Friday, 9 November 2012

Ini Fikir Si Kerdil

Ada perkara betul, benarkanlah.
Apa yang lencong, betulkanlah.

Untuk menjadikan keadilan tegak, barangkali susah. Usaha mencari keadilan, juga mungkin payah. Serabut hitam dan putih menjadi kelabu di pandangan, sukar dibezakan.


Apa yang mudah, takluk lah jantung hati sendiri agar berada di wilayah keadilan. Suapkan darah dan daging di tubuh sendiri dengan keadilan. Minda sendiri, suburkan dengan aliran keadilan.

Ketikamana keadilan itu hilang, ciptakan kembali dengan kedua tangan. Buang peruntukan untuk makian dan cacian terhadap kezaliman. Bahkan, bukakan langkah penyelesaian.

Ini fikir sang budak, tentang pemimpin negaranya. Masih dalam fasa penilaian. Akan ada jawapan, setelah ada penjelasan.


siapa yg lebih mantap penjelasan, dia akan menang. bukan siapa yg paling banyak pemberian, bukan juga yg paling banyak pakai jenama islam. kerana islam bukan pentingkan branding.

We need reasons.

No comments:

Post a Comment

HARI RAYA 1446

Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan....