Saturday 26 November 2011

Darah Seni dan Seni yang Berdarah.

Saya berdarah A+. Darah seni ni jenis apa ya? 

Saya sedang bekerja keras dalam menghasilkan sebuah drama. Saya merupakan pengarah, penulis skrip, pelakon dan juga pengkritik sekaligus penonton!

Seksanya Tuhan sahaja yang tahu apabila dipaksa melakukan sesuatu yang saya tak pandai. Saya tidak bermasalah untuk mengarahkan drama, menulis skrip, atau mengkritik, tapi tidak untuk  berlakon! Sewaktu di matrikulasi, saya dipaksa berlakon dalam drama Bahasa Inggeris, berbulan-bulan latihan dijalankan, dan berbulan-bulan juga lah saya terseksa. Baru saya percaya pada bakat dan baka, saya tidak berdarah seni sebagai pelakon. 

Bukan saya malu, bukan saya tidak yakin, tapi saya tak pandai. Saya telah berkali-kali berusaha mengekspresi muka dan menggayakan watak, tapi tak menjadi, keras dan kaku. Saya sendiri berasa keras, apatah lagi mata-mata yang menonton. Sekali lagi saya percaya pada bakat, ramai kawan saya yang tergagap apabila berbicara di hadapan, tetapi lancar dan fasih dalam berlakon. Ada juga yang seperti saya, tidak bermasalah dalam menghuraikan fakta, tetapi menjadi cacat dan kurang upaya dalam lakonan. Begitulah Allah membahagikan kurniaanNya.
 Maahad : Tempat yg tidak pernah mengajar subjek pendidikan seni, tetapi penuh dgn tgn2 yg berseni membentuk jiwa rabbani.
Saya pun tidak tahu di mana rasionalnya bakal pendidik diwajibkan mengikuti kelas lakonan dan menghasilkan drama. Mungkin apabila menjadi guru nanti, ada banyak babak realiti yang perlu guru dilakonkan. Atau, semua manusia perlu belajar berlakon, kerana hidup ini penuh dengan lakonan. Barangkali.

Saya masih ingat pesan Ustaz Nasir semasa di Maahad. 

“Awak semua ni, bila dah keluar maahad nanti jangan semua jadi ustazah. Perlu ada yang jadi pengarah filem, pelakon, penyanyi.. “

Beliau mengemukakan dalil bahawa wanita boleh menyanyi yang kemudiannya menimbulkan kerutan2 kening dalam kalangan kami. Ada yang meragui kenyataan ustaz, “betul ke?”. 

Bab dalil itu bab bagi yang faqih. Saya yang biasa hanya mencedok dari mereka, mendengar dan menilai. Tetapi bab keperluan semasa, itu semua orang boleh bagi idea. Lihat industri seni di Malaysia, sedang berdarah disembelih puak-puak musuh Islam. Disembelih nilai-nilai agama dan budaya. Tinggallah seni yang tidak ada ruh, kosong tanpa sebarang nilai. 

Saya setuju dengan Ustaz Nasir, bahawa kita lah yang perlu mengubah seni itu kembali menjadi suci dan bernilai. Jangan hanya sedar masa mahu menghukum dan mengkritik, tapi tidur lena tatkala pelaksanaannya dituntut.
hanya binaan yg berseni, tetapi sunyi dari yang mengunjungi, kerana ajakan utk ke rumah Allah mungkin kurang berseni..
*oh,patutlah kelas lakonan diwajibkan, sebab bakal guru ini bukan hanya perlu jadi guru, tapi juga perlu mengubah seni menjadi suci. Ok..

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...