Tuesday 28 February 2012

Sekiranya Pada Mereka...


Jika pada mereka, kita halalkan. Kita kata, bersangka buruk satu keperluan. Menggunakan kata2 Umar, “Ihtarisu an-nas bi su’i zhon”. ‘Berhati2 dgn manusia dgn bersangka buruk’. Jika pada mereka kita haruskan, menyebar keburukan pemimpin kerana rakyat perlu tahu apa pemimpin mereka lakukan. Hak rakyat untuk membuat penilaian. Konon, biar rakyat menilai.

Tetapi, apabila di pihak kita, berbagai ayat2 mahmudah kita gunakan. Jangan buka aib orang, apatah lagi saudara seislam kita. Kalau nak nasihat pun, nasihat lah secara tertutup, jangan dedahkan. Jangan sebarkan berita yang kurang pasti. Tak semena2 jadi mulia pula. =P

Sedangkan sudah berapa banyak berita yang kurang pasti kita sebarkan pada pihak mereka. menuduh yang itu membunuh, yang ini rasuah, yang di sana seks, yang di sini lembu, macam2 berita kita taburkan pada mereka. Sedangkan itu juga bukan berita yang pasti.

Bertambah lucu apabila ada yang mengatakan, ‘kita tidak tahu sejauh mana kebenaran berita ini. Elok kita tidak menyebarkan perkara yang belum pasti. Ini adalah fitnah dari ****!’ 

Eh, yang kata fitnah tu dah pasti ke ini fitnah sampai boleh sebar2kan? Kelakar ok!

Lepas tu, kalau orang yang sekapal dgn kita buat salah, mula lah nak kata, niat dia baik la. Dia tak berniat pun nak buat kemungkaran. Bila pihak musuh yang buat salah dan guna alasan niat, pandai pula guna ‘niat tak menghalalkan cara’, ‘terrer enta x-ray hati orang?’.

Sudah, sudah, sudah! Saya sungguh sudah muak melihat manusia2 begini. 

Boleh tak tolong jadi orang yang ada prinsip? Prinsip berdasarkan kebenaran. Bukan prinsip, 'semua parti saya buat, wajib betul dan bela. Semua parti satu lagi buat, wajib salah.'
Itu prinsip jakun namanya.


kasihanilah mereka yg ikhlas dlm berjuang, jgn kerana kita, rosak perjuangan mereka yg ikhlas!

Monday 27 February 2012

Larilah Jika Boleh



Kau sekarang sudah dihujungkan
Semua sudut sudah mengepungmu
Semua jalan sudah melurumu.

Kau sekarang sudah terdorong
Semua pintu sudah menutupmu
Semua langkah sudah menguncimu.

Apakah kau memencak kegilaan
Apakah kau menggeram kegigilan
Apakah kau meraung kehibaan!
Jantanmu sekarang di mana?

Kelmarin bicaramu yang mengaung benua
Didihkan sendiri api yang kau bara.

Larilah jika boleh
Hendak kulihat jantan sikapmu
Segala tembok telah kualih.

Masuri S.N.

Celaru















...dan, saya bertanya, apakah semua ini?





















Memfitnah itu dosa, mendedahkan diri kpd fitnah juga dilarang. Minda celaru membaca semua yg berlaku. Tolong hentikan semua kekarutan dan kekartunan ini. Rimas dan lemas!

Thursday 23 February 2012

Psikologi Kehibaan


“You should tell him. Jangan pendam sedih macam ni. Kadang2, kalau kita sedih, waktu tu la syaitan datang cucuk kita.” Kata-kata dari seorang pensyarah sambil tangannya menepuk bahu pelajar.

Bagai air menyiram api.

Bau ‘hati panggang’ dan bunyi menggelegak darah hilang dengan lembut kata dari bibir insan yang dikirim Allah.

Dari marah bertukar hiba, sebak, lalu mengalirlah air dari mata-mata kami yang masih mengharap sebuah penyelesaian.

“Awak semua pergi solat dulu. Minta doa dengan Allah..” lagi dia menambah.

Seperti ibu yang memujuk anaknya. 

Semakin kedepan hidup dilalui, semakin ramai insan yang ditemui, maka makin mengertilah kami bahawa mereka itu bukan semuanya serupa walau asalnya semua dari air mani. Air yang hina, tetapi apabila Allah memuliakan dengan membangunkan ia menjadi seorang manusia yang berilmu, maka makhluk itu berjalan penuh kebongkakan dan kesombongan. Malanglah bagi mereka yang memilih jalan itu dan beruntunglah mereka yang memilih jalan kerendahan hati dan kemuliaan pekerti.

