Tuesday 1 July 2014

THE ENDLESS STORY




Saya membaca kata-kata seorang ustaz berlilit serban. Dan sungguh bukan beliau seorang yang mempunyai kepercayaan begini.

“Ada orang kata, punyalah banyak hadis sahih, hadis dhaif jugak yang diorang nak amal. Maka saya jawab, punyalah banyak perkara mungkar boleh ditegur, bab hadis dhaif jugak diorang nak komen. Ya akhi, kerja antum bawa ummat kepada Allah dan Rasul bukan bawa ummat takut untuk beramal..”

Simplistik.

Sampai ke sudah ‘punyalah banyak’ boleh disambung.

Kesimpulannya, mungkar yang ustaz buat tak apa, mungkar yang masyarakat buat kena tegur? Begitu? 

Ummat kena bawa kepada Allah dan Rasul, ustaz yang buat silap perlu bawa ke mana?

Apabila menyatakan sesuatu amalan tidak thabit dari hadis, atau bersandarkan hadis dhaif sedangkan di sana ada hadis sahih yang lebih kukuh, ia bukan bermakna larangan untuk beramal soleh, sebaliknya galakan untuk memperbaiki amalan ke arah yang lebih baik. Fahami betul-betul.

Ego lah yang menjadikan semua ini masalah. Ego!

Kalau ada hujah yang cukup untuk pertahankan, tak akan keluar alasan ‘habis..kau lagi pandai dari Imam Syafi’e?’

Kita pun boleh jawab, ‘dah tu kau lagi pandai dari As Syatibi dan Ibn Hajar?’

Nak lawan hujah begini pun rasa malu. Macam bodoh. Tak sudah sampai ke sudah.

Kalau ada hujah yang cukup juga tak akan keluar menyerang peribadi. Belajar Geografi atau Biologi, semua itu bukan alasan untuk menolak kebenaran melainkan alasan bagi orang yang ego.

Kalau teknik yang sama mahu diguna - banyak lagi kemungkaran lain yang perlu dihapus - satu kerja pun tak boleh jalan.

Apa faedah buat ceramah Laiatul Qadar, buat buku kelebihan ayat-ayat Al Quran, sedangkan orang yang tak pandai baca Quran ramai lagi. Ajar mereka dahulu!

Apa kejadah mahu buat kelas hadis, orang yang tak percaya Nabi ramai lagi! Bagi mereka beriman dulu.

Tak sudah begini ustaz, tak sudah!

Sekali lagi, kesimpulannya, kesalahan ustaz jangan sesekali ditegur. Itu sahaja. Terus terang, selesai masalah! Kasta paderi bak kata Pak Kassim.

LAWAN BUKU!

Imam Abu Hanifah pernah menghasilkan sebuah kitab yang mengumpulkan hukum hakam peperangan. Imam Al Auza’ie menghasilkan kitab lain yang mengkritik kitab Imam Abu Hanifah tersebut.

Manakala Imam Abu Yusuf membela Abu Hanifah dan menghasilkan karya yang membantah pendapat Al 
Auza’ie.

Sampai kepada zaman Imam As Syafie, beliau pula menghasilkan karya yang membela Al Auza’ie daam masalah tersebut.

Itu satu contoh.                                         

Contoh yang lain ialah Al Asfahani mengarang kitab yang bertajuk Hilyatul Awliya’.

Kemudian Imam Ibnul Jauzi mendapati dalam kitab tersebut terdapat banyak hadis maudhuk. Lalu beliau datangkan karya tersohor beliau iaitu Al Maudhu’at yang mengumpulkan hadis-hadis maudhuk yang bukan sahaja terdapat dalam kitab tersebut malahan beberapa hadis dalam kitab Musnad Ahmad oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Kemudian, Al Hafiz Ibnu Hajar mempertahankan Musnad Ahmad dengan tulisannya Al Qaulu As Sadid yang mengkritik penilaian Ibnul Jauzi.

Demikian budaya ilmu.

Mereka semua ulama yang hebat yang mempunyai akhlak yang mantap.

