Ha? Akak rampas ke?’

‘Tak lah, akak tolong pegang, kejap lagi kan ada spot check.’

WTH! 

Sikap begitu membunuh maruah sendiri. Ia meletakkan kemuliaan guru di bawah kasut pelajar.

Kalau saya seorang pengawas di sekolah yang bersungguh-sungguh mahu menjaga peraturan sekolah agar dipatuhi semua murid, tiba-tiba saya tahu ada guru yang bersikap begitu, apa perasaan saya sebagai pelajar terhadap guru itu?

Saya kagum jika ada guru boleh menjadikan murid sebagai kawan, boleh bermesra dan intim dengan mereka, tapi saya benci jika ada guru yang mengajar pelajarnya menipu.


 

Friday 15 March 2013

Musafir wanita tanpa mahram

Musafir wanita tanpa mahram
Oleh Kamil Majid

Jawapan: Soalan seperti ini sudah banyak kali diajukan kepada saya. Jawapan rasmi di Malaysia, haram musafir bagi wanita tanpa mahram itu. Saya pernah mendengar sendiri, pihak Tabung Haji tidak izinkan wanita me nunaikan ibadat haji tanpa mahramnya.

Pendapat seperti ini sesuai dengan apa yang difatwakan oleh ulama besar di Syria, Wahbah al-Zuhaili yang menyatakan, “Tidak harus wanita melakukan haji dan umrah tanpa mahram. Namun menurut beliau, mazhab Syafii membolehkan haji wajib, tetapi bukan umrah. Jika haji sunat (kali kedua atau ketiga) diwajibkan ada mahram.

Pendapat yang sama diberikan beliau ketika ditanya tentang wanita ke luar negara bagi mencari ilmu. Katanya, mesti bersama mahram. Jika terpaksa, mesti ditemani, sekurang-kurangnya ada wanita bersama yang dipercayai.

Namun agak menarik perkara ini diwacanakan semula. Jika berpegang kepada pendapat seperti itu, boleh dikatakan seluruh ibu bapa beragama Islam di Malaysia dewasa ini berdosa. Manakan tidak, boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia ada sahaja anak perempuan mereka belajar atau bekerja di luar negara atau di luar daerah tempat tinggal, atau suami melepaskan isteri ke out-station.

Persoalan ini berbangkit daripada maksud hadis: Tidak boleh wanita musafir kecuali ber samanya mahram. Hadis Sahih, Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas.

Hadis sebegitu, sepatutnya bukan sekadar diambil begitu sahaja. Al-Qaradawi, ketika membincangkan panduan dan disiplin memahami hadis dalam bukunya: “Bagaimana Berinteraksi Dengan Hadis Nabi” menyatakan, hadis hendaklah difahami dalam skop sebab atau alasan kenapa hadis menyebut begitu.

Adakah dihukum haram semata-mata tanpa mengambil kira kondisi, atau kepentingan tertentu, atau menolak sesuatu keburukan. Ini memerlukan satu kefahaman mendalam, penelitian yang halus, malah kajian lebih meluas terhadap nas-nas yang lain juga.

Jika memahami al-Quran perlu kepada latar belakang sebab turun ayat, hadis juga perlu diketahui sebab melatar belakangi hadis itu. Berbalik kepada hadis di atas, apa sebe- narnya alasan pengharaman itu?

Larangan berlaku kerana bimbangkan keselamatan wanita yang musafir tanpa mahram (pada masa itu musafir melalui unta di tengah padang pasir pada kawasan terpencil) akan terdedah kepada bahaya atau menjatuh maruah mereka.

Berbeza

Menurut al-Qaradawi, ketika keadaan sudah berbeza, unta bertukar kapal terbang yang penumpangnya ramai, tidak ada lagi kecurigaan mendatangkan bahaya bagi wanita bersendirian, hukumnya turut berubah.

Justeru itu, ada ulama yang membenarkan wanita menunaikan haji tanpa mahram atau suami, jika ada wanita lain bersamanya yang boleh diharap, malah isteri nabi Siti Aisyah pernah ke Mekah dari Madinah pada zaman pemerintahan Umar tanpa mahram tetapi ditemani para sahabat seperti Uthman dan Abdul Rahman bin ‘Auf.

Pandangan ulama yang lebih terbuka mengharuskan wanita musafir, jika aman perjalanan. Namun mazhab Syafii berpendapat sebaliknya. Dalam hubungan ini, ingin ditekankan bahawa hukum boleh berubah mengikut perubahan adat dan uruf. Di Arab Saudi tidak membenarkan wanita bermalam di hotel tanpa mahram. Kini peraturan itu sedang dikaji untuk ditarik balik.

Apakah berdosa wanita memandu kereta berseorangan? Di Saudi wanita masih belum diizin memandu kereta bersendirian. Tetapi di Malaysia agaknya tidak lagi menjadi isu.

