Wednesday 16 November 2011

Al Kulliyyah dan National Geographic

Saya dibesarkan dalam suasana Al Kulliyyah. Bukan National Geographic. Tetapi saya hari ini perlu mendepani setiap hari kuliah ala-ala National Geographic. Pada mulanya memang agak membosankan, dan kadang2 melucukan, sering saya terketawa apabila saya belajar jenis-jenis katak, jenis-jenis cicak, bagaimana katak jantan mengorat katak betina, dan macam-macam lagi yang saya pun selalu menguap2 dalam kuliah, hingga menitiskan airmata menahan nafsu mengantuk.

Jika saya berada dalam Pengajian Islam, mungkin yang datang ke kuliah tadi ialah seorang ulama tersohor dunia, mungkin Dr Yusuf Qaradhawi, mungkin Dr Wahbah Zuhaili, tetapi kerana saya sedang belajar sesuatu ilmu yang lain, maka yang datang tadi ialah ulama Zoology dari US, Sir - sy lupa namanya, penulis kitab Zoology – bukan lupa namanya, tapi sewaktu pensyarah saya perkenalkan dia, saya kurang jelas sebutan namanya, lihatlah tahap kepekaan dan kecintaan saya.

Belajar ilmu2 begini sangat menarik sebenarnya. Jika dalam Al Kulliyyah dibentangkan ayat-ayat naqli dari al Quran dan Hadis menunjukkan kekuasaan Allah, tetapi dalam National Geographic ditunjukkan kebesaran Allah melalui ciptaan2 nya yang ada di depan mata, di mana-mana. Subhanallah. Beliau menunjukkan cicak yang ada sayap, cicak yang boleh berdiri, salamender yang ada bagai2 corak yang sangat cantik, ular yang bergerak macam orang tempang, dan macam-macam lagi. Masya Allah. Bukankah ia juga menambahkan iman?

Saya teringat suatu hari, abang saya membaca senarai subjek yang saya perlu ambil di universiti sebagai pelajar Pendidikan Biology, salah satunya Zoologi Invertebrata. Dia gelak dan berkata, ‘lepas ni boleh la buka zoo.’ Saya pun ikut tergelak. Abang saya memang suka bergurau. 

Buka zoo atau tidak, yang penting sentiasa buka hati untuk apa-apa ilmu. Bukan ilmu syariah sahaja menambahkan iman dan keyakinan, bahkan ilmu2 lain kadang kala juga mendekatkan. Semua bergantung kepada hati yang menerima. Jika niatnya mahu mencari ilmu untuk dekatkan diri pada Tuhan, maka dekatlah. Kalau niatnya mencari ilmu untuk kemegahan dan nama, maka Insya Allah hanya yang itu akan diperoleh.

Saya sebenarnya sedang membaja diri agar senang tumbuh rasa cinta untuk ilmu2 alah ini. Sungguh, cinta itu dariNya, dan minta lah dariNya.

mana satu al kulliyyah,mana satu NG?

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...