Mereka tidak melabel, tidak menghukum apabila tidak bersetuju, tetapi menerangkan dengan penerangan yang disandarkan dengan ilmu. Ilmu perlu dibahas dengan ilmu.

Hari ini, benar, tidak ada yang boleh menandingi kegemilangan mereka. Tidak ada yang sampai pada tahap mereka.

Cuma, apabila ada mereka yang berusaha utuk menampilkan budaya ilmu ini, dengan menghasilkan buku untuk mendatangkan hujah ke atas buku yang mengandungi kesilapan, maka itu bukanlah sesuatu yang tidak sihat.

Usaha menulis buku itu jauh lebih perlu dihargai berbanding menulis sebaris dua ayat di laman sosial untuk melabel jika tidak bersetuju.

Atau, mengambil tindakan ‘play safe’ supaya diri suci dari dilabel, lalu berdiam diri walaupun diketahui ada kebatilan dalam sesuatu perkara.

Perlu diperhatikan kata-kata Imam Ahmad mengenai berdiam diri, tatkala beliau disuruh menggunakan helah untuk selamatkan dirinya daripada hukuman oleh pemerintah Muktazilah, sepertimana digunakan oleh agamawan-agamawan lain ketika itu,  ini kata-kata beliau :

اذا سكت العالم وجهل الجاهل فمتى يتبين الحق ؟

Jika sang alim diam, dan orang jahil pun jahil, bilakah akan terangnya kebenaran?

JANGAN TERKEJUT

Saya juga terkejut kerana ada orang yang terkejut dengan kritikan kepada pandangan ulama’ apatah lagi menolak pendapat ustaz dalam tv.

Kasihan mereka.

Saya bawakan cerita ulama’-ulama’ di atas supaya mereka tenang. Jangan terkejut.

Ini dengar ustaz kritik ustaz dah macam mahu kiamat esok. Malah sebenarnya ada banyak lagi kisah ulama’ yang mengkritik satu sama lain dengan kata-kata yang sangat tajam. Mungkin tidak perlu dinukilkan disini.

Semua itu bukanlah kerana pada zaman mereka semua sudah sempurna iman, sehingga ada pula masa mereka berbalah, sedangkan kemungkaran masyarakat masih wujud.

Tetapi kerana mereka itu penyeru kepada agama serta waris Nabi, bukan sahaja masyarakat awam yang perlu dibaiki, tetapi ulama’ lain juga termasuk dalam tanggungjawab dakwah.

Tak ada double standard.

Saya tidak tahu pengajian agama rasmi di universiti bagaimana kaedahnya kerana saya hanya pelajar aliran lain yang menyibuk.

Tetapi kalau kursus yang saya ambil di universiti, hampir setiap subjek ada tugasan untuk mengkritik jurnal. 

Walaupun kita belum mampu menulis satu jurnal pun, tetapi kita sudah ditugaskan untuk mengkritik jurnal-jurnal pakar. Dan saya yakin pengajian agama juga serupa.

Justeru, mengkritik seseorang pakar itu biasa.

Sebab itu saya pelik, kenapa ada yang terkejut?

SERIUS

Mereka sangka kita seperti mereka. Kalau sekadar berguru dengan ceramah agama, apa  yang dapat? Sebab itu mereka sering memperlekeh pengambilan ilmu daripada teknologi. Sebab mereka sangka kita seperti mereka.

Mendengar ceramah agaama sambil makan pisang goreng, mendengar ceramah lawak yang menggelikan hati, mendengar ustaz menyanyi atau sesekali mengajuk gaya menteri. Paling tinggi pun bercerita pengalaman sendiri hari-hari.

Tidak.

Melalui teknologi, kita mengenali Islamic Online University yang dikendali Dr Bilal Phiips. Kita ada nota, ada tugasan yang perlu dihantar. Kita ada siri mengaji kitab mingguan dan bulanan. Kita ada pakar (bukan ustaz biasa) dari seluruh dunia mengulas sesuatu masalah. Dan ada banyak laman-laman ilmu yang boleh kita manfaatkan. Mereka pula masih sinis sampai bila-bila.

