Musafir wanita tanpa mahram
Oleh Kamil Majid
Jawapan:
Soalan seperti ini sudah banyak kali diajukan kepada saya. Jawapan
rasmi di Malaysia, haram musafir bagi wanita tanpa mahram itu. Saya
pernah mendengar sendiri, pihak Tabung Haji tidak izinkan wanita me
nunaikan ibadat haji tanpa mahramnya.
Pendapat seperti ini sesuai
dengan apa yang difatwakan oleh ulama besar di Syria, Wahbah al-Zuhaili
yang menyatakan, “Tidak harus wanita melakukan haji dan umrah tanpa
mahram. Namun menurut beliau, mazhab Syafii membolehkan haji wajib,
tetapi bukan umrah. Jika haji sunat (kali kedua atau ketiga) diwajibkan
ada mahram.
Pendapat yang sama diberikan beliau ketika ditanya
tentang wanita ke luar negara bagi mencari ilmu. Katanya, mesti bersama
mahram. Jika terpaksa, mesti ditemani, sekurang-kurangnya ada wanita
bersama yang dipercayai.
Namun agak menarik perkara ini
diwacanakan semula. Jika berpegang kepada pendapat seperti itu, boleh
dikatakan seluruh ibu bapa beragama Islam di Malaysia dewasa ini
berdosa. Manakan tidak, boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia ada
sahaja anak perempuan mereka belajar atau bekerja di luar negara atau di
luar daerah tempat tinggal, atau suami melepaskan isteri ke
out-station.
Persoalan ini berbangkit daripada maksud hadis:
Tidak boleh wanita musafir kecuali ber samanya mahram. Hadis Sahih,
Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas.
Hadis sebegitu,
sepatutnya bukan sekadar diambil begitu sahaja. Al-Qaradawi, ketika
membincangkan panduan dan disiplin memahami hadis dalam bukunya:
“Bagaimana Berinteraksi Dengan Hadis Nabi” menyatakan, hadis hendaklah
difahami dalam skop sebab atau alasan kenapa hadis menyebut begitu.
Adakah
dihukum haram semata-mata tanpa mengambil kira kondisi, atau
kepentingan tertentu, atau menolak sesuatu keburukan. Ini memerlukan
satu kefahaman mendalam, penelitian yang halus, malah kajian lebih
meluas terhadap nas-nas yang lain juga.
Jika memahami al-Quran
perlu kepada latar belakang sebab turun ayat, hadis juga perlu diketahui
sebab melatar belakangi hadis itu. Berbalik kepada hadis di atas, apa
sebe- narnya alasan pengharaman itu?
Larangan berlaku kerana
bimbangkan keselamatan wanita yang musafir tanpa mahram (pada masa itu
musafir melalui unta di tengah padang pasir pada kawasan terpencil) akan
terdedah kepada bahaya atau menjatuh maruah mereka.
Berbeza
Menurut
al-Qaradawi, ketika keadaan sudah berbeza, unta bertukar kapal terbang
yang penumpangnya ramai, tidak ada lagi kecurigaan mendatangkan bahaya
bagi wanita bersendirian, hukumnya turut berubah.
Justeru itu,
ada ulama yang membenarkan wanita menunaikan haji tanpa mahram atau
suami, jika ada wanita lain bersamanya yang boleh diharap, malah isteri
nabi Siti Aisyah pernah ke Mekah dari Madinah pada zaman pemerintahan
Umar tanpa mahram tetapi ditemani para sahabat seperti Uthman dan Abdul
Rahman bin ‘Auf.
Pandangan ulama yang lebih terbuka mengharuskan
wanita musafir, jika aman perjalanan. Namun mazhab Syafii berpendapat
sebaliknya. Dalam hubungan ini, ingin ditekankan bahawa hukum boleh
berubah mengikut perubahan adat dan uruf. Di Arab Saudi tidak
membenarkan wanita bermalam di hotel tanpa mahram. Kini peraturan itu
sedang dikaji untuk ditarik balik.
Apakah berdosa wanita memandu
kereta berseorangan? Di Saudi wanita masih belum diizin memandu kereta
bersendirian. Tetapi di Malaysia agaknya tidak lagi menjadi isu.