Bagi menjawab persoalan seperti ini, penulis lebih cenderung kepada pandangan ulama berkaliber, Yusuf al-Qaradawi menimbangkan hukum berasaskan uruf atau adat stempat. Katanya, jika kita membaca kitab fikah Islam, banyak hukum yang dahulu tidak dibolehkan, dewasa ini diboleh kan. Ini berlaku hasil kemajuan sains, teknologi, ekonomi dan tamadun.

Hukum asal dalam perniagaan tidak membenarkan bayaran tertangguh. Diambil pembeli barangan dan dibayar tunai. Tetapi pembelian hari ini yang menggunakan cek, pembayaran hari Khamis akan ditunai dua atau tiga hari ke depan. Jika Sabtu dan Ahad bank cuti, cek dapat ditunai pada hari Isnin, lewat empat hari. Namun masyarakat pada hari ini sudah menerima pembayaran seperti itu.

Justeru itu, banyak perkara pada hari ini sudah berubah oleh perubahan ekonomi, sosial dan politik memerlukan fuqaha memberikan pandangan baru.

Beberapa contoh lain boleh dikemukakan. Banyak yang mengajar wanita tidak boleh ke masjid untuk bersembahyang, sebab ada larangan berbuat begitu. Ketika wanita sudah ke mana-mana sama ada pasar, sekolah, pejabat mahupun keluar negara, apakah wajar larangan begitu diteruskan?

Kenyataan ini bukanlah bermaksud menidakkan pendapat yang lama, tetapi ia tetap perlu diwacanakan terutama oleh mereka yang berkeahlian untuk memudahkan kehidupan pada zaman moden ini.

Mengambil sikap jumud dalam persoalan seperti ini menyebabkan, seperti kata Syakib Arsalan, umat Islam terus mundur. Ini bukanlah pula bermaksud ijtihad boleh dibenarkan kepada siapa sahaja hatta kepada mereka yang buta al-Quran dan buta hadis.

Ada mereka yang tidak cukup syarat, tetapi dengan beraninya ingin mencampak ke laut segala warisan fikah lama atau kitab-kitab imam Syafii, atau hadis Bukhari. Mereka yang tidak layak ini, tidak pula melayakkan mereka ingin menjadi pemikir zaman ini. Fikah tetap dipertahankan, tetapi ia me merlukan pembaharuan. Apa yang tidak boleh diperbaharui adalah syariat Islam, teks al-Quran dan nas hadis. Soal pentafsirannya zaman sudah berubah, ilmu jauh berkem bang, lalu pentafsiran turut berubah.

Isu kewanitaan dalam Islam banyak yang perlu dinilai semula. Wanita yang dianggap menganggotai separuh masyarakat tidak harus diabai atau dizalimi hak mereka.

Justeru itu, isu wanita musafir tanpa mahram harus dilihat secara lebih luas. Apalagi keadaan masa kini banyak pengawasan di luar negara seperti hal ehwal pelajar di kedutaan, persatuan pelajar dan pelbagai lagi, malah sistem sokongan dan pengangkutan yang cukup canggih. Asalkan sahaja anakanak perempuan ini tidak mendedahkan diri mereka kepada kegiatan antisosial atau gejala maksiat. Wallahualam.

* Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. E-mel: kamilmajid50@yahoo.com.

Thursday 14 March 2013

Menulis



Lontaran perkataan yang menggambarkan keadaan hati merupakan suara sunyi yang boleh mengubati.
Menulis adalah terapi. 

Menulis menghidangkan damai yang sukar dirasa apabila dilontarkan perkara yang sama kepada manusia.
Menulis adalah rawatan yang mempunyai penawar yang setia, tidak pernah memberi kecewa. 

Berbeza dengan manusia yang ada telinga, namun tidak ada pendengaran, ada jiwa tetapi tidak ada perasaan.

Lebih indah berkawan dengan tulisan yang bisu dan pekak, tetapi tidak pernah menyakitkan.

Murid murid



‘Macam mana belajar Kimia. Ok ke dengan cikgu baru?’

‘Emm, ok, tapi cikgu tu garang sikit la..’

Saya seorang yang garang. Yay!

Perasaan dulu-dulu mahu ‘dakwah’ murid, membelai dan mendidik mereka sehingga menjadi ‘orang’ hilang entah ke mana. Semangat dulu-dulu yang mahu mengubah pelajar ke arah yg lebih baik bagai sudah expired. Tidak lagi valid.

Realitinya terlalu jauh dari imaginasi.

Haih. Maafkan cikgu murid-muridku. Cikgu tidak ada sabar dalam mendidikmu. 

Sedih juga memikirkan mereka yang masih remaja, belum lagi buluh, tapi cikgu pula sudah putus asa melihat kelakuan mereka. Cikgu yang bersalah kerana tidak mampu mendidik, padahal kalau cikgu sabar, mereka akan berubah pastinya.

Maka jelaslah, saya bukan guru yang baik. Jadi? Jalan mana yang perlu diambil selepas ini?

Saya sangat penat mengajar, perlu mengeluarkan suara yang kuat sehingga kepala menjadi sakit setiap kali keluar kelas. Itu pun pensyarah masih lagi ‘your voice should be louder..’ heh??



 

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....