Menjadi pelajar pendidikan yang sering menumpang Pusat Pengajian lain untuk mencari ilmu benar-benar memberi pengalaman menjadi anak tiri dalam tradisi Melayu. 

“Kalau pelajar pendidikan, boleh blah! Awak ni menumpang kat sini..”

“I will not entertain education students.”

Pesan saya, sesungguhnya setiap apa yang kita tuturkan, kita bertutur dengan manusia yang punya hati, punya jiwa dan punya hak. Dan yang paling penting, punya Tuhan untuk dimohon segala tindakan. Maka berhati-hati lah.

“Ya Allah, jauhkanlah aku dan zuriat keturunanku dari kesombongan dan kebongkakan.”

Sekurang-kurangnya, ada doa baru yang boleh dipanjat kepada Allah pasca segala kemelut ini.

*6 orang pensyarah yang kami jumpa dan berunding. Hanya 2 dari mereka yang memang pakar memanggang hati. Yang lain semuanya mulia. Tetapi manusia, yang 2 itu lah yang disebut sebut. Oh!

*anyway, this is not funny!

*berhati-hati memasukkan imej pertama kita ke dalam minda orang lain. Kerana ia memang susah untuk dikeluarkan..!
Really? Yay..!

Wednesday 22 February 2012

Sengeh.



Dr : Penyelesaian terbaik bagi pasangan yg bercinta adalah perkahwinan! Justeru, permudahkanlah urusan perkahwinan anak remaja kita!

Aku : kalau anak remaja nak kahwin sbg isteri kedua?

Dr : jika mampu harus dipermudhkan juga. Bagus utk dakwah.

Aku : t kasih. Dr x practice poligami ke? Bagus utk dakwah.

Dr : Yang penting niat tu ada. Tapi rasa macam belum mampu lagi.

Aku : mampu yg bagaimana tu? org hebat mcm Dr perlu la melahirkan ramai generasi.

Dr : Saya tak hebat. Dr MAZA baru hebat :-)

Yg ni paling aku tak tahan. Siap sengeh :-) lagi cakap drmaza hebat. Aku gelak guling2 kot pagi tadi. Sampai naik bas p kelas pun duk tersengeh lagi teringat benda ni. Gila kelakar la. Mcamana boleh terkeluar pasal drmaza pulak. Pelik ok.

*baru teringat yg lab coat aku tertinggal kat rumah. oh kakanda, tolonglah carikan dimana adinda letak lab coat itu. sesunggunya sem ini adinda ada 4 paper utk lab. sekian dimaklumkan.*  =(

*muiz hantar MMS td, da potong rambut. ayooo, apa da, da x nampak modern la. nsb baik hensyem jgk my baby tu..*

*hidup kt usm ni kena banyak2 sengeh, baru x tension. kalau x, jadilah muka ketat 24 jam.

Monday 20 February 2012

I dream...


Dream pun nak cerita ke? Tak apa, mana tahu kalau mati awal, nanti orang lain boleh tolong laksanakan kita punya dream kan? Kan?

Mari saya ceritakan tentang sebuah sekolah yang akan melahirkan ramai ulama’ untuk keperluan ummah. Bukan profesional ustaz (protaz), tetapi seorang pure ulama’ yang profesional. Bukan seorang specialist dalam perubatan dan alim agama, lalu digelar protaz. Bukan! Sebab orang2 begini sering kalah hujahnya apabila ada yang berkata menggunakan alasan, INI BUKAN BIDANG KAMU! Jadi, nak buat apa lagi? Memang betul pun bukan bidang kepakaran. Suara mereka tetap ada halangan untuk sampai kepada masyarakat. Jadi, dengan segala  ‘kesungguhan imaginasi’ saya, maka saya designkan satu sekolah yang akan melahirkan ilmuwan agama yang sangat diperlukan. 

Scholar School.

Macamana nak masuk sekolah ni? Mula2, kena dapat keputusan cemerlang dalam penilaian sekolah rendah (tak tahu apa nama lepas UPSR mansuh). Dapat cemerlang, baru boleh ambil ujian. Ikutkan saya, saya nak buat 4 peringkat ujian. Tapi rakan kongsi saya kata, banyak sangat, jadi kita kurangkan kepada 3 sahaja.
Peringkat pertama ialah ujian bertulis tentang asas agama. Simple je, yang sepatutnya pelajar 12 tahun tahu tentang agama. Bila dah lulus, masuk ke peringkat kedua, iaitu.. eh, saya buat macam ni la senang nak faham sikit.

