Saturday 26 November 2011

Hari ini usianya 30.


“Kalau nak ambil aliran Sains, biar boleh jadi doktor. Kalau tak, tak payah.” 

Itu nasihatnya sewaktu saya keliru untuk memilih aliran Sains atau agama selepas bergelar pelajar cemerlang PMR. =)

3 tahun kemudian, saya keliru lagi. Menerima tawaran perubatan atau pendidikan.

 “Ikut Dah la. Dah rasa nak yang mana.”

Dia tidak memberi kata putus. Meminta saya merujuk kepada fatwa hati.

Lalu saya berkata, saya memilih untuk serupa dengan dia, iaitu sebagai pendidik sekaligus menolak tawaran perubatan itu.

Cuti 4 bulan baru-baru ini, saya menjaga si kecil nya. Apabila tetamu datang, berulang-ulang kali saya perlu membuat kenyataan ini.

“Ni Dah, bukan Kak Na.”

Benar-benar ramai yang menyangka saya adalah dia. Mahu saja pakai nametag kalau orang datang. Tak perlu berkali-kali saya kena buat statement. Heheh..

Hari ini usianya 30 tahun. Wanita berkerjaya sebagai pendidik, juga pemilik syarikat perniagaan sendiri dan sedang berkira2 untuk menyambung pengajiannya dalam PhD. 

Saya menyokong penuh untuk dia menyambung pengajiannya. Saya yakin dia akan menjadi muslimah hebat yang diperlukan ummat. Orang yang keputusannya biasa sahaja masa degree pun boleh sambung PhD dengan jayanya, apatah lagi orang yang dapat pointer first class macam dia, tentulah berganda2 boleh nya. 

Tetapi dia sendiri masih meragui kemampuannya. Eh, bukan meragui tapi tawadhuk dengan kelebihan. =)

Apa pun, sebagai adik yang baik dan comel saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya bersama dua bakal mujaddid tersohor  – Sufi dan Nasih, dan bersama daddy mereka.  Semoga sentiasa diberi kelebihan dan kurniaan oleh Allah S.W.T di dunia dan juga di akhirat.


Selamat Hari Lahir buat Ustazah Husna.
Beberapa tahun lagi, begini pula ucapan saya - Happy Birthday Dr. Husna..!

2 comments:

  1. wah, mesti terinspirasi punya k.na bila baca entry nih..bakpo x letak gambar sufi sekali..

    ReplyDelete
  2. banyak sgt gambar sufi..nt jeles pulak anak2 yg lain.kita kan ramai anak..

    terinspirasi kah? semoga..teringin sgt sebenarnya nk tgk ada antara kita yg sambung belajar, bukan stakat degree..

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...