Wednesday, 7 November 2012

Ceramah



“Akak ada ceramah tak?” tanya seorang adik junior.

“Ada. Banyak dalam laptop akak. Mai sini hard disk akak masukkan.”

“Ceramah UAI ada tak?”

Erk. 

“Tak ada la dik.”

Gelombang UAI sampai ke mana-mana. Saya fikir itu bagus. Bagus sekali. Apa pun, UAI atau sesiapa sahaja tidak maksum. Jika ada pihak yang menegur kesalahan UAI, seharusnya semua pihak perlu terima jika teguran itu berasaskan fakta dan dalil yang sahih tanpa menafikan sumbangan beliau. Tidak perlu menganggap teguran itu sebagai dengki, mahu menjatuhkan, atau apa-apa niat lain. Kenapa perlu taksub?

Saya suka komen Ust Hasrizal yang ini ;

“Masyarakat tidak mahu membezakan antara ilmu, keikhlasan, sumbangan, populariti dan mencampur adukkan antara kesemuanya. Apabila kita bincang tentang keilmuan, dia timbulkan sumbangan. Apabila kita bincang sumbangan, dia persoalkan keikhlasan.
Pandangan ikhlas, popular, tetapi menyalahi keilmuan, (akan) menimbulkan pelbagai masalah malah mengancam maslahah ramai.”

Dan tidak semua yang tidak memilih untuk mendengar ceramah beliau benci atau anti UAI. Minat dan kecenderungan manusia tidak mampu dipaksa. Seperti tidak boleh memaksa peminat UAI mendengar ceramah Dr Maza, Dr Fadlan atau Dr Basit. 

Seperti kata-kata kontroversi Nurul Izzah, no compulsion in choosing faith, “..it must be applied equally..” ;p



*kdg2 sy pun dgr juga kuliah UAI dlm utube. Sgt berfaedah dan berguna...

No comments:

Post a Comment

Sakit

 Dahulu pun saya selalu rasa sakit belakang, Tetapi on off dan ia tidaklah terlalu mengganggu pergerakan saya, kecuali waktu pagi saya sedik...