Wednesday 30 November 2011

Golongan Hiperbola


Fakta sebenar :
Satu kejadian kemalangan telah berlaku di simpang jalan, menyebabkan luka kecil di lutut penunggang motosikal tersebut.
 Mereka menyebarkan :
‘Ada eksiden nu, patah lutut doh...’

Fakta sebenar :
Dengan menghormati kesarjanaan Imam Ghazali, terdapat beberapa hadis dhaif dalam kita Ihya Ulumiddin yang mungkin tidak disengajakan oleh Imam Ghazali rahimahullah.
 Mereka menyebarkan ;
‘Depa kata Imam Ghazali masuk neraka..’
‘Depa tu Imam Ghazali pun depa kutuk..’

Fakta sebenar :
Tidak ada satu hadis yang sahih mengatakan malam Jumaat baca Yasin. Tetapi ada hadis mengatakan surah Al Kahf sunat dibaca hari Jumaat.
 Mereka menyebarkan :
‘Depa kata haram baca yasin malam jumaat..’
Ini pun hiperbola dan melampau2!

Fakta sebenar :
Pendapat yang lebih kukuh mengatakan menyentuh wanita bukan muhrim atau isteri tidak membatalkan wudhuk.
Mereka meyebarkan :
‘Depa kata buleh sentuh pempuan bukan muhrim...’

Kemudian, yang mendengar tanpa menganalisis, yang mendengar sebelah pihak, makcik2 dan pakcik2 di kampung akan kata,
‘Ish ish..teruk no depa ni..kapiaq apo..’

So, how? What more we could do?

Saturday 26 November 2011

Darah Seni dan Seni yang Berdarah.

Saya berdarah A+. Darah seni ni jenis apa ya? 

Saya sedang bekerja keras dalam menghasilkan sebuah drama. Saya merupakan pengarah, penulis skrip, pelakon dan juga pengkritik sekaligus penonton!

Seksanya Tuhan sahaja yang tahu apabila dipaksa melakukan sesuatu yang saya tak pandai. Saya tidak bermasalah untuk mengarahkan drama, menulis skrip, atau mengkritik, tapi tidak untuk  berlakon! Sewaktu di matrikulasi, saya dipaksa berlakon dalam drama Bahasa Inggeris, berbulan-bulan latihan dijalankan, dan berbulan-bulan juga lah saya terseksa. Baru saya percaya pada bakat dan baka, saya tidak berdarah seni sebagai pelakon. 

Bukan saya malu, bukan saya tidak yakin, tapi saya tak pandai. Saya telah berkali-kali berusaha mengekspresi muka dan menggayakan watak, tapi tak menjadi, keras dan kaku. Saya sendiri berasa keras, apatah lagi mata-mata yang menonton. Sekali lagi saya percaya pada bakat, ramai kawan saya yang tergagap apabila berbicara di hadapan, tetapi lancar dan fasih dalam berlakon. Ada juga yang seperti saya, tidak bermasalah dalam menghuraikan fakta, tetapi menjadi cacat dan kurang upaya dalam lakonan. Begitulah Allah membahagikan kurniaanNya.
 Maahad : Tempat yg tidak pernah mengajar subjek pendidikan seni, tetapi penuh dgn tgn2 yg berseni membentuk jiwa rabbani.
Saya pun tidak tahu di mana rasionalnya bakal pendidik diwajibkan mengikuti kelas lakonan dan menghasilkan drama. Mungkin apabila menjadi guru nanti, ada banyak babak realiti yang perlu guru dilakonkan. Atau, semua manusia perlu belajar berlakon, kerana hidup ini penuh dengan lakonan. Barangkali.

Saya masih ingat pesan Ustaz Nasir semasa di Maahad. 

“Awak semua ni, bila dah keluar maahad nanti jangan semua jadi ustazah. Perlu ada yang jadi pengarah filem, pelakon, penyanyi.. “

Beliau mengemukakan dalil bahawa wanita boleh menyanyi yang kemudiannya menimbulkan kerutan2 kening dalam kalangan kami. Ada yang meragui kenyataan ustaz, “betul ke?”. 

Bab dalil itu bab bagi yang faqih. Saya yang biasa hanya mencedok dari mereka, mendengar dan menilai. Tetapi bab keperluan semasa, itu semua orang boleh bagi idea. Lihat industri seni di Malaysia, sedang berdarah disembelih puak-puak musuh Islam. Disembelih nilai-nilai agama dan budaya. Tinggallah seni yang tidak ada ruh, kosong tanpa sebarang nilai. 