Peringkat I : Ujian bertulis asas agama
Peringkat II : Ujian bertulis kecekapan minda, personaliti, integriti, kecerdasan emosi.
Peringkat III : Ujian lisan (agama + minda )

Hanya 10 orang yang terbaik sahaja akan dipilih untuk setiap batch. 

Bayaran :
Untuk menduduki ujian, tidak dikenakan sebarang bayaran. Apabila layak mendapat tempat di Scholar School, maka latar belakang pelajar akan diambil kira untuk bayaran bulanan. Sebagai contoh, jika ibubapa pelajar merupakan dalam kalangan mereka yang miskin dan ramai tanggungan, maka ia diberi percuma. Jika mereka yang kaya, akan dikenakan bayaran mengikut kemampuan.

Guru :
  • ·         Guru yang mendidik pelajar di sekolah ini perlu mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.
  • ·        Akan diberi gaji yang tinggi untuk mengelakkan guru dari membuat kerja2 sampingan seperti berniaga, MLM sehingga tidak fokus kepada pengajaran.
  • ·    Akan menduduki ujian dari semasa ke semasa (mungkin setiap bulan )untuk meneruskan perkhidmatan diScholar School. Jika tidak lulus ujian, maka tidak boleh lagi bekerja di situ. =)
Budaya :

  • ·         Setiap bulan, semua guru dan pelajar wajib membaca paling kurang sebuah buku, membuat penilaian terhadap buku tersebut, dan menulis kritikan atau pujian terhadap buku itu. Mana2 pelajar atau guru yang gagal berbuat demikian akan dihentikan dari menjadi warga Scholar School.
Sukatan pelajaran :

  • ·   Tidak statik pada setiap tahun. Boleh berubah2 mengikut keperluan semasa. Penilaian pelajar bukan berdasarkan peperiksaan. Tetapi penilaian keseluruhan terhadap cara hidup pelajar seperti ketepatan masa, kebersihan, kesungguhan dan sebagainya.
  • ·         Subjek tambahan wajib: Subjek pemikiran kritis, isu semasa, bahasa asing.

 untuk disambung..

Tuesday 14 February 2012

Menjadi Kismis Sebelum Menjadi Anggur

Kisah yang akan ceritakan ini sering saya dengar semasa menuntut di Syria dahulu. Ternyata ianya berasal dari kitab Al-Asybah wa Al-Naza’ir karangan Ibn Nujaim Al-Hanafi, lalu dikisahkan kembali oleh Syeikh Zahid Al-Kauthari dalam kitabnya Husnu Al-Taqadhi fi Sirah Abi Yusuf Al-Qadhi.
Kisah ini berkenaan dengan Imam Ya’qub bin Ibrahim Al-Ansari; masyhur dengan panggilan Abu Yusuf (w. 182 H).  Beliau murid kesayangan Imam Abu Hanifah.  Beliau sangat bijak, hafalannya kuat dan banyak ilmu. Di antara ramai murid Abu Hanifah yang lain, Abu Yusuf selalu terdepan dalam semua perkara.
Pada suatu hari, Abu Yusuf merasa ilmu yang dimilikinya sudah mencukupi. Saatnya untuk menjadi tokoh ulama yang siap menjawab semua permasalahan umat. Beliau lalu meninggalkan majlis Abu Hanifah dan membuka majelis ilmu sendiri. Dalam majelis itu, Abu Yusuf mempersilakan setiap orang untuk menimba ilmu atau mengajukan soalan kepadanya.
Mengetahui perkara ini, Abu Hanifah berniat menyadarkan muridnya. Diam-diam, beliau mengutus seseorang ke majelis Abu Yusuf dengan beberapa soalan untuk mengujinya.
Orang itu berkata kepada Abu Yusuf: “Saya menyerahkan sepotong kain kepada penjahit untuk dijadikan baju. Apabila saya tanyakan, penjahit itu mengingkari pernah menerima kain daripada saya. Namun esoknya, ia memberi saya kain itu yang telah dijahit menjadi baju. Soalan saya: apakah ia berhak menerima upah?”
Abu Yusuf menjawab: “Ia berhak menerima upah.” Orang itu berkata: “Jawapanmu salah.”
Abu Yusuf merubah jawabannya: “Ia tidak berhak menerima upah.” Orang itu kembali berkata: “Jawapanmu salah.” Abu Yusuf menjadi sangat bingung.
Orang yang telah dilatih Abu Hanifah ini lalu berkata: “Jawaban yang benar adalah: jika baju itu dijahit sebelum ia mengingkari kain, maka ia berhak menerima upah. Namun jika kain itu dijahit setelah ia mengingkari kain, maka ia tidak berhak.”
Orang ini terus mengajukan beberapa soalan lain. Setiap kali Abu Yusuf menjawab, ia menyalahkan jawapannya lalu mengajukan jawapan yang tepat.
Diskusi ini jadi menyadarkan Abu Yusuf akan kejahilan dirinya. Dirinya ternyata belum layak menjadi seorang ulama, malah masih perlu banyak belajar daripada ulama. Akhirnya, beliau memutuskan kembali ke majelis ilmu Abu Hanifah untuk melanjutkan pengajiannya.
Apabila melihat Abu Yusuf, Abu Hanifah tersenyum dan berkata: “Engkau telah menjadi kismis sebelum menjadi anggur.”

