Sunday 17 March 2013

Salah Ubah



Arkitek telah lama mengubah pelepah tamar menjadi tirai, tirai kemudian bertukar menjadi dinding, dinding kini pula punya berbagai design dan akan datang berubah pula menjadi entah apa.

Pakar automatif mengubah dari berunta, telah kita berganjak kepada kereta. Ada yang sempit, ada besar dan kecil, terbang dan layar, semua boleh dipilih.

Tetapi agama?

Para ustaz hanya asyik mengubah cara berselawat, cara berzikir dan berbagai gaya ibadah yang diinovasi. Dahulu hanya 100 kali, hari ini sudah perlu 1000 kali.

Hakikatnya bidang ibadah tidak perlu diinovasi. Ia mendekati bid’ah yang dibenci Nabi.

Yang perlu diuli, ialah feqah yang fleksibel. Malang, malang dan malang, apabila mereka tersalah prioriti.
Yang perlu rigid, diubah dengan berbagai versi. Yang perlu dinamik, ditinggal tidak diusik.

Masih statik menggunakan fiqh konservatif. Sedangkan fiqh kontemporari dilabel dengan gelar yang berbagai, liberal pun digelar, wahabi pun juga. Apalah nasib menjadi rakyat Malaysia. Salah di mana agama di Malaysia ini? Bala apakah yang sudah terjadi?

Kepada orang agama yang berkuasa, yang mungkin terasa dan mungkin tidak membaca, mari kita berkenalan sebentar. Berkenalan dengan dunia hari ini yang menolak kejumudan.


No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...