Saya setuju dengan Ustaz Nasir, bahawa kita lah yang perlu mengubah seni itu kembali menjadi suci dan bernilai. Jangan hanya sedar masa mahu menghukum dan mengkritik, tapi tidur lena tatkala pelaksanaannya dituntut.
hanya binaan yg berseni, tetapi sunyi dari yang mengunjungi, kerana ajakan utk ke rumah Allah mungkin kurang berseni..
*oh,patutlah kelas lakonan diwajibkan, sebab bakal guru ini bukan hanya perlu jadi guru, tapi juga perlu mengubah seni menjadi suci. Ok..

Hari ini usianya 30.


“Kalau nak ambil aliran Sains, biar boleh jadi doktor. Kalau tak, tak payah.” 

Itu nasihatnya sewaktu saya keliru untuk memilih aliran Sains atau agama selepas bergelar pelajar cemerlang PMR. =)

3 tahun kemudian, saya keliru lagi. Menerima tawaran perubatan atau pendidikan.

 “Ikut Dah la. Dah rasa nak yang mana.”

Dia tidak memberi kata putus. Meminta saya merujuk kepada fatwa hati.

Lalu saya berkata, saya memilih untuk serupa dengan dia, iaitu sebagai pendidik sekaligus menolak tawaran perubatan itu.

Cuti 4 bulan baru-baru ini, saya menjaga si kecil nya. Apabila tetamu datang, berulang-ulang kali saya perlu membuat kenyataan ini.

“Ni Dah, bukan Kak Na.”

Benar-benar ramai yang menyangka saya adalah dia. Mahu saja pakai nametag kalau orang datang. Tak perlu berkali-kali saya kena buat statement. Heheh..

Hari ini usianya 30 tahun. Wanita berkerjaya sebagai pendidik, juga pemilik syarikat perniagaan sendiri dan sedang berkira2 untuk menyambung pengajiannya dalam PhD. 

Saya menyokong penuh untuk dia menyambung pengajiannya. Saya yakin dia akan menjadi muslimah hebat yang diperlukan ummat. Orang yang keputusannya biasa sahaja masa degree pun boleh sambung PhD dengan jayanya, apatah lagi orang yang dapat pointer first class macam dia, tentulah berganda2 boleh nya. 

Tetapi dia sendiri masih meragui kemampuannya. Eh, bukan meragui tapi tawadhuk dengan kelebihan. =)

Apa pun, sebagai adik yang baik dan comel saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya bersama dua bakal mujaddid tersohor  – Sufi dan Nasih, dan bersama daddy mereka.  Semoga sentiasa diberi kelebihan dan kurniaan oleh Allah S.W.T di dunia dan juga di akhirat.


Selamat Hari Lahir buat Ustazah Husna.
Beberapa tahun lagi, begini pula ucapan saya - Happy Birthday Dr. Husna..!

Friday 25 November 2011

Meredah Payah.

Hidup yang kita meniti di atasnya bukanlah sentiasa selesa. Nikmat boleh bernafas pun belum cukup kita syukuri, apatah lagi untuk menerima nikmat2 keselesaan sepanjang masa. Layakkah kita untuk Tuhan memberi selesa? Bertimbun sudahkah amalan kita sehingga Tuhan perlu ‘melayan’ kita dengan keselesaan sentiasa? 


Bukan menafikan untuk memohon kesenangan dari Tuhan, tetapi janganlah sering merungut dengan kepayahan. Kerana sebenarnya kita memang layak diberi kepayahan pun.

Berdepan kesulitan dan kepayahan, jiwa akan sentiasa mengeluh. Namun memikirkan ini ujian, hati yang punya iman akan tenang berdepan. Merintih di hadapan Tuhan kerana pahitnya ujian antara sumber ketenangan.


Adapun insan, apabila menghadapi kesukaran, akan tetap memberi kesan pada perasaan. Tidak salah untuk berasa sedih dan berasa diri diuji, kerana itu fitrah, tetapi susunlah strategi untuk menangani. 

Sampai bila pun, kita akan hidup dalam ujian. Jika di dunia tidak mahu diuji, pilihlah untuk mati! 


 Tidak lagi diuji, hanya dibalas apa yang dijanji.

Thursday 24 November 2011

Sabar itu mudah.

Jarang kita dengar sabar itu mudah.

Ya, ia jauh lebih mudah dari syukur. 