Hukum Kesempurnaan
Kisah ini sangat inspiratif. Seringkali kita melihat diri kita begitu besar dan matang, padahal pada kenyataannya masih begitu kecil dan mentah.
Sebuah kesempurnaan dan kematangan tidak pernah datang begitu sahaja. Ianya merupakan hasil dari suatu proses. Proses ini terdiri dari beberapa tahapan. Antara satu tahapan kepada tahapan yang lain seringkali memerlukan masa yang cukup panjang.
Hukum ini berlaku untuk semua makhluk hidup. Seekor ulat menghabiskan masa berhari-hari di dalam kepompong sebelum menjadi rama-rama yang cantik. Bahkan sebiji anggur sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian kering dan menjadi kismis.
Sesiapa yang tidak sabar menjalani semua ini, maka proses kesempurnaan itu akan terbantut. Lalu ia tidak akan pernah sempurna selama-lamanya.
Hukum kesempurnaan ini juga berlaku untuk semua disiplin ilmu atau kerjaya yang kita pilih. Seorang dokter pakar memerlukan masa yang panjang sebelum menjadi spesialis di bidang perubatan. Begitu juga seorang jurutera, penulis, pelakon apalagi ulama Islam yang menjadi rujukan umat.
Jadi, jalan menuju kepakaran sangat panjang. Sesiapa yang menjalaninya dengan sabar, suatu hari akan tampil sebagai pakar yang disegani. Dan pendapatnya dalam disiplin itu diakui sebagai pandangan yang berwibawa.
Sebaliknya, sesiapa yang tak sabar menjalaninya, lalu mendakwa pakar sebelum masanya, maka ia telah kering sebelum matang, menjadi kismis sebelum menjadi anggur. Oleh itu, ucapan dan pendapatnya tidak mengandungi nilai ilmiah sama sekali.
Dalam kaidah fiqh ada disebutkan:

مَنِ اسْتَعْجَلَ شَيْئًا قَبْلَ أَوَانِهِ عُوقِبَ بِحِرْمَانِهِ

“Sesiapa yang ingin memiliki sesuatu sebelum masanya, maka ia diharamkan daripada memiliki sesuatu itu.”
Orang seperti ini ibarat pokok yang belum tertanam dengan sempurna, maka buah yang keluar daripadanya pun tidak bermutu tinggi. Berkata Syeikh Ibn ‘Athoillah Al-Sakandari dalam Al-Hikam:

ادْفِنْ وجودَك في أرضِ الخمولِ فما نَبَتَ مما لم يُدْفَنْ لا يَتِمُّ نَتَاجُه

“Tanamlah dirimu di tanah kehinaan (khumul). Sebab apa-apa yang tumbuh dari pokok yang tidak tertanam tidak pernah matang.”
Sebelum merusak orang lain, sikap “ingin cepat besar” ini akan merusak dirinya sendiri. Ia akan tersibukkan dengan berbagai perkara sehingga tidak sempat lagi menimba ilmu. Dan, perasaan takut dilihat bodoh dan khuatir ditinggalkan pengikut akan menjauhkan dirinya daripada jalan peningkatan ilmu.

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari menukil ucapan berikut ini dari Imam Al-Syafii:

إِذَا تَصَدَّرَ الْحَدَث فَاتَهُ عِلْم كَثِير

“Apabila orang yang baru belajar telah maju ke hadapan (yakni: hendak menjadi tokoh besar), maka ia terluput ilmu yang sangat banyak.”

Umar Muhammad Noor
Artikel ini diterbitkan oleh majalah solusi isu 30

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....