Friday 22 July 2016

Soalan Orang

"Takkan la tak ada dik. Mesti ada. Cerita la.."

Ini sudah kali ke berapa dia menyua soalan tentang perkahwinan. Dia kakak di sebelah meja saya di tempat kerja. 
Saya bukanlah jenis suka berkongsi cerita. Tambah pula kalau soalan ada tak yang masuk merisik.

 Rasanya tak penting pun untuk sesiapa tahu. Ya, mungkin untuk berbasa basi. Saya tidak marah pun soalanw begitu ditanya. Tidaklah sampai rasa nak tendang kereta dia balik nanti. Biasa saja, cuma rimas juga la kalau asyik tanya soalan yang kita tak ada jawapan.

Adapun sebenarnya, normal lah di usia2 begini orang2 bertanya dan menolong mencari2 dan berkenal2. Tapi buat masa ini, (dah macam artis pulak wakaakaka) yang tanya2 tu, belum lah ada yang rasa kita boleh 'live with'.
Yang ada kita berkenan sungguh di hati, tak berani pulak nak mula tanya2. Lagipun banyak benda lah dalam hidup ni nak kena fikir.

Nikah ni salah satu chapter antara chapters dalam hidup kita. So page nikah ni mungkin kat hujung skrip, mungkin di akhir plot, atauu mungkin juga tak ada dalam skrip. Kita pun tak tahu sebab cerita asalnya bukan kita yang tulis.
Apapun, Allah telah bagi banyakk nikmatNya. Pada dosa2 yang belum diminta ampun, tak terbandinglah Maha Baiknya Tuhan untuk terus memberi tanpa putus.

Jadi syukurilah yang ada ini. Yang belum ada, ulang ulanglah minta, seperti perlu ulangnya kayuh basikal agar tidak jatuh dan akhirnya sampai.

Wednesday 20 July 2016

Senyum

Tak kiralah kita ni jenis peramah atau tak, introvert ke extrovert, tapi senyumlah.

Kita mungkin tak tahu betapa gembiranya orang mendapat senyuman dari kita. Satu hari penuh dia rasa ceria hanya kerana satu senyuman kita.

Kita juga tak tahu ada orang rasa takut dan risau tanpa senyuman kita. Satu hari rasa tak kena dan tertanya tanya kenapa kita tak senyum. Nak marah kah? Ada buat salahkah? Penuh hari tu dengan rasa tak tenang.

Padahal, senyum bukan payah pun. Angkat hujung bibir kiri dan kanan, jadilah dia. Semudah iti membuat orang gembira, susahkah?

Friday 8 July 2016

Ayah

Dia tidak sempat melihat saya membesar. Saat saya dipanggil naik mengambil sijil pelajar cemerlang, dia tidak ada. Bahkan, ketika saya menangis ditekan kegagalan pun dia tidak datang memujuk untuk bangun kembali. Namun dia tetap hadir disisi tiap masa penuh seni tersendiri. Pada usia saya belum pun mencecah tahun kesepuluh, dia telah pergi.

Saya pun tidak ada banyak peristiwa bersama dia. Sekadar ingatan kecil kanak-kanak yang masih Tuhan pinjamkan untuk saya ingati bersama dia. Lebihnya melalui cerita ibu, abang dan kakak.
Biarlah berapa lama bersama, kerna yang indah bukan kerana masa tapi kerana jiwa yang merasa.
Rasa sayang yang paling tinggi mungkin saja tidak berkehendakkan memiliki. Mungkin dia dipeluk tanah di kuburan, kita hanya miliki bayangan. Dipisah tabir kehidupan, kita masih utuh merasa sayang.
Saya selalu terfikir andai dia disisi, saya dan dia bagaimana?

Tuesday 5 July 2016

USM

Usia 19-23 tahun saya di USM
4 tahun yang penuh warna warni. Saya pelajar Sains dengan Pendidikan major Biologi dan minor Kimia. Jadi saya perlu belajar di 3 pusat pengajian (fakulti) di sini. PP Ilmu Pendidikan, PP Kaji Hayat (Biologi), dan PP Sains Kimia.
Di USM, 2 kali saya menerima Anugerah Dekan. 3 kali saya menangis depan pensyarah di ketiga2 pusat pengajian saya.  Haaa, orang lain mesti tak ada kan pengalaman menangis depan pensyarah dalam bilik pensyarah kan? 

Pertama sebab saya dapat markag kuiz 0/10 dalam paper Analytical Chemistry. Paper tu ya Tuhan punya susah. Saya study macam nak rak tapi dapat 0, bayangkan. 
Orang2 yang dapat 0 ni, pensyarah suruh jumpa dalam bilik dia.
Saya terketar2 pergi menghadap dia. Saya masih ingat dia bebel dan perlekeh2 saya ni pemalas dan macam2. 
Mana la saya tak nangis. Mujur juga saya nangis, lepas tu baru dia tone down sikit ayat2 yang pedih tu. Keluar je dari bilik dia saya sambung nangis kat masjid.
Yang kedua pula kat Timbalan Dekan. Haaa lagi dasyat. Saya nak minta drop subject tapi dia tak bagi. Dia kata saya saja2 nak pilih kawan. Saya ni memang tak ada kawan, subjek mana2 pun tak da kawan. Saya minta2 dia tk bagi, apa lagi saya nangis la. Last2, pun dia tak bagi. Hahaha..menyesal jek aku susah payah nangis.


Yang ketiga, dekat School Biology. Saya nak minta kekalkan waktu lecture macam dlm jadual asal. Yang ni saya nangis sebab saya gerammm. Ada ke lecture elok2 pukul 8pagi nak ditukar ke waktu lain. Saya dah susun elok2 jadual saya supaya tak clash masa nak daftar subjek. Alih2 ikut suka je nak ubah. Masa dia tanya dalam lecture ok tak masa tu, saya angkat tangan kata tak ok. Sebab clash dgn paper English. Boleh pulak lecturer tu cakap 'paper English apa dah tahun 3? Repeat ke?' Pastu orang lain macam nak gelak. Geramnya sungguh2. Padahal dia tak tahu saya student education yg kenna ambik paper English sampai 3 level. 


Saya tak puas hati saya gi jumpa dia kat bilik. Minta2 dia tak bagi, saya naik geram sampai saya nangis. Mujurlah dia kesian. Dia kata saya boleh excuse kuliah dia yg clash tu, dan alternate. Emm masih x nakk tukar waktu tu. Saya iyakan saja dan balik.


Haaa macam tu lah hidup ni. Ada ketika kita senang dan smooth je. Ada masa kita ditekan dilenyek2. Tapi semua tu baik untuk kita. Walau apa yg berlaku semua tu sebab Allah nakk bagi kebaikan, pengalaman dan peringatan utk kita. Saya masih ingat, sayang dan doakan semua pensyarah2 saya. Saya berterima kasih sebabb bagi pengalaman yg macam2 utk saya.

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....