Friday 8 July 2016

Ayah

Dia tidak sempat melihat saya membesar. Saat saya dipanggil naik mengambil sijil pelajar cemerlang, dia tidak ada. Bahkan, ketika saya menangis ditekan kegagalan pun dia tidak datang memujuk untuk bangun kembali. Namun dia tetap hadir disisi tiap masa penuh seni tersendiri. Pada usia saya belum pun mencecah tahun kesepuluh, dia telah pergi.

Saya pun tidak ada banyak peristiwa bersama dia. Sekadar ingatan kecil kanak-kanak yang masih Tuhan pinjamkan untuk saya ingati bersama dia. Lebihnya melalui cerita ibu, abang dan kakak.
Biarlah berapa lama bersama, kerna yang indah bukan kerana masa tapi kerana jiwa yang merasa.
Rasa sayang yang paling tinggi mungkin saja tidak berkehendakkan memiliki. Mungkin dia dipeluk tanah di kuburan, kita hanya miliki bayangan. Dipisah tabir kehidupan, kita masih utuh merasa sayang.
Saya selalu terfikir andai dia disisi, saya dan dia bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...