Bagi
menjawab persoalan seperti ini, penulis lebih cenderung kepada
pandangan ulama berkaliber, Yusuf al-Qaradawi menimbangkan hukum
berasaskan uruf atau adat stempat. Katanya, jika kita membaca kitab
fikah Islam, banyak hukum yang dahulu tidak dibolehkan, dewasa ini
diboleh kan. Ini berlaku hasil kemajuan sains, teknologi, ekonomi dan
tamadun.
Hukum asal dalam perniagaan tidak membenarkan bayaran
tertangguh. Diambil pembeli barangan dan dibayar tunai. Tetapi pembelian
hari ini yang menggunakan cek, pembayaran hari Khamis akan ditunai dua
atau tiga hari ke depan. Jika Sabtu dan Ahad bank cuti, cek dapat
ditunai pada hari Isnin, lewat empat hari. Namun masyarakat pada hari
ini sudah menerima pembayaran seperti itu.
Justeru itu, banyak
perkara pada hari ini sudah berubah oleh perubahan ekonomi, sosial dan
politik memerlukan fuqaha memberikan pandangan baru.
Beberapa
contoh lain boleh dikemukakan. Banyak yang mengajar wanita tidak boleh
ke masjid untuk bersembahyang, sebab ada larangan berbuat begitu. Ketika
wanita sudah ke mana-mana sama ada pasar, sekolah, pejabat mahupun
keluar negara, apakah wajar larangan begitu diteruskan?
Kenyataan
ini bukanlah bermaksud menidakkan pendapat yang lama, tetapi ia tetap
perlu diwacanakan terutama oleh mereka yang berkeahlian untuk memudahkan
kehidupan pada zaman moden ini.
Mengambil sikap jumud dalam
persoalan seperti ini menyebabkan, seperti kata Syakib Arsalan, umat
Islam terus mundur. Ini bukanlah pula bermaksud ijtihad boleh dibenarkan
kepada siapa sahaja hatta kepada mereka yang buta al-Quran dan buta
hadis.
Ada mereka yang tidak cukup syarat, tetapi dengan
beraninya ingin mencampak ke laut segala warisan fikah lama atau
kitab-kitab imam Syafii, atau hadis Bukhari. Mereka yang tidak layak
ini, tidak pula melayakkan mereka ingin menjadi pemikir zaman ini. Fikah
tetap dipertahankan, tetapi ia me merlukan pembaharuan. Apa yang tidak
boleh diperbaharui adalah syariat Islam, teks al-Quran dan nas hadis.
Soal pentafsirannya zaman sudah berubah, ilmu jauh berkem bang, lalu
pentafsiran turut berubah.
Isu kewanitaan dalam Islam banyak yang
perlu dinilai semula. Wanita yang dianggap menganggotai separuh
masyarakat tidak harus diabai atau dizalimi hak mereka.
Justeru
itu, isu wanita musafir tanpa mahram harus dilihat secara lebih luas.
Apalagi keadaan masa kini banyak pengawasan di luar negara seperti hal
ehwal pelajar di kedutaan, persatuan pelajar dan pelbagai lagi, malah
sistem sokongan dan pengangkutan yang cukup canggih. Asalkan sahaja
anakanak perempuan ini tidak mendedahkan diri mereka kepada kegiatan
antisosial atau gejala maksiat. Wallahualam.
* Prof. Madya
Mohamad Kamil Ab. Majid ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan
Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
E-mel: kamilmajid50@yahoo.com.
When you want something,all the universe conspires in helping you to achieve it - Alchemist.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Queen Of Tears
Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...
-
Saya tidak nampak ada kesalahan. Biarpun mungkin bunyinya agak sumbing. Dulu saya berfikir berbeza. Tapi hari ini, mungkin kerana telah ...
-
Seksualiti merdeka..ke mana hala tuju negara kita? Kepada kehancuran, atau kesejahteraan? Read this scary page.. Seberani itu mereka ber...
-
Usia 19-23 tahun saya di USM 4 tahun yang penuh warna warni. Saya pelajar Sains dengan Pendidikan major Biologi dan minor Kimia. Jadi say...
No comments:
Post a Comment