Thursday 29 November 2012

Dear God



God, i dont want another test, i just want an honest answer,
for once i want to be certain i’m doing the right thing,
God, please dont leave crumbling and doubting,
please pick me again and use me for your reasons.
and most importantly,
plese dont leave me.
one of your millions of servants whose certain that shes wrong and You’re always right. -zaid-


Wednesday 28 November 2012

Jangan Engkau Halalkan Murka Mu Ke Atas Ku



“Ya ALLAH aku mengadu kepadaMu, lemahnya kekuatanku, sedikitnya strategi ku, hinanya aku dalam kalangan manusia. Wahai Tuhan yang Paling Penyayang di antara yang penyayang, Engkau Tuhan orang-orang yang ditindas, dan Engkau Tuhanku. 

Kepada siapakah Engkau mahu serahkan diriku ini, kepada orang jauh yang bermasam muka denganku, atau kepada musuh yang akan memiliki urusanku? Sekiranya Engkau tidak marah kepadaku, maka apa pun aku tidak peduli. 

Sesungguhnya afiat Mu lah yang paling luas. Aku berlindung dengan wajahmu itu yang menerangi segala kegelapan, memperelok segala urusan dunia dan akhirat. Jangan lah Engkau turunkan marahMu padaku,  dan jangan juga Engkau halalkan murkaMu ke atasku, tidak adalah daya dan kekuatan melainkan semuanya dari Mu.”


# munajat Nabi tatkala baginda diusir oled penduduk Thaif. Ini munajat yang menceritakan keadaan Nabi yg buntu ketika itu. Tidak tahu lagi apa yang perlu diminta dalam doa. Jadi , baginda mengadu tanpa meminta apa-apa.

# apabila terasa lemah dgn segala, ingatlah Nabi dahulu lebih teruk deraan buatnya.
# apabila terasa buntu, tidak tahu apa lagi yg perlu diminta, tidak nampak lagi apa-apa jalan di hadapan, maka mengadu lah kpd ALLAH.


Sunday 25 November 2012

Muqallidin

Saya malas lah nak cakap apa-apa.

Letih.

Susah bercakap dengan orang yang dilatih jadi muqallidin ni. Tahu ikut dan buat je apa orang suruh. Wala' tak bertempat. Akal ada tak nak guna.


Patut la tamrin dari dulu sampai sekarang tak berubah. Bukan nak fikir idea baru ikut keperluan dan tujuan.

Orang tak selera nak join jemaah dia, kata tak nak bagi sumbangan pulak.

Kalau dari awal-awal tahu pemikiran dia macam tu, tak da la nak buang masa kongsi pendapat dengan dia tentang semua isu.


Konon serba tahu, semua tahu. Balik baca novel cinta islamik la baik, cik.



Mari berhenti berfikir, ikut sahaja arahan ketua. Buat kerja banyak, jangan bercakap dan jangan berfikir.


"Seakan-akan Islam mengharamkan wujud lebih dari satu jamaah. Ini semua fikiran tanpa dalil aqli dan naqli. Jika kepelbagaian mazhab fekah yang menyebabkan berbeza cara ibadah boleh diiktiraf, apakah perbezaan pendekatan mengenai urusan dakwah hendak diharamkan?!!Akal yang luas lagi faham mencegah kita dari berfikir demikian." -drmaza-


 #currently admiring Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor. Kalau semua orang PAS berfikiran macam dia, sekarang juga saya sokong PAS.


 #kau pun satu, nak berbincang apa2, pilih la orang.















Thursday 22 November 2012

Musim Yang Tidak Kekal



Saya  -kalian juga barangkali- selalu bermusim pada mengingati Gaza.

Sekali Zionis mengganas, sekali mata terbuka luas.

Apabila mereka diam mengatur strategi, kita nyenyak diteman mimpi. Kita tidak pernah merancang secara rapi untuk masa depan Palestin.

“Kita berhutang dengan Palestin. Kita bukan memberi derma atau sedekah kepada mereka, tapi kita membayar hutang kita pada mereka. Kerana kita membiarkan mereka menjaga Al Aqsa tanpa kita di sana, sedangkan tanah suci itu, tanggungjawab kita bersama.” – Dr Hafidzi Md Noor.

*ada kawan tanya, what makes it okay to publicly share gory pictures of guts spilling smashed head Palestinian children killed by the Israelis? 

Doa untuk Palestin.

Friday 9 November 2012

Ini Fikir Si Kerdil

Ada perkara betul, benarkanlah.
Apa yang lencong, betulkanlah.

Untuk menjadikan keadilan tegak, barangkali susah. Usaha mencari keadilan, juga mungkin payah. Serabut hitam dan putih menjadi kelabu di pandangan, sukar dibezakan.


Apa yang mudah, takluk lah jantung hati sendiri agar berada di wilayah keadilan. Suapkan darah dan daging di tubuh sendiri dengan keadilan. Minda sendiri, suburkan dengan aliran keadilan.

Ketikamana keadilan itu hilang, ciptakan kembali dengan kedua tangan. Buang peruntukan untuk makian dan cacian terhadap kezaliman. Bahkan, bukakan langkah penyelesaian.

Ini fikir sang budak, tentang pemimpin negaranya. Masih dalam fasa penilaian. Akan ada jawapan, setelah ada penjelasan.


siapa yg lebih mantap penjelasan, dia akan menang. bukan siapa yg paling banyak pemberian, bukan juga yg paling banyak pakai jenama islam. kerana islam bukan pentingkan branding.

We need reasons.

Thursday 8 November 2012

Masa dan Manusia



Tertusuk pedang adalah tidak lebih sakit dari yang ini.

Ini sakit luar biasa yang mengundang derita sampai ke hujung. 

Sakit ini hanya timbul apabila berdepan dengan manusia. Apabila sendiri, ia tak akan hadir.

Sakit hati. Sebab manusia tak tepati masa!

Masa bukan satu juzuk dari kehidupan. Tapi keseluruhan hidup itu adalah masa. Masa untuk kita tamat, maka tamatlah nyawa juga.

Untuk manusia yang benar-benar manusia, tepati lah masa. Melainkan kepada manusia yang hakikatnya tidak berapa manusia.

Sungguh saya ANTI makhluk yang tak tepati janji. Jubah berlapik tiga atau tudung selabuh mana pun, bagi saya tetap munafiq.

Mood saya akan spoil kalau ada manusia yang berdusta tentang masa dengan saya. Lebih baik saya disakiti cara lain dari saya membuang masa menunggu mereka.

Mujur ada hadis yang boleh menenangkan gelegak.

‘Seorang Mukmin yang bercampur dengan masyarakat dan sabar atas kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masayarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya dpd mukmin yang tidak bergaul dan tidak sabar dgn kepedihan dan kepayahan dan kejahatan masyarakatnya. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ahmad)

Opss..tapi adakah saya sabar?



And, its not gonna wait for you..

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....