Jadi, bersyukurlah kita perlu bersabar. Bersyukurlah kita diuji dengan kepayahan kerana berdepan dengan kepayahan itu lebih mudah mendekatkan kita dengan Tuhan, berbanding berdepan dengan kesenangan yang sering melalaikan.

Namun, adakah kita hanya diberi kepayahan dalam hidup ini? Atau, kita hanya tahu mengira kesulitan, sehingga kita sering merasa kita perlu banyak bersabar dari bersyukur?

Sedangkan jutaan kemudahan yang Tuhan kurniakan tidak kita hitungkan? Tanyalah pada diri.

Hanya kita yang mampu muhasabah hati sendiri.


Sabar itu indah. Sabar itu mudah. Sabar itu manis.

Pun, menelani 'manis' itu, jika tiada bekal walaupun setitik iman di jiwa, telah membunuh ramai manusia. Kita orang beriman, lagi diuji, lagi kita dekati..ajarlah pada hati bahawa sabar itu taranya harus tiada, perlu dipegang setia.

Selamat bersabar.


*All men commend patience, although few are willing to practice it. sedang bersabar menjadi editor untuk penulisan skrip. haih, hurup besar hurup kecik pun tak tahu rule ka? ayat bukan setakat tunggang langgang, dah tak cukup sifat pun..tulisan sms pun banyak..ingat lecturer ada masa ke nk mengeja short form hang..sila belajar format penulisan yg betul mahasiswa2 sekalian..ponat den..sabar..sabar..


Tuesday 22 November 2011

Yay, buku baru lagi..!

walaupun esok malam test kimia organik, tp sy nk baca buku ni jgk!





Eh, buku ni pun ada? ni saya akan pinjam dari kak sweet dan comel sy.. 

Sunday 20 November 2011

Ibuku...


Ibuku mempunyai seribu mimpi
Yang dipikulnya tiap hari
Sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.
Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
Tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
Menggaru betisnya yang dikerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
Suaminya yang mati melarat
Setelah dikerumuni lintah darat.
Ibuku tangannya kasar berbelulang
Mengangkat bata-bata bangunan
Wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
Tinggal di bilik sempit
Upah buruhnya sangat sedikit.
Ibuku tidak punya TV
Tidak berpeluang pula menontonnya
Tak pernah mengikuti laporan parlimen
Atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
Tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
Atau pertunjukan masak-masakan
Dengan resepi yang sangat menakjubkan.
Ibuku setiap pagi berulang ke kilang
Bekerja dengan tekun hingga ke malam
Mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
Kaburlah mata ibu diselaputi logam.
Ibuku tidak tahu tentang hak asasi
Apalagi tentang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
Nama-nama saham yang menjanjikan makmur
Atau tentang dasar pandang ke Timur,
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
Yang melimpah kanji beras hancur.
O ibuku sayang
Di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
Pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Tak boleh jadi menteri.

-Usman Awang. 

*td Ma call tanya sampai bilik pukul berapa, dh mkn ke belum, roomate ada ke x..kalau hati sy ada sejuta pun,semua sy bagi kat Ma..

Thursday 17 November 2011

Let's Learn!

Components of Hadith
 
A hadith is composed of three parts (see the figure [below]):


Matn (text), isnad (chain of reporters), and taraf (the part, or the beginning sentence, of the text which refers to the sayings, actions or characteristics of the Prophet (PBUH), or his concurrence with others action). The authenticity of the hadith depends on the reliability of its reporters, and the linkage among them. 

Ok, see you next class..

Wednesday 16 November 2011

Al Kulliyyah dan National Geographic

Saya dibesarkan dalam suasana Al Kulliyyah. Bukan National Geographic. Tetapi saya hari ini perlu mendepani setiap hari kuliah ala-ala National Geographic. Pada mulanya memang agak membosankan, dan kadang2 melucukan, sering saya terketawa apabila saya belajar jenis-jenis katak, jenis-jenis cicak, bagaimana katak jantan mengorat katak betina, dan macam-macam lagi yang saya pun selalu menguap2 dalam kuliah, hingga menitiskan airmata menahan nafsu mengantuk.

Jika saya berada dalam Pengajian Islam, mungkin yang datang ke kuliah tadi ialah seorang ulama tersohor dunia, mungkin Dr Yusuf Qaradhawi, mungkin Dr Wahbah Zuhaili, tetapi kerana saya sedang belajar sesuatu ilmu yang lain, maka yang datang tadi ialah ulama Zoology dari US, Sir - sy lupa namanya, penulis kitab Zoology – bukan lupa namanya, tapi sewaktu pensyarah saya perkenalkan dia, saya kurang jelas sebutan namanya, lihatlah tahap kepekaan dan kecintaan saya.