Kuliah agama yang kita pilih bukan kuliah picisan buat tatapan makcik mengunyah sireh, atau penghibur pemuda rempit, tapi kita memilih kuliah yang serius, fokus, dan ilmiah.

Kita ada pen dan kertas di tangan. Kita ada komitmen.

Manusia memang begitu. Sering menyangka orang lain seperti dirinya.

Jika dirinya bodoh, sangat payah untuk memahami sesuatu kaedah dalam disiplin ilmu, mengambil masa bertahun-tahun untuk lulus satu kertas masa di universiti, mengulang dan mengulang, maka memang dia pelik jika ilmu hanya diambil daripada teknologi begini. Akal nya tidak tercapai. Lalu memperlekeh kebolehan orang lain.

Dia tidak tahu, akal orang berbeza-beza. Seperti kelajuan internet, berbeza-beza.

AGAMA UNTUK SEMUA

Kerap kali mereka mempertikaikan kelulusan saya apabila saya bertanya sesuatu tentang ilmu atau tiap kali saya mengutarakan pendapat. Saya memang jahil, justeru begitulah kondisi murid, jahil.

Dan tugas orang yang alim ialah mengajarkan mereka. Tetapi ramai orang alim (so called) yang malas. 

Mereka malas mengajar, paling mudah jawapannya, ‘awak tumpu lah bidang awak.’

Ataupun, jawab ala kadar yang sangat bersifat ‘surface’.

Apabila kita soal lagi dan lagi, mereka pula mencabar kita dengan bertanya kembali soalan lain. Jawapan yang mereka tunggu dari kita ialah ‘tak tahu..’ untuk mereka kembali memperlekeh.

Saya sering melihat guru-guru saya yang begitu komited sehingga hati saya berkata bahawa mereka benar-benar da’ie. Soalan yang sudah kerap kali mereka jawab, yang sangat mudah, yang boleh dicari jawapannya sendiri, tetapi mereka jawab juga dengan tersusun dan kemas.

Jika saya berada di tempat mereka, pasti saya sudah letih untuk menerangkan perkara serupa.

Begitulah harusnya tugas yang memikul ilmu.

Saya teringat jawapan saya kepada rakan saya 6 tahun yang lalu apabila saya membuat keputusan untuk mengikuti aliran Sains selepas tamat SPM sedangkan minat saya terhadap bidang agama, antaranya ialah kerana beban dan amanah yang sangat besar di bahu.

Sebab itu saya sangat sedih apabila ada ustaz yang malas mahu memahamkan orang yang jahil seperti saya. (Saya tidak tahu sama ada dia malas atau tak tahu seperti saya juga.)

Kerana kemalasan mereka, ramai insan yang tidak merasa kepuasan dalam beragama. Tidak tercapai intellectuality satisfaction.

Insan-insan ini tidak mahu beragama ikut-ikutan, mereka tidak mahu beragama di pinggiran.

Tetapi hujah yang mereka cari tidak dijumpa, soalan mereka tidak dilunas, nafsu minda mereka tidak dipenuhi.

Malah mereka dihentam, dilabel dan dihina kerana banyak bertanya, banyak mengkritik dan mengagungkan minda yang merupakan ‘sarang kepada serangan syaitan.’

Lalu demi mencari kepuasan beragama, meraka lari ke jalan-jalan yang lain, yang memberi tawaran meraikan kepuasan minda.

Boleh atau tidak jika saya katakan kepada Tuhan, ‘Tuhan, mereka yang malas itu lah yang bersalah.’

“Akan datang pada akhir zaman orang yang memburu dunia dengan agama. Mereka memakai kulit kambing yang sangat lembut di hadapan manusia. Lidah mereka lebih manis dari gula, namun hati mereka hati serigala. Allah berfirman kepada mereka : Apakah mereka hendak menipu-Ku, atau mereka begitu berani ke atas-Ku? Aku bersumpah atas nama-Ku, Aku akan utus kepada mereka sebuah fitnah yang membuat seorang yang cerdas sekali pun merasa bingung.”
 (Riwayat At Tirmizi, kitab Az Zuhd no 2404)

Sudah terlalu ramai yang memburu dunia dengan agama. Allahul Musta’an.

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....