Belajar ilmu2 begini sangat menarik sebenarnya. Jika dalam Al Kulliyyah dibentangkan ayat-ayat naqli dari al Quran dan Hadis menunjukkan kekuasaan Allah, tetapi dalam National Geographic ditunjukkan kebesaran Allah melalui ciptaan2 nya yang ada di depan mata, di mana-mana. Subhanallah. Beliau menunjukkan cicak yang ada sayap, cicak yang boleh berdiri, salamender yang ada bagai2 corak yang sangat cantik, ular yang bergerak macam orang tempang, dan macam-macam lagi. Masya Allah. Bukankah ia juga menambahkan iman?

Saya teringat suatu hari, abang saya membaca senarai subjek yang saya perlu ambil di universiti sebagai pelajar Pendidikan Biology, salah satunya Zoologi Invertebrata. Dia gelak dan berkata, ‘lepas ni boleh la buka zoo.’ Saya pun ikut tergelak. Abang saya memang suka bergurau. 

Buka zoo atau tidak, yang penting sentiasa buka hati untuk apa-apa ilmu. Bukan ilmu syariah sahaja menambahkan iman dan keyakinan, bahkan ilmu2 lain kadang kala juga mendekatkan. Semua bergantung kepada hati yang menerima. Jika niatnya mahu mencari ilmu untuk dekatkan diri pada Tuhan, maka dekatlah. Kalau niatnya mencari ilmu untuk kemegahan dan nama, maka Insya Allah hanya yang itu akan diperoleh.

Saya sebenarnya sedang membaja diri agar senang tumbuh rasa cinta untuk ilmu2 alah ini. Sungguh, cinta itu dariNya, dan minta lah dariNya.

mana satu al kulliyyah,mana satu NG?

Friday 4 November 2011

Tunggang Langgang

Seksualiti merdeka..ke mana hala tuju negara kita?

Kepada kehancuran, atau kesejahteraan? Read this scary page..


Seberani itu mereka bertindak atas nama hak kemanusiaan. Kita?

Masih lagi sibuk melabel manusia berdasarkan warna parti, masih lagi sibuk  melabel manusia wahabi, ahbash, syiah, bid'ah, sesat..

Masih lagi sibuk kempen air itu air ini, kismis jampi, jus doa, apa ni? Come on la, kita takkan boleh menang kalau macam ni.

Orang2 agama meninggalkan masyarakat untuk keuntungan masing2. Orang agama dalam politik sibuk duk perhati cincin orang, sibuk duk sebar gambar kemungkaran orang, duk mengata anak2 orang lain..

Khutbah Jumaat pulak duk ceramah tentang Belilah Barangan Buatan Malaysia, Kedai 1Malaysia.. huh!




Sedikit demi sedikit mereka menghakis nilai. Kini bukan lagi kelihatan terhakis, malah kita sudah kelihatan hancur menuju lebur!

Saying yes to the clearly wrong things in the name of human rights? Bullshit.

Wednesday 2 November 2011

Lelaki, bangunlah dari lena!

Oh Melayu. Lelaki Melayu tipikal!

Dibesarkan sebagai ‘boy’, diberi apa jua ‘toy’ yang diinginkan.

Kemudian, masuk sekolah malas belajar. Mama kata, ‘tak pa, budak lelaki memang bukan jenis study, tapi exam ok..’. Papa pulak kata ‘ala, papa dulu pun macam tu jgk..'

Bila dah besar, ‘Boy, baju ada dalam bilik, Mama dah iron kan’.

‘Boy, jom ikut Papa pergi tengok bola, biar Mama dan kakak je yang basuh pinggan tu, tu kerja orang perempuan la.’

Bila dah kahwin, Boy pun mengulang kitaran yang sama terhadap anak2nya. Dan seterusnya, generasi berkembang dan berkembang. Teruslah lelaki hidup dalam lena.

Jika perempuan masih belum bangkit menyedarkan sesetengah golongan lelaki, maka beginilah sudahnya.. 

Malangnya, perempuan yang mahu bangkit dikatakan pula anti-lelaki, feminism melampau dan sebagainya. Teman, kerana kami perempuan yang menyayangi lelaki lah, kami mahu melihat lelaki bangun dari lena, sebelum dikejutkan di ‘sana’!

Lari lelaki lari, lari dari kesempitan budaya,kepada keluasan agama!

*bersambung.. (jika rajin)!

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....